🍁 - [34]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Carl Que Alexander bersandar di dinding bilik latihan dengan tangan yang disilangkan di dada.

Mata memerhati Nur Husna yang sedang fokus menembak itu. Isterinya sejak seminggu yang lepas makin bersemangat berlatih.

Dia sedar, isterinya makin bersungguh berlatih dan dari pemerhatiannya ketangkasan dan kecekapan Nur Husna makin meningkat. Satu berita baik untuknya.

Lama dia memerhati tubuh kecil itu.

Aressa menghampiri Carl Que Alexander dengan dua gelas jus oren ditangan lalu diberikan pada lelaki itu.

Badannya turut bersandar di dinding bersebelahan dengan Carl Que Alexander sambil memerhati Nur Husna.

"Grazie." (thank you)

"She really loves you." tutur Aressa penuh yakin.

Carl Que Alexander menyisip gelas dibibirnya perlahan. Gelas digenggam erat lalu dia menoleh ke arah Aressa yang tersenyum itu.

Nafas dihela panjang.

Dia tak lakukan semua ini untuk keselamatan Nur Husna tetapi untuk diri isterinya sendiri.

Terpaksa dia melayan Nur Husna agak kasar, dia tak mahu melihat isterinya itu lemah dan mudah menangis.

"But, she have to be strong. I don't want to see her tears fall again. Deep inside, it's hurt so damn much." luahnya perlahan dengan riak tegang.

Aressa menepuk bahu Carl Que Alexander perlahan, tak dinafikan lelaki itu sangat menyayangi isterinya.

Sejak seminggu yang lalu, Carl Que Alexander tak banyak bercakap dan hanya termenung saja.

"She have a soft-hearted, that's why she looks like a child. Trust me Xander, what have you teach her before make her became more like you."

Senyuman sinis tersungging dibibir, isterinya sama sepertinya.

Rambut diraup kasar kebelakang lalu dia menoleh ke arah Nur Husna dan seketika mata mereka bertaut tapi tak lama sebelum Nur Husna melarikan anak matanya ke arah lain.

"Ti manca tua moglie, giusto?" (You miss your wife, right?)

Gigi diketap rapat, dari mata isterinya dia tahu Nur Husna tak sudi ingin memandangnya.


Jelas riak kosong dan kecewa dalam anak mata isterinya. Mata ditutup rapat.

Tergelak kecil Aressa melihat wajah berkerut Carl Que Alexander, bukan dia tak perasan dengan perubahan Nur Husna yang suka mendiamkan diri dan asyik dengan latihannya.

Tangisan Nur Husna juga jarang dilihat.

Seketika, Nur Husna berjalan menghampiri mereka berdua untuk keluar daripada bilik tersebut jadi dia terpaksa melepasi Aressa dan Carl Que Alexander.

Wajah ditunduk kebawah tanpa memandang dua insan yang merenungnya itu.

Carl Que Alexander mengerut kening saat Aressa membisikkan sesuatu padanya, lalu dia tersengih sinis. Sebaik Nur Husna melintasinya, pantas lengan gadis itu disambarnya.

"I think I have something to do. By the way, your skills is awesome Mrs Xander." ujar Aressa seikhlas hatinya seraya tersengih kecil.

Nur Husna tersenyum sedikit. Lengan yang dcengkam suaminya cuba dilepaskan, sebelah tangan halusnya cuba merungkai jemari Carl Que Alexander tapi tak berjaya.

Setelah Aressa berlalu keluar, lengan isterinya ditarik kuat hingga tubuh kecil Nur Husna terdorong ke depan dan wajah isterinya tersembam di dadanya.

"Lepaslah! H-Husna nak keluar."

Nur Husna meronta-ronta untuk menjauhkan diri tapi Carl Que Alexander hanya membiarkan saja.

Pinggang isterinya dipeluk kemas lalu dagu diletakkan pada bahu Nur Husna.

"Just five minutes." bisiknya dibahu Nur Husna perlahan.

Carl Que Alexander begitu juga Nur Husna sepi tanpa sebarang kata.

Lima minit berlalu, pelukan dipinggang isterinya dilonggarkan dan dia menunduk ke bawah mencari wajah isterinya.

"Saya isteri abang, tapi saya tak penting. Abang fahamkan?" tutur Nur Husna dengan suara yang bergetar halus.

Nur Husna menolak dada suaminya perlahan lalu dia melangkah kaki keluar daripada bilik.

Carl Que Alexander menggenggam penumbuknya, tak boleh menyalahkan isterinya yang tak mengendahkannya.

"Husna!"

Laju Nur Husna berjalan meningalkan Carl Que Alexander. Berlari anak dia menaiki anak tangga ke tingkat atas apabila suaminya mengejarnya daripada belakang.

Carl Que Alexander cuba meraih tangan Nur Husna tapi apa yang mengejutkannya bila isterinya itu melayangkan penumbuk ke wajahnya tetapi mujur sempat dielaknya.

"Ganas. I like." mata dikenyitkan pada isterinya seraya tergelak sinis.

Nur Husna mengetap rapat bibirnya, wajahnya merah padam menahan geram sekaligus mengingati layanan suaminya sebelum ini.

Dalam hati dia memarahi dirinya sendiri kerana hampir saja menaikkan tangan pada suaminya.

"Abang pergilah layan Aressa, buat apa kacau Husna?" jelas nada kecewa dan terkilannya.

"Shit!" carut Carl Que Alexander perlahan.

Nur Husna terus saja berjalan masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup rapat tapi ditahan oleh tangan besar suaminya.

Air liur ditelan kasar melihat wajah suaminya yang mula membengis.

Kaki diundur ke belakang perlahan, manakala Carl Que Alexander menutup pintu bilik sambil mendekati isterinya yang kelihatan cuak itu.

"A-abang kenapa?"

Mata meliar ke kiri dan ke kanan mencari ruang untuk melarikan diri daripada suaminya yang sudah seperti singa kelaparan itu. Berdebar dibuatnya.

Melihat wajah yang mampu meluruhkan jantungnya itu, dia berpaling ke belakang dan pantas dia berlari masuk ke dalam bilik air lalu laju tangannya mengunci pintu bilik air dari dalam.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Nur Husna ingin menjauh darinya sekarang dan dia tak akan biarkan itu terjadi. Sampai mati sekalipun Nur Husna milik dia. Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.

"Open the door, girl! Husna!"

Husna merenung wajahnya di dalam pantulan cermin, airmata yang ditahan berhari-hari daripada tumpah akhirnya gugur jua.

Masih terlayar diruangan matanya setiap perbuatan dan juga kata-kata suaminya.

"Husna! Jangan sampai aku pecahkan pintu ni! Bukak pintu Husna!"

Airmata diseka kasar hingga kering. Air paip ditakungkan pada tapak tangannya lalu dibasahkan pada permukaan wajahnya. Ugutan Carl Que Alexander sedikit sebanyak menakutkannya.

"Husna!"

Dengan berat hari dan sedikit gementar, Nur Husna melangkah ke arah pintu bilik air untuk dibuka tapi perbuatannya terhenti serta-merta.

BAM!

Terkelu Nur Husna dengan badan kecilnya yang menggigil ketakutan sebaik pintu bilik air dirempuh kuat dari luar.

Tak berkelip matanya merenung wajah suaminya yang timbul urat hijau kecil di dahi dan leher lelaki itu.

Nur Husna berundur ke belakang tapi Carl Que Alexander lebih pantas menarik tangannya lalu tubuh kecil Nur Husna dicempung dan dibawa keluar daripada bilik air tersebut.

"Husna- "

"Diam!" keras nada suara Carl Que Alexander memotong bicara isterinya.

Carl Que Alexander mendudukkan Nur Husna di biraik katil lalu dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Nur Husna yang menunduk menangis tanpa sebarang suara itu direnungnya dalam.

Tepi wajah Nur Husna disentuh perlahan lalu didongak ke atas supaya memandangnya, airmata isterinya diseka perlahan.

Gigi diketap rapat, sakit hati melihat isterinya menangis kerananya.

"I'm sorry." bisiknya lembut.

Nur Husna mendongak memandang wajah tenang suaminya yang sedang merenungnya, dia menunduk kembali lalu airmata yang degil menuruni pipinya dikesat kasar.

"Husna dah maafkan abang, tapi bagi Husna masa." ujarnya perlahan dengan esak tangis yang masih tersisa.

Carl Que Alexander terdiam sejenak. Tangan isterinya digenggam erat lalu dibawa ke bibirnya dan dikucup sekilas.

Mata merenung wajah kemerahan Nur Husna penuh kasih. Rasa bersalah mula bertandang dihati tapi dia terpaksa.

"Kau marah aku lagi?" soalnya dengan wajah serius.

Nur Husna hanya diam tanpa bersuara. Tangan yang digenggam suaminya ditarik perlahan lalu dia bangun daripada katil melangkah ke arah penyangkut lalu tuala dicapai.

"Husna mintak maaf, Husna sakit hati lagi dengan abang. Husna harap abang faham."

Serentak itu dia menghilang disebalik bilik air. Carl Que Alexander meraup wajahnya kasar, tangannya digenggam erat lalu dia berdiri sambil memicit perlahan dahinya. Kusut!

"Fuck!"

PRANG!

Berkecai pasu bunga kecil itu yang terletak di atas meja sebelah katil ditepisnya berterabur di atas lantai.

Kaca yang berselerak di atas lantai itu disepaknya kuat sebelum berlalu keluar daripada biliknya.

Nur Husna yang dapat mengagak amukan suaminya hanya bersandar di belakang pintu bilik air. Bibirnya mengukir senyuman hambar.

*

*

*

"Umi tahu tak, tadi kan Umi ada perempuan tu panggil dia baby, seksi sangat! Mia ingatkan siapa rupanya bakal bini dia nombor dua kot. Hm!"

Puan Laila ketawa kecil melihat Damia yang bercerita dengan bibir terkumat-kamit membebel perlahan, manakala Carl Hans Mikael terbatuk kecil. Tersedak dibuatnya dengan mulut becok gadis itu.

"Ish! Ada-ada jelah Mia ni. Tapi apa salahnya kan? Kenapa Mia cakap macam tu? Hans tak ada yang lain, ada Mia je.."

Damia merengus perlahan. Geram pula bila Uminya seolah-olah tak percaya dengan apa yang diceritakannya.

Wajah tenang Encik serial killer yang sedang menyisip air itu dijeling tajam.

"Umi, ayat 'ada Mia sorang' tu dah basi lah. Tak tahu pulak ada lagi sorang Mia rupanya. Bagus lah macam tu, menyakitkan hati je! Nak buat macam mana kalau ada rupa, siapa je tak nak pandang. Kan?"

Carl Hans Mikael merenung wajah selamba Damia, budak ni memang saja nak kenakan dia agaknya. Tak habis-habis lagi membebel!

"Tak lah Umi, dia jealous lah tu ada orang yang nak dekat dengan Hans. Biasalah perempuan kan kuat cemburu biar tak tahu apa-apa pun."

Puan Laila tersenyum lebar sambil memandang Carl Hans Mikael yang tersenyum itu. Damia pula hanya menayangkan muka menyampah pada Encik serial killer itu.

"Takde maknanya Mia nak jealous dengan dia. Mia bukan sesiapa pun." ujarnya perlahan dengan bibir yang dicebik sedikit.

Carl Hans Mikael tersenyum sinis merenung wajah membahang malu Damia, bukan dia tak tahu gadis itu cemburu dengan perempuan yang menegur mereka sebentar tadi.

"Takpe lah Umi, biar dia cemburu sorang-sorang. Hans dah nak balik ni, ada hal sikit nak buat." pamit Carl Hans Mikael seraya bangun dari duduknya.

Puan Laila mengangguk kepala. Damia ralit mengunyah makanan tanpa menghiraukan lelaki itu yang sudah berjalan keluar daripada rumah.

Sakit pula hatinya bila mengingati perempuan seksi petang tadi. Seketika dia terjerit kecil bila telinga kanannya dipulas oleh Puan Laila.

"Sakit lah Umi!" rengeknya perlahan dengan wajah cemberut.

Isyarat mata diberikan pada anaknya, Damia mengeluh berat seraya berjalan ke muka pintu untuk menghantar Encik serial killer pulang. Tajam matanya memerhati wajah selamba Carl Hans Mikael.

"Baik-baik bawak kereta ya abang handsome, laju pun takpe bahagia hidup saya. Selamat malam." Damia memberikan senyuman manisnya.

Gigi diketap rapat, rasa mahu saja dia menjahit mulut gadis itu. Bibir halus je tapi ayat selalu menyakitkan hati dia! Ada jugak yang hilang kesucian bibir nanti.

"Membebel lah kau sorang-sorang. Kalau aku mati, kau orang pertama aku cari. Mulut tak pernah nak diam!" balasnya dengan wajah tak beriak.

Damia tersengih mengejek pada Carl Hans Mikael. Suka dia mengenakan lelaki itu, sebelum ini asyik dia saja yang kena. Tangan dilambaikan pada Encik serial killer.

Sesaat, Carl Hans Mikael tersenyum sinis. Dari tadi hingga sekarang Damia asyik mengenakannya dihadapan Puan Laila. Sekarang giliran dia pula.

"Siapa pulak belakang kau tu? Bila kau bawak kawan kau? Tadi takde pun." serius Carl Hans Mikael bersuara.

Mati senyuman dibibir Damia. Meremang bulu romanya, kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa. Dengan wajah cuak, laju dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Umi!"

Carl Hans Mikael tergelak kecil dapat mengenakan gadis itu. Enjin dihidupkan sebelum kereta mula bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah Damia.

Terjuih-juih mulut Damia memarahi lelaki itu, dia bukan main takut. Hish! Pintu rumah ditutup rapat dan belum sempat dia ingin menguncinya, tangan seseorang menahannya dari luar.

Damia terlopong, badannya menggigil halus saat melihat seorang lelaki yang memakai topeng menutup wajahnya merempuh masuk dengan tangan yang memegang sebilah pisau.

"Um- " mulutnya ditekup lelaki itu sekaligus menghalang dia dari menjerit memanggi Uminya.

ZAP! ZAP!

Terbeliak mata Damia, airmata laju menuruni pipinya.


[#]DONE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro