Part 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kini, sudah empat hari Tuan Edwin berada di Jepun atas urusan kerja. Bilik mesyuarat itu dipenuhi dengan ahli-ahli business yang melibatkan beberapa buah negara asing.

Setelah selesai membentang hasil kerja mereka, semua mata tertumpu pada Tuan Edwin untuk memberi keputusan sama ada mereka layak atau tidak bekerjasama dengan orang ternama sepertinya.

"So, macam mana dengan proposal yang saya bagi tadi? Adakah Tuan bersetuju untuk laksanakan projek tersebut?" soal Dato' Zufail setelah beberapa minit Tuan Edwin meneliti proposal tersebut.

Tuan Edwin menyandarkan badannya ke kerusi.

"Kau pandai buat proposal ke tidak? Kalau rasa nak bekerjasama dengan aku, buat yang paling tip top. Ini macam kerja budak tadika. Dan lagi satu, proposal kau banyak betul kesalahan dalam itu. Kau tak semak dulu ke sebelum serah dekat aku?" jawab Tuan Edwin tanpa memikir perasaan orang yang mendengar.

Terkelu lidah Dato' Zufail mendengarnya. Kalau ia pun proposal yang dia buat itu salah, tegurlah dengan cara yang sopan. Ini tidak, main pakai hentam saja.

"Maaf, Tuan. Saya harap Tuan dapat bagi peluang kedua untuk saya betulkan yang mana silap dan buat proposal baru." Terpaksa Dato' Zufail merendah diri dengan orang seperti Tuan Edwin.

"Last chance aku bagi dekat kau," kata Tuan Edwin dengan tegas. Dia memang mengutamakan kekemasan dan kepandaian seseorang dalam membuat proposal. Kalau setakat macam budak tadika yang buat, lebih baik simpan aje angan-angan nak bekerjasama dengan dia.

"Baiklah, Tuan. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Dato' Zufail bingkas bangun dari kerusi dan mengemas fail-failnya.

Tuan Edwin menghela nafas panjang, kebanyakan proposal yang diserah tidak menepati cita rasanya. Markah pembentangan sudah okey, tapi bila sampai proposal yang mereka buat... semua ke laut.

Ipad yang disambung dengan CCTV di rumahnya dicapai. Terasa rindu pula dengan buah hati pengerang jantungnya. Tinggal beberapa hari saja lagi dia akan pulang semua ke United Kingdom.

Tergelak dia melihat Helena yang terkinja-kinja kegembiraan apabila dapat mengalahkan Rykarl dalam perlawanan memanah yang mereka cipta.

Sedang dia leka melihat rakaman tersebut, dia mendapat panggilan daripada Rykarl. Telefon yang berada di kocek dikeluarkan.


T-shirt pendek berwarna putih dan short pants menjadi pilihannya.Setelah siap menyalin pakaian, rambutnya yang basah dikesat menggunakan tuala kecil. Kakinya melangkah menuju ke cermin bersama telefonnya.

Klik!

Gambar diambil melalui pantulan cermin. Dia melihat gambar yang diambilnya.

'Nice!' gumam Rykarl.

Rambutnya yang telah kering disapu dengan gel rambut dan disikat ke tepi. Kakinya melangkah semula ke katil dan merebahkan punggung di situ.

Rasa bosan menyelubungi dirinya. Nak tidur tapi masih awal lagi. Dia pula bukan jenis yang tidur waktu pagi.

Handphone di tangannya dipandang sepi. Tiba-tiba akalnya terlalu bijak memberi idea untuk mengenakan abangnya, Tuan Edwin.

Senyuman sinis tersinggung di bibir. Nanti kau ya, bang. Kali ini aku akan kena kan kau pula. Hahahahahaha.

Nama Tuan Edwin di contacts telefonnya ditekan. Mari kita mulakannya.

"Hello, brother! Macam mana kerja dekat sana?" soal Rykarl seolah-olah prihatin dengan abangnya.

"Hurmm... okey aje. Cuma banyak lagi kerja yang aku belum siap. Nak balik awal pun tak boleh," jawab Tuan Edwin. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia banyak bercakap pula.

Rykarl tersenyum senang. Bagus juga kau balik lambat sikit.

"Ouhh... tak apa kau settle kan dulu kerja dekat sana. Pasal Helena kau jangan risau, sebab dia memang dah selesa dengan aku." Rykarl memulakan misinya.

"Aku tahu lah. Kalau boleh aku nak balik cepat-cepat sebab tak nak Helena duduk dengan kau. Lagipun kau tu bukannya boleh percaya sangat. Dengan semua orang kau mengayat." Tuan Edwin menyindir adiknya. Dalam hati terasa lah juga dengan kata-kata Rykarl.

"Helena sendiri yang cakap dia lebih sukakan aku daripada kau. So, kalau kau nak aku gantikan pun boleh." Selamba sahaja Rykarl berkata. Mentang-mentang abangnya tiada di depan mata, bolehlah dia cakap macam itu.

"Kau jangan macam-macam ya, Ian Rykarl. Aku shoot kepala kau nanti terus tak dapat lihat bumi. Berani lah kau sentuh apa yang aku punya, memang cari nahas." Keluar sudah ugutan daripada Tuan Edwin. Tapi kalau dia cakap, memang dia akan buat.

Rykarl menyedapkan hatinya. Dia tak boleh kalah hari ini. Permainan perlu diteruskan sehingga Tuan Edwin kalah.

"Kalau macam itu, aku jadi abang dia aje lah. Kesian dia tak ada abang. Sekurang-kurangnya dapatlah juga rasa kasih-sayang. Kalau dengan kau memang tak ada nya. Asyik nak dingin aje sepanjang masa."

Terdengar Tuan Edwin mengetuk meja dengan kuat. Alamak! Aku tercakap lebih ke tadi?

"Tunggu aku-" belum sempat Tuan Edwin mahu menghabiskan ayatnya, Rykarl terlebih dahulu memintas.

Tok! Tok! Tok!

"Okey, lah. Aku letak dulu sebab ada orang nak jumpa aku. Bye!" Dengan pantas talian dimatikan. Kakinya dibawa menuju ke pintu biliknya.

Pintu dibuka sedikit untuk melihat gerangan yang mengetuk pintunya.

"Ouhh, kau rupanya. Ada apa nak jumpa aku?" soal Rykarl.

"Saja nak borak dengan awak. Tak nak bagi saya masuk ke?" jawab Helena. Tanpa mendengar jawapan daripada Rykarl, dia menempuh pintu bilik tersebut.

Rykarl mengusap batang lehernya. Rasa janggal. First time gegurl masuk biliknya.

"Lahh... kenapa tercegat dekat situ? Tak kan saya nak berbual dengan katil pula." Helena sudah landing di atas tilam empuk Rykarl. Kalau dengan Rykarl bolehlah dia buat macam ni. Sejak dia berlatih dengan Rykarl, secara tidak langsung dia menganggap Rykarl seperti teman tapi mesra.

"Haa, ya. Aku nak tutup pintu sekejap." Pintu bilik ditutup dan melangkah mendekati Helena.

"Kau nak borak apa?" tanya Rykarl senada.

"Ermm... saya ada benda nak tanya awak." Helena memandang wajah Rykarl.

"Kau nak tanya apa?"

"Okey, first saya nak minta maaf kalau soalan saya ini macam menyebuk hal awak. Awak tak ada keluarga lain ke selain dari Tuan Edwin?" Teragak-agak untuk Helena bertanya tapi dia kena tahu juga.

Rykarl menghela nafas panjang. Kalau boleh dia malas nak buka cerita pasal family.

"Ada aje. Cuma aku tak tahu family aku yang lain pergi mana. Mama dan papa aku bercerai. Waktu itu umur aku baru tujuh tahun. So, aku tak tahu apa-apa. Mama aku ambil adik aku tinggal dengan dia. Tapi aku dengan Edwin tinggal dengan papa. Suatu hari, papa aku kemalangan sewaktu dalam perjalanan nak pergi ambil aku dan Edwin balik dari sekolah. Dan sejak itu juga, abang aku jadi dingin macam sekarang." Bergenang mutiara jernih di kelopak matanya. Tidak sanggup untuk dia bercerita lebih lanjut.

"Jadi, dekat mana adik awak sekarang?" soal Helena. Simpati pula dengan nasib Rykarl dan Tuan Edwin. Sejak kecil tak dapat rasa kasih sayang ibu bapa.

"Tak tahu. Dia terus hilang tanpa jejak sampailah sekarang. Rupa dia pun aku tak ingat. Cuma ada satu benda aje yang boleh buktikan yang dia itu adik aku iaitu tanda lahir dia dekat bahagian belakang badan."

Terangguk-angguk kepala Helena mendengar.

"Awak dah makan?"

"Belum. Kau dah makan ke?" Dia tidak boleh lemah di hadapan Helena walaupun sememangnya dalaman dia mudah terasa.


"Kau ada dapat info terbaru tentang 'Dia'?" soal Dariel Hans. Nak tahu juga isu perkembangan semasa tentang gadis yang pernah hadir dalam hidupnya.

Disebabkan satu perkara bodoh yang dia buat, sisi gelap gadis itu muncul tanpa dia sangka. Selama perkenalannya dengan gadis itu, semuanya baik-baik sahaja. Tapi tak sangka, gadis yang dianggap baik dan lemah lembut rupanya ada sisi lain.

"Belum lagi. Mansion dia yang dulu itu dah tak digunakan lagi. Sekarang dia dah duduk dekat mansion lain. Aku nak ceroboh maklumat dia pun susah sebab dikawal ketat. Tetapi berdasarkan pengetahuan aku, 'Dia' dah cuci tangan dari buat kerja kotor." Yoshua memaklumkan sedikit sebanyak maklumat yang diketahuinya.

"Okey. Teruskan cari sampai dapat. By the way, macam mana dengan orang yang kau ugut haritu? Dia tetap tak bagi lagi maklumat yang aku nak?" Dariel menyisip Espresso yang dibuat oleh tea lady nya.

"Masih belum dapat. Mungkin dia tidak takut dengan ugutan itu. And dia ada hantar pesanan ringkas kepada Gavin untuk berjumpa secara berdepan."

Terbeliak mata Dariel mendengarnya. Interesting! Mungkin dia belum tahu siapa yang menelefonnya.

"Kau set time dan tempat yang sesuai, lepas itu suruh Gavin chat perempuan itu. Nak sangat jumpa aku, kan? Aku pun tak sabar nak jumpa dia." Dariel sudah memikir strategi untuk membawa perempuan itu masuk dalam permainannya.

"Okey. Ada apa-apa lagi tak?" balas Yoshua.

Dariel sekadar menggeleng tanda sudah tiada apa-apa lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Author note:

Maaf sebab semalam tak update. Memula ingatkan nak buat double update hari ini. Tapi aye memang tak mampu. Kadang terpikir jugak.. Macam mana author lain boleh update banyak ii dalam masa satu hari?

Para author sekalian! Anda menulis satu chapter berapa jam ye? And berapa words?

Jangan lupa Vote n Comment😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro