EPISOD 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

"Mama ni dah gila ke apa! Datang rumah dengan Nad lepas tu nak cakap macam-macam. Apa tu!" Marah Izzat menyeringai di hadapan Puan Reyhana.

Dia baru saja dapat call daripada Tiara dan dia dah ceritakan semuanya tentang kedatangan mamanya dan juga Nadra.

"Apa pula mama gila? Isteri Izz tu tak jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Jadi mama suruhlah dia minta cerai dengan Izz. Salah ke?"

"Memang salahlah! Suruh kitaorang bercerai, apa ni. Izz cintakan dia dan Tiara pun cintakan Izz. Memang perkahwinan kitaorang dah ditakdirkan, kenapa nak halang?"

"Mama tak halang pun! Mama cuma bagi cadangan yang bernas. Tanggungjawab apa je yang dia dah jalankan? Anak? Mama tak nampak pun!"

"Mama! Soal anak bukannya kita boleh tentukan, semuanya kuasa Allah. Takkanlah mama nak melawan takdir Tuhan? Ada rezeki, adalah anak."

"Izz! Jangan nak derhaka dengan mama. Mama cakap ceraikan perempuan tu, ceraikan! Mama tak kira!"

"HANA!" Tuan Hisyam dah tak tahan lagi melihat pertengkaran anak dan mak ini. Dia memutuskan untuk masuk campur.

"Awak ni dah melampau! Aku perhatikan je perangai awak sejak dua menjak ni, makin dibiar makin menjadi-jadi ye!" Hambur Tuan Hisyam dengan mata yang merah menyala kerana kemarahan yang tak dapat dikawal.

"Kenapa abang nak tengking-tengking saya ni! Salah ke apa yang saya buat-"

"Memang salah! Sebab salah aku terpaksa buat macam ni. Aku kalau boleh tak nak pun marah-marah awak macam ni. Tapi sikap awak tu yang menyebabkan aku naik darah!"

"Ah! Saya tak peduli, saya nak Izz ceraikan perempuan tu!"

"Jangan melampau Hana. Aku ni baru balik tau. Makan pun belum, baik awak pergi masakkan sesuatu sebelum awak yang aku telan!"

Puan Reyhana tidak peduli dengan Tuan Hisyam, dia terus ke dapur tanpa berkata-kata. Agaknya takut kot...

"Izz, maafkan abah atas perangai mama kamu tu."

"Tak apalah abah...mungkin ni ujian untuk kami suami isteri."

"Lupakanlah sekejap. Ha, abah dengan mama dah bincang sebelum ni pasal Zafril. Suruh dia datang ke rumah. Abah dengan mama nak kenal dengan dia pula." Ujar Tuan Hisyam menukar topik.

Selepas tu barulah wajah Izzat nampak gembira sedikit. Tak adalah nampak sedih je macam tadi.

"Ye ke abah? Alhamdulillah. Dapat juga abah dengan mama menantu baru ye. Kitaorang pun dapatlah adik ipar baru!" Izzat nampaknya memang tak sabar-sabar nak dapat adik ipar baru.

"Marilah makan! Takkan tak nak makan apa yang saya masak kot." Suara Puan Reyhana memotong perbualan Izzat dan Tuan Hisyam menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan dulu perbincangan.

"Nampak, mama kamu tu walaupun dia marah dengan abah. Tetap juga dia masakkan untuk abah tau."

"Heheh, untung abah. Tiara pun nanti akan jadi sama macam mama. Pandai dia carikan menantu. Hahaha!"

Izzat dan Tuan Hisyam tertawa sebelum mereka membawa diri ke dapur untuk makan tengahari.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Honey...buat apa tu? Nampak khusyuk sangat." Tanya Izzat bila mana dia pulang ke rumah malam harinya.

"Hmm? Tengah masak ni. Awak nak makan tak?"

"Boleh juga, lagipun awak masak. Mestilah sedap!"

"Amboi, lain macam puji tu. Ada apa-apa rahsia ke ni?" Tiara memandang tajam ke Izzat.

Jangan nak buat permintaan kahwin lain eh! Ada juga yang makan tanah nanti.

"Ish! Apa pula, tak ada apalah. Saja je nak puji isteri sendiri. Salah ke?"

"Tak adalah salah. Tapi macam tiba-tiba sangat. Sebelum ni tak ada pula nak puji kita macam tu." Tiara meletakkan senduk yang digunakan untuk mengacau kuah gulai itu sebelum menutup api dapur.

"Ok cakaplah. Awak nak minta sesuatu ke dari saya?"

Izzat berasa cuak sekejap. Macam mana dia boleh tahu? Ada pakai ilmu ghaib ke apa ni? Sambil bermonolog Izzat melihat ke kiri dan kanan mana tahu ternampak 'sesuatu'.

"Awak ni macam tahu-tahu je saya nak bagitau sesuatu. Tapi awak jangan ingat saya puji tu sebab nak minta sesuatu eh! Itu ikhlas tau!" Kata Izzat tanpa kebohongan.

"Ye lah...ha apa dia tu?"

"Rahsia, HAHAHA!" Izzat tertawa terbahak-bahak tetapi akhirnya meringis sakit kerana tangannya dicubit Tiara.

"Aduh...jangan marah awak, kita gurau je."

"Main-main eh. Kenapa nak rahsia sangat ni? Ada apa-apa ke? Awak jangan macam-macam. Ada yang kena cangkul dekat kepala tu kang.."

"Ish tak adalah! Adalah surprisenya...just waiting...dah mari makan. Nanti sejuk dah tak sedap."

"Hah! Tak sedap? Merajuklah macam ni!" Tiara meletakkan sudu dengan kasar dan bangkit dari duduknya memandang ke arah lain.

Berani dia cakap masakan aku tak sedap? Menempah maut ni.

"Janganlah sayang marah...saya bergurau je. Masakan awak semuanya sedap, tak pernah tak sedap tau! Kalau makan kalau tak jilat pinggan memang tak sah!" Kata Izzat cuba nak mengambil hati Tiara.

Tapi memang betul pun sedap. Tak pernah Izzat makan masakan sesedap itu. Masakan kedua yang paling sedap selepas mamanya punya masakan adalah Tiara.

"Pandai awak pujuk saya ye. Baiklah, tapi jangan cakap masakan saya tak sedap lagi. Kalau tak, ni nampak!" Tiada menunjukkan penumbuknya tanda ancaman pada Izzat membuatkan suaminya itu berpeluh berdebar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seminggu kemudian...

"Assalamualaikum bro."

"Waalaikumsalam, Alif! Kau buat apa dekat hospital ni? Kau sakit apa? Kau jangan nak sorok apa-apa dari aku!" Soal Izzat bertubi-tubi sampai Alif pun tak sempat nak buka mulut.

Kebetulan Izzat datang ke hospital, terserempak pula dengan Alif dan Aulia. Itu yang dia soal siasat kalah polis tu.

"Izz, cuba bawa bertenang. Alif ni tak sakit apa pun. Dia ada appointment doktor je. Kau tu yang tak perasan." Jawab Aulia mengurangkan risiko suaminya membebel dengan lebih panjang lebar.

"Appointment doktor? Kau sakit apa, takkanlah saja-saja datang jumpa doktor kalau tak ada sakit."

"Trauma kecederaan dalaman. Dulu kan aku pernah cedera. Itu yang sampai sekarang kena datang jumpa doktor, buat check up, ambil ubat. Haih meletihkan..." Kata Alif pula berjaya membuang rasa buruk sangka Izzat tu.

"Ohh, kecederaan masa buat misi lah ni?"

"Ya. Jadi kenalah datang jumpa doktor. Malas sebenarnya, tapi Lia ni paksa aku. Kalau tak jumpa juga, nanti dia nak aku tidur luar. Kan tak adil tu."

"Hahaha! Kau tu jual mahal sangat.. Memang patut pun Lia tu ugut kau macam tu, dia nak bagi kau sembuh dari sakit. Barulah kehidupan silam kau tu dapat dilupakan. Apalah kau ni." Bukannya dapat sokongan, Izzat tambah lagi khidmat tazkirah adalah.

Nasib malang...

"Ye lah, jangan nak ceramah aku sangat. Kau datang sini apahal? Kau sakit apa pula?"

"Biasalah, Tiara cakap demam. Aku datanglah hospital nak ambil ubat dia. Dia lupa nak ambil masa pergi jumpa doktor hari tu."

"Macam tu ke...ha, kau dengan Tiara dah ok ke belum? Mama kau tu dah ok ke?"

"Haih...macam tu jugalah Alif, dia tu banyak sangat percaya cakap orang berbanding cakap anak dengan menantu dia sendiri. Nasib baiklah Tiara tu hatinya kental. Dapatlah dia terima dengan keadaan sekarang."

"Sabar banyak-banyak Izz, tuhan takkan uji hambanya melebihi kemampuan. Jadi aku percaya kau boleh hadapi semua ni." Nasihat Alif sambil melihat muka sahabatnya itu.

Dia tahu walaupun riak wajah Izzat nampak gembira, tapi sebaliknya dia menyimpan seribu kedukaan. Dia tahu semua tu, mereka dah lama kenal.

"Kau janganlah buat aku menangis dalam hospital ni, dah lah ramai orang.." Kata Izzat perlahan cuba mengelap air matanya.

"Hahaha! Alah aku baru je cakap sikit kau dah barai macam ni, tak payah nak menangis sangat. Sekarang ni lebih baik kau pergi selesaikan urusan kau tu. Aku dah nak balik."

"Janganlah gelakkan aku, merajuk kang."

"HAHAHA! Sudahlah Izz, abang jom kita balik. HAHAHAHA!" Kali ni bukan Alif gelak, Aulia pula yang melepaskan tawanya.

Dah lah besar gelaknya, satu hospital dengar nanti.

"Kurang asam betullah Lia ni, apalah nasib kau dapat bini macam tu Alif..." Gumam Izzat sebelum dia menuju ke kaunter untuk mendapatkan ubat demam untuk Tiara.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ubat tu kau dah tukar ke belum?"

"Dah bos, saya dah tukar masa mereka tengah borak tadi." Balas orang suruhan itu sambil menunjukkan sebotol ubat yang telah ditukar.

"Bagus, mesti dia mati kalau dia minum ubat tu. Jangan lupa, pastikan dia minum dan terus perhatikan dia..." Nadra memberikan arahan sekaligus memberikan sebuah sampul yang dalamnya ada sejumlah wang.

"Baik bos, ada duit semua boleh beres." Sahut orang suruhan itu dengan senyum sinis sambil mengira wang di dalam sampul itu.

"Dah pergi berambus buat kerja You."

"Baik bos." Tak lama kemudian orang suruhan itu pun beredar dari situ meninggalkan Nadra.

'You ugut I ya...nanti kita tengok nyawa siapa yang akan melayang dulu...You memang silap sebab dah cari pasal dengan I Alif...'







Sorry lama tak update kesibukan melampau ༎ຶ⁠‿⁠༎ຶ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro