🍁 - [65]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aressa mengeluh kecil. Dipandang sekeliling ruang tamu rumahnya yang sepi itu, fikirannya memikirkan Black.

Susuk tubuh lelaki itu tak kelihatan selama dua hari ini. Semuanya kerana lelaki itu cemburu dengannya.

Tak terniat untuk membuat lelaki itu cemburu tetapi sepupunya; Mark datang tempoh hari melawatnya.

Malah Mark memang jenis yang terlebih jika berkenaan dengan dirinya. Jadi, disebabkan dia bermesra dengan lelaki itu, Black tak mahu bercakap dengannya. Haih!

Selama dua hari dia cuba berbual dengan Black tetapi lelaki itu selalu saja mengelak. Malah bila bertembung pun Black seolah-olah tak mengenalinya.

Kini dia tahu kalau lelaki itu merajuk memang persis seperti perempuan, susah betul nak pujuk!

Aressa tersenyum nipis saat mendengar bunyi pintu utama rumah dibuka dari luar, semestinya Black sudah pulang. Dari mana pun dia tak pasti.

Lantas dia berlari anak ke arah speaker yang berada di sebelah tv itu lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.

Setelah menyambungkan plug dan juga mengaktifkan bluetooth di telefon bimbitnya dan disambungkan dengan speaker tersebut.

Lagu kegemarannya dipilih lalu ditekan butang play, volume speaker dipusing hingga mencecah 100%.

Ruang tamu rumahnya serta-merta bergema dengan lagu yang dipasang.

Aressa tergelak kecil sebelum menutur bait-bait lirik lagu tersebut seraya menari tanpa menghiraukan sesiapa.

Si tu te mueves como me muevo voy contigo ♪
Que si me gusta tu cuerpo niña ven conmigo ♪

Tubuhnya meliuk lentuk mengikut rentak lagu lalu dipusing-pusing badannya dengan, dihujung mata dapat dilihat susuk tubuh Black melangkah masuk ke ruang tamu.

Here we go in uno, dos, tres ♪
Here we go, I like this ♪

Aressa memusing tubuhnya perlahan sebelum dengan keadaan yang masih lagi menari-nari, dia mendekati Black yang terkebil-kebil melihatnya itu.

Mungkin lelaki itu hairan dengannya yang tiba-tiba saja menari.

Here we go in uno, dos, tres ♪
Here we go, I like this ♪

Sebaik berada berdekatan dengan lelaki itu, kolar baju Black dicengkamnya lembut dengan sebelah tangan lalu sebelah tangan lagi memeluk leher Black seraya meneruskan tariannya.

Tak dihiraukan wajah berkerut hairan Black.

Black diam tanpa suara, matanya tajam merenung gadis dihadapannya itu yang sedang asyik menari sekaligus memaksa tubuhnya dan membuatkan dia turut menari sama dengan Aressa.

"Stop Aressa."

Aressa tersengih halus melihat wajah tak beriak Black lalu tangan yang mencengkam kolar baju Black dilepaskan dan dengan pantas tangan Black digenggamnya sebelum menarik tangan lelaki itu supaya turut menari dengannya.

Niña ay mi niña, ♪
Si, te quiero, crees mas y mas en mi ♪

Black memejam rapat matanya menahan perasaan di hati, dan tanpa Aressa sedar bahawa pakaian yang dipakainya dan juga lenggok tarian gadis itu benar-benar menggugat imannya.

Dia tahu mengapa gadis itu berkelakuan sedemikian.

"Stop." ujarnya serius dengan gigi yang terketap rapat.

Aressa hanya membalas dengan senyuman sebelum tangan Black yang digenggamnya itu diangkat tinggi ke atas lalu dia memusing-musing tubuhnya beberapa kali sebelum dia memeluk leher Black sambil tersengih. Lagu yang dipasang juga turut terhenti.

"Thank you, sudi menari dengan I. Love you." pipi kiri Black dikucupnya pantas.

Black merenung tajam wajah ceria gadis itu, memang dia cemburu melihat kemesraan Aressa dan Mark tempoh hari tetapi gadis dihadapannya ini bijak untuk membuatkan dia kalah dengan egonya sendiri.

"Aku nak naik atas, so.." isyarat mata dihalakan pada tangan Aressa yang memeluk lehernya itu.

Aressa menghela nafas panjang, wajah tak berperasaan Black direnungnya lama.

Entah bagaimana mahu memujuk lelaki itu, dia buntu. Lalu tangannya ditekapkan pada tepi wajah Black.

"Listen, Mark tu cuma sepupu I je, tak lebih dari tu. Mi dispiace, per favore." (I'm sorry, please)

Diusapnya perlahan tepi wajah Black dan juga rahang lelaki itu dengan wajah penih berharap memandang Black manakala Black pula terus memejam rapat matanya saat tangan gadis itu menyentuh wajahnya.

Aressa menunggu balasan daripada lelaki itu sambil menilik segenap wajah Black dengan penuh minat.

Jari-jemarinya dimainkan disekitar kening dan juga mata lelaki itu yang masih lagi terpejam rapat.

"Fine!"

Black menghela nafasnya yang terasa sesak saat jemari gadis itu bermain di wajahnya, dan dengan pantas Aressa melompat kecil seraya memeluk lehernya dengan kedua kaki yang dilingkarkan pada pinggang lelaki itu.

"Really? Grazie amore." (Thank you, love)

Aressa pantas mengucup seluruh wajah lelaki itu dengan wajah cerianya sebelum Black memandangnya dengan wajah serius.

Kening diangkat sebelah pada lelaki itu, ingin tahu mengapa tiba-tiba saja riak wajah Black berubah.

"Aku rasa baik kau turun sekarang. Aku tak tahu apa jadi lepasni kalau kau lama lagi duduk macam ni. You know what I mean, Aressa."

Black mengetap rahangnya kuat. Faham dengan maksud Black, serentak itu Aressa cepat-cepat meregangkan pelukan dileher dan kaki yang melingkar dipinggang lelaki itu.

Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Blushing!

"Kau bersiap dulu, kejap lagi kita keluar." arah Black perlahan tanpa memandang Aressa.

Senyuman lebar terukir dibibir gadis itu sebelum pipi kanan Black dikucupnya pantas untuk kali yang ke berapa belas lalu Aressa berlari anak masuk ke dalam biliknya dengan wajah ceria.

Black pula tercengang seketika sebelum menyentuh pipinya yang dicium Aressa, serta-merta bibirnya mengukir senyuman nipis.

Memang dia benar-benar tergilakan gadis itu.

*

*

*

Suasana di Al Duomo Italian Restaurant di Brighton sedikit lengang memandangkan hanya beberapa orang saja pelanggan yang ada.

Black dan Aressa mengambil tempat di bahgian sudut paling hujung dalam restoran tersebut.

Setelah menunggu beberapa minit, makanan yang ditempah Black dari awal lagi terhidang di atas meja.

Aressa tersenyum pada Black seketika sebelum mereka berdua mula menjamu selera. Sesekali mereka berbual kosong disertakan dengan gelak tawa Aressa.

Aressa menyisip perlahan air yang berada di dalam gelas, tak dinafikan Black seakan menghafal segala makanan kegemarannya sedangkan dia tak pernah memberitahu lelaki itu tentang perkara kegemarannya.

Diperhati saja Black yang sedang menunduk dengan wajah serius menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

Sesaat, Black mendongak memandang Aressa sambil menyimpan kembali telefonnya.

"Tunggu dekat sini."

Lantas dia berdiri, dahi Aressa dikucupnya sekilas sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang memandangnya dengan wajah hairan. Ada perkara yang perlu dia uruskan sebentar.

Aressa tersenyum kecil, arahan yang diberikan oleh lelaki itu dituruti.

Selang beberapa minit, kelibat Black masih belum muncul sebelum Aressa tersentak saat lampu restoran tersebut terpadam dan paling membuatnya hairan, suara pelanggan yang ada juga tak kedengaran.

"God, what is going on." gumamnya hairan.

Biasanya, suasana restoran mungkin akan bising dengan jeritan pelanggan yang terperanjat tetapi sebaliknya pula.

Sunyi tanpa sebarang suara hanya kedengaran jantungnya saja yang berdegup kencang.

Pantas Aressa meraba dalam beg tangannya mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi Black.

Seketika perbuatannya terhenti saat terlihat cahaya suram dari arah sedikit jauh dari meja yang didudukinya.

Diperhatinya cahaya tersebut, tahu lah dia cahaya tersebut datang dari arah pentas kecil yang tersedia dalam restoran itu.

Wajahnya berkerut hairan dan serentak itu bibir Aressa terlopong kecil.

Di atas pentas tersebut yang disirami cahaya suram itu, jelas dilihatnya susuk tubuh Black yang sedang merenung tepat ke arahnya.

Dia tak pasti apa yang dilakukan lelaki itu malah pelanggan yang ada juga turut memberi perhatian pada lelaki tersebut.

"Goodnight, ladies and gentleman. I'm so sorry for interrupting your dinner but I have something to tell to my precious girl."

Black bersuara disebalik mic yang dipegangnya, mata tak lepas dari memerhati wajah Aressa yang jelas terperanjat dengan kata-katanya. Kedengaran suara pelanggan yang bersorak halus.

"And, she is sitting at table 143 right now." senyuman sinis terukir dibibirnya.

Pelanggan mula bersorak untuk kali keduanya sebaik menoleh ke arah Aressa yang terkebil-kebil dengan wajah membahang malu itu.

Black menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Here i am, the man who fell in love with her unknowingly. I promise to be there when she need me. I promise to hug her tight when she lonely.."

"I promise to wipe her tears when they fall and I promise to keep her, not for the rest of my life but for the rest of hers because she is my everything."

Aressa mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali saat kabur dengan airmata, sungguh dia terharu dengan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut lelaki itu, ikhlas.

Black memerhati sekilas riak wajah tersenyum dan ada juga yang mengesat airmata terharu pelanggan direstoran tersebut sebelum kembali merenung wajah Aressa yang sedang tersenyum dengan airmata yang mengalir dipipinya.

Black melangkah turun daripada pentas tersebut manakala cahaya bulat yang menerangi restoran tersebut mengikuti setiap langkah kaki Black, mic ditangannya digenggam erat.

Tiba di meja dimana Aressa berada, tangan dihulurkan pada gadis itu bersama senyuman nipis dibibir.

Aressa pantas menyambut huluran tangan Black dan kini dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu.

Black menunduk sesaat, kepala didongak ke atas lalu diperhati wajah tertanya-tanya pelanggan yang menunggu tindakannya yang seterusnya itu. Dpandang pula wajah Aressa.

"Will you marry me, Aressa?"

Sorakan dan tepukan bergema dalam restoran tersebut sebaik Black mengungkapkan kata-kata keramat itu.

Aressa menekup mulutnya dengan sebelah tapak tangan dengan mata tak lepas merenung wajah serius Black.

'Si, signorina!' (Yes, young lady!)

'Accettalo!" (Accept him!)

'Si! per favore!' (Yes! Please!)

Aressa ketawa kecil dengan airmata yang laju mengalir saat mereka yang lain mula menyuruhnya untuk menerima lamaran daripada Black. Seketika Aressa merenung dalam wajah Black.

"Sì, lo farò!" (Yes, I will)

Tepukan bergema dalam restoran tersebut ditambah dengan mereka yang lain yang bersorak seakan turut bahagia dengan mereka berdua.

Belakang tapak tangan Aressa dikucup perlahan sebelum memeluk erat tubuh gadis itu.



[#]DONE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro