🍁 - [25]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Carl Que Alexander menyalakan puntung rokok lalu asap disedut dalam dan dihembus perlahan.

Rumah agam dihadapannya dipandang seketika sebelum mengatur langkah untuk masuk ke dalam.

"Aku nak jumpa Black."

Lelaki berbadan tegap dan memakai anting-anting kecil ditelinga kanannya itu mengangguk kepala lalu membukakan pintu untuk Carl Que Alexander.

Masuk saja ke dalam rumah agam tersebut dia terus meluru ke arah tingkat dua tanpa menghiraukan lelaki yang berada diruang bawah itu.

Melihat riak wajah tegang Carl Que Alexander sudah gerun untuk bersuara.

Carl Que Alexander.

Mereka kenal lelaki itu. Lelaki yang merupakan pembunuh dalam gelap. Tak dapat diagak dan tak dapat dikesan pergerakannya.

Untuk membunuh, lelaki itu yang mereka cari.

Black dan Carl Que Alexander memang rapat sejak dari lelaki itu berumur 17 tahun lagi. Black yang membantu lelaki itu sewaktu dia dihalau dari rumah.

Satu prinsip yang dipegang Carl Que Alexander; dia suka bersendirian tanpa pertalian dalam mana-mana kumpulan kongsi gelap atau yang lain.

Suara riuh-rendah mereka hilang seketika. Dari yang sedang berbual kosong, melepak di atas sofa, bermain dau trup dan yang lain.

Sebaik berada di tingkat atas, Carl Que Alexander mengeluarkan pistol yang disisip pada tepi pinggangnya.

Pintu dibuka perlahan, kelihatan Black sedang mengepit rokok dimulut sambil memegang pistol ditangan.

BANG!

Tembakan dihalakan pada dinding bilik bersebelahan Black sambil tersenyum sinis. Black yang ingin membalas tembakan terhenti apabila melihat wajah Carl Que Alexander.

"Sial kau!"

Black meluru ke arah Carl Que Alexander sambil tersengih kecil lalu bahu lelaki itu ditumbuk perlahan.

Black merupakan ketua kongsi gelap yang berurusan dengan Carl Que Alexander dalam hal berkaitan senjata dan juga kawan baik pada lelaki itu.

"Chris. He's back."

Black tersentak. Pistol diletakkan di atas meja lalu dia duduk bersandar di sofa sambil mengingati lelaki bernama Chris itu. Sememangnya Chris musuh ketatnya daripada dulu lagi.

Begitu juga dengan Carl Que Alexander yang menyimpan rasa benci pada lelaki itu dan kini Chris mula memunculkan diri.

Mengenai gudang senjata miliknya yang hampir diletupkan itu adalah 'tanda' bahawa Chris akan bertindak lebih licik kali ini.

"Macam mana dia boleh muncul?" soal Black serius dan hairan.

Carl Que Alexander tersenyum sinis lalu dia mula menceritakan apa yang telah lelaki itu lakukan pada Black.

Carl Que Alexander menilik jam dipergelangan tangan kirinya; 2 pagi. Rokok yang sudah tinggal separuh dicampak ke atas lantai lalu dipijak dengan kaki yang tersarung kasut.

"This time, it will be more fun."

Black tersengih sinis. Segalanya sudah diatur dengan sebaik mungkin, musuh yang satu itu harus ditewaskan. Bahu Carl Que Alexander ditepuk perlahan.

"Kau nak pergi mana lepas ni?" soal Black seraya mengiringi Carl Que Alexander ke pintu bilik.

Carl Que Alexander mengetap rahang kuat. Dia menoleh ke belakang melihat wajah tertanya Black setelah keluar daripada bilik tersebut.

"Killing."

Black tergelak kecil. Lelaki itu 'setia' dengan setiap apa yang keluar dari bibirnya. Susah untuk dihalang, keras kepala.

Dia menganggap lelaki itu seperti adiknya sendiri dan jarak umur antara mereka hanya empat tahun saja.

Kereta dipecut laju membelah jalan raya yang agak lengang pagi itu, tempat yang menjadi tujuan utamanya hanya mengambil masa lima belas minit saja.

Sebaik mendapat panggilan daripada Aris tadi, dia tahu kali ini dia perlu menyeksa lelaki itu.

Carl Que Alexander memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah yang sederhana besar lalu pintu kereta dibuka kasar dan terus keluar menuju ke arah rumah tersebut.

Keretanya dibiarkan begitu saja memandangkan beberapa pengawal mengawasi rumah tersebut.

Masuk saja ke dalam rumah tersebut terus kakinya diatur menuju ke arah bilik khas untuk penyeksaan.

Pintu bilik ditolak kasar lalu terpampang tubuh seorang lelaki yang sedang terbaring kaku di atas lantai.

"Aris!" laungnya kuat dengan mata yang tak lepas dari memandang lelaki itu.

Seketika muncul wajah serius Aris, Carl Que Alexander menghembus nafas kasar sambil melihat peralatan yang telah disediakan oleh Aris di atas meja.

Carl Que Alexander mengambil peralatan yang menarik minatnya untuk menyeksa lelaki itu. Wajahnya juga tak menunjukkan sebarang riak.

"Cari semua maklumat dia." arahnya tegas dengan gigi yang diketap.

Aris mengangguk dan terus keluar daripada bilik tersebut.

*

*

*

"Aunty dengan Que dah lama kenal?"

Rozana tersenyum hambar. Serta-merta dia teringat kembali bagaimana pertemuannya dengan pembunuh kejam itu bermula. Ketika nyawanya terancam, lelaki itu yang menjadi penyelamatnya.

"Aunty bukan sesiapa pada Que, tak ada pertalian langsung tapi -"

Nur Husna duduk bersila di atas katil sambil memberi tumpuan pada Rozana, serba-salah dibuatnya bila wajah wanita itu kelihatan muram saja.

"Maaf lah kalau soalan Nur buat Aunty tak selesa. Nur tak paksa." ujarnya perlahan sambil tersenyum.

Rozana menggeleng kecil, bahu Nur Husna disentuh lembut.

Nur Husna seharusnya tahu tentang perkara ini sekaligus dapat menjelaskan tentang konflik yang berlaku antara lelaki itu dan keluarganya.

"Tak, tak apa. Nur patut tahu siapa Aunty dengan Que."

Wajah lembut Nur Husna dipandang dalam sebelum dia membuka mulutnya menceritakan segalanya.

Rozana memandang wajah lelaki merangkap bosnya itu dengan wajah pucat tak berdarah.

Dia bekerja sebagai pembantu di rumah lelaki itu yang merupakan ketua kumpulan kongsi gelap yang digeruni pada sesiapa yang mengenalinya.

"Maaf bos, tapi saya betul-betul tak masuk dalam bilik bos. Saya cuma kemas dekat bahagian atas dan bawah. Itu saja."

Randy mencerlung tajam ke arah Rozana. Duit yang berjumlah puluhan ribu yang disimpan dalam biliknya lesap begitu saja.

Siapa lagi yang perlu disyaki kerana Rozana seorang saja yang berada dalam rumah itu.

"Siapa lagi nak rembat duit aku kalau bukan kau! Kau cakap dengan aku mana kau sorok duit tu! Kau tahu kan apa aku boleh buat dengan kau?!" jerkahnya lantang dengan nafas turun naik.

Rozana menggeleng kepala dengan airmata yang mula mengalir di pipinya. Dia betul-betul tak lakukan perkara tersebut, tak pernah terniat untuk mencuri.

Mengenai Randy, lelaki yang mengetuai kumpulan kongsi gelap memang menakutkan Rozana. Lelaki itu boleh lakukan apa saja dengan sekelip mata.

"Sumpah bos! Saya tak ambil walau satu sen pun duit bos, saya tak tahu siapa yang masuk dalam bilik bos! Tolong jangan bunuh saya, saya tak tahu!"

Teresak-esak dia menangis sambil merayu pada Randy. Dia tahu akibatnya jika menaikkan amarah lelaki itu tapi dia tak bersalah.

Dia tak tahu apa-apa langsung pasal duit yang lelaki itu katakan.

"Aku tak percaya! Okay, kau nak sangatkan duit tu? Ambil lah! Tapi, nyawa kau sekarang jugak melayang!" serentak itu pistol dihalakan pada dahi Rozana.

" Tak! Saya tak ambil! Saya - "

BANG!

Rozana yang memejam rapat matanya mula mencelikkan sedikit dengan nafas kencang, sangkanya nyawa dia akan melayang ditangan lelaki itu tapi sebaliknya yang berlaku.

"What?!" tengking Randy pada lelaki yang melepaskan tembakan itu.

Carl Que Alexander tergelak sinis. Dia menghampiri Randy lalu buku limanya padu melekap pada wajah lelaki itu hingga terundur sedikit ke belakang dibuatnya.

"Kau tahu? Kau lelaki paling bodoh pernah aku jumpa! Macam ni ke ketua kongsi gelap? Tch." jelas wajahnya mula membengis.

Randy menyentuh pipi yang ditumbuk lelaki dihadapannya itu dengan wajah berkerut sakit dan bercampur hairan.

"Apa maksud kau?!" soalnya kasar dengan mata yang bersilih gantin mencerlung tajam memandang lelaki dan perempuan dihadapannya itu.

Carl Que Alexander melihat Rozana sepintas lalu sebelum kembali memandang Randy dengan wajah kosong tanpa sebarang reaksi.

Dia kenal Rozana bagaimana, perempuan itu tak akan melakukan perkara tersebut.

"It's not her fault and she's didn''t take your money but her fucking boyfriend. Clear?" jelas Carl Que Alexander ringkas.

Rozana tergamam manakala Randy terdiam seribu bahasa.

Nur Husna memeluk bahu Rozana erat sebaik melihat wanita itu tertunduk tanpa sebarang kata.

Rozana menghembus nafas perlahan. Pahit air liur yang ditelan bila kekasihnya sendiri yang memerangkapnya.

"Masa tu, Que yang tolong Aunty. Dan sampai sekarang Aunty masih berhubung dengan dia."

Nur Husna mengangguk perlahan dengan akhir cerita perempuan itu. Rozana menoleh ke arah Nur Husna lalu kepala perempuan tersebut diusap lembut.

"Dah. Esok kita sambung, dah lewat sekarang. Tidur ya?"

*

*

*

Nur Husna mengucup pipi Rozana lalu tubuh wanita itu dipeluk erat. Suaminya sudah menunggu dirinya di luar rumah sewa Rozana.

Setelah mengucap salam dia berlalu keluar daripada rumah tersebut.

"Kau okay?"

Senyuman lebar diberikan pada suaminya tanda dia baik-baik saja. Carl Que Alexander mengucup dahi Nur Husna sepintas lalu, pintu kereta sebelah penumpang dibuka.

"Terima kasih." ucapnya lembut seraya masuk ke dalam perut kereta.

Kereta mula bergerak perlahan sebaik Carl Que Alexander masuk dan memandu membelah jalan raya.

Nur Husna merenung wajah suaminya yang kelihatan kusut dan tak bermaya itu.

"Abang.."

"Hm."

Kepala ditoleh sesaat ke arah isterinya sambil mengangkat sebelah keningnya pada Nur Husna.

Nur Husna teragak-agak pada mulanya untuk bertanya tetapi rasa kesian pula melihat keadaan suaminya.

"Abang nampak letih, ada masalah ke? Abang pergi mana semalam?" soalnya perlahan memandang sisi wajah suaminya.

Carl Que Alexander membelok stereng kereta ke kanan, mata tetap fokus ke arah jalan raya lagi pula mereka hampir sampai ke rumah agamnya.

"Aku okay, jangan risau. Semalam ada hal sikit nak settle. Kenapa tanya?"

Nur Husna menunduk sebaik Carl Que Alexander memandangnya dengan ekor mata, sungguh mata lelaki itu selalu membuat dia gelabah, tajam.

"A-abang b-bunuh -" belum sempat dia menghabiskan katanya, pantas suaminya memotong.

"Yes."

Terus terdiam Nur Husna dengan jawapan daripada Carl Que Alexander. Suaminya membunuh, apa yang perlu dia lakukan supaya Carl Que Alexander menghentikan perbuatannya itu?

Dia sayangkan lelaki itu.

Mulut yang sedikit terbuka untuk bertanya lagi tertutup rapat bila mereka sudah berada di hadapan rumah milik Carl Que Alexander. Enjin kereta dimatikan.

Pintu kereta disebelah tempat duduk Nur Husna dibuka dari luar lalu tangan kecil isterinya ditarik lembut dan mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Pengawal yang berada diluar hanya mengangguk sedikit pada mereka berdua.

"Abang naik atas dulu, nanti Husna bawakan makanan untuk abang." ujar Nur Husna lembut.

Carl Que Alexander mengangguk sekali sebelum menaiki anak tangga ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Badannya juga tak bertenaga setelah seharian berjaga.

Nur Husna terus ke dapur untuk membuat sarapan pada suaminya. Pemabantu awal-awal lagi diberi cuti selama seminggu atas permintaan untuk pulang ke kampung atas hal keluarga.

Carl Que Alexander mengesat rambut dengan tuala kecil sambil melangkah ke arah katil, seketika kelihatan tubuh isterinya masuk dengan dulang makanan ditangan.

Dulang diletakkan ke atas meja kecil dan serentak itu Carl Que Alexander menghampiri meja lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi bertentangan dengan isterinya.

"Kau tak makan?" soalnya sedikit hairan bila melihat makanan yang terhidang hanya untuk dia saja.

Nur Husna menggeleng kecil sambil tersenyum, dia lebih utamakan suaminya lagipun dia masih kenyang. Satu suapan selamat masuk ke dalam mulut Carl Que Alexander.

Wajah cik isteri yang sedang merenungnya makan ditatap seketika lalu sudu dihalakan pada Nur Husna. Jelas wajah hairan isterinya.

"Buka mulut." arahnya perlahan tanpa sebarang riak diwajahnya.

Serta-merta wajah Nur Husna kemerah-merahan, malu bila ingin disuap suaminya.

Mulut dibuka sedikit dengan teragak-agak. Carl Que Alexander hanya mempamerkan wajah bersahaja.

Nur Husna mengunyah perlahan nasi yang disuap oleh suaminya sambil menunduk ke bawah kerana mata helang encik suami tajam merenungnya. Tak selesa bercampur malu.

"Girl.."

Kepala didongak sedikit sebaik mendengar suara meleret suaminya, terkebil-kebil mata bulatnya apabila Carl Que Alexander mengesat tepi bibirnya.

Terus mengeras tubuh Nur Husna, langsung tak menyangka dengan perbuatan suaminya itu.

Carl Que Alexander tersenyum sinis melihat wajah membahang malu Nur Husna.

"Dah jadi bini orang tapi macam budak-budak makan." kutuk suaminya selamba.

Bulat mata Nur Husna, bibir bawah digigit kuat.

Geram pula dengan ayat suaminya yang langsung tak bersalah menyindirnya. Mana lah dia perasan.

"Saya tak per-" terus terhenti katanya bila encik suami memandangnya.

Nur Husna menunduk ke bawah, seriau jika suaminya melenting nanti. Carl Que Alexander meneruskan suapan seperti biasa.

Dalam hati dia tergelak melihat wajah cemberut Nur Husna. Sengaja menyakat isterinya itu.

*

*

*

Carl Ayden mengurut lembut dahinya, fail ditangan yang mengandungi maklumat tentang 'perkara' yang selama ini mengusut fikirannya ditilik dalam. Jadi, puncanya bermula daripada budak lelaki tersebut.

Tika ini dia sedang menyiasat tentang hubungan anak kembarnya yang tak sehaluan itu.

Dia juga mengaku tersilap kerana tak memyelidiki terlebih dahulu sewaktu peristiwa lepas.

"Jadi, dia satu sekolah dengan Que? Pengetua tu pun bapak kepada budak tu?" soalnya ingin kepastian dengan riak wajah serius.

Fazz mengangguk yakin. Meja kayu bilik pejabat Carl Ayden diketuk dengan jarinya perlahan.

Dia juga turut terperanjat dengan maklumat yang didapatinya seketika tadi.

"It's getting worse, it's all because of me. Aku punca Que jadi macam sekarang. Shit!" fail diletak kasar ke atas meja dengan wajah ketat.

Carl Ayden menggeleng kepala perlahan sambil bersandar di kerusi. Kesal dengan sikapnya yang terburu-buru menuduh Carl Que Alexander, dan penjelasan lelaki itu pun dia langsung tak pedulikan.

Kini, anak lelakinya bermusuhan disebabkan kesilapan dia sendiri yang waktu itu terlalu mengikut perasaan marahnya.

"Benda dah jadi, it's time to fixed everything. Kesian aku tengok Hans tu, kau tanya Zara, merayu nak abang dia yang dulu." keluh Fazz perlahan.

Fazz mula bangun lalu membetulkan pakaiannya sebelum berjabat tangan dan dia melangkah keluar daripada bilik pejabat Carl Ayden.

Wajah diraup kasar memikirkan kesilapannya dulu hingga sekarang hubungan dia dan Carl Que Alexander makin tegang.

Gigi diketap rapat, budak lelaki itu harus berdepan dengannya.

"Faizul Nasri, you make my lion awake. Wait for me." bisiknya penuh dalam dengan wajah yang membengis.

Senyuman sinis terukir dibibirnya.




[#]DONE.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro