Part 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bella memberhentikan keretanya di hadapan N.F. Bakery untuk menghantar Helena. Memandangkan hari ini merupakan hari pertama Helena bekerja di situ, jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar kawannya.

Helena memeluk Bella sebelum keluar dari kereta. "Thanks, babe sebab hantar aku. Lain kali aku jalan kaki aje lah. Bukan jauh sangat pun dari rumah kau," ujar Helena. Bella banyak membantunya. Dia tidak tahu bagaimana untuk balas semua kebaikan Bella.

"Welcome, dear. Aku nak suruh kau ambil lesen kereta sebenarnya. So bila kau dah ada lesen kereta, bolehlah bawa kereta aku yang ada dekat rumah tu. Kau okey tak?" kata Bella. Dia suruh Helena ambil lesen kereta supaya senang Helena nak bergerak.

"Hurmm... aku takutlah weyh. Tapi tak apa nanti aku fikirkan balik. Okey lah... aku nak masuk kerja dulu ni. Nanti bos aku marah pula," balas Helena.

"It's okay. Take your time, dear. Nanti kalau ada apa-apa inform aku. Bye," kata Bella. Dia faham apa yang sedang Helena fikirkan. Bukannya Helena takut tapi lebih kepada tak nak menyusahkannya.

"Bye. Balik nanti aku jalan kaki aje. Tak payab ambil," ujar Helena sebelum menutup pintu kereta.

Bella menggelengkan kepalanya. 'Haihh...' Dia menekan pedal minyak untuk menuju ke butiknya pula.


Seorang lelaki memasuki sebuah rumah usang yang terdapat di dalam hutan. Dia mendekati seorang perempuan yang telah diikat hampir setahun.

"Oii, bangun. Kesian aku tengok kau. Disebabkan perbuatan jahat abang kesayangan kau tu, kau yang jadi mangsa." Lelaki itu berkata seraya mencangkung di hadapan perempuan tersebut.

"Lepaskan aku lah sial. Kau nak apa dari aku sebenarnya? Aku dah penatlah duduk dekat sini. Tolonglah lepaskan aku," rayu perempuan tersebut.

Lelaki itu tergelak besar mendengar permintaan adik musuhnya.

"Hahahahahaha. Kau nak suruh aku lepaskan kau? My answer is never. Aku akan lepaskan kau bila dendam aku dengan abang kau dah settle. And maybe waktu tu, kau cuma dapat tengok sekujur mayat yang diracik-racik dagingnya," balas lelaki itu. Dia sudah menyusun strategi untuk melunaskan dendamnya.

"Kau manusia paling kejam pernah aku jumpa," kata perempuan itu.

"Kau kata aku manusia paling kejam? Kau silap besarlah perempuan. Abang yang kau sanjung tu lah paling kejam dalam dunia. Sejahat-jahat aku pun, aku tetap bagi kau makan. Tapi abang kau? Biarkan mangsanya mati kebuluran." Hati lelaki itu panas mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut perempuan tadi.

"Kau tak payah nak buruk-burukkan abang aku lah syaitan. Sekarang ni aku dah malas nak bertekak dengan kau. Kalau kau datang sini untuk sakitkan hati aku, lebih baik kau tak payah jenguk aku dekat sini lah." Perempuan tersebut sudah penat melayan perangai manusia bertopengkan syaitan di hadapannya ini.

"Eh, kau nak halau aku? Tak apa jangan risau sebab aku memang dah nak balik. Ouhh ya, aku akan lepaskan kau, hurmm maybe tahun depan rasanya. Okey lah, aku nak cau dah. Hope kau bahagialah duduk dekat sini. Hahahahaha," kata lelaki itu sebelum meninggalkan rumah tersebut.

'Arghh... Aku benci kau. Abang... tolong bawa adik keluar dari neraka ni. Adik dah tak tahan hidup dekat sini,' jeritnya sekuat hati.


Helena melakukan tugasnya setelah dipandu oleh Merissa. Dia memulakan dengan mengayak tepung terlebih dahulu supaya kek menjadi lembut.

Sambil membuat kek, dia menyanyi lagu 'Awas Jatuh Cinta' seorang diri di dapur kedai.

Aku punya niat yang baik
Coba kuungkapkan padamu
Berharap kamu kan menjadi
Rencana besar dihidupku
Tapi kau bilang
"Pergi sana"
Kamu tak mau melihat diri ini selamanya

Awas nanti jatuh cinta
Cinta kepada diriku
Jangan jangan kujodohmu
Kamu terlalu membenci
Membenci diriku ini
Awas nanti jatuh cinta padaku

Aku punya niat yang baik
Telah kuungkapkan padamu
Kau tetap bilang
"Pergi sana"
Kamu tak mau melihat diri ini selamanya...

Sedang Helena seronok menyanyi, dia terasa seperti ada seseorang yang memerhatikannya. Dia baru hendak menoleh ke belakang untuk memastikan firasatnya itu betul atau salah.

Tetapi ada satu suara yang menyapanya dahulu. "Ehemm... seronok menyanyi? Kau datang sini nak menyanyi ke nak kerja?" kata suara itu. Helena pasti itu suara bosnya, Tengku Noah.

Dia pantas menoleh menghadap bosnya lalu menundukkan sedikit kepala.

"Saya bukannya tak buat kerja, Tengku. Daripada suasananya sendu, lebih baik saya menyanyi. Dapatlah hilangkan rasa bosan," balas Helena dengan berani. Dia pun tidak tahu dari mana datangnya keberanian hendak melawan bosnya. Dia teringat kata-kata bibik Yati.

Flashback...

"Nanti kalau kamu dah mula kerja, jangan jadi lemah tau. Nanti orang pijak kepala kita. Selagi apa yang kita buat tu tak salah, lawan aje kalau orang mengata. Lagi-lagi dengan bos kamu tu, sebelum ni tak ada seorang pun yang pernah marah dia," pesan bibik Yati.

"Hurmm... tapi nanti Helena yang kena marah balik," kata Helena.

"Helena cuba aje lah dulu. Biar diorang tahu yang Helena tak boleh dibuat main." Bibik Yati meyakinkan Helena.

"Kalau macam tu, okay lah." Helena mengalah akhirnya.

End flashback...

'Amboi budak ni. Semalam waktu interview bukan main takut lagi. Sekarang dah tunjuk taring? Nasib baik comel,' bisik hati Tengku Noah.

"Ada aku cakap kau boleh buat bising dekat sini? Apa kau cakap tadi? Bosan? Baru berapa jam kerja, dah cakap bosan. Kau juga yang pilih nak kerja dekat sini," kata Tengku Noah.

"Bukan saya bosan kerja dekat sini, Tengku. Tapi bosan sebab saya duduk sorang-sorang dekat dapur. Itu maksud saya." Helena mempertahankan dirinya.

Tengku Noah mengecilkan matanya dan berjalan mendekati Helena. Jarak di antara mereka tidak sampai 5 cm.

Helena menapak ke belakang. "Err... Te... Tengku ni dah kenapa?" tanya Helena dengan tergagap-gagap.

'Ceh. Tadi berani sangat. Sekarang baru nak tergagap-gagap.' Tengku Noah menyinis dalam hati.

"Tak ada apa-apa. Saja nak dekat dengan pekerja baru aku ni. Mesti kau single, kan?" jawab Tengku Noah.

"Kalau saya single pun, ada kena-mengena dengan Tengku, ke?" kata Helena. Sibuk je nak tahu orang single ke tak.

"Mestilah. Aku tak suka pekerja aku bercinta. Nanti kerja entah kemana. Dah kau tak payah nak banyak cakal. Pergi siapkan kerja kau cepat," balas Tengku Noah.

'Eleh... dia yang mengganggu orang buat kerja,' kata Helena dalam hati. Dia pun menyiapkan kerjanya yang tergendala gara-gara bosnya.


Bella sedang ralit membuat kerja diganggu oleh satu panggilan telefon.

Lagu 'I Love You' dari group treasure menjadi ringtone telefonnya.

Dia mengangkat panggilan daripada mummy nya.

"Hello, mummy." Bella memulakan bicara.

"Hello, kakak. Mummy call ni sebab nak suruh kakak balik sini. Adik excident pagi tadi. Kakak balik ya, nak. Adik nak sangat jumpa kakak," balas mummy Bella, Puan Amieda Hanisah.

Bella terkejut mendengar berita yang baru dikhabarkan oleh mummy nya.

"Okey, kakak balik harini. Jagakan adik untuk kakak, mummy. Okey lah, kakak nak packing barang. Bye, mummy," kata Bella lantas mematikan panggilan.

Number bodyguard nya pula didail. "Hello, Iriz. Suruh bibik packing barang saya untuk dua bulan. Awak pula tempah tiket penerbangan saya ke New Zeland. Pastikan harini masa penerbangannya," arah Bella kepada bodyguard nya, Iriz.

"Baiklah, Cik Muda. Boleh saya tanya? Kenapa Cik Muda nampak tergesa-gesa?" balas Iriz.

"Adik saya excident. Jadi saya nak balik sana harini. Dah pergi siapkan barang-barang saya," kata Bella.

'Tut' panggilan dimatikan.

Bella tergesa-gesa mengemas semua fail kerjanya untuk balik ke rumah. 'Aduhh... Aku terlupa pula nak cakap dekat Nurin. Tak apa lah, sekejap lagi singgah aje dekat tempat kerja dia.' Bella menepuk dahi apabila terlupa untuk memberitahu kawannya itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Author talks:
Ok, firstly sis nak mintak maaf sngt ii sebab dah lama x update. Busy sngt dah akhir tahun ni. Tapi disebabkn sekarang dh online class je jadi sis akan update carita ni kerap jugaklah. Ikut keadaan semasa. Yang penting sis dh online wp selalu.

Yeayy👏👏👏

Sory kalau part kalini pendek dan membosankan.

Jangan lupa vote and comment okeyh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro