I'm Home, Lyubov.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebab Ani rasa Ani baik hati so Ani buat yang last ini. 😂
.
Ok2 ini betul-betul last punya! Ani dah malas nak publish buku baru! Buku-buku lama tu dah tak tahu ke mana dah jalan cerita dia. 😂
.
Ok kali ini Hali dah balik ~ Ani tak dapat tengok macam mana moment mak ayah Ani waktu ayah Ani balik semalam sebab dia balik dalam jam awal pagi dan lewat malam dan waktu tu Ani sudah tidur.
.
Tapi yang pasti esok pagi mak ayah Ani macam dalam mood... Macam ada something je~ Uwu
.
Ok Ani tak nak cakap banyak- Jom layan!
.
.
.

WARNING!
OOC
Up to you Gemgem genderbend or not
Typo
M content maybe? :v
50% true story and 50% not

.
.
.

Sudah 4 hari berlalu semenjak Halilintar pergi menyertai pertandingan wakil sekolah yang dia ikuti. Dan sepanjang 4 hari itu Gempa sentiasa mengeluh resah dan risau. Pemakanannya juga seperti tidak terlalu banyak dan hal itu merisaukan anak bongsu Halilintar dan Gempa.

"Mama... Mama ok?"

Si kecil melihat ibunya yang sedang termenung melihat di kaca tv sambil menguis-uis makanan di pinggannya.

"Hm? Mama ok je."

"Habis tu kenapa Mama tak makan banyak?"

Gempa terdiam. Dia cuba memikirkan sebarang idea sebagai alasan untuk pertanyaan anaknya. Dan hanya satu saja dia temui.

"Mama tengah diet lah."

Gempa mengusap kepala anaknya dengan lembut dan tersenyum. Dia juga sedar akan perubahannya. Dia tidak terlalu makan banyak dan jadual waktu makannya juga tidak menentu.

"Mama?"

"Hm?"

Gempa menoleh ke arah anaknya kembali. Iris si kecil itu terkelip-kelip memandang ke arah Gempa. Gempa mula terasa hairan. Ada sesuatu ke?

"Kenapa?"

"Mama... Apa tu?"

Si kecil menunjukkan sesuatu ke arah Gempa. Gempa mula mencari-cari namun tidak menemukan sebarang tanda pelik pada dirinya. Dia memandang ke arah anaknya kembali.

"Apa?"

"Tu, dekat leher Mama."

"Di leher Mama- eh?"

Ah! Dia terlupa untuk menutupnya!!

Cepat-cepat Gempa menutup 'tanda' yang dibuat oleh Halilintar 4 hari yang lalu. Ini semua salah Halilintar! Gempa selalu terlupa untuk menutup 'tanda' yang dibuat oleh Halilintar kerana dia jarang melihat cermin.

"Eehh... Uhmm.. Tak. Takde apa lah sayang. Ini... Mama kena gigit nyamuk je."

"Nyamuk? Tapi saya tak pernah kena sama macam tu pun."

"Aaa... N-nyamuk ni besar! Haa.. Sebab itulah Mama ada!"

"Betul ke?! Besar mana nyamuk tu Mama??"

"Besar! Besar sangat! Macam Papa kamu!"

"Waahh! Besarnya! Hmm.. Jadi... Papa pun nyamuk juga ke??"

"Bukan nyamuk. Papa kamu tu vampire bertopengkan manusia. Suka hati je nak gigit orang."

"Eh? Jadi Papa ke yang gigit Mama?"

"Huh?! T-t-t-taaakk!! Tak! Mana ada!"

Cepat-cepat Gempa menggelengkan kepalanya. Wajahnya sudah merona kemerahan kerana pertanyaan anaknya itu. Dia akui yang anaknya seorang ini jauh lebih bijak dari kakak dan abangnya tapi bahaya kalau anaknya pelajari sesuatu yang tak sepatutnya dia pelajari di usia sebegini muda!

"Kamu sudah habis makan?"

Gempa terus menukar topik. Bahaya kalau terus biarkan!

"Ah! Belum lagi!"

Tanpa meneruskan pertanyaan, si kecil itu pun terus sambung aktiviti makannya yang tergendala tadi. Gempa menghela nafas lega. Dia menyentuh di tempat 'tanda' yang Halilintar buat di lehernya.

"Bila kau akan balik?"

Wajah Gempa kembali sedih. Rindunya terhadap Si Suami sudah meluap-luap jadinya. Ini pertama kali dia merasakan kerinduan yang melampau terhadap Halilintar kerana mereka jarang menunjukkan rasa kasih sayang masing-masing.

Gempa sendiri memimpikan Halilintar di kala malam hari. Di saat Halilintar pulang dan memeluknya. Ah, indahnya suasana!

♟◆•♛♚•◆♟

Malam sudah menjelma. Gempa masih menunggu akan kepulangan Halilintar. Jantungnya berdegup kencang di kala merisaukan perjalanan pulang Halilintar. Ditambah pula cuaca sekarang yang agak merunsingkan Gempa.

Gempa melihat jam di dinding. Sudah hampir masuk jam 11 malam. Dia melihat anaknya yang kecil itu sedang melakukan kerja.

"Mata kamu sudah ok?"

Gempa mengusap kepala anaknya. Teringat tentang hal tadi sebaik sahaja dia menjemput anaknya pulang sekolah, dia cukup terkejut kerana melihat mata kanan anaknya begitu merah dan berair. Dan tanpa membuang masa, Gempa terus membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Sudah kali ke-3 anaknya mengalami sakit mata. Gempa cukup risau akan kesihatan anaknya yang seorang ini. Hanya dia yang cukup mudah terdedah dengan pelbagai penyakit. Tahun ini sudah kali ke berapa dah dia jatuh sakit dan perlukan rawatan dan juga cuti sekolah.

Namun si kecil itu langsung tidak kisah. Dia malah sering memaksa dirinya untuk ke sekolah dan melakukan tugas-tugas harian seperti menolong ibunya.

"Mama jangan risau. Saya sudah makan ubat!"

Si kecil menjawab dengan senyuman. Gempa turut tersenyum. Mungkin dari benihnya membuatkan si kecil ini sering belajar untuk tidak manja kepada sesiapa.

Gempa mengusap kepalanya dan menciumnya lembut.

"Sudah lewat ni. Kamu masuk tidur ya? Esok tak perlu pergi ke sekolah."

"Eh, tapi Mama! Esok saya ada pembentangan!"

"Jangan risau. Kawan-kawan kamu kan ada? Lagipun kamu sudah buat banyak tugas sewaktu proses membuat pembentangan itu, kan?"

"Uhmm.. Ok, Mama."

Gempa tersenyum. Lalu dia membiarkan anaknya berlalu pergi masuk ke dalam bilik dan tidur. Sekarang dia sudah tidak perlu risaukan keadaan anaknya.

♟◆ •♛♚•◆♟

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kelihatan Gempa sudah terbaring di atas kerusi sofa di ruang keluarga rumah banglo itu. Dia secara tidak sengaja membiarkan tv terbukan dan dirinya tertidur tanpa diselimut dalam keadaan suhu yang sejuk.

Klik! Tap!

Kedengaran bunyi pintu rumah yang berkunci dibuka. Dan secara perlahan-lahan pintu tersebut terbuka dan menampakkan susuk tubuh seorang lelaki dewasa.

Lelaki itu tidak menyalakan lampu apabila dia mendapati ada seseorang di ruang keluarga. Dia terus membuka kasut dan menutup pintu lalu menguncinya.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah ruang keluarga. Tempat dia terdengar bunyi tv yang terbuka. Dia secara perlahan mengintai di balik dinding dan ternampak seseorang sedang tidur di atas sofa.

Dia tidak memerlukan waktu yang lama untuk memikirkan siapa yang sedang tidur itu kerana melihat dari saiz badan yang sedang itu, dia menyedari bahawa itu ialah Gempa.

Lelaki itu berjalan menghampiri Gempa yang masih tertidur pulas. Dia secara perlahan duduk di samping Gempa dan menatap wajah polos Gempa yang sedang tidur dengan lenanya.

"Nnhh... Halilintar..."

Lelaki itu terkedu dikala dia terdengar Gempa memanggil nama seseorang. Atau lebih tepatnya, namanya.

Ya, Halilintar akhirnya pulang setelah 4 hari tiada di rumah. Dan perkara pertama yang menyambut kepulangannya ialah isterinya sendiri yang masih tidur dengan selesanya tanpa menyedari kepulangan Halilintar.

"Sempat kau mengigau ya, Gempa?"

Halilintar tertawa kecil apabila melihat wajah isterinya yang sentiasa menggamit pandangannya. Dan secara perlahan dan tanpa suara, Halilintar mendekatkan wajahnya pada Gempa lalu mencium bibir isterinya dengan lembut.

Kerana merasakan terganggu dan tidak selesa, Gempa mula membukakan matanya secara perlahan-lahan. Entah kenapa dia merasakan bibirnya sedang dicium oleh sesuatu. Atau lebih tepatnya seseorang.

Dari pandangan yang kabur, dan secara perlahan-lahan ia semakin pulih. Gempa termenung seketika melihat pemandangan di hadapan matanya.

"Lintar...?"

Gempa memanggil lembut. Halilintar yang mencium bibir Gempa terdengar panggilan Gempa walaupun sangkaannya mungkin itu imaginasinya sahaja. Namun Halilintar tersenyum apabila dia mendapati sangkaannya tidak tepat. Ternyata isterinya sudah bangun.

"Hey, Sleeping Beauty."

"Lintar... i-ini.."

"Ini bukan mimpi, Lyubov."

"A-adakah..."

Halilintar mengukirkan senyuman kepada Gempa lalu dia pun menempelkan dahinya di dahi Gempa. Dan dengan lembut Halilintar mula berbisik.

"I'm home, Lyubov."

Gempa terkedu dalam memproses apa yang sedang berlaku. Lalu secara perlahan-lahan, air matanya mula mengalir keluar dari sudut matanya. Kehangatan dan sentuhan itu, benarlah. Itu ialah Halilintar. Suami yang dicintai dan dirinduinya!

"Lintar... Lintar! Halilintar!!"

Gempa terus memeluk Halilintar dengan erat dan seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Halilintar terkejut dengan tindakan reflek Gempa namun pada akhirnya dia membalas balik.

Gempa dengan gembira membisik dan memanggil nama Halilintar berkali-kali. Walaupun masih dalam keadaan mamai, Gempa sedar bahawa masih ada 'si kecil' yang sedang tidur.

"Isk..isk.. Lintar... kau dah balik... isk..."

"Heheh, sudah lah Gem. Kau menangis macam aku pergi tentera saja."

"Tak.. isk.. a-aku cuma..."

"Kau rindukan aku?"

Gempa terdiam seketika memproses kata-kata Halilintar. Dan kemudian dia pun mengangguk dan mengeratkan pelukan mereka berdua.

"Aku rindukan kau Lintar..."

"Iya, Lyubov. Aku tahu."

Halilintar menepuk-nepuk belakang Gempa dengan lembut. Aroma Gempa dihirupnya dan leher Gempa diciumnya lembut.

Mereka meleraikan pelukan masing-masing dan menatap iris masing-masing.

"Hey, Gem."

"Hm?"

"Ingat perjanjian kita?"

"Uuhh..."

Gempa cuba memahami apa yang dikatakan Halilintar. Dan kemudian dia baru teringat sesuatu. Usai mengingatinya, wajah Gempa terus merona kemerahan.

"L-Lintar... aku masih tak siapkan apa-apa..."

"Hm? Maksud kau?"

"Bilik kita aku tak hias cantik-cantik pun dan aku pun pakai macam ni je. Gomen..."

Gempa menundukkan kepalanya kesal. Andai dia tahu akan kepulangan Halilintar pada hari itu, pasti dia sudah lama bersiap dan berhias diri.

Halilintar tersenyum lalu mengusap wajah Gempa dengan lembut.

"Hey, aku tak perlukan semua tu untuk menghangatkan suasana. Cukuplah hanya ada kau Gem. Aku dah puas."

Gempa menatap Halilintar dalam. Dia kemudian tersenyum dan kembali memeluk suaminya.

"I'm all yours tonight, Mio Marito.."

Halilintar mengukirkan senyumannya lalu dia segera mencapai remote tv dan menutup siaran televisyen. Halilintar mendukung Gempa bridal style dan membawanya ke bilik mereka berdua.

Dan sebaik sahaja pintu ditutup, segala yang dirindui dilepaskan pada malam itu.

♟◆ •♛♚•◆♟

Keesokkan paginya, Gempa mencelikkan matanya. Dia mendapati suhu bilik entah kenapa sejuk dan badannya seolah-olah ditindih oleh sesuatu. Dia mencelikkan matanya dan terlihat wajah Halilintar di hadapannya.

"Lintar..."

Gempa memandang wajah suaminya dengan pandangan yang masih mengantuk. Namun ada sesuatu yang dia dapat pastikan dan sedar, suaminya sudah pulang.

Gempa juga tersedar yang dirinya dan Halilintar tidak memakai apapun dan hanya berselimut berduaan. Halilintar juga memeluk Gempa dengan erat.

Namun Gempa tidak memikirkannya. Dia mendekatkan lagi dirinya pada Halilintar lalu memeluk badan tegap suaminya dengan tenang.

"Nnghh... sudah pagi ke...?"

Halilintar tersedar dari tidurnya apabila dia merasakan ada sesuatu yang bergerak. Dan apabila dia mencelik, dia dapat melihat wajah isterinya di hadapan. Halilintar tersenyum.

"Pagi-pagi lagi dah dapat tengok bidadari."

"Mengarutlah kau ni! Tapi... Maaf buat kau terbangun.. Mesti kau penat, kan?"

"Takpe."

Halilintar memeluk Gempa dengan erat. Aroma manis Gempa dihidu dan dahi Gempa dicium lembut.

"Aku senang akhirnya aku pulang, Lyubov."

"Hmn!"

Gempa membalas pelukan Halilintar dengan senang hati. Kini segala yang dirinduinya akhirnya dibalas dengan kesenangan.

♟◆ •♛♚•◆♟

"Untung ya kamu tak perlu pergi sekolah!"

"Eheheh! Mama yang suruh Papa. Hari tu mata saya sakit."

"Oh? Jadi Mama rawat kamu?"

Si kecil menganggukkan kepalanya jujur. Halilintar tersenyum seketika lalu memandang ke arah isterinya yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan buat sarapan tadi.

Halilintar berasa senang apabila dia mendirikan rumah tangga bersama Gempa. Berbeza dengan pasangan yang mudah bosan antara satu sama lain, di saat Halilintar bersama Gempa dia tidak pernah kebosanan.

Setiap hari dan setiap masa mereka akan melakukan perkara baharu bersama. Dan kejayaan Gempa dalam menjaga hubungan mereka dan mendidik anak-anak mereka yang jumlahnya 7 orang? Memang hebat!

"Papa! Papa!"

Halilintar menoleh kembali ke arah anak bongsunya. Dan terpancar wajah ingin tahu pada anak kecil tersebut.

"Apa dia?"

"Papa tahu tak kenapa ada tanda dekat leher Mama?"

"Tanda?"

"Hum! Hari tu waktu Papa pergi, dekat leher Mama ada tanda merah! Ingatkan dah hilang. Tapi hari ni ada balik Papa! Mama sakit ke?"

"Erk?!"

Halilintar terkedu seketika untuk menjawab pertanyaan polos anaknya. Dia hanya mengusap kepala anaknya itu dan tertawa kecil.

"M-Mama kena gigit nyamuk je tu. Tak payah fikir sangat lah, ya?"

"Oh? Ok!"

Dan tiada lagi perbualan antara 2 beranak tersebut. Halilintar menghela nafas.

"Kesan itu akan memberikan ahli baru juga nanti~"

Halilintar tersenyum seorang diri sambil memandang isterinya yang tercinta.












♟◆ •♛♚•◆♟
Pukul 4 pagi. Dan Ani masih belum tidur!! X,D
.
Lmaaooo alang-alang dah tulis ni Ani endingkan sajalah!
.
Ok guys! Harap korang enjoy this last chapter ya! Ani tersenyum je bila dapat buat chap ni dan mengingat kembali perilaku mak ayah Ani keesokkan harinya apabila ayah Ani balik. X,D
.
Ah, tak~ yang mak ayah Ani lain cerita. HaliGem sah-sah kena buat sweet kan? X,D
.
Ahahahaah! Semua dah tahu berapa anak HaliGem dalam ni? 7! Yeepp!! X,D Lmaaaoo Hali you damn—
.
Ok2 itu saja untuk kali ini. Harap korang semua dapat enjoy membacanya! Bye guys! Uwu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro