🍁 - [31]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Black menunduk dengan kedua belah tangan dikepal membentuk penumbuk. Fikirannya berserabut memikirkan apa yang dilakukan oleh Drake, tambah lagi bila melibatkan Carl Que Alexander.

"Cari Sam, bawak dia jumpa aku malam nanti. Tak boleh cara lembut, kau guna cara kasar." arahnya perlahan dan tegas.

Sam; lelaki itu saja yang boleh diharapkan waktu sekarang. Lelaki yang paling dibanggakan oleh anak buah Drake dengan ketangkasan yang dimilikinya.

Tika ini, walau sepatuh mana sekalipun, kepatuhan itu boleh dibeli. Jadi dia akan buat anak buah Drake berpaling tadah darinya.

"Budak tu takkan sujud dekat kaki kau kalau syurga dia tak ada. Kau ingat senang nak umpan Sam?" ujar Bob sambil tersenyum sinis.

Sebuah beg kulit hitam sederhana besar yang berada di salah satu peti besi yang tersembunyi di sebalik dinding batu itu diambil lalu Black memandang tajam ke arah Bob.

Beg kulit tersebut dihempas kasar ke atas meja yang berada ditengah-tengah mereka yang mengelilinginya.

Punggung dilabuhkan ke atas sofa lalu rokok dikeluarkan dan dikepit pada bibirnya.

"Dalam tu ada 10K. Dan tu untuk dia tunduk dekat kaki aku. Lagi 20K aku sumbat dalam mulut dia bila semua dah settle. Tak cukup? Nak aku tambah berapa ratus ribu lagi?"

Bob tergelak, anak buahnya yang lain hanya tersenyum sinis.

Black, duit bukan satu masalah baginya dan apa yang penting dia mesti lenyapkan Drake sebelum lelaki itu menambahkan lagi masalah selepas ini.

"Okay, aku tak rasa kau menyesal tabur duit kau dekat dia. Chau!"

Bob melangkah keluar diikuti beberapa orang lelaki dibelakangnya untuk menjalankan tugasnya. Dia hanya mengikut arahan.

Black menyalakan rokok dibibir, asap disedut dalam. Dia yakin Bob akan membawa Sam berjumpanya tak lama lagi.

"Game on." asap dihembus kasar seraya tersenyum senget.

*

*

*

Carl Hans Mikael melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut bersama dengan Bob dan anak buah Black.

Dia berdecit perlahan saat gegendang telinga diterjah dengan bunyi bising lagu yang diputar oleh DJ.

"Kau cari dia." arah Bob pada dua orang lelaki di sebelahnya.

Dua lelaki tersebut mengangguk sebelum berlalu pergi dan hilang disebalik manusia yang asyik dan khayal menari. Tak kurang juga yang terhuyung-hayang berjalan akibat mabuk.

Carl Hans Mikael menepuk bahu Bob perlahan sebelum menuju ke arah seorang gadis yang sedang meneguk arak sambil memerhati gelagat manusia di dalam kelab malam tersebut.

Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan gadis tersebut yang tersenyum menggoda sebaik melihatnya.

Carl Hans Mikael tersenyum pada gadis itu, mata dikenyitkan.

"Alone? Hm?" sapa Carl Hans Mikael dengan suara yang menggoda.

"Yeah. Macam yang you tengok lah. You can call me Lynn." bibir bawah digigit perlahan.

Carl Hans Mikael tersengih sinis. Jenis yang macam ni memang senang nak diumpan. Terpaksa lah dia kotorkan tangan menyentuh gadis disebelahnya itu.

"Lyn? Nice name."

Sebelah tangan perlahan melingkar dipinggang gadis itu sambil tersenyum menggoda merenung wajah cantik Lyn. Wajah dirapatkan pada wajah gadis itu.

"How about one night stand with me tonight?" bisiknya gemersik dan digigit lembut cuping telinga kanan gadis itu.

Lyn ketawa dengan suara manjanya lalu dada Carl Hans Mikael diusap lembut. Badan sengaja digeselkan pada lelaki itu. Ingin menaikkan nafsu Carl Hans Mikael.

"Sounds good, so..."

Carl Hans Mikael berpaling seketika daripada Lyn, tersungging senyuman tersirat dibibirnya.

Lantas, dia berdiri dengan tangan yang makin erat memeluk pinggang gadis itu.

Lekuk tubuh Lyn jelas terasa ditubuhnya tapi dihiraukan. Lelaki mana yang tak terangkat nafsunya bila digoda sedemikian rupa? Tapi bukan itu tujuan sebenarnya.

"You make me horny, babe. Nakal betul you kan?" bisiknya perlahan.

Lynn makin melebar sengihannya. Pintu bilik yang tersedia dalam kelab malam tersebut dibuka perlahan. Carl Hans Mikael mengunci pintu bilik itu dari dalam.

Carl Hans Mikael membuka butang bajunya satu-persatu sambil menghampiri gadis itu yang terbaring di atas katil dengan posisi yang betul-betul menggugat imannya.

Telan air liur dibuatnya.

"Shit!" sumpahnya dalam hati.

*

*

*

Carl Que Alexander menghampiri isterinya yang termenung di tepi kolam renang dengan memeluk kedua belah lutut yang dirapatkan pada dadanya. Nafas dihela berat.

"Dear."

Nur Husna tersentak, hilang segala lamunannya tentang apa yang berlaku di restoran pada malam itu. Kepala ditoleh ke arah suaminya yang sudah duduk disebelahnya.

Senyuman nipis diberikan pada suaminya lalu dia menarik tangan besar Carl Que Alexander dan digenggam erat. Lama dia merenung wajah tak beriak suaminya tapi tetap kelihatan tampan.

"Kau fikir apa? Kenapa duduk dekat sini?" kening diangkat sebelah pada Nur Husna.

Wajahnya saja nampak tenang seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan dalam kepalanya penuh dengan bermacam perkara yang difikirkan.

Bahu Nur Husna dipeluk dengan sebelah tangan lalu ditarik rapat padanya.

"Husna menyusahkan abang ke? Kenapa selalu je ada yang bermusuh dengan abang?" soalnya perlahan sambil menunduk melihat tangannya yang berada dalam genggaman suaminya.

Carl Que Alexander mendongak ke atas sejenak sebelum memandang isterinya. Dagu Nur Husna didongak ke atas dengan jari telunjuknya.

Jelas wajah serba-salah terpamer di wajah isterinya.

"Aku bukan suami yang baik untuk kau, tapi aku cuba jaga kau selagi aku boleh jaga. Kau tak pernah menyusahkan aku. Aku harap kau faham."

Nur Husna sedikit tersentuh dengan apa yang dikatakan suaminya. Mata bulatnya mula berkaca-kaca.

Suaminya tetap sempurna dimatanya walau hakikatnya, suami dia seorang pembunuh.

Wajah disembamkan pada dada bidang Carl Que Alexander, haruman dari tubuh lelaki itu mampu mengubat gelisahnya.

"H-Husna takut. Nanti abang tinggalkan Husna. Husna tak nak." tersekat-sekat dia berkata dengan bahu yang terhinjut menahan tangisannya.

Belakang badan isterinya diusap perlahan, ubun-ubun Nur Husna dikucup lembut.

Dia tahu isterinya itu risaukan dirinya tapi dia akan pastikan Nur Husna sentiasa berada disisinya.

"Shhh.. Takde apa yang perlu kau takutkan. Aku tak tinggal kau, Husna. Kau cuma perlu jaga diri kau je, jangan risaukan aku." pujuknya lembut.

Kedua belah tangan ditekapkan pada tepi wajah Nur Husna.

Carl Que Alexander tergelak kecil melihat wajah isterinya yang beria menangis itu, jelas hidung dan pipi isterinya kemerah-merahan.

"Tapi, Husna takut. Dorang mesti cari abang lagi lepasni. Macam mana Husna nak tolong abang. Ha? Abang takpe lah, Husna ni tak pandai macam abang."

Bibir halus yang memuncung itu dikucup pantas lalu sisa airmata dipipi isterinya dikesat lembut. Pinggang Nur Husna dipeluk kemas dengan kedua belah tangannya.

"Kau nak tolong aku?" soalnya dengan riak wajah serius.

"Nak!" pantas isterinya menjawab.

Nur Husna mengangguk laju, rantai leher suaminya yang bewarna silver itu dimain dengan jari runcingnya.

Carl Que Alexander tersenyum sinis lalu tangan Nur Husna yang bermain dengan rantai lehernya digenggam.

"Sekarang dah pukul berapa?"

Seketika, berkerut dahi Nur Husna. Kepala ditunduk sedikit lalu jam ditangan kiri suaminya ditilik.

Kepala didongak ke atas memandang suaminya dengan muka blur.

"Pukul 10. Kenapa?" soalnya hairan.

Carl Que Alexander meraptkan wajahnya ditepi telinga Nur Husna. Dalam hati dia ketawa melihat wajah hairan isterinya. Haih! Comel betul budak ni!

"Kau boleh je tolong aku. Tolong bagi cucu dekat mama. Boleh?" bisiknya perlahan dan menggoda.

Serta-merta wajah Nur Husna membahang malu. Panas terasa seluruh wajahnya dengan kata-kata Carl Que Alexander.

Terkebil-kebil matanya melihat senyuman nakal dibibir suaminya.

"Er.. Er.. Husna- Ahh!"

Tak sempat menghabiskan ayatnya, terbuntang mata Nur Husna sebaik badannya sudah berada dalam cempungan suaminya. Carl Que Alexander tersengih nakal.

"Apa? Oh, aku tahu. Kau memang ready pun sekarang kan? Okay lah tu. Jom!"

Sebelah mata dikenyitkan pada Nur Husna. Nur Husna tercengang, air liur ditalan kasar. Mati!

*

*

*

Carl Hans Mikael mencampak bajunya diatas lantai lalu dia merenung tajam gadis tersebut. Bibir masih lagi dengan senyuman menggodanya.

Seketika, dia menunduk ke bawah dan serentak itu pintu bilik tersebut diketuk dari luar. Carl Hans Mikael tersenyum sinis lalu melangkah kaki ke arah pintu bilik.

Terpampang wajah seorang pelayan yang memegang dua gelas arak ditangannya dan diberikan pada Carl Hans Mikael sambil tersenyum sinis.

"Thank you."

Pintu bilik ditutup perlahan dan dia melangkah ke arah gadis itu, segelas arak dihulurkan pada Lynn.

Gelas yang diberi lelaki itu diambil dengan senyuman nakal dibibir lalu diteguk rakus.

Carl Hans Mikael tersengih disebalik gelas yang disisip pada bibirnya.

Arak yang dicampur dengan sejenis serbuk itu diberikan pada Lynn manakala dia hanya berpura-pura minum saja.

Gadis itu meletak gelas yang kosong di atas meja kecil disebelah katil lalu dia bangun menghampiri Carl Hans Mikael dengan kepala yang mula melayang- nikmat.

"I want you. Come on baby..."

Wajah dilarikan sedikit daripada dicium oleh gadis itu yang mula mabuk dan sedikit pening kesan daripada dadah yang dimasukkan ke dalam minuman tadi. Dan akan menyebabkan gadis itu khayal tanpa mengingati apa-apa.

Carl Hans Mikael mengetap kuat giginya saat gadis tersebut mula menyembamkan wajah dilehernya dengan tangan yang makin menurun ke bawah dan kebawah. Cuba ditahan perasaannya sebaik mungkin.

"Calm down babe. I know what do you want." bisiknya menggoda ditepi telinga gadis itu.

Lantas, tubuh gadis tersebut dibawa ke katil lalu dibaringkan sebelum dia turut sama terjatuh menghempap badan gadis itu akibat ditarik kuat oleh Lyn yang dibawah pengaruh dadah itu.

Carl Hans Mikael mengubah posisinya, dimana kini Lyn yang berada di atasnya. Gadis itu tergelak kecil dengan mata kuyu, wajah dirapatkan pada wajah Carl Hans Mikael.

Zip dress sendatnya yang berada dibahagian hadapan itu ditarik ke bawah hingga mendedahkan bahagian atasnya yang tak sepatutnya dilihat Carl Hans Mikael.

"Oh no. Mampus!" bisiknya keras.

Mata tetap fokus merenung tajam wajah Lyn yang tak ubah seperti mahu menerkamnya.

Tak sedikitpun dia mengalihkan matanya ke arah bahagian dada gadis itu yang sudah terdedah sepenuhnya.

Bibir dirapatkan pada bibir Carl Hans Mikael, hanya tinggal seinci saja lagi untuk bibir mereka bertaut tetapi Lynn dengan tiba-tiba terlentok jatuh dibahu Carl Hans Mikael.

"Thank god!" keluhnya lega.

Dia tergelak sinis apabila gadis itu mula tak sedarkan diri.

Upah yang diberi pada salah seorang pelayan kelab malam tersebut untuk memasukkan dadah dalam minuman gadis itu berbaloi juga.

Tubuh Lyn yang menghempap di atas badannya dialihkan ke sebelahnya. Sesaat, bibir diketap rapat lalu tanpa memandang ke arah yang terdedah itu dia menutup tubuh Lynn.

Serentak itu pintu bilik terbuka kasar dari luar, Carl Hans Mikael menghembus nafas lega lalu mengutip kembali bajunya di atas lantai dan dibutangkan.

"Settle sebelum subuh. Aku tak nak ada yang perasan. Faham?" tuturnya serius dan keras.

Dua orang lelaki berbadan sasa yang juga merupakan anak buah Black mengangguk sebelum melangkah ke arah gadis itu yang terbaring di atas katil.

Carl Hans Mikael menyerahkan satu sampul surat pada salah seorang daripada anak buah Black lalu dia berlalu keluar daripada bilik tersebut. Susah juga buat kerja macam ni, tapi demi -

Carl Que Alexander.

[#]DONE.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro