EPISOD 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati Tiara apabila Izzat sah bergelar suaminya.

Tapi dalam gembira, terselit juga sedikit kerisauan. Tak dapatlah dia nak bermanja dengan mama dan papanya lagi.

Sebab dia sekarang suami orang, tak boleh lagi dah nak duduk bawah ketiak mama dengan papa lagi.

Selesai upacara membatalkan air sembahyang tadi, tibalah masa untuk pengantin bersalaman dengan ibu bapa dari kedua-dua belah keluarga.

Tumpah juga air mata Tiara tatkala memeluk mamanya yang disayangi.

Mama Izzat pula dari tadi tak habis-habis menumpahkan air mata. Bukannya makin sikit, makin banyak pula tangisannya itu.

Puan Reyhana bersyukur, akhirnya anak teruna kesayangannya itu mendirikan rumah tangga setelah sekian lama bergelut dalam kisah gelap percintaan sendiri.

Tak pernah dia berhenti berdoa agar anaknya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik selepas peristiwa hancur cinta pertamanya dulu.

"Anak mama...dah jadi suami orang. Jaga diri dengan isteri tu baik-baik. Jangan pernah kecewakan Tiara.." kata Puan Reyhana sambil mengelap air matanya dengan tisu.

Tuan Hisyam pun segera menenangkan isterinya.

"Sudah tu awak, hari ni hari yang bahagia buat Iz. Janganlah menangis macam ni."

"Saya gembira bang, sebab tu lah saya nangis...anak kita dah kahwin juga akhirnya." Balas Puan Reyhana dengan air mata yang masih bersisa

"Hmm ada je alasan awak ni. Iz, kamu sekarang dah jadi suami kepada Tiara. Macam yang mama kamu pesan tadi, jangan sesekali kecewakan dia. Tiara, kalau Iz ni ada buat apa-apa yang boleh kecewakan kamu, report dekat abah. Biar abah tumbuk muka dia." Tuan Hisyam memberi nasihat bersama amaran keras kepada Izzat.

Izzat meneguk liur. Menakutkan...

"Baik abah. Terima kasih ye." Ucap Tiara kemudian memandang Izzat.

"Ha, ha, ye Iz dengar apa yang abah cakap. Terima kasih.." balas Izzat sedikit takut.

Alif pula yang sedang berdiri di belakang Izzat sudah ketawa kuat. Seronok melihat membernya diberi amaran.

"Sedihnya, tak dapatlah nak bermanja dengan mama papa lagi.." Tiara pula mula berdrama dengan Puan Alina dan Tuan Reza.

"Alah jangan nak dramatik sinematografik sangatlah. Tu suami kamu ada, bermanja lah puas-puas dengan dia. Lagipun, kalau rindu dengan kami ni, datanglah rumah. Apa susah." Balas Puan Alina selamba disertai anggukan oleh Tuan Reza.

'Aduhai kenapalah mama papa aku ni selamba sangat..tak boleh ke menangis macam tadi? Buat malu je aku nangis sorang dekat sini.'

"Hmm ye lah..."

"Jaga suami kamu tu. Jangan buat dia marah, kalau nak marah pun, tegur elok-elok. Iz, Uncle harap kamu jagalah anak Uncle ni dengan baik." Tuan Reza berpesan. Terdetik juga rasa sebak di jiwanya. Anak sendiri yang disayangi telah pun bergelar isteri orang.

"Ye Uncle, saya akan jaga Tiara dengan baik sampailah bila-bila." Balas Izzat dengan jawapan yang tidak mengecewakan Tuan Reza.

"Bagus! Thats my menantu! Haha." Mula keluar Tuan Reza punya broken English.

Kemudian Alif pula datang ke arah Izzat. Bukan saja bersalaman, malah siap berpelukan lagi.

"Congratulations bro, aku bangga dengan kau. Sekarang kau dah buktikan pada aku yang kau adalah seorang lelaki yang berani." Alif menumbuk bahu Izzat tanda bangga.

"Terima kasih banyak Alif, kau memang banyak tolong aku dalam semua benda. Dari awal perkahwinan sampailah alam rumah tangga, semuanya kau yang ajar aku."

"Sikit je semua tu, yang paling banyak ajar tu Uncle Hisyam dengan Auntie Hana. Aku ni tak tolong apa pun." Betullah apa yang Alif cakap tu, bukannya dia nasihat apa sangat. Mama dengan abah dia tu yang banyak tolong.

Dia sekadar nasihatkan je apa yang patut.

"Tapi yang penting, semoga kau berbahagia melayari bahtera perkahwinan..." Alif tersenyum lebar sambil menepuk bahu Izzat.

Hari yang paling bahagia dalam hidup Izzat, hari inilah. Dimana dia telah mendapatkan cinta hatinya dan berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan menjaga Tiara sehinggalah ke akhir hayat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Awak, sampai bila nak tercegat dekat pintu tu?" Pelik Izzat, sejak dari habis bersanding sampailah ke malam. Tak ada sepatah apa pun yang keluar dari mulut dia.

Selalunya Tiara ni dalam dingin pun banyak bercakap juga kalau kena dengan mood dia.

"Err...kena tidur sekatil ke?" Tanya Tiara dengan senyum polos.

Apa bodoh sangat kau ni Tiara, dah jadi suami isteri of course lah sekatil! Tiara menampar mulutnya sendiri, sedar dengan soalan yang kedengaran bodoh itu.

"HAHAHA! Ini lawak nak hilangkan gemuruh ke apa ni?" Terlepas tawa si Izzat mendengar soalan Tiara. Masa bila bini dia tukar kerja jadi pelawak ni?

"Kenapa ni? Awak tak suka ke tidur sekatil dengan saya?" Sinis nada soal Izzat. Sengaja nak tengok apa yang isterinya itu nak jawab.

"B-bukan tak suka! Cuma tak biasa...biasanya tidur bilik sendiri. Tak ada orang yang tidur sekali. Kalini..."

Fahamlah Izzat apa masalah Tiara sekarang. Patutlah nampak teragak-agak sangat.

"Ok tak apa, saya ni bukanlah jenis suami yang suka memaksa. Untuk masa sekarang, saya tidur dekat sofa bilik dulu. Nanti kalau awak dah selesa dengan saya, barulah tidur sekatil. Amacam?" Cadang Izzat dengan sedikit terpaksa.

Kesian pula dia melihat Tiara gundah gulana macam itu. Nampak sangat tak selesa.

"Eh? Mana boleh! Saya kan isteri awak...mana boleh buat macam tu."

"Habis, apa cadangan awak?"

"Hmm saya cubalah biasakan diri. Nanti lama-lama biasalah kot-" belum sempat Tiara habiskan ayat, Izzat terus menarik tangan Tiara ke atas katil.

"Eh! Nanti dulu saya belum mandi lagilah!"

"Alah tak apa tak busuk pun."

"Sabarlah dulu!"

Dah bergaduh pula pasangan laki bini ni. Sabar sajalah Tiara oi, suami kau dah tak sabar sangat tu.

Di sisi lain, ada lagi orang yang sibuk memerhatikan pasangan suami isteri itu dari pintu bilik.

"Hihihi! Geli hati saya tengok diaorang abang." Ujar Puan Reyhana geli hati melihat Izzat dan Tiara berkelakuan begitu. Gelojohnya anak aku ni!

"Baguslah tu, maknanya diorang serasi bersama. Tak adalah bergaduh macam nak pecah rumah nanti." Balas Tuan Hisyam yang sedang duduk bersandar di kerusi sofa bilik dengan tangannya memegang telefon. Sedang bermain game.

"Abang ni! Tak excited ke? Cubalah dramatik sikit!"

"Tak apa, pertengahan cerita nanti saya dramatik lah. Tak sekarang ni bila awak nak tidur ni, saya dah letih menunggu. Awak bukannya tak tahu saya tak boleh tidur kalau tak ada awak." Tuan Hisyam mencelah sambil menguap. Dah letih sangat dah ni.

Tersenyum-senyum Puan Reyhana. Alahai laki aku ni sweet sangat aih!

"Ye lah, kejap saya datang ni."




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro