EPISOD 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan....

"Iz, dah sedia ke nak berjumpa dengan bakal jodoh?" Soal Tuan Hisyam semasa sedang membetulkan kolar baju Izzat yang kelihatan sedikit tidak kemas.

Aww so sweet!

"Nervous lah abah. Macam mana ni..."

"Iz janganlah risau, kita nak berjumpa je. Bukannya nak kahwinkan kamu terus dengan dia pun." Tuan Hisyam geleng kepala dengan perangai Izzat yang tak habis-habis dengan gementar tu.

"Ye lah. Iz cuba." Izzat mengeluh berat. Kenapalah dia kena menghadapi situasi macam ni.

Kejap suka, kejap tak suka dengan acara mencari jodoh ni. Entahlah.

"Hana! Apa yang lambat sangat awak bersiap ni. Cepatlah sikit, diaorang dah call tanya bila nak sampai tau tak." Tuan Hisyam memanggil Puan Reyhana supaya cepat sikit siap.

"Sabarlah abang, awning tudung saya ni tak berapa betul lagi. Abang pergi duduk dalam kereta dulu." Balas Puan Reyhana sambil membetulkan tudungnya itu.

"Ye lah, tapi jangan lama. Iz, mari kita tunggu dalam kereta dulu." Tuan Hisyam mengarah kepada Izzat.

Oh ye, pasangan kembar tu tak dapat nak ikut sebab ada outstation. Kebetulan kan? Tempat kerja sama, outstation pun sama. Haih...

Tuan Hisyam, Izzat dan Puan Reyhana sudah berada di dalam kereta setelah 10 minit 'bertarung' dengan tudungnya yang tidak mahu menjadi.

Setelah dipastikan semuanya bersedia, mereka pun bertolak ke destinasi yang dituju.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rumah Tuan Reza...

Ting! Tong! Ting! Tong!

"Assalamualaikum! Tuan rumah, oh tuan rumah!" Tuan Hisyam memberikan salam sambil menekan loceng rumah.

"Waalaikumsalam, Hisyam! Ya Allah sahabat lama. Kau sihat ke Hisyam?" Tuan Reza terus menuju ke arah Tuan Hisyam dan memeluknya.

"Alhamdulillah sihat je. Bila nak pelawa kitaorang masuk? Lama berdiri ni." Seloroh Tuan Hisyam sengaja nak bergurau dengan Tuan Reza.

"Eh terlupa pula hahaha! Marilah masuk. Buat macam rumah sendiri." Tuan Reza mempersilakan Tuan Hisyam dan keluarganya masuk ke dalam rumah.

"Eh Hana, abang Hisyam! Bila sampai ni?" Soal Puan Alina sedikit terkejut melihat Tuan Hisyam dan Puan Reyhana yang dah sampai di rumahnya.

Baru je 20 minit lepas dia call. Cepat betul diaorang sampai. Fikir Puan Alina.

"Baru je sampai tadi. Ada apa-apa yang nak aku tolong kau ke Lina?"

"Eh tolong apanya, tak ada apa dah. Tinggal nak hidang je makanan tu." Puan Alina dah agak mesti Puan Reyhana akan bertanya macam tu.

Mujurlah dia dah siap masak semua hidangan tadi. Dia memang tahu kalau Puan Reyhana datang, pasti dia akan tolong baik dari masak ataupun carikan bahan.

Jadinya Puan Alina tak nak lah menyusahkan dia. Jadinya dia masak sendiri awal-awal sebelum mereka datang.

"Tak apa, meh aku hidang." Puan Reyhana bingkas bangkit dan mengikut Puan Alina dapur.

Meninggalkan geng bapak-bapak di ruang tamu.

"Hisyam, ni ke anak sulung kau tu?" Soal Tuan Reza ingin tahu.

"Ye, inilah anak sulung merangkap anak kesayangan aku. Namanya Izzat, dia lah yang isteri aku berpakat nak jodohkan dengan anak kau tu."

"Kacak bergaya sebijik macam kau. Izzat apa khabar?" Tuan Reza bersalaman dengan Izzat tanda memperkenalkan diri.

"Sihat Uncle. Uncle macam mana?"

"Alhamdulillah sihat. Kamu lepas ni tak bolehlah panggil Uncle dah. Panggil papa. Faham?"

"Heheh ok." Balas Izzat sedikit gugup dengan gurauan Tuan Reza. Lain macam bakal bapak mertua aku bergurau ni!

"Ha Reza, mana bakal menantu aku tu? Teringin juga aku nak tengok rupanya macam mana."

"Ada, sekejap. Tiara! Mari turun bawah, ada orang yang nak berjumpa." Tuan Reza memanggil Tiara untuk turun ke bawah.

"Sekejap papa! Orang tak siap lagi!" Balas Tiara dari tingkat atas.

"Huish garangnya bakal menantu aku Reza. Hahaha!" Tuan Hisyam tertawa kerana mendengar suara Tiara yang agak garang itu.

Tuan Reza juga turut ketawa dengan kenyataan Tuan Hisyam itu.

"Hahaha! Anak aku tu memang. Garang, dingin. Gelaran tu memang untuk dia lah." Balas Tuan Reza.

Sementara bapak-bapak tu ketawa, Izzat berasa gugup dan juga takut. Boleh ke aku nak tackle si Tiara tu? Alamak!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Acara makan malam yang sangat meriah di antara dua buah keluarga yang merupakan sahabat sejak dari zaman remaja lagi.

"Reza, sekarang dah masuk waktu makan malam. Mana anak perempuan kau Tiara? Tak nampak pun." Soal Tuan Hisyam setelah dia tidak melihat kelibat Tiara.

"Sabar kejap Uncle. Dia ada dekat dapur tengah siapkan pinggan." Balas Laila. Dia sempat berkenalan dengan keluarga Tuan Hisyam sebentar tadi.

"Ohh." Balas Tuan Hisyam ringkas.

"Uncle, Auntie ini dia pinggan." Balas Tiara yang baru sampai.

"Eh! Awak/Kau!?" Kata Izzat dan Tiara serentak.

Meja makan pada ketika itu senyap sunyi.

"Kau rupanya! Haish!" Balas Tiara kemudiannya memalingkan wajahnya.

"Lah awak rupanya... " Balas Izzat yang juga turut sama terkejut.

Kalau Izzat pun terkejut, apatah lagi mak dan bapak mereka.

"Eh kejap! Korang berdua kenal ke?" Soal Puan Reyhana yang tidak faham dengan situasi yang berlaku.

"Papa, mama. Mamat ni lah yang terlanggar Tiara lepastu tak minta maaf semalam!"

Serentak dengan itu, Tiara mengimbas kembali kejadian yang berlaku semalam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Semasa Alif dan Izzat sedang makan di kedai mamak. Izzat pergi ke tandas untuk membasuh tangannya.

Selepas dia keluar dari tandas, Izzat melihat sekejap ke arah handphone kerana ada mesej yang baru sahaja masuk

Pak!

"Aduh! Tak nampak jalan ke hah!" Soal Tiara dengan marah.

"Eh! Sorry awak, saya tertengok handphone tadi. Sebab tu lah saya tak perasan. Maafkan saya. Tak apa meh saya tolong awak bangun." Izzat segera membantu Tiara untuk berdiri.

"Dah! Tak payah! Lain kali jalan tu pakai mata bukan pakai lutut! Haish!" Herdik Tiara sebelum dia berjalan masuk ke dalam tandas perempuan.

"Garangnya....haih Iz! Kenapalah kau terleka tadi. Kan dah tak pasal kena maki. Aduhai.." Izzat pasrah kerana dia tahu dirinya memang salah.

Izzat pun terus kembali ke meja yang diduduki oleh dia dan juga Alif.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Lah, dia ni ke? HAHAHA! Lina, Izzat yang terlanggar bahu dengan Tiara." Tuan Reza ketawa besar selepas mendengar cerita dari Tiara.

Puan Alina juga ketawa. Haih tak sangka anak aku ni rupanya dah terjumpa jodoh sejak semalam rupanya.

Tuan Hisyam dan Puan Reyhana pula hanya tersengih melihat Izzat dan Tiara. Memang jodoh sungguh mereka berdua ni.

Sementara Izzat pula tergamam melihat wajah Tiara.

Penuh dengan keayuan. Matanya yang berwarna Hazel, kulitnya yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Wajah yang sedikit Arabic campur Melayu ditambah pula dengan hijab yang dipakai.

Sudah cukup untuk membuatkan sesiapa yang melihatnya terjatuh hati.

Termasuklah Izzat.

Automatik terkeluarnya lagu Tiara.

~Tiara, menggamit kenangan zaman persekolahan~

~Tiara, kumimpi kita bersanding atas kayangan~

~Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam~

~Di malam pesta engkau bisikkan kata azimat di telinga~

'Ya Allah. Cantiknya ciptaan Tuhan. Menyesal aku cakap rupa dia macam burung kakak tua hari tu.' Izzat memandang wajah Tiara lama sehingga membuatkan Tiara sendiri tidak selesa.

"Ish! Apa ni mama gelak kat orang pula!"

"Hahaha! Mama gelak sebab jodoh korang berdua terlampau kuat. Hana, nampaknya memang tak salahlah apa yang kita buat. Memang inilah jodoh yang terbaik untuk Tiara dan juga Izzat."

"Yes! Aku dah kata dulu Lina. Give me five!"

Pak!

Puan Alina dan Puan Reyhana memang gembira sangat. Akhirnya kawan juga anak mereka berdua tu.

Memang dah lama sangat teringin nakkan menantu.

"Nampaknya Reza, berbesan lah kita nanti. Heheh!" Tuan Hisyam tergelak kecil sambil bersalaman dengan Tuan Reza.

"Aku gembira dengan kenyataan tu Hisyam. Hahaha!"

Tiara yang melihat itu langsung pergi ke luar rumah untuk tenangkan diri.

Izzat juga turut mengikuti langkah Tiara ke luar rumah.

"Err Tiara! Nanti dulu." Izzat mengejar Tiara.

"Ish! Apa lagi yang kau nak? Tak puas lagi ke hati kau? Dah dapat kahwin dengan aku, lepas ni apa pula!"

"Awak janganlah cakap macam tu. Lagipun mak dan ayah kita yang jodohkan kita. Bukannya salah saya. Tapi awak jangka risau! Saya akan cuba mencintai awak dengan sepenuh hati!" Balas Izzat dengan perasan yang ikhlas. Tiada niat lain.

"Aku tak perlukan perasaan kau tu...aku takkan pernah langsung cintakan kau."

Izzat memandang Tiara sinis.

"Ye ke? Adakah awak yakin? Entah-entah awak dah terjatuh cinta dengan saya."

"Tak, sikit pun tak pernah ada perasaan suka dekat kau. Benci lagi ada lah." Kata Tiara dengan angkuh dan sombong.

"Wah berlagak awak ye. Tak apa, kita tengok siapa yang akan sukakan siapa nanti."

"Aku takkan sukakan kau." Tiara terus masuk semula ke dalam rumah meninggalkan Izzat berseorangan.

'Aku akan cuba juga untuk buatkan Tiara jatuh cinta dengan aku. Aku dah jatuh cinta dekat dia, takkanlah dia tak cintakan aku....mustahil'

Izzat tersenyum nakal dan dia sudah memikirkan plan untuk memikat Tiara.

Tapi sekarang....

"Jika kau bertemu aku begini, berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi! Di penjara! Terkurung, terhukum....Hanya bertemankan sepi....Bisakah kau menghargai...Cintaku yang suci ini!"

Izzat dengan penuh perasaan menyanyikan lagu Tiara dendangan kumpulan Kris itu. Feel jiwang dia malam ni.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro