🍁 - [18]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Maimunah dihumban masuk ke dalam salah satu bilik dengan kasar oleh anak buah Carl Que Alexander.

Tergamam Puan Maimunah melihat suasana dalam bilik tersebut yang suram.

BAM!

Tersentak dibuatnya bila pintu bilik itu ditutup kasar dari luar. Jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang akan dilakukan oleh mereka padanya.

Airmata mula mengalir dipipinya, dia menyesal kerana tak dapat melangsaikan hutangnya pada lelaki itu.

Keadaan yang suram menyukarkan Puan Maimunah untuk mencari jalan keluar, dia hanya mampu terduduk di atas lantai simen tersebut mengenangkan nasibnya selepas ini.

Dia akui, dia cukup gerun dengan Carl Que Alexander.

"Ya Allah ampunkan aku.." nama suci itu terucap dibibirnya tanpa sedar.

Kalimah yang sepatutnya diucap sebelum ini baru sekarang meluncur keluar dari bibirnya.

Segala dosa dan perbuatan terkutuk yang dilakukannya terimbas diruangan mata serta-merta.

Bunyi bising diluar bilik menyentakkan Puan Maimunah, dia mengesot ke belakang sedikit dengan perasaan gementar.

Airmata pula semakin lebat mengalir membasahi pipi.

Pintu bilik sekali lagi dikuak kasar dari luar dan serentak itu seorang lelaki yang meraung kesakitan ditolak masuk hingga tersungkur ke atas lantai tersebut.

Puan Maimunah tergamam dan terkejut melihat lagi beberapa orang lelaki berbadan sasa turut melangkah masuk dengan wajah masing-masing bengis tanpa sebarang reaksi.

Serentak itu juga, lampu bilik dibuka dan bilik tersebut terus terang-benderang.

Terbuntang mata Puan Maimunah melihat lelaki yang ditolak sebentar tadi rupa-rupanya, Faizal merangkap kekasih hati dan tempat melempiaskan nafsunya.

Selepas kematian suaminya, Puan Maimunah memutuskan untuk mencari kekasih hati demi kepentingan dirinya sendiri.

Malah, langsung tiada rasa bersalah bila mereka berdua melakukan perkara yang dilarang tersebut selama bertahun-tahun.

Faizal pula adalah seorang lelaki di kampung seberang yang jauh lebih muda dari Puan Maimunah yang sudah mencecah umur 47 tahun itu.

Faizal juga mempunyai rupa paras yang tampan tetapi niatnya bersama dengan Puan Maimunah hanya untuk menumpang kesenangan wanita itu semata-mata daripada wasiat yang diberikan.

Malah, Faizal juga bersekongkol dengan Puan Maimunah untuk menyeksa Nur Husna.

Kini, mereka berdua tak dapat melarikan diri daripada cengkaman Carl Que Alexander.

"K-korang nak b-buat apa ni?"

Syuk tersengih lebar memandang wajah ketakutan Puan Maimunah. Aris pula bersandar di pintu bilik dengan wajah tak berperasannya.

Lagi dua orang lelaki hanya merenung kosong ke arah wanita tua itu.

Kesian? Tak wujud perkataan tersebut pada mereka bila masa untuk menyeksa mangsa mereka.

"Kau rasa, kau perlu ke tahu apa aku nak buat? Kau tanya, aku jawab lah. Aku cuma nak makan. Tangan aku lapar, dah lama dia tak makan."

Syuk menghampiri lelaki yang terbaring lemah itu setelah dibelasah olehnya sebentar tadi sebaik menerima arahan daripada Carl Que Alexander. Lelaki itu betul-betul lembik ketika ini, tidak berdaya untuk melawan.

"Zhàocháng."(macam biasa) mata diisyaratkan pada lelaki yang mempunyai tattoo dikepalanya.

Chen, lelaki cina bertatu dikepala itu mengangguk sebelum menuju ke arah dinding dipenjuru bilik.

Dengan menekan satu butang kecil bewarna hitam dinding itu mula terbuka; iaitu tempat persembunyian simpanan segala jenis senjata.

Puan Maimunah menggeletar ketakutan melihat pisau, pistol dan segala peralatan tajam jelas terlihat dimatanya.

Wajah Puan Maimunah makin pucat kerana terlampau takut.

Chen menghampiri Syuk, lalu sebuah kotak besi yang berisi dengan pelbagai jenis alatan tajam diberikan pada lelaki itu.

Syuk tersengih jahat, sebilah pisau panjang dan tajam diambil lalu dijilat muncung pisau tersebut sambil menyeringai jahat.

Syuk menendang kuat tepi kepala lelaki tersebut hingga terteleng ke kanan. Kakinya pula yang menendang itu terkena pada bekas lebam yang berbekas di tepi kepala lelaki tersebut.

"Bangun!" arahnya keras tanpa mempedulikan kesakitan lelaki itu.

"ARGHH!"

Kepala lelaki itu dicengkam dari belakang lalu diangkat menghadap wajahnya, wajah yang sedang berkerut kesakitan itu dipandang kosong.

ZAP!

Pisau yang berada ditangannya ditusuk tepat di sebelah mata kiri lelaki itu. Darah mengalir keluar dari celah matanya.

Lelaki itu meronta sakit tapi cengkaman yang kuat dikepalanya membataskan pergerakannya.

ZAP!

Mata sebelah kanan pula ditikamnya agak dalam lalu ditarik keluar, kedua-dua biji mata lelaki itu terjatuh pada peha lelaki tersebut sebaik Syuk mencungkil keluar.

Darah yang bagaikan air mengalir itu dipandang dengan senyuman puas.

"Mata dah hilang. Tak dapat lah mata kau tengok 'barang' awek tua kau tu lagi. Kesian.." kata Syuk sinis berbisik sambil tergelak kecil.

Dua bebola mata lelaki itu dikuis dengan hujung mata pisau tajam tersebut. Puan Maimunah yang melihat terbeliak matanya dengan badan yang terketar-ketar.

Adakah nasibnya sama seperti itu atau lebih teruk?

Penyeksaan dan penderaan yang dilakukan pada Nur Husna merangkap anak tirinya sebelum ini satu-persatu terlayar diruang matanya.

Bagaimana dia memukul, mengherdik, mencaci gadis tak bersalah itu tanpa rasa simpati.

Sekarang, dia sedar. Apa yang dia lakukan pada Nur Husna berbalik padanya tanpa dia sangka.

Perbezaannya, mungkin lebih teruk dari apa yang dia lakukan pada anak tirinya selama ini.

Dia menyesal tapi dia juga tahu semuanya sia-sia. Penyesalannya sudah tidak bermakna apa-apa tika ini.

"Give it to her."

Leng, yang juga merupakan lelaki berbangsa cina itu menyarungkan sarung tangan lalu bebola mata lelaki itu diambil.

Syuk mengerut kening seketika sebelum memandang lelaki yang nyawa-nyawa ikan tanpa mata itu.

ZAP! ZAP! ZAP!

Wajah lelaki itu dikelar secara rambang dan kasar. Torehannya membuatkan isi wajah lelaki itu terkoyak dalam.

Disiat kulit wajah lelaki tersebut tanpa sebarang perasaan geli hingga meninggalkan kesan putih daging wajah lelaki tersebut.

"Tolong! Aku merayu! Aku tak nak! Tolong!"

Puan Maimunah merayu bersungguh-sungguh dengan wajah simpati apabila melihat bebola mata kekasihnya yang ingin diberikan padanya.

Tersedu-sedan Puan Maimunah menangis dan merintih.

Leng dengan wajah tak beriak terus mencengkam kasar rambut Puan Maimunah lalu ditarik kuat, seakan ingin tercabut kulit kepala wanita berumur itu.

Leng, dia seorang lelaki yang pantang mendengar sebarang bantahan atau penolakan.

PANG!

Pipi kanan Puan Maimunah ditampar sekuat hati, terteleng kepala Puan Maimunah dengan darah yang mengalir dicelah bibir kesan tamparan padu Leng.

Berpinar seketika kepalanya, mungkin begini sakit yang dirasakan Nur Husna sebelum ini?

"Lu ma, manyak bunyi! Wa tak suka itu olang mulut manyak busuk sama macam lu punya mulut! Makan lah.. Wa bagi makan pun tak mau ka?" tutur Leng kasar walaupun pelat dengan nada dingin.

Puan Maimunah masih berdegil dan merayu, kepala digeleng berkali-kali. Tak dapat dibayangkan jika dia memakan bebola mata manusia secara mentah.

Semua orang sudah gila ke?

"Aku tak nak makan! Aku merayu! Aku tak nak! Tolong.."

BUK!

Leng yang berang dengan sikap keras kepala Puan Maimunah terus menendang perut Puan Maimunah kuat hingga berbunyi perut Puan Maimunah dengan tendangannya.

Puan Maimunah tertunduk sambil terbatuk sakit.

Leng mencengkam mulut Puan Maimunah kasar hingga terbuka luas lalu dua bebola mata lelaki itu disumbat masuk ke dalam mulut Puan Maimunah dan dipaksa wanita itu mengunyah memakannya.

"Errrmmmm!" terbeliak biji mata Puan Maimunah, mual dengan bebola mata yang terpaksa dimakannya. Ingin ditelan agak sukar.

Darah dan isi yang meleleh ditepi bibir Puan Maimunah cukup jijik dan memualkan jika dipandang tetapi bagi empat orang lelaki itu; ianya perkara biasa. Malah, mereka hanya tersenyum suka.

"Itu mata kasi habis ma.."

PAK!

Kepala Puan Maimunah dihentak kuat pada bucu meja yang terdapat berdekatan ditempat Puan Maimunah duduk.

Airmata wanita itu tak henti mengalir, sakit dan seksa dirasakan diperlakukan sedemikian rupa.

Syuk tersenyum sinis melihat Leng yang menyeksa Puan Maimunah.

Itu baru permulaan, sebentar saja lagi mungkin Puan Maimunah akan merana dan terseksa bila Carl Que Alexander muncul.

Lelaki yang berada dihadapannya itu dipandang sekilas, tukul besar dicapai yang terletak elok didalam kotak besi itu lalu dengan nafas yang ditarik dalam dia tersengih jahat.

PAK! PAK! PAK!

Perut lelaki tersebut dipukul dengan tukul berat itu bertubi-tubi seakan sedang menukul paku yang ingin ditekapkan pada kayu.

Bersembur-sembur darah yang terpercik keluar dari perut lelaki tersebut beserta isi-isi perut yang halus dan hancur.

"Aku dah kenyang. Tak sia-sia malam ni dapat makan." Syuk berkata dengan riak wajah yang berpuas hati.

Tubuh lelaki tersebut yang lunyai dan tak bernyawa itu diheret lalu dimasukkan ke dalam sebuah telaga kecil yang menggelegak dengan air panas.

Syuk tersenyum puas sambil mengesat tangannya yang berlumuran dengan darah lelaki itu.

Pintu bilik terkuak dari luar, muncul wajah tak berperasaan Carl Que Alexander. Makin terbuntang mata Puan Maimunah melihat lelaki itu.

"My turn, Maimunah."




[#] DONE.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro