SPY | 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CTAS!

Bibir dikemam rapat. Kedua tangan mengenggam kuat di atas lutut. Kukunya memutih dan dapat dirasakan keseluruhan badan dia mula berasa perit. Dia menahan rasa sakit itu dengan menggigit bibir bawah hingga berdarah.

Ctas!
Ctas!

Tali itu dihentam kuat di belakang tubuh hingga menyebabkan pakaian yang dipakai oleh Ice terkoyal rabak di bahagian belakang. Dia menerima cabukkan sebagai hukuman dari Jeneral Rizal.

Pak!

Tali cambukkan dibuang ke atas lantai. Jeneral Rizal memerhati dari luar bilik hukuman. Memeluk tubu dengan wajah bengisnya. Tangan Josh bergetar hebat.

Ice menghela nafas mengah. Hukuman dia telah selesai. Ice tersenyum memandang Josh yang nampak menggigil.

"Bukan sa...salah kau pun..." ucap Ice dalam nada bergetar. Dia berdiri dan berpaut pada dinding.

Ice mengesat peluh di dahi. Perit! Itu yang dia rasakan tika itu. Josh menahan airmata melihat ketuanya kesakitan kerana terkena cabukkan dari dia.

Luka garisan memanjang jelas kelihatan di balik koyakkan singlet hitam yang dikenakan oleh Ice. Ada kesan darah yang baru dan bercampur dengan darah kering. Ice berdecit apabila dia tak dapat membetulkan posisi badan dia menjadi tegak.

Ice dan Josh keluar dari bilik hukuman itu. Jeneral Rizal telah berdiri di hadapan mereka berdua.

Bahu Ice ditepuk sedikit kuat dan mencengkamnya. Ice memandang wajah Jeneral Rizal.

"Dua puluh kali cabukkan. Itu hukuman kerana membunuh di khalayak umum" pembantu Jeneral Rizal bersuara lantang.

Ice tersenyum. Mengigit bibir bawahnya.

20 kali cabukkan.
Pasti isi kulit dia terkoyak besar dan memerlukan pemulihan yang cukup lama.

"Terima kasih Jeneral!" Ice tetap membungkuk hormat. Menerima dengan lapang dada.

Dia sedar akan kesalahannya.

"Jangan buat macam tu lagi kalau tak nak kena hukuman!" Jeneral Rizal bersuara lembut. Mengusap kepala Ice.

Dia memandang Josh, Shark dan Ocean yang berdiri di kanan Ice. "Bawa Ice ke bilik rawatan dan insentif..."

Mereka mengangguk. Jeneral Rizal dan pembantunya keluar dari bilik hukuman. Ice jatuh terduduk. Ringisan dia terkeluar dan tidak tahan menahan rasa sakitnya.

Tubir matanya berair. Josh segera memaut bahu Ice. Wajah dia paling cemas dan risau melihat keadaan Ice.

"Sini, aku papah kau!" Josh menarik sebelah tangan Ice dan disangkut di atas bahunya. Shark dan Ocean pula menghubungi doktor untuk menyediakan bilik bedah.

Luka cabukkan terlalu dalam. Isi-isi kulit Ice dapat dilihat dengan jelas dan memerlukan jahitan. Ice tersenyum melihat riak tegang Josh.

"Chill, aku yang kena kau yang tegang..." tawa kecil keluar dari mulut Ice.

Mereka keluar dari bilik itu. Di luar bilik, ada Tengku Qaisar dan keluarganya. Mereka terpaku melihat keadaan Ice yang berdarah dan luka di belakang tubuh Ice.

"Wow! Tak sangka ramai luar bilik" Ice tersenyum kecil. Melambai tangan ke arah Tengku Qaisar.

Tengku Qaisara tersenyum lirih melihat keadaan Ice. Kerana dia, gadis itu menerima hukuman.

"Ah-Tengku..." Ice teringat akan sesuatu.

Dia segera menyeluk poket seluarnya dan membawa keluar satu pendrive berbentuk kereta mainan.

"Ini yang Tengku minta. Dalam tu saya dah kumpulkan semuanya. Tapi ada sesuatu yang belum saya pasti lagi. Apapun, saya harap Tengku simpan benda ni baik-baik."

Pendrive bertukar tangan.

Tengku Qaisar menatap Ice dengan perasaan sebak. Ice masih mementingkan pekerjaan dia walau dalam keadaan sakit macam tu.

"Kamu rehatlah Ice. Biar Ocean yang gantikan kamu untuk sementara waktu ni..." Tengku Qaisar memberi arahan tegas.

Ice mencebik bibir. "Alah Tengku. Keadaan saya biasa-biasa je. Apalah sangat luka ni. Sama sakit kena peluru dekat badan" jawab Ice tenang.

"Aow!"

Badan Ice bagai terkena renjatan elektrik apabila ada yang menyentuh lukanya. Berkerut dahi dia menahan sakit.

Shark tersenyum sinis. "Tahu sakit! Cakap tu tapis sikit! Tak kuat buat cara tak kuat. Acah jadi kuat tapi lemah!" Sembur Shark. Dia tak terima dengan kata-kata Ice.

"Eii- kau ni!"

Kaki dihentak kesal. Tidak lama itu, seorang doktor wanita dan dua orang jururawat datang membawa strecher.

Tubuh kecil Ice diangkat oleh Josh dan diletakkan ke atas strecher secara meniarap. Ice memandang Josh tajam. Dia tidak suka berada di bilik rawatan. Ice benci bau ubat.

"Doktor Adam, bius budak ni sampai tidur kalau tak nak dia main kejar-kejar dengan doktor!" Pesan Josh.

Ice makin muncung bibirnya.
Doktor Adam tertawa kecil.

Di dalam S.I.C juga ada sebuah hospital kecil untuk rawatan kecemasan ejen-ejen S.I.C jika mereka cedera dan memerlukan pembedahan segera kerana tercedera semasa latihan.

"Mana ada aku lari! Kau tak tahu kau diam!" Jari telunjuk ditunding pada Josh.

"Hmm...kau tak lari. Kau merangkak..." Shark pula bersuara. Ice makin bengang.

Doktor Adam mengeleng kepala melihat pertengkaran mereka.

"Tak perlu takut, Ice. Awak cuma akan dijahit dan luka awak perlu ditutup untuk elakkan jangkitan kuman. I bet luka you di perut belum pulih lagi kan?"

Doktor Adam tersenyum lebar.
Membuatkan wajah Ice pucat lesi.

"Kami dah siapkan bilik bedah. Gumpalan darah beku di perut dan luka di belakang badan perlu di rawat segera. Jadi, kamu akan berehat selama lima bulan untuk pemulihan" putus Doktor Adam. Kaca mata ditolak sedikit ke atas.

Ice diam. Memikirkan nasibnya.
Entah macam mana, luka di perut dia boleh diketahui oleh doktor muda itu.

"Hmm...apa-apa jelah doktor" Ice mengalah. Dia meletakkan kepalanya di atas bantal.

"Yang penting aku cuti!" Dia menjerit kecil dan tersenyum lebar.

Doktor Adam menepuk dahi. Lain yang disangka, lain pula yang Ice gembirakan.

Shark, Josh dan Ocean seakan menahan sabar dengan perangai kapten mereka.

"Dah-dah. Tolak perempuan tu cepat. Kalau boleh periksa sekali otak dia. Mana tahu tertinggal dekat tempat misi hari tu" gesa Ocean. Tangan dia bergerak seiring tawa kecil dari Doktor Adam.

Tengku Qaisar tersenyum kecil melihat keletah Ice di luar jangkaannya. Raiq? Lelaki itu terdiam melihat keadaan Ice yang di luar jangkaan dia.

Dia tidak habis fikir kegilaan yang di ambil oleh Ice untuk melindungi keluarganya.

"I can be crazy if I can..."

Ice bergumam kecil. Menatap kosong dinding putih di hadapannya.























Doktor Adam memicit dahi melihat dulang di atas meja tidak berusik dan masih utuh dan tidak disentuh walau sedikit pun. Malah, dia melihat gadis itu terkekeh di atas katil dalam keadan meniarap. Tidak menghiraukan kehadiran doktor lelaki muda itu.

"Ice!"

Doktor Adam mengertak gigi kuat. Dia harus bersabar menghadap karenah Ice selagi gadis itu di tahan di wad. Sedangkan nurse yang lain sudah angkat tangan awal-awal mahu menjaga Ice yang luar biasa perangainya.

Ice sengih. "Ohhh...doktor rupanya yang tercegat kat situ" dia seolah-olah tidak bersalah. Senyum tanpa dosa.

Doktor Adam menghela nafas berat.

"Ubat. Nasi. Lauk. Kenapa tak makan?" Doktor Adam menyoal tegas. Bercekak pinggang.

"Tak sedap"

Doktor Adam mengetap gigi. "Habis tu macam mana luka tu nak sembuh? Ubat kau tak makan!"

Ice tergelak kecil melihat riak merah di wajah doktor muda itu.

"Aku belum mati lagi Adam. Kau marah-marah ni cepat tua tau. Nanti isteri kau lari cari suami kat Albania haa"

Doktor Adam menjeling tajam. "Takdenya kalau kau yang reka cerita tu. Bini aku elok je kat rumah jaga anak-anak aku"

Ice mencebik bibir.

"Kau umur dah makin tua. Tapi, macam budak je perangai" rungut Doktor Adam. "Ke kau nak aku suntik bontot kau tu baru kau nak makan hah!"

Ice langsung terduduk. Muka dia berubah pucat.

"Okay! Okay! Aku makan!"

Ice merapatkan meja ke badannya. Makan nasi hingga licin dan tidak lupa ubat yang sudah siap diasingkan di dalam piring itu. Doktor Adam tersenyum geli melihat muka berkerut Ice tatkala gadis itu menelan ubat.

"Erghh! Tak sedap!"

"Dah nama pun ubat. Mana ada yang sedap" jawab Doktor Adam laju. Sambil-sambil memeriksa keadaan Ice yang sudah tiga hari di bawah jagaan dia.

"Nanti aku suruh Ehsan cipta ubat manis-manis khas untuk aku"

Doktor Adam mengeleng kepala. Pening pula doktor tua seorang tu nak melayan perangai tiga suku Ice. Suka-suka dia je nak ubah ubat yang sudah elok kejadiannya.

"Luka jahit kau basah lagi. Tapi luka lain dah mula kering. Nanti aku suruh nurse cuci luka dan tukar kain balutan baru. Yang lain semua okay."

Ice mengangguk kecil. Dia sudah cukup bosan terbaring seorang diri di dalam wad itu. Jauh dari bangunan yang lain. Doktor Adam pula terpaksa bermalam di S.I.C selama seminggu untuk menjaga Ice.

"Luka perut dah makin kering. Lainkali jangan kau nak toreh lagi anggota badan kau tu. Penat aku nak hilangkan parut tu semua..." bebel Doktor Adam.

Mengoceh sendirian dan tidak dianggapi oleh Ice yang sudah kembali meniarap. Membelek novel Inggeris tanpa mengguris bebelan doktor itu.

"Aku keluar dulu. Malam nanti aku datang balik"

Ice mengangguk kecil. Setelah pintu ditutup, Ice laju melompat turun dari katil. Meregangkan otot tubuhnya yang cramp kerana seharian meniarap tanpa melakukan apa-apa. Walaupun masih terasa ngilu, Ice tidak peduli. Janji dia boleh melakukan aktiviti senaman ringan.

Ice duduk di atas sofa dan bersila. Ipad di atas meja kopi diambil dan dibuka olehnya. Magic pen digunakan di atas skrin itu. Ice tekun melihat info-info semasa yang baru saja di update oleh ejen S.I.C di bahagian informasi.

Sedar tak sedar, Ice tertidur di atas sofa itu.


















Tengku Alya menyambut baik kedatangan Shark dan Ocean ke rumah mereka pada malam itu. Josh tidak dapat hadir kerana diberi misi oleh Jeneral Rizal di luar negara. Tengku Alya membawa dua pemuda tampan itu ke ruang tamu.

"Sila duduk, Shark...Ocean..." jemput Tengku Qaisar mesra. Lelaki itu lengkap berbaju melayu dan berkopiah.

Tengku Alya pula ke dapur untuk menyediakan minuman dan sedikit kudapan untuk tetamunya. Tengku Ikhmal, Tengku Raiq dan Tengku Elya juga berada di situ.

Ocean nampak tenang dan bersahaja.
Shark pula nampak tegas dan dingin.

"Macam mana keadaan Ice? Dah makin baik?"

"Sudah, Tengku."

Tengku Qaisar tersenyum lega. Dia rindukan gadis itu.

"Alhamdulillah. Lega Auntie dengar. Eh, jemput minum..." celah Tengku Alya yang datang membawa dulang untuk santapan mereka semua.

Shark dan Ocean mengangguk. Malam ini, mereka ingin menyelesaikan sesuatu dan perkara ini agak penting.

"Jadi, kamu nak Uncle buat apa?"

Shark berdehem. Dia membawa keluar sebuah barang elektronik berbentuk segi empat sama. Shark menekan butang tengah dan keluar cahaya samar-samar.

"Wow!" Tengku Elya tercengang melihat kecanggihan alat itu.

Shark mengerakkan jarinya dan terdapat sebuah pulau kecil yang tidak pernah dilihat oleh mereka.

"Ini adalah Pulau milik S.I.C dan pulau ini di jaga oleh pihak S.I.C sendiri. Jeneral nak kami bawa keluarga Tengku bercuti di pulau itu buat sementara waktu"

Shark terus terang.

"Ocean akan uruskan pengangkutan dan barangan yang perlu di bawak. Tak lama, tempoh berada di pulau selama dua minggu sahaja."

Ocean menambah. Dia menyampaikan balik apa yang disampaikan oleh pihak tertinggi S.I.C kepada keluarga Tengku Qaisar.

"Buat apa kami ke sana?" Raiq berkata dingin.

Dia tidak pernah tahu kewujudan pulau itu.

"Ini adalah perintah, Tengku. Nak tak nak Tengku perlu ikut" tegas Shark.

"Kalau aku tolak? Kau nak buat apa?"

Shark ketap gigi. "Tengku jangan hairan kalau peluru saya tertanam dekat kepala Tengku" ujarnya selamba.

Membuatkan Tengku Ikhmal dan Tengku Elya berasa gerun mendengarnya.

"Ice pergi?"

Shark dan Ocean berpandangan mendengar pertanyaan Tengku Qaisar.

"Aku akan pergi kalau perempuan tu tak pergi"

Shark berasa geram melihat muka sombong Raiq. Ingin saja dia meninju wajah sombong Raiq. Biar senget rahang lelaki itu sampai seumur hidup dia.

"Ice tak pergi, Tengku" jawab Ocean.

Tengku Qaisar sedikit kecewa mendengarnya. Tapi tidak mengapa, mungkin suatu masa nanti dia akan bertemu kembali dengan Ice.

"Tapi Tengku, perjanjian Tengku dan Ice hanya enam bulan saja. Sekarang sudah masuk dua bulan dan berbaki empat lagi. Ditambah tempoh pemulihan Ice, jadi secara tak langsung kontrak janji Tengku dan Ice terbatal."

Tengku Qaisar terdiam mendengar.

"Jadi, kami tak boleh jumpa Ice lagi?"

Ocean mengeleng kepala tegas. "Maaf, Tengku. Ice antara ejen S.I.C yang dijaga rapi dan sulit. Ice akan sambung kontrak jika dia sendiri yang rela..."

"Macam tu. Jadi, Ice takkan jaga papa dah?" Tengku Ikhmal bertanya sopan. Dia agak terkilan sedikit kerana gadis itu tidak menjaga keluarganya lagi.

"Tak, Tengku. Arahan Jeneral, saya dan Ocean akan ambil alih untuk jaga keselamatan Tengku dan keluarga."

"Jadi, untuk apa kami ke pulau tu?"

"Hanya untuk suka-suka Tengku" Shark tersenyum penuh makna.

Raiq mengangguk kecil. Dia menganggap pulau itu seperti pulau yang biasa. Bercuti. Ada resort atau hotel. Jadi, dia boleh tenangkan fikiran dia.
























Maaf lama tak update.
Dan banyak typo- di chapter sebelum ii ni. Maaf sangat-sangat.

Error by me.

Apapun, enjoy malam ni.

Tak tahu bila nak update pula utk next part.

See yaaa...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro