Part 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Telefonnya yang berbunyi diambil. Melihat nama yang terpapar di sreen, dengan cepat dia mengangkat.

Kerja-kerjanya semua ditolak tepi. Panggilan itu lebih penting. Pasti ada maklumat baru yang lelaki itu dapat.

"Hello, Noah. Aku rasa lokasi terakhir Helena dekat United Kingdom. Cuba kau tengok maklumat yang aku baru bagi tadi." Tengku Fiqry berkata serious.

"Hello. Okey, sekejap aku tengok." Tengku Noah terus membuka laptopnya dan membaca maklumat yang baru dia dapat.

'Mall terbesar di United Kingdom? Helena pergi mall?' bisik hati Tengku Noah.

"Kau biar betul weyh? Aku tak rasa Helena pergi situ." Tengku Noah menyoal kerana masih ragu-ragu. Setahu dia, duit gaji pun Helena belum dapat lagi. Tak mungkin dia akan pergi mall yang harganya mencecah ribuan ringgit Malaysia.

"Betul lah. Tak akan aku nak main-main pula. Aku rasa kita kena gerak esok. Prepare semua benda siap-siap sebab berkemungkinan besar Helena memang diculik." Tengku Fiqry meyakinkan kawannya. Penat betul cari maklumat yang entah betul atau tidak ni.

"Hurmm... okey, lah kalau kau dah cakap macam itu. Belikan tiket flight aku sekali." Tengku Noah akur dengan kata-kata kawannya. Mungkin memang betul gadis itu berada di sana.

Susah juga dia mahu jejak Helena. Harapnya kali ini memang betul Helena berada di United Kingdom. Sebelum ini, satu negara London dicarinya kerana maklumat yang dia terima daripada orang kepercayaannya.

"Okey, apa-apa nanti aku call. Bye." Panggilan ditamatkan oleh Tengku Fiqry.

Telefonnya ditenung seketika. Bila lah boleh jumpa dengan Helena? Rindu nak dengar suara dia.

Keluhan berat dilepaskan. Handphone diletak semula  ke tempat asal. Kerja di kedai banyak lagi. Haihh...

Satu per satu fail dibuka dan di semak. Dia tidak boleh tidur hari ni kerana mahu menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun sebelum pergi United Kingdom.


Bella mengeringkan rambutnya dengan hairdryer. Selepas itu meja cermin dituju. Rambut yang sudah seperti ribut taufan disikat bagi lurus. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggung di situ.

Skincare by Mylara disapu ke muka. Bau yang wangi dan menyenangkan. Lotion badan diambil dan disapu ke tangan.

Selepas siap menyelesaikan routine malamnya, dia mengorak langkah menuju ke katil.

Bantal dibetulkan dahulu dan selimut ditarik ke tepi sedikit. Badannya direbahkan di atas katil. Tangannya di depa sambil memandang siling bilik.

Teringat pula kejadian pagi tadi membuatkan dia merengus kasar. Menyakitkan hati!

Flashback...

Bang!

Bella bergerak ke tepi sedikit dan tembakan itu terus terkena bahu Dariel. Dia dapat hidu cara permainan lelaki itu. Dari dulu pakai cara yang sama. Huhh...

"Arghh..." Bahu kanannya dipegang. Darah tidak henti-henti mengalir. Tertutup matanya menahan sakit. Rasa seperti nyawa-nyawa ikan. Gavin dan Yoshua memang tidak mrmbantu langsung.

Bella tersenyum sinis melihat Yoshua dan Gavin berlari mendapatkan Dariel. Cuak dua orang itu melihat keadaan Dariel sekarang. Perempuan ini memang tidak boleh dibuat main.

'Kau dah cari pasal dengan orang yang salah, Dariel.' Yoshua rasa menyesal kerana memandang rendah terhadap Bella. Sekarang keadaan dah bertambah teruk. Nasib baik dia tak kena apa-apa.

"Siapa kau sebenarnya?" soal Gavin takut-takut.

Memang tidak ada siapa yang akan perasan dia kerana dia memakai mask dan rambutnya ditocang tinggi. Sebelum ini dia memang tidak akan menocang rambut. Tetapi disebabkan tidak mahu orang mengenalinya, jadi terpaksalah dia buat.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Satu aje aku nak cakap. Tahniah, sebab korang dah bangunkan singa yang sedang tidur."

Kata-kata Bella membuatkan Yoshua dan Gavin kecut perut. Kalau Dariel yang boleh tahan hebat itu pun kalah ditangan Bella, apatah lagi kalau mereka.

"Bagitahu aku dekat mana kau sembunyikan kawan aku!" Sudah berapa kali dia ulang soalan yang sama. Jangan dia dipermainkan sudah. Memang aku bunuh diorang ni.

Gavin menyinggul lengan Yoshua. Matanya dikerling sedikit melihat Dariel.

"Nak cakap apa ni?" bisik Yoshua di telinga Dariel.

Apabila tidak mendapat sebarang respon daripada Dariel, Yoshua memberitahu sahaja kebenarannya.

"Err... sebenarnya kawan kau tak ada pun dengab kitorang." Tergagap-gagap Yoshua ingin berkata.

"Tipu!" jerkah Bella. Penumbuknya digenggam kuat.

"Ta... tak. Kami tak tipu."

Menyirap darah Bella mendengarnya. Lelaki-lelaki di hadapannya kini dibelasah cukup-cukup. Betul-betul membuang masanya. Ditambah pula kerana sudah mengotorkan balik tangannya. Tetapi alang-alang dah mencelup perkasam, biar sampai ke penghujungnya.

Dush! Dush! Dush!

"Arghh... to... tolong jangan!" jerit Gavin apabila perutnya menerima sepakan padu daripada Bella.

Serangan yang tidak dijangka.

"Diam! Aku tak nak dengar satu suara pun. Kalau tak aku tembak kepala korang."

Kepala Yoshua dipusing ke belakang sehingga berbunyi.

Krak!

Yoshua menahan diri supaya tidak menjerit. Banyak betul tenaga perempuan ini.

Pisau lipat yang berada di dalam kocek dikeluarkan. Tangan Dariel direntap kasar. Dihiris sedikit tangan itu supaya berdarah. Begitu juga dengan yang lain. Ini bertujuan supaya mereka pengsan kerana kehilangan banyak darah.

Setelah memastikan ketuga-tiga lelaki tadi sudah tidak bermaya, Bella keluar dari gudang tersebut dan memangga pintu itu.

End flashback...

Badan dipusing ke kanan. Mata dipejam seketika. Malas mahu mengingatinya semula.

Harap kau tak boleh keluar dari situ. Biar kau mati kebuluran. Pasti tak ada orang yang berjaya masuk ke dalam itu.

Itulah, lain kali jangan pandang rendah dengan perempuan. Kan dah mendapat!


Pintu bilik ditutup. Baru sahaja hendak melangkah ke dapur, kata-kata Tuan Edwin terngiang-ngiang di kepalanya.

Mulai esok, kau kena bersihkan bilik aku setiap pagi. No skip. Ini sebab kau langgar arahan aku.

Helena mengeluh panjang. Kalau dia tak pergi agak-agak mamat itu marah tak? Ini lah yang dia tak suka bila lelaki tu dah balik. Semua benda nak diarahnya. Lepastu cari salah orang.

Kakinya seperti digam tidak mahu berjalan. Fikirannya masih lagi bercelaru sama ada mahu pergi atau tidak.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke bilik Tuan Edwin. Malas pula mahu mencari pasal. Nanti makin bertambah kerja yang kena dibuatnya.

Sampai sahaja di hadapan bilik Tuan Edwin, tombol pintu dipulas tanpa meminta izin.

"Masih membuta lagi? Dah pukul 7:50 pagi ni. Dia tak pergi kerja ke apa?" kata Helena kehairanan. Dia melangkah masuk ke dalam dan menutup pintu semula.

Dah macam dekat kubur! Gelap aje. Tak ada keceriaan langsung. Suis lampu yang berada ditepi pintu dipetik.

Langsir bilik diselak. Haa baru lah nampak keindahan alam. Okey, sekarang masa untuk kejut mamat singa ini pula.

"Bangun sekarang! Saya nak kemas bilik ni," jerit Helena.

Terpisat-pisat Tuan Edwin bangun dari tidur. Matanya digosok berkali-kali.

'Aik... sejak bila aku tidur buka lampu? Bukan aku dah off ke semalam?' kata Tuan Edwin dalam hati. Biasanya bangun sahaja dari tidur, biliknya masih gelap lagi.

Kepalanya dipusing ke kiri memandang tingkap. Ada seorang perempuan yang sedang membelakanginya.

"Oii... kau siapa hah? Siapa benarkan kau masuk dalam bilik aku?" soal Tuan Edwin dengan nada yang kuat.

Helena memusingkan badannya menghadap Tuan Edwin.

"Siapa yang benarkan saya masuk dalam ini? Awak jangan buat-buat lupa ya, semalam awak juga yang benarkan saya masuk." Helena berkata tegas. Tidak mahu lelaki itu salah faham dengannya.

Tuan Edwin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhh... macam mana lah kau boleh lupa? Nak kata makan semut tapi makan nasi.

"Ahh... tak kisah lah. Yang aku nak marah sekarang ni, kenapa kau terpekik-pekik kejut aku? Tak reti nak kejut elok-elok ke?" Masih lagi mahu mencari kesalahan Helena.

Helena menjuling mati ke atas.

"Habis awak nak saya kejut macam mana? Macam ni, sayang bangunlah. Teman saya breakfast. Macam itu ke?" soal Helena seperti memperlekehkan kata-kata lelaki itu.

Tuan Edwin tersenyum nakal.

"Boleh juga. Lagi aku suka kalau kau buat macam itu. So, esok kau dah boleh kejut aku macam yang kau cakap tadi."

Helena menyumpah-seranah dalam hati. Ergh... geram betullah. Kenapa lah wujudnya lelaki seperti Tuan Edwin?

"Tak ada maknanya. Saya tak akan sesekali buat macam itu. Dah sekarang saya nak awak pergi mandi sana." Helena mengeluarkan arahan sambil bercekak pinggang seperti mak cik- mak cik.

"Kau pandang belakang sekejap. Aku nak turun dari katil ni."

"Kenapa pula? Awak ni macam-macam lah." Helena mendengus geram.

"Aku cuma pakai boxer aje sekarang ni. Sebab itu aku suruh kau pandang belakang. Atau kau nak tengok body aku yang mengancam ni?" kata Tuan Edwin gatal. Saja mahu tengok muka Helena membahang.

Badannya dipusing semula menghadap tingkap. Kakinya dihentak kuat. Ada sahaja idea nak kena kan aku. Tak apa Tuan Edwin. Ada lori ada bas, ada hari aku balas. Tunggu aje lah hari pembalasan dari aku.

Tuan Edwin tersenyum suka. Yes, aku menang. Kau memang tak boleh nak lawan aku, baby girl. Selimut ditolak ketepi dan bangun dari pembaringan.

Tuala di ampaian diambil sebelum melangkah ke bilik air.

"Nak ikut aku mandi tak? Kalau nak, boleh aje." Sempat dia menyakat Helena sebelum dia ketawa besar.

Sakit hati aku. Nasib baik kau dah masuk dalam bilik air, kalau tak memang aku dah karate kau dekat sini juga.

Cadar katil Tuan Edwin ditegangkan semula dan meletakkan semula selimut di atas katil. Bantal disusun cantik.

Baju-baju kotor Tuan Edwin dimasukkan ke dalam bakul dan dibawa turun.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Author note:

Alhamdulillah dapat siapkan lagi satu bab. Tahu hambar sebab sis tengah berperang dengan sakit kepala.

Ouhh ya. Pasal cerita baru tu sis akan pub kalau tak ada pt3 tahun ni. Sebab kalau ada, sis nak fokus study n siapkan cerita ni dulu. Tapi KALAU tak ada, sis akan pub dalam bulan 2 insya Allah.

Jangan lupa vote n comment ya ayangku semua🐊





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro