EPISOD 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

12:15 Malam...

Sesi makan malam telah pun berakhir. Hampir semua penghuni rumah sudah tidur. Tinggal Puan Reyhana bersama dengan Tiara sedang mengemas ruang daour.

Tuan Hisyam pula belum pulang lagi dari masjid. Ada mesyuarat.

"Tiara, malam ni tidur rumah Auntie ye?" Pelawa Puan Reyhana semasa mereka sedang mengemas meja makan.

"Eh? Tak menyusahkan ke?"

"Allah, tak ada susahnya! Lagipun Auntie baru je roger dengan mama dan papa kamu tadi. Diaorang on je. Kamu on tak?"

"T-tapi, Tiara tak bawa baju lebih."

"Jangan risau! Lepas je Auntie call tadi, kakak kamu, Laila ada hantarkan beg yang ada pakaian ganti kamu." Ujar Puan Reyhana mematikan niat Tiara untuk menolak pelawaan itu lagi.

Cekap betul mama dan papa ni! Tau je aku nak tidur sini, terus prepare pakaian semua siap. Untunglah siapa jadi anak diaorang- Eh, akulah anak diaorang! Terlupa pula...

"Kalau macam tu, Tiara ikutkan je. Nanti Tiara tidur dekat mana?"

"Pasal tu jangan risau, rumah ni ada banyak bilik tetamu. Pilih je bilik yang mana. Ataupun kamu tidur je dekat bilik Reen." Cadang Puan Reyhana.

Memang betul pun bilik di rumah itu banyak. Tak terpakai semua bilik.

"Erm...rasanya Tiara nak tidur dengan Reen boleh? Sebabnya Tiara tak biasa tidur sorang dalam bilik tempat asing." Tiara terpaksa berkata begitu.

Bukan sebab dia sombong, tapi memang dia jenis tak boleh tidur di tempat asing dan berseorangan. Paling kurang pun, kena ada seorang teman dia tidur.

"Ok kejap ye, adik! Turun kejap." Panggil Puan Reyhana.

Kemudian kelihatan Aireen menuruni anak tangga dengan perlahan tapi cepat.

"Ye mama?"

"Ni, kak Tiara kamu ni nak tidur sekali dengan kamu. Katanya tak biasa tidur seorang. Boleh ke?"

"Eh! Mestilah boleh! Bolehlah adik berkenalan dengan akak comel cantik ni!" Kata Aireen teruja dan gembira kerana malam ini dia ada teman sebilik.

Tak adalah bosan nak tidur tak ada orang teman kan.

"Ha kalau macam tu, Tiara pergilah masuk bilik. Tak apa, pinggan tak banyak mana pun. Nanti Auntie suruhlah Uncle kamu tolong basuhkan sekali." Ujar Puan Reyhana tidak mahu menyusahkan Tiara lagi.

Sepatutnya seorang tetamu di rumah dilayan dengan baik, tak perlu nak tolong buat kerja rumah segala. Itulah prinsip Puan Reyhana.

"Mari kak, Reen tunjukkan bilik." Aireen menarik perlahan tangan Tiara menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.

"Hana? Awak sorang je? Tadi abang nampak ada Tiara sekali. Mana dia?" Tuan Hisyam yang baru selesai solat Isyak duduk di meja makan menemani Puan Reyhana yang sedang sibuk membasuh pinggan.

"Eh bang, baru balik? Tiara tu ada je, dah masuk tidur dengan adik."

"Kenapa Tiara tak tidur dalam bilik tetamu? Bukan banyak ke bilik dalam rumah ni?"

"Dia tak biasa tidur bilik tempat baru sorang-sorang. Itu yang saya suruh dia tidur dengan adik sekali. Yang adik pun setuju je. Tak ada bantahan pun."

"Oh.." Tuan Hisyam hanya meng oh kan sahaja kata-kata Puan Reyhana.

"Bang, tolong basuh pinggan sekejap." Suruh Puan Reyhana kemudian terus meninggalkan sinki yang penuh dengan pinggan.

"Aih! Abang pula?"

"Alah tolong ler kejap, lagipun abang mesti nak minum kopi. Ini yang saya nak pergi buat ni." Kata Puan Reyhana selamba sambil mengisi serbuk kopi ke dalam cawan.

"Hmm ye lah. Memang awak je betul." Tuan Hisyam mengalah, malas nak berdebat panjang dengan Puan Reyhana. Takut nanti sampai ke bilik pula debat nanti.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Akak, inilah bilik Reen! Cantik tak?"

Tiara terkesima sekejap melihat bilik Aireen. Kemasnya bilik anak dara ni! Bilik aku pun tak kemas macam ni.

"Wah! Kemasnya bilik Reen ni..." Luah Tiara sambil melihat-lihat sekitar bilik Aireen.

Dah lah tema bilik itu warna pink, kemas tak ada habuk sikit pun.

"Hehe, bukan Reen yang kemaskan bilik ni sebenarnya. Mama tu tiap-tiap hari kemas bilik ni sampai tak ada habuk pun." Balas Aireen tersenyum malu.

Kalau ikutkan diri dia sebenarnya, tak adalah kemas macam ni biliknya. Mesti ada sepah sikit, maklumlah budak muda kan.

"Lah ye ke, tapi untuk orang muda macam Reen ni, bilik masih kemas walaupun dah malam satu keajaiban. Hahaha." Seloroh Tiara sambil berjalan ke arah katil.

Aireen tertawa kecil mendengar lawak dari Tiara.

"Haha! Akak ni lawak juga ye. Along selalu cerita dekat Reen, akak ni dingin, selalu masam muka...tapi Reen tak nampak pula akak macam tu?"

Hilang sekejap senyum Tiara. Iz! Berani kau cerita benda ni dekat Reen! Siaplah kau nanti...

"Kak? Kak!" Aireen memanggil Tiara yang sibuk memandang ke arah lain.

"Hahaha! Ye Reen?" Tiara dengan spontan ketawa bagi mengelakkan suasana jadi kekok.

Dah lah tadi dia tak dengar langsung apa yang Aireen cakap, lepas tu sibuk fikir benda lain. Apo lah kau Tiara...

"Hehehe teringatkan Along eh?" Aireen menyakat Tiara yang daripada tadi tak berhenti berangan.

Entah apa yang difikir pun tak tahu.

"Eh! M-mana ada..." Tiara menutup mukanya kerana malu. Macam mana budak ni tahu?!

"Eleh nak sorok-sorok pula. Kita sama-sama perempuan lah, Reen tahu apa yang akak tengah fikirkan. Mestilah pasal Along betul tak?" Teka Aireen lagi dan yang pastinya...tekaan tu betul.

Pertanyaan tu berjaya buat Tiara terdiam.

"Hehehe, akak nak tahu something tak?" Aireen bertanya soalan lain bagi mengelakkan Tiara berasa tidak selesa.

"Hmm? Tahu apa?" Tiara menurunkan tangan dari menutup wajahnya dan bertanya semula kepada Aireen.

"Akak...tak silap dalam pilih pasangan hidup." Balas Aireen ringkas sambil memegang tangan Tiara.

"Akak nak tahu tak, Along tu pernah bertunang dengan seorang perempuan tau." Aireen membuka semua rahsia yang disimpan oleh abangnya.

Tiara agak terkejut tetapi tidak terlalu ketara. Wajah dia dah kacak, mestilah ada perempuan yang nak dekat dia.

"Tapi...perempuan tu tak pernah hargai Along. Dia tinggalkan Along macam tu saja. Tak ada khabar berita langsung! Masa tu, tinggal sehari je lagi sebelum tarikh pernikahan Along dengan dia..." Wajah Aireen menjadi muram.

Dia sendiri menjadi saksi mata bagaimana Izzat hampir mengalami kemurungan kerana peristiwa itu.

Mujurlah semua ahli keluarga memberikan sokongan kepada Izzat dan itu membuatkan dia bangkit semula dari kejatuhannya.

"Tapi akak janganlah risau! Along dah lama lupakan perempuan tu. Dia dah buang jauh-jauh kisah lama dia dengan perempuan tu."

Tiara hanya diam dan fokus mendengar luahan hati Aireen tentang abangnya. Tidak terlintas nak menyampuk ataupun bertanya.

"Sebab itulah sampai sekarang, Along tak pernah ada teman wanita walaupun seorang. Dia takut nanti akan berakhir sama dengan peristiwa 5 tahun lepas..."

"Tapi sekarang Reen dah tak perlu risau dah! Sejak dia jumpa dengan akak, sifat dia yang memang sentiasa ceria tu sekarang dah makin ceria! Seronok sangat Reen tengok." Aireen berkata dengan matanya yang bersinar-sinar tanda gembira.

Seronok sangat-sangat, masa video call hari tu pun memang nampak muka abangnya itu berseri-seri je, senyum tak pernah lepas.

Cukup untuk membuatkan perasan seorang adik, gembira.












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro