Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau ni pergi mana ha?! Kau tahu tak aku tersekat dalam tandas tu berapa lama?! Tadi pun, pekerja kedai kek tu yang tolong bukakan pintu! Keluar je, alih alih kau tak ada! Kau tahu tak aku ingatkan kau dah kena culik?!"

Aku jauhkan handphone dari telinga. Bapak kuat suara. Dia ni guna mikrofon ke apa.

Fikirkan balik, patutlah dia lama dalam toilet, tersekat rupanya. Lawak betul minah ni.

"Sorry weh, aku ada hal ni, nanti aku balik. Jangan risaulah. Aku okey" balasku cuba meyakinkan Naura.

"Kau dengan siapa? Kau keluar dengan apa?"

Aku memandang Farhan sekilas. Dia sedang melipat hoodienya dengan berhati hati.

"Er..aku sorang aje. Tadi aku call grab. Dont worry, nanti aku balik."

Naura seperti ragu ragu dengan jawapan aku. Yelah, selama ni, aku bukannya gemar menempah grab untuk ke mana mana.

"Yelah, jaga diri. Kek ni aku pilih jela yang mana aku suka. Okey?"

"Okey. Kau pun jaga diri."

Setelah talian dimatikan. Aku hembuskan nafas lega. Mujurlah Naura tidak tanya lebih. Agaknya kalau dia tahu aku keluar dengan Farhan, apa reaksi dia?

Urgh, rasa macam tikam kawan sendirilah pula. Tapi..entahlah. ah malas nak fikir. Aku bukannya ada hubungan istimewa dengan mamat hoodie ni.

Aku melihat bangunan di hadapan yang gah berdiri. Ini rupanya tempat kerja Farhan.

"Jomlah masuk, tercegat lagi buat apa.." suara Farhan memecahkan suasana.

"Erm..haah. Tapi..nak buat apa?" Soalku. Farhan mengemam bibir sebentar. okey, sumpah comel.

"Nak tahu, masuklah dulu. Nah pegang. Hati hati, jangan bagi jatuh" Farhan hulurkan hoodienya itu.

Aku mengerutkan dahi. "Dah kenapa saya pula yang kena pegang?"

"Jangan nak melawan arahan abang kau sendiri ni. Dosa"

Ceh! Abang? Hek elah abang angkat jela.

Aku menjeling,kemudian hoodie yang berlipat itu aku sambut jua. Alahai, kemas je dia lipat. Ni jenis yang mementingkan kekemasan ni.

Aku ikut langkahnya masuk.

Lepasi sahaja pintu besar itu, terus semua yang ada berdiri.

"Selamat Petang Detective" aku dengar beberapa wanita dan lelaki memberi tunduk hormat pada Farhan.

Aku sempat lagi berbalas senyuman dengan beberapa orang yang ada di situ.

Kemudian, aku sampai di hadapan sebuah bilik. Jelas disitu terpampang sebaris nama. Siapa lagi kalau bukan namanya.

"Kau masuklah dulu. Aku ada hal sikit." Setelah itu, terus dia melangkah pergi. Ala, tinggalkan aku sorang sorang pulak.

Pintu itu aku tolak, sejurus itu, satu bau wangian menusuk hidung. Gila harum! Aku kenal wangian ni, tentunya wangian Farhan sendiri. Macam mana aku tahu? Ek eleh, pernah peluk dia dua kali kot. Hm. Haish, berdosa pula rasa.

Aku lihat keseluruhan bilik itu.

"Kemas gila. Bilik aku pun tak kemas macam ni. Haish, dia ni perempuan ke? Biasanya kalau pejabat, kertas berterabur. Ni? Tersusun kemas bhaii.." aku menggumam.

Aku berjalan mendekati mejanya. Lalu jari aku gesekkan sedikit pada permukaan meja.

Wah, sifar peratus habuk !

Untungnya, ni mesti pekerja lain ni yang kemaskan. Takkan dia sendiri, mana ada masa. Lagipun, lelaki memang jarang mengemas.

Tiba tiba aku teringatkan bilik tidurnya di rumah Tokma. Hah, kemas sebeginilah! Sayang betul Tokma pada dia. Sampai sanggup kemaskan bilik sentiasa.

Hoodie nya aku masih setia memegang. Nak letak dekat kerusi dia, kan tiba tiba kena marah pulak. Dia tu bukan boleh dijangka.

Aku bergerak ke rak yang menempatkan fail. Banyak gila. Tapi tetap tersusun dengan kemas dan cantik. Aku mencapai satu fail. Alah saja tilik tilik.

hek eleh, office besar tapi fail kedai dua ringgit, apa cerita ni. Aku letakkan semula fail itu. Malas belek lebih lebih, nanti kang kena jerkah pula dengan mamat hoodie tu.

Hmm lenguh la pulak berdiri, ayuhlah kita duduk.

Aku melabuhkan punggung di kerusi tetamu yang disediakan. Hmm, majalah dan akhbar pun disusun cantik.

Tiba tiba pintu diketuk. Kemudian pintu itu ditolak lalu seorang gadis masuk.

"Cik Dhia Irdina?" Soalnya. Aku senyum segaris kemudian mengangguk. Gadis itu tersenyum kemudian dia meletakkan secawan minuman di atas meja kecil dimana itu meja untuk tetamu.

"Saya Moon Aira, PA Tuan. Ini minuman Cik.."

"Eh saya tak minta pun? Buat susah je"

Dia senyum lagi. "Ini arahan Tuan, saya hanya turutkan sahaja."

Tuan? Farhan kah?

Moon kemudiannya duduk di sebelahku. Baru aku perasan, yang dia bawa first aid kit. Untuk apa?

Aku menghirup sedikit minuman itu. Guess what? Latte!

haih, sejak mengenali Farhan ni, asyik latte aje merasa di lidah.

Aku kembali meletakkan cawan itu perlahan. Haih, lama betul mamat ni, dia buat apa? Dan..kenapa aku kena ikut dia pula ni?

"Tuan kata, awak cedera di pergelangan tangan kiri. Saya letak ubat ya?" Moon bersuara, kemudian tangan kiri aku dicapainya.

"eh? Alah cedera sikit je. Tak payahlah susah susah" tegahku. Namun Moon tetap berkeras.

"Tuan yang arahkan. Saya tak bolehlah lawan. Nanti dia marah pula"

Apa? Farhan yang suruh?
Dan..macam mana dia tahu aku cedera? Aku takde bagitahu pun.

Hisy, dia baik tiba tiba ni kenapa. Selama ni hantu je perangainya.

Aku membiarkan Moon menjalankan kerjanya. Haih, setakat letak ubat tu, aku boleh buat sendirilah. Kenapa pula sampai suruh PA dia ni buat. Kesian pulak.

"Okey dah siap. Saya minta diri dulu ya, Cik Dhia"

Moon dah berdiri. Aku menghadiahkan senyuman. "Terima kasih"

"Sama sama" Moon membalas senyuman kemudian menapak keluar.

Aku kembali menilik pergelangan tangan kiri.

Entahlah. Rasa sesuatu.

sekali lagi, pintu itu diketuk, dan seorang lelaki melangkah masuk.

"Cik..Dhia?" Soalnya. Aku mengangguk perlahan. Apa yang membuatkan aku pelik, dia menayangkan wajah keliru. Kenapa pula ni?

Lelaki itu mengambil tempat di hadapan aku.

"Awak ni..siapa?" Soalnya lagi.

"Er.." aku nak jawab apa? Adik angkat ke?

"Erm..adik angkat.."

Aku lihat dia tersenyum lebar. "Ini rupanya adik angkat dia. Untung betul, dahlah orang tawarkan untuk jadikan dia anak angkat, tambah pulak pakej adik cantik" dia tergelak sendiri.

Aku tersengih janggal. Dia ni dah kenapa...

"By the way, Im Adham. Rakan sekerja Farhan. Nice to meet you" lelaki itu tersenyum. Menampakkan lesung pipit kirinya. Comel.

"Nice to meet you too.."

"Tapi..satu yang saya tak faham, kenapa Farhan bawak awak ke sini?"

"Hm..entah. saya tak tahu." Balasanku itu membuatkan Adham pelik.

"Ke..kenapa? Orang luar tak boleh datang sini ke?" Soalku pantas.

"Eh bukan. Cuma...Dia tak pernah bawak mana mana perempuan pun datang..malah, nak tengok dia dengan perempuan pun jarang. Sebab tulah saya pelik kenapa dia tiba tiba bawa awak ke sini" terang Adham.

Ohh..okey faham. Kiranya, aku orang pertamalah yang dia ajak ke sini? Wah istimewa pula rasa. Hoho.

"Awak kerja apa? Umur berapa ni? Nampak muda aje"

Aku tersengih. "Er, saya kerja sendiri. Umur baru 23"

"Ohhh..muda lagi."

Suasana sepi seketika. Masing masing tak tahu apa topik yang patut dikeluarkan.

Okey Dhia. Ambil kesempatan ni, tanya tentang Farhan. Takkanlah Adham, rakan sekerja dia tak tahu tentang Farhan kan?

"Erm, Farhan tu kenapa eh? Dia memang beku macam tu ke? Dan..kenapa awak cakap, dia jarang dengan perempuan?" Tanyaku berhati hati.

Adham diam sebentar. "Dia memang macam tu. Tapi jangan risau..dia baik.." balas Adham. Dari cara jawabnya itu, dia seperti tidak mahu membuka kisah tentang Farhan. Kenapa pula?

"Jangan ambil hatilah, kalau dia tak bercakap dengan awak. Atau, dia balas lebih kurang ke..okey? " Adham tersenyum.

Eh?

"Ya..tapi, dia taklah tak bercakap dengan saya. Balas lebih kurang? haah, dululah. Tapi sekarang, dia suka membebel. Marah orang tak tentu pasal" rungutku tanpa sedar.

aku perasan riak wajah adham berubah. Kenapa pulak ni..

"Dia..dia banyak bercakap ke dengan awak? I mean, dia tak ignore ke?"

"ignore? Hmm, not really. Dia layan aje saya. Cuma, tulah. Kerap membebel. Komplen semua benda. Tak faham betul.." rungutku lagi.

Adham diam sebentar. "Er..kenapa?" Soalku.

Adham memandang aku sekilas. "Taklah cuma pelik. Sebab, dia tak pernah pun buat macam tu dekat orang lain. Membebel? Jarang berlakulah. Kalau orang bawahan buat salah pun, dia just marah dengan nada keras je. Tak membebel atau komplen." Terang Adham. Dan itu berjaya buat aku diam sekejap.

Serius? Aku ingatkan, dia memang jenis suka membebel dan komplen pasal semua benda. Marah orang tak tentu pasal.

"Dia pernah tolong awak tak?"

"bukan setakat pernah, boleh kata kerap jugalah" balasku sambil berfikir tentang pertolongan Farhan sejak aku kenal dia.

Haih, titik pertemuan pertama pun, dia dah bantu aku, waktu tu tersesat masuk dalam perkarangan rumah agam besar yang berhantu. Sudahlah peluk dia. Haish.

Kemudian, tolong bayarkan roti dekat Seven Eleven.

Seterusnya masa aku kena rompak dekat tempat parkir berdekatan HQ Holdings.

Bawa aku pergi klinik.

Hmm..apa lagi eh?

"Serius? Okey ni pelik" balasan Adham itu buat aku berganda pelik.

"Er..alah, mungkin sebab saya adik dia? Kan?"

Adham seperti berfikir. Tak lama selepas itu, dia mengangguk perlahan.

"Ya. Mungkin jugak.."

Tiba tiba pintu dikuak, terjegul wajah yang aku tunggu dari tadi. Di tangannya terdapat sebuah fail.

"Adham? Kau buat apa kat sini?"

Adham berdehem. "Tak ada apa. Saja borak sikit dengan adik kau ni.."

Farhan hanya menayangkan muka beku. Dia mengangguk kecil. Kemudian dia melangkah lalu memilih tempat di sebelah Adham.

Suasana tiba tiba diam. Farhan membelek fail, Adham hanya merenung Farhan dan aku hanya menyepikan diri.

Apesal ni...

Adham tiba tiba berdehem. Farhan terus memandangnya pelik. "Kau asal duduk sini lagi, keluarlah.."

Adham mengerutkan dahi. "Alah, kenapa pula?"

"Aku ada hal pentinglah nak bincang dengan budak ni" ujar Farhan sambil matanya melirik ke arah aku.

"Eh Farhan. Takpelah dia ada pun." Ujar aku pula.

Farhan memandang aku tajam. "Kau diam ajelah"

"Awak suruh saya diam? Hei awak dahlah sesuka hati bawak saya ke sini, lepastu nak suruh ikut arahan awak pula." Rungutku geram. Dahlah aku belum packing baju lagi nak balik kampung esok.

Farhan mendengus. "Eh kalau kau rasa taknak tahu siapa cina yang ganggu kau, siapa yang pecah masuk rumah kau, dan dia nak apa dari kau, kau boleh balik sekarang"

Aku membulatkan mata. Lah, sebab ini ke dia bawa aku ke sini.

"Eh mestilah nak tahu.." aku tersengih.

Farhan menjeling. "Dahtu diamlah. Mulut tu non-stop"

Eh suka hati dia je kata mulut aku non-stop.

Tiba tiba Adham tergelak. Pantas, aku dan Farhan merenungnya pelik.

"Betullah. Kau banyak bercakap bila dengan Dhia. Takpelah. Aku keluar dulu" Adham berdiri, kemudian membuka langkah.

Aku sedar yang wajah Farhan sedikit merah.

Merah? Dia malu kah? Erm..ke marah?

"er Farhan...siapa cina tu?" Soalku memecahkan suasana.
Farhan berdehem seketika.

"D-SewLee."

"Huh? Tapi dia kata nama dia Dragon?"

Farhan mengangguk setuju. "Ya tapi itu hanya nama samaran saja. Disebabkan dia pembekal dadah, jadi dah tentu dia kaya kan? Sebabtulah ramai orang berhutang dengan dia. Tapi kau tahulah apa buruknya berhutang dengan gangster"

"Pembekal dadah?" Tanyaku tidak percaya. Mamat cina tu pembekal dadah?

"Yup. Dan lelaki ni memang dah lama aku cari, sejak kes Flakka Drug merebak. Semalam pun dah tiga orang mati. Diorang bunuh diri, dan masa tu diorang di bawah pengaruh Flakka Drug." Terang Farhan.

"Huh? Kenapa saya tak tahu pun?"

"Kau tak tengok berita. Memanglah"

Balasan Farhan itu buatkan aku tersengih. Haah, aku bukannya minat berita ni.

"Tapi Farhan, kenapa dia..nak duit dari saya? Tadi pun, dia minta duit, tapi saya tak tahu duit apa.."

Farhan diam sekejap. "Itu pelik. Kau tak ada berhutang dengan dia kan?"

"Saya nak berhutang macam mana kalau dia pun saya tak kenal" balasku bosan.

"Dia ada cakap apa lagi?"

Aku berfikir sejenak. "Oh! Dia ada sebut nama Hazim. Dia kata Hazim lari dari dia. Oh, dia kata juga saya dah kahwin. Heh.."

Farhan diam sebentar. "Hazim...hmm..dia kerja apa?"

"Er..CEO. but, saya tak tahu kat mana dia kerja. Dulu saya ingat dekat HQ Holdings, tapi bila saya cari, PA kat situ cakap their boss is Tuan Imran"

Farhan diam lagi. "CEO? Macam tak percaya aje mamat ni." Gumam dia sendiri.

"Its okey, aku uruskan nanti. Pesan aku, nampak cina tu, atau rasa diperhati, call aku terus"

Aku mengeluh. Asyik asyik ini je pesanan dia.

"Esok balik rumah Tokma, balik dengan aku" kata Farhan. Dia dah mula berdiri.

"eh kenapa pula?''

Gila kau balik dengan dia. Mampus Naura tampar aku.

"Bila cina tu dah agresif dengan kau tadi, tak mustahil dia follow kau balik kampung, and culik Tokma. Kau nak?"

Aku terdiam. Okey, mamat ni serius berfikiran jauh.

"Tapi..saya boleh make sure yang dia tak ikut saya dan Naura..lagipun, takkan Naura nak balik sendiri? Nanti dia tanya saya macam macam"

"Kata jelah kau balik dengan aku. Apa susah."

"Awak tahu kan yang dia suka awak.." aku berdecit kemudian berpaling ke arah lain.

"Jadi? Kau nampak muka aku macam kisah ke?"

Ya Tuhan, sakitnya hati aku.

"Awak baliklah sorang sorang. Saya tetap nak balik dengan Naura. Nanti apa pula dia fikir"

Farhan mengeluh. "Aku hantar kau balik, cepatlah" dia dah mula melangkah keluar.

Eh? Dia ni..tak setuju pun biarkan aku balik dengan Naura?

"Dhia..jangan sampai aku ajak kau balik dua kali.." Farhan muncul lagi di muka pintu, seraya memberi ugutan kecil.

"Ish! Ya. Ya." Terus aku membuka langkah. Tak lupa juga Hoodie kesayangan dia ni, tak lepas dari tangan.

Sewaktu lalu di bahagian utama, aku perasan mata gadis disitu asyik merenung aku pelik.

"Tuan, Tuan nak ke mana?" Soal PA Farhan, Moon. Farhan hanya membalas dengan satu lirikan ke arah aku. Moon mengangguk faham.

"Drive safe." Sempat lagi moon berpesan. Namun Farhan hanya balas dengan anggukan.

Amboi dia ni, takde mulut ke?

Setelah masuk ke dalam kereta, aku sedar yang dia asyik melirik ke arah pergelangan tangan aku.

"Awak pandang tangan saya eh? jangan risaulah. Tak teruk pun, kesian Moon tu kena tolong tarukkan ubat" aku senyum ke arah Farhan sekejap, kemudian alihkan fokus ke jalan raya. Ya, aku sedar yang dia tersenyum kecil kecil tadi.

Eh? Kejap. Dia senyum ?

Aku berpaling ke arah Farhan sekali lagi, untuk memastikan yang dia memang tersenyum. Namun hampa, senyuman itu dah hilang.

Aku syok sendiri ke tadi?

***

#singgahmedia

Unedited Version.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro