SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Carl Hans Mikael yang sedang menghadap laptop miliknya berkenaan dengan urusan syarikat miliknya fokus menaip dengan wajah serius bercampur kusut itu.

Kini, agak terhad untuknya meluangkan masa dengan Damia.

Teringat tentang isterinya, Carl Hans Mikael tersenyum nipis.

Betapa gembiranya dia sebaik mendapat berita beberapa bulan yang lepas bahawa isterinya kini sedang hamil.

Kandungannya juga sudah nencecah lapan bulan, tunggu masa saja untuk melahirkan .

Untuk pertama kalinya dalam hidupnya dia terpaksa menghadapi sikap Damia yang tak menentu itu kesan daripada pembawaan bayi yang dikandungnya.

Dan dia akui sejak Damia hamil, dia terpaksa menyabarkan hatinya dengan kerenah Damia.

Mungkin dulu, jika dia perhati perempuan lain yang sedang mengandung itu perkara biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan selain daripada menjaga kandungan yang dikandung.

Dan kini dia sedar bahawa mood perempuan mengandung itu lebih mengerikan dan menyeramkam dari mimpi ngeri!

Mulanya perangai Damia seperti biasa, kuat membebel, merajuk, menjawab tapi sesaat kemudian isterinya itu akan menangis dan memberontak seperti anak kecil jika apa yang diinginkannya tak ditunaikan dan sejam kemudian Damia mula berubah ceria kembali.

Sumpah dia pening, itu tak termasuk dengan kerja pejabatnya lagi. Dengan terpaksa melayan kerenah Damia yang bermacam ragam itu benar-benar buat dirinya huru-hara seketika.

Tapi dia masih ingat pesan Zara Nafisa supaya terus bersabar walhal hampir setiap hari kesabarannya melayang dengan perangai Damia.

"Abang!"

Terus terhenti segala perbuatan yang dilakukan Carl Hans Mikael sebaik mendengar Damia yang menjerit kecil memanggilnya itu.

Sejujurnya, setiap kali Damia menyeru namanya, tiap kali itu juga dia cuba menganggap ianya hanya ilusinya semata-mata.

Tak rela dia untuk menghadap kerenah dan permintaan luar biasa Damia yang seterusnya.

Dan mahu atau tidak dia tiada pilihan lain selain daripada berharap supaya dia mampu melayan Damia dengan sebaik mungkin.

"Abang! Cepatlah!"

Carl Hans Mikael menarik nafas dalam dengan mata yang terpejam rapat lalu nafas dihela perlahan sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik pejabat yang dikhaskan untuknya itu.

Dia kini berada di rumah miliknya yang dihadiahkan kepada Damia sewaktu hari lahir isterinya itu.

Sebaik keluar dari bilik pejabat, meliar anak matanya mencari kelibat Damia dan kini isterinya sedang duduk di sofa di ruang tamu.

Dari jauh dapat dilihat perut Damia yang besar dan bulat itu. Kaki diatur menghampiri isterinya.

"Aku dekat sini, kenapa?" soalnya sambil mengambil tempat disebelah isterinya itu.

Damia tersenyum lebar, remote control ditangannya diletakkan ke atas meja. Dibiarkan rancangan yang terpapat di skrin TV.

Kepala ditoleh ke arah wajah suaminya yang sedang tersenyum itu.

"Mia nak spaghetti, teringin lah nak makan.." ujarnya ceria seraya memuncungkam bibirnya.

Wajah blur suaminya dipandang dengan wajah yang penuh berharap, mata bulatnya terkebil-kebil menunggu balasan dari suaminya.

Dia dah lama teringin makanan tersebut.

"Mia tak nak yang dekat kedai, Mia teringin nak rasa spaghetti yang abang buat. Pleasee.. Pleasee.. "

Carl Hans Mikael yang ingin bersuara tersebut terus terbantut malah bibirnya ternganga kecil, jelas riak wajahnya terkejut tika ini.

Permintaan Damia memang buatnya terkesima, wajah diraup kasar.

"Damia. What the f- "

"Jangan mencarut abang! Nanti baby ikut!"

Damia menjeling tajam Carl Hans Mikael yang jelas terkesima itu, suaminya sekarang mudah benar dan cepat saja mencarut jika dia meminta lelaki itu lakukan perkara yang tak pernah dilakukan suaminya.

Tapi itu bayi dalam perutnya yang inginkan, dia cuma turutkan saja.

"Kau tengok muka aku, ada nampak pernah pergi dapur tak? Ada nampak macam chef yang selalu pegang senduk ke apa benda entah! Ada tak?"

Carl Hans Mikael mengangkat sebelah keningnya pada Damia dengan wajah seriusnya.

Seumur hidup dia tak pernah ke dapur nak lagi untuk memasak. Mustahil dia nak buatkan spaghetti untuk Damia.

"Tak pernah.. Kenapa abang tanya macam tu?" ujar Damia dengan dahi yang berkerut hairan.

Carl Hans Mikael menutup kelopak matanya dengan bibir yang diketap rapat.

Dalam diam dia mencuba untuk menyabarkan dirinya daripada terlepas kata yang tak sepatutnya pada isterinya itu.

"Damia Aisyah, listen! Selama 22 tahun aku hidup, aku tak pernah masak dan aku tak tahu cara memasak! Faham? So, macam mana aku nak buatkan spaghetti yang kau mintak tu? Kau nak dapur ni terbakar ke macam mana?"

Damia terdiam, sesaat esakan halus keluar dari bibirnya. Airmata laju mengalir membasahi pipinya, dia menangis kerana inginkan masakan dari suaminya.

"Mia cuma nak makanan dari air tangan abang je.. Salah ke? Tak boleh ke? Mia mintak spaghetti je pun! Abang tahu nak marah je! Mia tak nak tidur dengan abang kalau abang tak buatkan untuk Mia! Mia nak tidur rumah mama!"

"Fine! Okay, aku masak spaghetti yang kau nak tu! Kalau rumah ni terbakar, jangan salahkan aku! And, kalau spaghetti kau hancur jahanam, aku tak nak tanggung! Okay?"

Pantas Damia mengangguk dengan wajah yang berubah ceria lalu pipi suaminya dikucup pantas.

Carl Hans Mikael mengeluh halus seraya mengesat sisa airmata isterinya itu sebelum bangun dari duduknya.

"Kau duduk dekat sini, aku nak pergi dapur. Dah siap masakbaku panggil kau. Faham?"

Setelah mendapat anggukan dari isterinya, dia melangkah ke arah dapur dengan sebelah tangan sibuk menaip cara-cara untuk membuat spaghetti seperti yang Damia inginkan.

Untuk kali ke sepuluh, keluhan halus keluar dari bibirnya. Harap dapurnya selamat tanpa sebarang kebakaran.

Setengah jam berlalu, Carl Hans Mikael sibuk dengan tugas memasaknya di dapur.

Dan semestinya dapur tersebut bersepah dengan segala jenis bahan dan juga seangkatan dengannya. Wajah lelaki itu juga serius melihat hasil masakannya.

"Kalau Que tengok, memang 44 hari dia gelakkan aku! Mia, Mia, aku harap tahun ni last kau pregnant. Sumpah serik!"

Carl Hans Mikael menggumam perlahan dan sekaligus makanan yang telah siap dimasaknya itu diletakkan ke dalam pinggan tak lupa dicapai sudu dan juga garfu sebelum melangkah ke arah ruang tamu dimana Damia berada.

Dan paling nembanggakannya, dia berjaya membuat spaghetti tanpa sebarang masalah.

Mungkin Zara Nafisa juga turut bangga kerana setelah 22 tahun dia hidup, pertama kali dia berjaya untuk memasak.

Damia yang melihat susuk tubuh suaminya terus menepuk tangannya beberapa kali sambil tersenyum lebar, jelas dia teruja melihat makanan yang dibawa suaminya itu.

"Nah, spaghetti kau. Kalau tak sedap, cakap."

Pinggan dihulurkan pada Damia lalu punggung dia melabuhkan punggung berhadapan dengan isterinya itu. Berharap spaghetti buatannya menjadi dan memenuhi citarasa isterinya.

Seketika, Damia terjerit kecil. Itu membuatkan Carl Hans Mikael menghampiri isterinya dengan wajah cemas.

Risau jika apa-apa berlaku pada Damia.

"Wah! Pandai abang masak! Sedap sangat! Terima kasih."

Tercengang Carl Hans Mikael seketika sebelum wajahnya ditekup dengan kedua belah tapak tangan.

Mati-mati dia ingatkan Damia sakit atau apa, sebaliknya? Serasa ingin saja dia menangis dan menjerit akibat tertekan tika ini.

*

*

*


Setelah beberapa minggu berlalu, Carl Hans Mikael bergegas ke hospital sewaktu Damia ingin melahirkan. Hatinya tak henti-henti mendoakan keselamatan anak dan isterinya itu.

Sepanjang menunggu di luar wad, tak tenang hatinya memikirkan keadaan Damia begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain dan masih jelas lagi wajah berpeluh kesakitan isterinya dipandangan mata.

Seketika, setelah dipanggil untuk masuk ke dalam wad bersalin, terasa retak seribu hatinya melihat airmata dan juga kesakitan yang ditanggung Damia.

Tak henti-henti dia berbisik menenangkan isterinya itu.

Kini beberapa bulan setelah waktu Damia melahirkan, Carl Hans Mikael sedang tersenyum lebar sambil memerhati isterinya yang sedang melayan kerenah anaknya itu.

Dan paling mengujakan bila dia mendapat kembar perempuan.

Dia akui, kembar berdua itu persis wajah Damia. Comel, cute, senang cerita cantik macam isterinya.

Kini dia bahagia dengan memiliki keluarga yang cukup lengkap dan juga selalu menceriakan harinya.

Setelah hampir sepuluh minit bertekak dengan Damia, maka Carla Luna Mia nama untuk kakak kepada Carla Liliana Pia yang merupakan adiknya dan itu juga nama yang Damia berikan pada kembar berdua itu.

"Luna! Jangan jangan buat adik macam tu!"

Damia menggeleng perlahan kepalanya saat Carla Luna Mia mencakar wajah adiknya, Carla Liliana Pia akibat berebut mainan sesama mereka. Damia mengusap perlahan wajah anaknya itu.

Lalu setelah memberikan mainan kepada kembar berdua tersebut, dia melangkah ke arah Carl Hans Mikael yang sedang bersandar di kepala katil itu.

Senyuman kecil diberikan pada suaminya.

"Abang lapar tak? Mia boleh masakkan, sementara budak-budak tu tak buat perangai."

Carl Hans Mikael menggeleng kepala perlahan dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

Malah tubuh Damia ditariknya perlahan untuk duduk di sebelahnya.

"Aku dah kenyang. Kau perasan tak, Lili sebijik macam kau? Kalau Luna, lain sikit.."

Damia mengerut kening seraya memandang ke arah Carla Luna Mia dan Carla Liliana Pia bersilih-ganti.

Mencari perbezaan seperti yang dikatakan suaminya itu sebelum dia tergelak kecil.

"Haah, Lili memang macam saya. Mata dorang berdua bulat kan? Tapi, warna rambut dorang macam abang."

Carl Hans Mikael tersenyum sinis seraya mengangkat sebelah keningnya pada Damia, sengaja mahu melihat reaksi isterinya itu.

Damia bukan saja suka membebel malah cepat sangat merajuk, dah macam hobi pun ada dia tengok.

Bahu Carl Hans Mikael ditepuknya perlahan seraya tertawa lucu, lalu dia melabuhkan kepalanya pada dada Carl Hans Mikael sambil memerhati anak-anaknya.

Lama mereka berdua berkeadaan begitu, sepi tanpa bicara.

Hanya melihat kembar perempuan itu yang sedang bermain dengan senyuman gembira terukir dibibir pasangan suami isteri tersebut.

Seketika, Carl Hans Mikael menoleh ke arah Damia yang sudah terlena itu. Faham bahawa isterinya mungkin letih setelah seharian melayan kerenah anak-anaknya itu.

Dia tersenyum kecil.

Perlahan, kepala Damia yang berlabuh di dadanya diangkat dan diletakkan ke atas bantal.

Rambut isterinya yang menutup separuh wajah Damia dialihkan ke tepi telinga.

"Kesian budak kecik ni, letih sangat sampai tertidur." gumamnya perlahan sambil tergelak kecil.

Lalu, Carl Hans Mikael turun daripada katil dan melangkah ke arah dua kembarnya itu.

Segala mainan yang bersepah di atas lantai dikemaskan dan diletakkan ke dalam bakul.

Tubuh Carla Luna Mia diangkatnya perlahan, dia tergelak saat anaknya itu menguap kecil sambil menggosok matanya.

Perlahan diletakkan Carla Luna Mia ke dalam katil khas yang disediakan. Perkara yang sama turut dilakukan terhadap Carla Liliana Pia.

Carl Hans Mikael melangkah ke arah meja kecil dimana botol susu yang telah disediakan oleh isterinya, diambil dan dia kembali melangkah ke katil anaknya.

"Luna dengan Lili tidur okay? Jangan buat perangai, mama letih sangat harini. Okay, babygirls."

Botol susu kecil itu disuakan ke dalam mulut Carl Luna Mia dan juga Carl Liliana Pia sekaligus kedua belah tangannya menepuk tubuh kecil anaknya itu dan memastikan mereka berdua tidur tanpa sebarang gangguan.

Setelah kedua kembarnya lena, Carl Hans Mikael mengucup dahi anaknya itu sepintas lalu sebelum melangkah ke arah katilnya.

Tubuh dibaringkan bersebelahan dengan Damia yang nyenyak dibuai mimpi itu .

"Thank you for everything, love." bisiknya perlahan.

Tubuh Damia yang mengiring menghadapnya itu dipeluk erat, kepala isterinya diletakkan pada dadanya lalu dahi Damia diciumnya sepintas lalu.

Setelah itu, kelopak mata dipejam rapat.

CARLA LUNA MIA

&
CARLA LILIANA PIA

[#]DONE.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro