⭐TIPS/TUTORIAL⭐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai dan Assalamualaikum semua! Seperti yang saja janjikan sebelum ni,saya akan menjawab soalan-soalan yang ditanya. Harap tips yang saya berikan serba sedikit dapat membantu anda ya. Let's get started!

SOALAN PERTAMA DARIPADA
brwnies-


Biasanya tajuk buku kita perlu lah pendek,ringkas serta menarik minat pembaca. Sebolehnya-bolehnya dinasihatkan agar tajuk buku dipendekkan.

Tapi jika tak boleh juga pendekkan dan tak ada idea untuk memendekkan tajuk buku awak pada kulit buku,saya akan ajarkan macam mana untuk pendekkan tajuk pada kulit buku!

Sebagai contoh,contoh ya. Ini kulit buku awak.

Before:

After:

Hah,panjang kan tajuk buku lama saya? Ini sebagai contoh,awak boleh ringkaskan tajuk awak dengan menggunakan huruf-huruf sebagai wakil tajuk buku awak. Tajuk panjangnya,awak boleh kecilkan dengan font yang bersesuaian.

Tapi ini hanya lah cadangan saja. Sebabnya kalau tajuk awak panjang sangat pada book cover awak,readers akan jadi pening untuk baca tajuk yang tertera pada book cover awak tu.

Tambahan pula,book cover awak boleh kelihatan sedikit serabut jika tajuknya panjang-panjang belaka.

Tapi kalau awak masih nak tuliskan tajuk tanpa singkatan,pastikan font sesuai dan saiz font yang digunakan tidak lah terlalu besar dan tidak lah terlalu kecil. Biarkan tajuk buku awak itu kelihatan jelas.

Saya harap tips ini dapat membantu awak! Terima kasih kerana sudi bertanya😊

Sincerely,
Cik Mochii💖

SOALAN KEDUA DARIPADA
Nooroo_Edayu03


Kombinasi warna sangat-sangat lah penting kerana ia memberi kesan kepada kulit buku awak. Saya akui,pemilihan warna untuk digabungkan bersama bukan lah perkara yang senang macam goreng kacang! Kadangkala saya sendiri pun pening untuk memilih warna yang bersesuaian.

Okey,firstly,pemilihan font sangat penting. Saya ulang,SANGAT PENTING. Sebab apa? Okey,saya beri contoh ya. Kalau awak pakai baju,warnanya sudah lawa kebabom tapi baju dan seluar awak langsung tidak padan dan merosakkan lagi penampilan awak.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Hehe,jangan terasa hati! Saya hanya memberi contoh saja. Harap dimaafkan!

Begitu juga dengan penggunaan font. Bila awak gunakan font dan warna yang sesuai,baru lah book cover awak akan nampak lebih menarik! Itu saya boleh jamin.

Kedua,it depends on the photo that your using. Sebabnya,setengah orang,font dan warna dia sudah kena dan cantik tapi gambarnya tidak cukup menarik dan ada kekurangnya.

Jadi,perkara ini masih boleh dielakkan. Back to the topic. Okey,biasanya background yang ala-ala dark tu,awak mungkin boleh gunakan warna yang cerah seperti putih,merah jambu,biru cair dan lain-lain. Tapi! Jangan terlalu terang sangat jika tak mahu mata readers awak rosak. Terang sangat pun akan menjejaskan book cover awak.

Biasanya kita lihat orang gabungkan warna putih dan pink,putih dan merah dan lain-lain! Warna emas juga tak kurangnya. Tapi bagi pendapat saya,warna emas jangan dicampurkan dengan warna lain seperti merah jambu,ungu dan yang lain-lain. Sebabnya,bagi saya warna emas memang tidak sesuai digabungkan dengan warna yang terang-terang seperti yang saya nyatakan dan sekaligus merosakkan gambaran eksklusif awak itu.

Bagi saya,warna putih yang saya rasa serasi dengan warna emas. Hitam? Kombinasi warna hitam dan emas bagi saya tidak digalakkan. It depends background dan tema gambar yang digunakan.

Jangan lah background sudah gelap gelita,warna font awak pun gelap juga! Memang bahaya. Jadi,hati-hati ya.

Senang kata,warna putih dan hitam memang senang untuk ngam dengan any warna pun. Tapi seperti yang saya kata,ia bergantung pada font dan gambar yang awak gunakan.

Untuk background yang cerah pula,jangan lah buatkan font itu warnanya terlalu cerah juga. Ini serta merta membuatkan warnanya tidak sesuai dengan gambar yang digunakan. Jadi,dinasihatkan agar menggunakan font yang sedikit gelap warnanya seperti hijau gelap,hitam,biru gelap dan yang lain-lain.

Satu lagi,jika tema gambar awak contohnya biru. Awak jangan campurkan terlalu banyak warna ke dalam font awak tu. Ia akan menampakkan kulit buku awak sangat lah serabut dan tak nice.

Saya akan berikan beberapa contoh gabungan warna yang saya rasa bersesuain dan kebanyakan orang gunakannya:

Biru dan kuning.

Hitam dan kuning.

Biru dan merah jambu cair.

Ungu dan merah jambu.

Biru dan hijau cair.

Hitam dan merah.

Hitam dan turquoise.

Hitam dan oren.

Ini hanya beberapa gabungan warna yang saya rasa serasi.

Kalau awak nak gunakan color gradient,pastikan warna yang awak pilih padan dengan tema gambar awak. Itu sangat penting!

Harap tips yang saya berikan serba sedikit membantu awak ya!

Sincerely,

Cik Mochii💖

SOALAN KETIGA DARIPADA
hana_here


Haii,Ohh,senang je! Tak apa,tak apa. Biar saya ajarkan ya!

1. Okey,so first awak pergi app Google and search for 'Book Cover Diy'. Then akan keluar macam ni.

2. Then awak tekan website ni:

3. Hah,dah jumpa kan? Apa lagi,tekan je! Dah tekan tu website tu akan buka dan imej dia macam ni:

4. Awak pilih lah bentuk buku mana awak nak. Dah tekan tu,awak tekan je butang 'Next' tu.

5. Sudah tekan? Okey! Dia akan keluar macam ni pula:

6. Awak nampak kan perkataan browse tu? Okey,awak tekan butang tu. Lepas tu,awak pilih lah gambar book cover yang awak nak. Dah tekan,awak tekan butang 'upload' pula.

7. Lepas tu,gambar yang awak nak akan lambat-lambat muncul. Awak tengok saja peratus kat bawah tu. Pastikan dia sampai 100% baru awak proceed to next step sebab kalau awak terus tekan butang 'Next' tu,gambar awak tak sempat upload sepenuhnya. Jadi,awak tunggu saja gambar dia muncul sepenuhnya ya! Tak lama pun dan tak sampai berapa saat pun melainkan kalau internet awak lambat lah. Hehe...

8. Okey lepas dah tekan 'Next' tu, gambar awak akan muncul macam ni:

9. Tertanya-tanya kan apa PNG dan JPG. Okey,saya terangkat. PNG setahu saya, background dia warna hitam while JPG background dia warna putih. So pilih lah yang mana berkenan di hati. Huhu.

10. Siap! Gambar tu akan terus save ke gallery awak bahagian download.

Saya harap tips ni membantu awak!

Sincerely,
Cik Mochii💖

SOALAN KEEMPAT DARIPADA
aisyairaa

Hai! Ramai yang selalu keliru macam mana nak kenakan font dan gambar yang kita pilih supaya nampak meletup kebabom gitu.

Ramai yang dah pilih gambar dan font yang sangat cantik tapi tak berapa faham lagi macam mana nak sesuaikan kedua-duanya.

Keliru bukan? Saya kadang-kadang pun alami situasi yang sama juga😅

Tapi tak apa,biar saja berikan tunjuk ajar!

Saya gunakan font-font ini bagi setiap genre agar saya dapat sesuaikan font dengan gambar.


Tentu awak macam: Ni bukan gambar tapi genre!

Ya,sabar cik adik manis. Kerana gambar menggambarkan genre cerita awak! Jadi,sebab itu saya kongsi gambar-gambar ni untuk senangkan awak untuk pilih font.

Biasanya,kalau gambar tu ala-ala dark theme,saya lebih senang untuk pilih Serif fonts sebab dia memang kena sangat dengan gambar! Kalau gambar awak ala-ala ceria dan light gitu,awak boleh gunakan Sans Serif so dia tak nampak lah terlalu bosan.

If awak keliru sangat nak pilih font,awak boleh rujuk kepada gambar-gambar yang saya beri ataupun type saja di Google 'Fonts for genre'. Pasti keluar!

Saya harap tips saya memabntu awak! Kalau tak membantu,patik menyusun sepuluh jari.

Sincerely,
Cik Mochii💖

SOALAN KELIMA DARIPADA
seonminaa

Soalan yang selalu orang tanya kepada saya. Saya pernah dapat aduan from some of my followers that bila dia tanya author tu edit guna app apa and some tips cara reka book cover,author tu terus abaikan saja komennya. Kenapa? Itu saya tak tahu lah. Sebab,ada yang kata author-author ni kedekut mahu kongsikan skil mereka bersama orang lain!

Tapi bukan mahu buka aib orang tapi itu yang selalu followers saya adukan.

Forget about that sebab saya kat sini dengan rela hatinya akan ajar awak semua! Bukan nak sombong tapi saya hanya berkongsi apa yang saya tahu kepada you guys.

App saya cari gambar? Tidak lain tidak bukan....

Jeng,jeng,jeng!

Pinterest!

Saya lebih suka cari gambar di Pinterest jika mahu dibandingkan nak cari kat Google. For me,it's a bit menyusahkan kalau nak cari kat Google.

Di Pinterest,semua gambar yang awak nak,semuanya ada! Sebab itu, Pinterest memang heaven lah untuk sesiapa yang suka gambar-gambar ni dan semestinya senang untuk download!

Macam mana nak download? Meh sini saya ajar.

1. Okey nampak tak butang tiga bulat tu? Hah,tekan yang tu.

2. Dah tekan tu,awak tekan 'Download image' pula.

3. Gambar akan save terus masuk ke dalam gallery awak. Senang kan?

Tulisan ataupun lebih dikenali sebagai font,mesti lah saya guna sahabat sejati saya.

Memperkenalkan....

Phonto!


Phonto ni wajib ada untuk setiap orang yang nak edit ni. Bak kata saya lah,seorang pereka kulit buku memegang teguh prinsip 3P.

Apa tu 3P?

Pinterest.
Picsart.
Phonto.

Hahhh,nampak tak?

Okey,berbalik kepada topik kita,memang ada banyak font yang tersedia dalam app phonto ni. Memang semuanya cantik belaka tapi lagi cantik kalau kita download sendiri dari website,Dafont!

Mahu tahu caranya? Macam ni...

(Nak letak gambar tapi dah lebih limit dah untuk letak gambar. Mari lah Kita berhuhu...)

1. Pergi rujuk Pak Cik Google dan suruh dia search Dafont. Immediately,zup zup zup akan keluar website dia yang warna merah.

2. Apa lagi? Tekan website tu. So dia alan senairakan bermacam jenis font yang lawa ya ampun.

3. Tengok dan pilih font mana yang berjaya mencuri hati awak. Cia cia...

4. Okey,so tengok betul-betul. Nampak kan perkataan download kat tepi font tu? Hah,ini lah masanya untuk awak tekan butang tu!

5. So font-font ni akan masuk ke dalam fail awak. Awak cari je,mesti jumpa punya! Nak terangkan pasal tu,ramai yang guna jenama telefon yang berlainan. Jadi,mungkin cara font tu save masuk ke dalam fail awak semua berbeza dengan saya.

Agak susah bagi sesiapa yang guna Iphone tu. A bit struggling lah. So,that's why I prefer Android better.

But it's okay kalau tak tahu? Pak Cik dan Mak Cik Youtube sentiasa ada untuk membantu anda. HAHAH.

So,kalau masih keliru lagi,jangan segan silu untuk terus DM saya dan tanya saja apa yang merumitkan fikiran awak.

Saya harap apa yang saya berikan membantu!

Sincerely,
Cik Mochii💖

Note:
Bagi sesiapa yang mahu tanya soalan,ruangan soalan Masih dibuka di bab ' ATTENTION PLEASE!'

Jadi kalau apa-apa yang anda nak tanya berkenaan cara mereka book cover,sila lah tanya! Saya berbesar hati untuk menjawab semua persoalan anda!

Terima kasih bagi yang sudi bertanya!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro