🍁 - [8]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Husna terkebil-kebil merenung pintu bilik dengan fikiran yang bercelaru, dia berbaring di atas katil dengan kedua belah tangan melekap di atas perutnya.

Dia buntu.

Sudah dua minggu dia berada di rumah itu dan selama dua minggu juga dia bersama dengan lelaki yang hingga ke hari ini dia belum tahu namanya.

Dia tak pernah tahu latar belakang lelaki yang menculiknya kerana dia tak berani untuk bertanya.

Selama bersekedudukan dengan lelaki itu tanpa sebarang pertalian, yang dia tahu lelaki itu akan tidur pada waktu siang dan akan keluar pada waktu malam.

Bukan selalu tapi jarang lelaki itu keluar pada waktu malam

Sebut pasal pilihan yang diberikan pada hari kedua dia diculik, perangai lelaki itu tak boleh dijangka kerana kerap kali berubah-ubah.

Terkadang lelaki itu akan melayannya dengan baik walaupun bagi dia lelaki itu betul-betul menakutkan.

Terkadang lelaki itu dingin dan bengis tapi walau begitu, tak pernah lagi lelaki tersebut mengapa-apa kannya.

Sehingga sekarang dia masih belum tahu apa yang lelaki itu mahu darinya, acap kali yang didengar dari mulut lelaki itu yang mengatakan dia milik lelaki tersebut.

Hanya itu saja.

"Husna!"

Terduduk Husna bila laungan daripada Que menyapa digegendang telinganya dari luar bilik.

Dia segera turun daripada katil lalu keluar daripada bilik tersebut tanpa berlengah.

"Ya?" jawabnya perlahan dengan mata yang memandang lelaki tereebut.

Que merenung tajam ke arah Husna yang sedang berjalan menghampirinya sambil meletakkan bungkusan nasi di atas meja dengan mata terhala pada tubuh gadis itu tersebut.

Manakala, Husna yang berasa tak selesa dengan pandangan lelaki itu turut melihat penampilan dirinya dari atas hingga ke bawah.

Tak ada apa yang pelik cuma sedikit seksi tapi bukan pilihannya untuk berpakain begitu.

"Kau nak goda aku ke?" soal Que perlahan sambil mengangkat sebelah keningnya pada Husna.

Laju Husna menggeleng kepala dengan wajah yang membahang malu, pantas dia menarik-narik hujung skirt kembangnya yang menjadi tumpuan mata lelaki itu.

Pandangan yang begitu menyeramkan Husna.

"T-tak. S-saya tak nak goda e-encik."

Ianya adalah pakaian yang dibeli Que sendiri pada Husna dan semuanya singkat dan agak seksi, seksi yang hanya untuk tatapan dia saja.

Pakaian gadis itu yang lama telah dibuang kesemuanya.

Que tersenyum sinis melihat riak wajah tak selesa gadis itu bila ditenungnya lalu dia menarik tangan Husna dan dibawa ke meja makan.

Husna mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu tanpa membantah.

"Makan."

Bungkusan makanan itu dibuka lalu ditolak ke arah Husna. Terkelip-kelip mata gadis itu memandang bungkusan nasi dan Que bersilih-ganti.

Hairan kerana sebelum ini ada pembantu yang menyediakan makanan untuknya.

Malah Que dengan wajah tak berperasaannya menarik kembali bungkusan makanan itu ke arahnya, sudu yang tersedia diatas meja dicapai.

Gadis itu selalu saja dilayannya bagai budak kecil, suruh makan pun dia terkebil-kebil.

"Buka mulut."

Husna sedikit tersentak, perasaan hairan pada lelaki itu lenyap begitu saja. Wajah tak beriak lelaki tersebut dipandang sekilas sebelum menunduk.

Malu bila ingin disuap lelaki itu lagipun dia gugup bila berhadapan dengan lelaki tersebut.

"Takpe, saya boleh makan sendiri." kata Husna perlahan menolak secara lembut tanpa memandang lelaki itu.

Sudu disuakan pada Husna, gadis itu yang menolak untuk disuapkan tak dihiraukan malah dia menunduk sedikit kepalanya melihat wajah Husna yang sedang tertunduk itu.

Senyuman sinis terukir dibibir, gadis itu malu rupanya.

Timbul idea nakal untuk menyakat gadis itu, dia merapatkan kerusinya pada meja lalu dengan sengajanya kaki kanannya digeselkan perlahan pada betis terdedah Husna.

Mata tetap melihat reaksi yang akan ditunjukkan gadis tersebut.

Husna ternganga kecil bila terasa betisnya disentuh sesuatu yang dingin, terkejut.

Dia melihat sedikit ke bawah meja dan apa yang dilihatnya kaki lelaki itu yang sedang bergesel dibetisnya.

Spontan Husna mendongak memandang Que pelik.

"Once again, dear. Open your cute mouth before I do more than this." kening diangkat sebelah dengan muka tak berperasaannya, sengaja mengugut.

Que menahan ketawanya daripada terkeluar, sumpah gadis kecil dihadapan dia yang terkebil-kebil dengan bibir yang sedikit terbuka sambil pandang dia itu jelas kenaifannya.

Macam mana dia tak obses dengan Husna. Haih!

Wajah Husna pula secara spontan berkerut geram bila diugut lelaki itu, hairan dengan perbuatan lelaki tersebut.

Tapi cuma seketika bila dia terpandang anak mata tajam silver-grey tersebut sedang menikam wajahnya.

"Tapi-" dia ingin membantah dan tak mahu lelaki itu meyuapnya makan. Terasa janggal.

Que yang geram dengan kedegilan gadis itu tersenyum sinis, boleh tahan degil rupanya budak ni walaupun takut-takut.

Lantas kakinya yang masih lagi menggesel betis Husna dibawah meja makin naik ke atas.

Mahu melihat sejauh mana kedegilan Husna bila dia lakukan perkara itu. Terkadang suka dia mengusik gadis tersebut yang selalu blur disebabkan takut dengannya.

Tak tahu apa yang ditakutkan Husna.

"Nak aku paksa kau buka mulut ke buka benda lain? Hm?" duga Que menekankan suaranya dengan renungan tajamnya.

Husna pula sudah cuak, wajahnya berubah kelat bila kaki Que mula naik hingga ke lututnya.

Air liur ditelan kesat. Dia cuba melarikan kakinya ke arah lain tapi lebih pantas ditahan lelaki tersebut yang beriak kosong itu.

Tidak mahu lagi bermain tarik tali, Husna memilih untuk mengikuti arahan Que.

Risau jika lelaki itu hilang sabar dan mungkin bakal menaikkan tangan padanya. Dia tidak mahu yang itu dan turut seriau dengan kaki lelaki tersebut.

"S-saya buka mulut." laju Husna berkata lalu membuka mulutnya sedikit.

Serentak itu kaki kanan Que terus berhenti menggesel di betis Husna dan perlahan-lahan diturunkan kakinya dan kembali duduk seperti biasa.

Degil sangat, tahu pulak takut.

Dia mula menyuap Husna makan suapan demi suapan yang disuap dengan melihat wajah polos gadis itu, makin tak sabar untuk menjadikan gadis itu miliknya.

Hanya tunggu masa yang sesuai. Sedikit saja lagi.

Manakala Husna memegang sudu yang ingin disuakan pada mulutnya oleh lelaki itu, dia menarik perlahan sudu tersebut tanpa memandang wajah Que.

Setelah sudu bertukar tangan, Husna mula makan dengan sendirinya.

Que yang melihat terangkat sebelah keningnya, gadis itu masih sama seperti dulu.

Pemalu dan dalam diam garang, cuma tak ditunjukkan. Degil tetapi cepat tersentuh hati bila diherdik. Cuma gadis itu saja yang tidak mengingatinya.

"Degil kau kan?"

Que berkata sambil menongkat dagu di atas meja dengan kedua belah tangannya.

Dia leka memerhati mulut gadis itu yang sedang mengunyah makanan, paling dia suka bila kelopak mata gadis itu yang terkelip-kelip buat dia tertarik.

Sangat menggoda.

Husna pula tersenyum kelat dan cepat-cepat menunduk ke bawah saat bertentang dengan mata lelaki tersebut.

Memang dia tak selesa diperhatikan Que tetapi tetap juga suapan makanannya diteruskan.

Manakala Que bangun lalu beredar ke arah dapur meninggalkan Husna sebelum segelas air diambil lalu dia kembali ke arah meja makan, air diberikan pada gadis tersebut yang fokus dengan makanannya.

"Terima kasih." ucap Husna perlahan sambil tersenyum nipis.

Husna meneguk perlahan air yang diberi Que, sedikit pelik dengan sikap lelaki itu yang tak pernah membalas ucapan terima kasihnya.

Mungkin lelaki itu memang begitu sikapnya fikir Husna sendirian.

Gelas kosong diletakkan ke atas meja sambil mengelap tepi bibirnya, serentak itu Husna membuntangkan matanya bila terasa diawang-awangan.

Que pula tersenyum sinis seraya mencempung tubuh kecil gadis itu naik ke tingkat atas.

"Teman aku."

*

*

*

Carl Que Alexander menutup sedikit wajahnya dengan hoodie yang tersarung ditubuhnya.

Kelab malam ternama itu tempat utama tujuannya pada malam ini, bukan kerana ingin menghapuskan kekusutan fikirannya tetapi ada perkara yang perlu diselesaikan.

Di satu sudut yang sedikit tersorok dia dapat melihat seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang meraba-raba tubuh perempuan yang berada di kiri dan kanan lelaki tua tersebut di situ.

Terlalu leka menikmati apa yang dilakukan.

"Happy betul kau. Tch." bisik Que penuh makna.

Kaki diatur, lalu Que mengambil tempat di sebelah meja lelaki itu diikuti anak buahnya, Shuk dan juga Aris.

Masing-masing mempamerkan wajah bersahaja seperti pelanggan biasa dan bukan untuk membunuh seseorang pada malam itu.

Suasana yang bising dengan bunyi dentuman musik yang dimainkan membuat mereka terpaksa berbisik kuat dan dekat.

Tapi itu tak menjadi penghalang, ianya makin memudahkan kerja mereka bertiga.

"Kau nampak dia kan? Buat macam biasa, sekarang."

Aris mengangguk kepala sambil memerhati lelaki separuh abad itu yang sedang berseronok dengan perempuan muda yang berada di sebelahnya.

Aris bangun lalu melangkah ke arah meja lelaki tua itu.

Shuk tersenyum sinis melihat wajah tak berperasaan Que sebelum sepucuk pistol yang disimpan di poket jaket sebelah dalam dikeluarkan lalu diletak ke atas meja betul-betul dihadapan Que.

"Aku nak guna pisau, malas pakai pistol. Bising!" ujar Que tenang sambil memerhati mangsanya.

Que menolak pistol itu ke arah Shuk kembali. Malam ini mood dia tidak berapa baik selepas pertengkaran yang berlaku dengan adiknya, takut mereka yang tak bersalah turut dia bunuh sama.

Dia tak perlukan pistol.

"Okay, jangan sampai orang perasan." pistol tersebut diambil Syuk dan disimpan kembali pada tempatnya beserta pesanan yang diberikan.

Shuk membongkokkan sedikit badannya ke bawah, mata memerhati pengunjung di kelab malam itu yang tak menghiraukan keadaan sekeliling.

Jika mereka tahu apa yang akan berlaku nanti, dia percaya kelab malam ini kosong buat sementara waktu.

Tangan pula mencapai pisau yang dimahukan oleh Que, perbuatannya dipastikan agar tiada sesiapa yang melihat, jika tidak rancangan mereka bakal tergendala.

Itu pasti akan menaikkan amarah Que.

"Aku bawak yang ni je, sebab orang tua tu tak kuat mana pun aku tengok. Nah!" ujar Shuk perlahan.

Pisau rambo yang diselit pada seluar jeans disebelah dalam itu diambil lalu ditolak perlahan ke arah Que yang memerhati Aris membuat kerjanya.

Pantas saja pisau itu disambut dengan senyuman sinis di bibir.

Aris memberi isyarat mata pada Shuk yang sedang memerhatinya, perempuan yang bertempek dengan lelaki tua itu mula termakan umpannya.

Kini hanya tinggal seorang saja lagi, dan itu tugasan Shuk yang seterusnya.

Que mengangguk kepala sekali tanda mengarahkan Shuk untuk memulakan kerjanya manakala dia sudah bersedia dengan tangan yang menggenggam erat pisau tersebut.

Bersedia untuk menikam mangsanya.

"Cepat sikit! Aku tak nak ada yang perasan."

Shuk tersengih sinis lalu bergerak ke arah lelaki tua itu, gilirannya pula untuk mengumpan seorang lagi perempuan untuk mengikutinya.

Kerja mereka juga akan lebih mudah dan lancar tanpa sebarang bunyi ataupun kesan.

Lihat saja Shuk yang sudah memeluk pinggang perempuan itu, Que mula bangun lalu membetulkan sedikit baju yang dipakainya sebelum menuju ke arah meja orang tua itu.

Langkahnya tenang dan teratur.

"Dato?" sapa Que ramah beserta senyuman kecil yang lebih kepada sinis pada lelaki tua dihadapannya itu.

Lelaki tua yang sedang meneguk arak dalam keadaan separa sedar tersebut merenung kosong ke arah Que yang menegurnya.

Dia seakan kenal lelaki itu tetapi akibat kepalanya yang berpusing itu dia tak dapat mengingatinya dengan betul.

Perempuan muda yang bersamanya tadi sudah hilang entah kemana, kini ada pula yang mahu mengganggu dia menikmati minuman keras yang diteguknya itu.

"Kau siapa pulak? Nak apa datang sini jumpa aku? Tak nampak aku tengah seronok ni. Hahaha."

Senyuman jahat terlakar dibibir Que bila melihat orang tua itu yang sedang dalam keadaan mabuk dan sedang tertawa tanpa sebab.

Pisau rambo yang digenggamnya dilihat sekilas.

Dia menghampiri lelaki tua itu, sempat dilihat keadaan sekeliling supaya perbuatannya tak dikesan oleh pengunjung kelab malam itu.

"Aku datang nak bunuh kau. Nak tahu sebab apa? Sebab kau nak jatuhkan adik aku! Orang tua tak guna!"

ZAP! ZAP!

Serentak itu, dada orang tua tersebut ditikam bertubi-tubi. Mata terbeliak besar dengan dada yang mula dipenuhi dengan darah.

Tak lama, mayat lelaki tua itu terlentok disofa yang didudukinya setelah nyawanya melayang dalam keadaan mengejut.

Que tersenyum sinis, pisau rambo yang berlumuran dengan darah lelaki tua itu dikesat menggunakan seluar lelaki tua tersebut hingga berkilat seperti asal.

Hoodie yang menutup wajahnya dibuka.

"Kau salah orang. Kau kena ingat, orang yang kau nak jatuhkan tu adik aku. Puih!"

Wajah yang berubah pucat lelaki tua itu diludahnya sebelum melangkah kaki keluar daripada kelab malam tersebut seperti tiada apa yang berlaku, langsung tiada yang mengetahui aoa yang sedang terjadi.

*

*

*

Carl Hans Mikael melonggar ikatan tali leher di lehernya kasar. Wajahnya juga kelihatan tak bermaya, letih menguruskan tugasan di pejabatnya.

Minggu depan pula dia terpaksa ke luar negara berjumpa dengan klien yang bekerjasama dengan syarikatnya.

Pintu kereta disebelah pemandu dibuka lalu kot dan segala barangnya dicampak ke kerusi sebelah penumpang.

Baru saja dia ingin masuk ke dalam perut kereta, terdengar derapan tapak kaki seseorang.

Dia menoleh ke belakang ingin mencari tahu siapa yang masih berada di tempat letak kereta itu, tercengang seketika bila melihat tiga orang lelaki itu menghampirinya dengan cara yang mempunyai niat buruk.

"Korang nak apa?" tanya Hans tanpa nada. Malas mahu melayan, badan pula sudah lah letih.

Tiga orang lelaki tersebut dengan gaya gangsternya mengelilingi Hans sambil tersenyum jahat.

Tak sia-sia kerja mereka kerana lelaki dihapannya kini anak orang berada rupanya. Makin banyak lah habuan yang mereka dapat nanti.

Seorang daripada mereka maju kehadapan seraya berdiri tidak jauh dari Hans yang sudah tahu apa yang ingin lelaki tersebut mahu lakukan padanya.

Perkara begini sudah banyak kali berlaku padanya sebelum ini.

"Nak bunuh kau." jawap seorang lelaki yang berkepala botak itu angkuh.

Malah Hans hanya mengukir senyuman sinis, nafas ditarik dalam dengan mata yang dipejam sesaat.

Dapat diagak yang lelaki bertiga itu ada niat buruk terhadapnya, entah siapa pula yang mengupah untuk membunuhnya kali ini.

"Go ahead. Bunuh lah kalau kau rasa kau boleh buat." cabar Hans tanpa riak diwajahnya. Mata pula dingin memandang lelaki tersebut.

Lelaki berkepala botak itu mula mengeluarkan pistol yang berada dibelakang pinggangnya lalu dihalakan tepat pada tengah dahi Hans dengan riak wajah yang kononnya bengis itu.

Dua lagi rakannha hanya tersenyum jahat.

KLAK!

Bunyi picu pistol yang ditarik sedikitpun tak membuatkan Hans gentar, dia dah buat lebih pada tu.

Dua lagi lelaki tersebut bersiap sedia dengan pisau dan juga kayu besbol ditangan masing-masing untuk membelasahnya.

Belum sempat lelaki itu mahu melepaskan tembakannya pada Hans, dia lebih pantas menepis tangan lelaki itu lalu dipulasnya kasar ke belakang menyebabkan pistol lelaki tersebut terjatuh.

Lelaki berkepala botak itu mengerang kesakitan. Rontaannya dapat ditahan oleh Hans yang lebih kuat beebanding tubuh sasanya itu.

Tidak sangka lelaki tersebut berjaya mengunci pergerakannya.

BUK!

"Sial!" sumpah Hans seraya mengerang sakit bila dia terleka bahawa masih ada lagi dua musuh dibelakangnya.

Belakang badan Hans dipukul dengan kayu besbol oleh salah seorang daripada mereka, Hans pula yang belum sempat mengelak tertunduk sedikit bila belakang badannya terasa sakit.

Lelaki botak itu pula menolak tubuh Hans hingga wajahnya terhentak rapat dicermin kereta lalu lelaki botak tersebut memulas tangan Hans kebelakang, kesempatan itu diambil oleh lagi dua orang lelaki.

"Kau berlagak sangat!" hambur lelaki yang berkepala botakitu.

Serentak itu tubuh Hans dipukul bertalu-talu dengan kayu besbol tersebut. Dua lelaki yang lain pula tergelak mengejek.

Memandangkan tubuhnya yang betul-betul tak bermaya malam ini, dia tak dapat melawan lelaki bertiga itu.

Lelaki yang memegang sebilah pisau yang berkilat dan tajam itu pula mula ingin menikam Hans, dia mengangkat tinggi tangannya dan dengan pantas dijatuhkan ingin menusuk Hans yang lemah tak bermaya.

"HOI!"

Mereka bertiga mula menoleh ke arah kiri mengikut arah suara yang menjerkah pada mereka sebentar tadi.

Hans yang berkerut sakit itu sudah tahu siapa gerangan yang menghalang perbuatan lelaki bertiga itu untuk membelasahnya.

Dia tersenyum sinis .

"Baik korang berambus sebelum dia yang bunuh korang."

Lelaki bertiga itu tak mengendahkan amaran daripada Hans tetapi mereka malah tersenyum mengejek pada lelaki yang menegur mereka itu.

Masih tidak kenal siapa.

"Dulu, cita-cita nak jadi gangster ke?"

Sempat Hans tetawa lucu.

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro