Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"amboi, pengantin baru kita ni lambat ya turun" Maklong berseloroh kuat

Kisya hanya tersenyum nipis,
Amirul seperti biasalah
SELAMBA BADAK MAK NENEK DIA TU!

Kisya duduk sebelah Amirul.

Meja makan yang boleh menempatkan hampir 20 orang itu membuatkan kisya agak kekok

Yelah betapa meriahnya Banglo Mewah mereka pada hari pernikahan kisya,

Selama ini Banglo Mewah ini tersangatlah sunyi, orang kata Kalau detik detik jam tu Haa sampai boleh didengar dek telinga.

Semua sanak saudara kisya ada bersama daripada Maklong hingga maksu Dan paksu

Ayah kisya mempunyai dua orang adik beradik, iaitu paksu kisya yang juga merupakan ayah kepada hudfi.

Manakala datin katty iaitu ibu kepada kisya mempunyai empat orang adik beradik Dan merupakan anak yang kedua.

Tak tahulah kenapa kisya begitu segan dengan semua yang ada,

Tapi, Apabila dilihat kepada amirul...
Hmm subhanallah betapa tak malunya Amirul bergaul dengan sepupu sepupu kisya.

Maklumlah ramai sepupu kisya yang dah kahwin Dan juga masih kecil.

Adalah sorang sepupu kisya yang tak habis habis nak intai suami orang.

HUH siapa lagi Kalau bukan Diana roselle.

Diana roselle ini merupakan sepupu yang paling rapat dengan kisya.

Namun rapat rapat tu, membuatkan mata kisya naik bernanah. Yelah siapa lah suka berkawan dengan perempuan gedik.

Tah tah dia baik dengan kita pun sebab ada udang di sebalik char kuey teow.

Pap

Meja makan diketuk kuat oleh Amira.

Semua yang sedang makan tersentak, begitu juga dengan kisya Andra.

"kenapa tak baca doa dulu?" soal Amira yang merupakan anak kepada maksu kisya.

Semua yang ada di meja makan hanya tersengih dengan perangai budak budak Amira.

"Haa siapa nak baca doa?" soal dato' Khalid kepada semua ahli keluarga.

"mira nak suruh abang Mirul baca doa boleh tak pakngah?"

Si kecil itu bersuara Tiba Tiba,

Semua mata memandang ke arah Amirul.

Amirul yang berada di sebelah kisya terkejut mendengar namanya.

Aduhmak budak kecik ni, kecoh ah.

Kisya sudah tersenyum geli hati melihat wajah cuak Amirul.

" err boleh je tak ada masalah"jawab Amirul bersahaja

Doa makan dibaca penuh khusyuk Dan tawaduk.

Eceh doa makan je pun!

Malam itu, bersatulah hati di antara mereka semua.

**********

Hahaha, sis sendiri tak tahu apa sis buat ni,

Tapi sis betul betul sukakan keluarga yang berkumpul ramai ramai.

Wahh bahagianya.

Hehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro