Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hoi perempuan apa masalah kau?"

Aduh..masak..
Aku nampak Naura menerjah Qasha. Bahu Qasha ditolak kasar.

"Apa kau ni.."

"Eh ehh Naura, kenapa pulak ni..." Pakcik Sabri menyampuk.

"Aku tanya kau, apa masalah kau hah?" Naura soal lagi, suaranya sedikit meninggi.

Dan itu mengundang perhatian pelanggan yang lain.

"Masalah apa? Aku tak ada masalah dengan kau.." Qasha menepuk sedikit bahunya, kononnya jijik ditolak Naura tadi.

"Kau tuduh kawan aku perampas. Kau kata dia menggatal suami kau, amboi mulut kau tak ada insurans ke? Tak takut lidah kau tu terbakar sebab fitnah orang lain?"

Aku menahan gelak melihat wajah Qasha yang dah sedikit pucat itu.
Haa..kalau Naura masuk campur hal aku, memang masaklah kau, Qasha.

"Astaghfirullah Halaazim. Apa ni Naura? Aku tak fitnah sesiapa.." Suara Qasha dikawal. Kononnya acah baik. Hipokrit.

"Tak payah tunjuk muka tak malu kau tu laa. Tak cukup lagi ke kau tikam dia, orang dah tak ganggu kau, kau pulak buat fitnah! Kau kena sedar, yang perampas tu ka--"

"Heish apa ni kau berdua! Tak malu ke orang tengok?" Pakcik sabri sudah berdiri di antara Qasha dan Naura.

"Tak pakcik..sekarang ni, ada orang dah tabur fitnah suka suka mak nenek dia aje. Entah apa motif dia..oh! Takut laki dia kena rampas agaknya! Tapi maaflah ya pemfitnah, kalau setakat laki hang yang tak kenal erti setia tu, bagi free pun orang tak pandanglah. Busuk" ujar Naura sinis. Dia sudah berpeluk tubuh.

"Hei mulut kau jaga sikit!" Qasha menolak bahu Naura. Suara pun sudah meninggi.

"Apa ni..Pakcik tak faham apa masalah kamu dua orang. dan pakcik taknak faham pun! Janganlah bergaduh dekat sini. Ganggu ketenteraman awam. Tahu?" Pakcik Sabri cuba menenangkan keadaan.

Okey, nampaknya aku dah patut halang Naura. Kang mahu dia buat lagi ganas dekat minah ni, gugur pulak.

"Haa Bolehlah pakcik pesan dekat pemfitnah pakej sekali dengan perampas ni, jangan nak huru harakan hidup orang lain lagi. Tak cukup merampas, memfitnah pulak. Kau ingat laki kau tu kacak sangat ke? Acah kaya kononnya CEO! dasar penipu tak sedar pulak!"

"You better watch your mouth, Naura!" Teriak Qasha. Wajahnya dah merah padam.

"Astaghfirullah..sudahlah.." Pakcik Sabri menarik lengan Qasha yang berlapik baju itu, menjauhi Naura.

Aku pula..bertindak sama. Menarik tubuh Naura menjauhi Qasha.

"Kau tak tahu apa apa, diam saja! Jangan nak tuduh orang lain ikut suka hati kau! Nak kata aku apa? Perampas? Pemfitnah? Hello! Im not that shit type of girl! " Qasha menarik lengannya dari pegangan Pakcik Sabri. Kemudian wajahku ditenung dalam.

"You! Dhia! Mesti kau puncanya, kan?! Kau tuduh aku rampas Hazim, kan?! "

Woi..apa ni..

"Maaflah ya Cik Qasha. Saya tak hamak nak rasa bekas orang..lebih lagi dia tu dah jadi bekas orang dua kali." Aku membalas halus.

Aku dengar Naura tergelak kuat.

"Sedar diri kan? Kau dapat bekas orang je." Sengaja, Naura mengapi apikan Qasha.

Jahat jugak minah ni.

"Kau...'' Qasha mencerlung tajam. Tanpa disangka, Qasha menapak ke depan, kemudian tangannya pantas menolak tubuh Naura.

Tapi Naura pula mengelak, sehingga Qasha tertolak aku woi!

Hampir saja aku jatuh..sebelum aku rasa, yang ada seseorang menyambut.

Eh? Pakcik sabri ke sambut aku ni?

"ibu mengandung pun perangai macam ni ke?"

Suara ni..

Farhan!

Aku mendongak, ya! Farhan sedang elok memegang tubuhku kejap. Kemudian hoodie-nya ditarik kebelakang. Naura tampak begitu terperanjat. Yelah, siapa tak terperanjat kalau dah dia datang tiba tiba aje.

Mata hazel farhan menikam wajah Qasha. Dan itu membuatkan Qasha kelu.

"Aku tak kisah kau nak tegakkan pendirian kau pun. Tapi, sikap kau boleh kawal sikit tak? Tu, dalam tu ada kandungan kau. Apa pun perangai kau tunjuk sekarang, anak kau akan ikut. Aku tak kisah jugak sebenarnya perangai kau ni..tapi aku kisah kalau ada anak islam yang baru saja nak lahir, dah dicemari dengan sikap negatif tah tah apa kau ni"

Suasana tiba tiba diam. Sepi. Hanya ada bunyi angin dan seretan daun daun kering. Spontan, tangan Qasha memegang perutnya.

Dan..kenapa aku pun pegang perut aku ni...

"Anak ibarat kain putih. Kau sendiri yang corakkan dia bagaimana. Dan kau juga kena selalu ingat. Kalau kau fitnah orang masa sekarang, tak mustahil anak kau sendiri akan fitnah kau di masa akan datang."

Farhan akhiri ceramah singkatnya dengan segaris senyuman.

Kemudian, hoodie-nya ditarik ke depan kembali.

"Balik" bisik Farhan lembut. Dia melangkah pergi ke keretanya dan mula memecut pulang.

"Tapi aku tak fitnah sesiapa!" Qasha tiba tiba bersuara lagi. Masih nak tegakkan benang yang basah.

Pakcik Sabri sekali lagi menarik Qasha.

"Sudah! Qasha..kau pergi balik!" Halau Pakcik Sabri. Qasha buat muka tak puas hati.

"Balik aku cakap! Kau nak anak kau gugur ke ha? Mahu Si Naura ni tolak kau sampai jatuh?"

Qasha mengetap gigi. Kemudian dia mula melangkah. Kakinya dihentak tanda protes yang amat.

Baru saja naura nak bersorak kemenangan..

"Kau pun Naura! Kalau datang nak buat kecoh, baik tak payah. Balik!"
Pakcik Sabri menghalau.

"Lah saya pun kena.." Naura menjeling.

"Saya makan kat sini pun dah cukup bagus tau Pak sabri!" Naura kali ini, mula mencapai beg duitnya dan melangkah pergi.

"makan kau ni siapa nak bayar ha?!" Pakcik sabri menjerit.

"Dhia!" Naura pula membalas. Aku tepuk dahi.

Apa ni..alih alih aku aje yang kena.

Aku mula mengambil beberapa keping not, dan hulurkan pada Pakcik Sabri.

"Simpanlah baki. Maaflah ya pasal naura tu" ujarku perlahan.

"Tak apalah. Hm, pakcik tak tahu apa masalah engkorang ni. Tapi, selesaikanlah baik baik. Kau dan Qasha dari kecil lagi rapat. " pesan Pakcik Sabri. Aku tersenyum nipis.

"Yelah"

***

Aku memandang Naura. Kami sebenarnya masih tak pulang. Tapi berhenti sebentar di tepi padang bola.

"Macam mana Farhan boleh ada? Aduh mesti dia dah nampak aku berlagak samseng tadi. Aiseh..malunya!" Naura menekup wajahnya yang dah kemerahan.

"Ala, takpela. Nampak tak plastik sangat. At least dia kenal kau dengan perangai kau yang sebenar. Bukan fake macam Qasha"

Naura tergelak. "By the way, aku suka dia bash Qasha tadi. Nampak pucat gila Qasha masa tu. Haa padan muka. Ikutkan hati aku, nak aje pijak pijak perut dia tu. Haih, tapi rasa berdosa pulak. Anak dia tak salah. Okey tukar target, aku rasa nak pijak pijak muka dia"

Aku menunjal dahi Naura. "Merepek"

Tiba tiba telefon berbunyi. Aku lihat pemanggil. Farhan lagi?

"Hello?"

"Baliklah cepat. Lupa ke esok hari lahir Tokma. Aku nak minta tolong lengkapkan plan aku"

Aku menepuk dahi. Lupa pula!

"Haa..haah. nak balik dah ni.."

"kau buat apa lagi? Takkan kau bukak gelanggang pulak kat sana. Dah brainwash pun tak sedar diri lagi ke ?"

Aduh..apa ni.

"Mana adalah! Ya saya balik"

Tutt...

Aku matikan talian. Malas nak dengar dia membebel.

"Dah nak balik ke? Tokma suruh balik?" Soal Naura.

"Taklah. Farhan yang suruh. Esok kan hari lahir Tokma. Jadi dia nak aku tolong dia hias rumahlah tu"

Mata Naura bersinar.

"Okey aku nak tolong!"

Sudah..

***

Muka Naura cemberut saat aku hantarnya ke muka pintu. Tokma aku lihat sudah berada dalam kereta.

"Tak aci laa macam ni. Kaulah yang pergi bawak Tokma keluar! Aku nak duduk sini hias rumah dengan Farhan..." rengek Naura. Aku tergelak.

Ya. Memang Farhan menyuruh Naura menemani Tokma keluar sampai waktu malam. Atau lebih tepat, tengah malam. Jadi, bila Tokma dah balik dalam pukul 12 lebih, bolehlah aku dan Farhan suprise-kan dia.

Ingat nak juga ajak saudara mara, tapi fikirkan balik..mereka tampak begitu benci dan berfikiran negatif terhadap aku, jadi aku batalkan saja niat itu.

"Kau nak kena tangkap basah ke haa? Kau dengan dia bukan mahram k.." aku menolak Naura supaya cepat ke keretanya.

"Eh aku lagi suka..boleh kahwin terus.." naura senyum gatal. Aku menunjal dahinya.

"Tak payahlah jadi bodoh. Tokma tunggu tu. Nanti dia cam kita nak buat suprise"

"Kau pun bukan mahram dengan dia---"

"At least orang pandang kami ni macam adik beradik. Habistu kau nak suruh dia dengan Tokma hiaskan rumah sendiri untuk birthday sendiri?"

"Tapi---"

"Takda tapi tapi"

Tubuh Naura aku tolak lagi. Dan sampai sahaja di pintu kereta, aku terus membuka langkah masuk kembali ke dalam rumah. Pintu ditutup pantas.

Setelah aku pasti Naura dengan tanda protesnya mula keluar dari perkarangan rumah, aku hembuskan nafas lega.

Penat betul nak suruh dia keluar. Asyik asyik nak menempel dengan Farhan. Haih.

Aku kemudian memandang Farhan yang sedang tersenyum kecil memandang aku.

"Apa?"

"Beria sangat kau suruh dia keluar.." Farhan kemudiannya menapak menghampiri aku.

"Er..yelah. nanti Tokma perasanlah yang kita ada sorok something" balasku cuba bertenang. Okey aku agak gemuruh ni.

Entah kenapa.

Aku dengar Farhan tergelak. "Macam aku percaya.."

Farhan berhenti di hadapanku. Aku mendongak memandang mata hazelnya. Ni apa kes datang dekat ni..

"Kau ni..cantik jugak sebenarnya.." ucap Farhan sedikit perlahan.

Huh?

Aku tayang wajah blurr...

"Laa aku cakap cantik pun, kau tak faham ke?"

Aku pantas menunduk. Okey, aku rasa malu tiba tiba. Kenapa ni....

"Er..awak.. nak err nak..nak apa sebenarnya?" Soal aku perlahan.

Aku dengar dia tergelak.

"Asal nak takut ni? Aku tak buat apa apalah. Dah, tepi. Aku nak ambil hadiah Tokma. Lama aku sorok dekat tepi rumah tu"

Aku sedikit teragak untuk ke tepi--memandangkan pintu rumah itu di belakang aku.

"Tepilah Dhia. Takkan aku kena kiss dulu baru nak ke tepi.."

Aku membulatkan mata.

"Gatal!"

Terus aku membuka langkah menjauhi Farhan. Aku dengar dia tergelak.

Apa kena dengan dia ni...

Mana pergi sifat beku dia tu? Tiba tiba jadi charming semacam.

"Meow!"

Eh? Aku dengar bunyi anak kucing tadi. Ke aku salah dengar? Rumah Tokma dah lama tak bela kucing.

"Meow..."

Aku toleh ke belakang. Aku nampak Farhan sedang mendukung seekor anak kucing berwarna putih. Di tangan kirinya terdapat sebuah sangkar.

"Hei awak dapat dari mana kucing ni?!" Aku tersengih lebar. Pantas aku dekati Farhan semula.

"Ni la hadiah untuk Tokma..dia kan suka kucing.." balas Farhan sambil tersenyum.

"Macam mana awak tahu dia suka kucing..?" Aku menyoal. Hidung kucing itu aku picit perlahan. Eii geramnya! Bulunya putih sahaja kecuali di ruangan mata sebelah kiri, ia berwarna coklat.

Farhan letakkan sangkar ke lantai. Dia kemudian duduk di atas sofa. Kucing itu diletakkan di atas ribanya.

"aku pernah tanya kau..Tokma suka kucing ke tidak...lupalah tu"

Eh? Dia pernah tanya aku?
Hmmm..haah laa. Masa tu aku baru lagi kenal Farhan sebagai cucu Tokma.  (Ada sesiapa ingat tak? XD)

"Bila awak beli ni..comelnya.."

Aku duduk di sebelah Farhan. Kucing itu aku ambil lalu bertubi tubi aku hadiahkan ciuman pada wajah dia. Alahai comel sangat!

"Lama dah. dekat kedai haiwanlah. Masa tu aku terserempak dengan kau ngan Naura..masa tu jugaklah kau tuduh aku kononnya ambil kesempatan pada dia. Heh" Farhan membuat muka toya.

Ohh..okey aku dah ingat. Haih cepat betul aku lupa.

"Nama dia apa?"

Farhan aku lihat seperti menahan senyum.

"Nama dia..Dhia"

"Awak namakan dia nama saya?!"

Farhan gelak kuat.

"Apa? Comel okey..anak kucing ni manja sangat. Jadi sesuailah dengan kau. Kau pun manja nak mati.." ujar Farhan.

"Jahatlah..tak ada nama lain ke nak kasi? Bagilah atas nama Tokma ke? Haa Radiah. Lawa juga" aku cemberut. Protes.

"Tokma tak manja macam kau.." balas Farhan. Suka betul dia dapat sakat aku.

Aku hadiahkan jelingan. Dhia? Dhia pun, Dhia-lah.

Aku memandang anak kucing tersebut.

"Haii Dhia. Aku Dhia. Selamat berkenalan.." ujarku pada 'Dhia'.

Farhan sekali lagi tergelak.

"Awak ni asyik gelak je. Kenapa? Jarang nak nampak awak happy macam ni..."

Farhan memandangku redup. "Tak salah pun nak happy. Oh! Aku nak bagitahu something ni..'

Farhan mula memusingkan tubuhnya menghadap aku. Dia duduk bersila.

"Tokma ada minta aku kahwin dengan kau..."

Terus aku terbatuk. Aduh..pasal ni..kenapa dia tiba tiba bagitahu..

"Dia..dia suruh awak kahwin dengan saya?"

"Haah..tapi dia tak paksa pun. Dia cuma cakap kalau aku sudilah. Dia kata kau ni dah patut ada orang jaga.."

Aku diam. Tunduk bermain dengan bulu 'Dhia'.

"Oh..Tokma cakap kalau awak sudi je kan...Hahaha, lawaklah Tokma ni.." aku pura pura ketawa.

"Kenapa lawak?"

"Yelah..awak bukannya suka saya..nak kahwin buat apa pula..kan? Entah entah awak dah ada girlfriend dekat KL tu.." ujarku perlahan. Cuba berlagak biasa.

Farhan diam sebentar.

"Kalau aku kata..aku setuju, agaknya kau terima tak?"

***

Unedited version.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro