Bab 10 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tasya merengus geram. Pandangan dilontarkan pada almari yang berada di tepinya. Sakit hati pula tengok Alex tengah bersiap nak gi keluar. Dahlah tak ajak orang keluar sama-sama. Lagak masih bujang. Baik tak payah kahwin camni.

Minta maaf sebab kes hari tu pun takde weh. Pujuk lagi lah mustahil. Satu perkara yang Tasya pasti tentang Alex, lelaki tu tak kesahkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Jenis tak mudah koyak.

"Saya tahu benda ni tak masuk akal. Tapi sekurang-kurangnya awak tak rasa bersalah ke?" geram Tasya.

Alex membetulkan sedikit juraian rambutnya ke atas lalu menoleh ke arah isteri yang baru dikahwininya seminggu yang lalu.

"For what?"

Eeee! Geramnya mamat ni. Dia kata for what? Berderau darah Tasya dibuatnya. Annoying gila!

"Fine. Laki macam awak tahu pentingkan diri sendiri je," makin kendur suara Tasya berbicara.

Dia duduk di tepi birai katil. Biasanya dia tak kuat nangis tau. Bila kena tembak, kena bantai teruk mana sekalipun, air mata dia takkan tumpah. Walau setitik cuma. Tapi bila dengan Alex, hatinya cepat terasa.

Mungkin sebab Alex ialah lelaki pertama yang berjaya menarik perhatiannya. Ingatkan lepas kahwin Alex akan berubah. Tapi sama je perangai. Lebih annoying daripada biasa.

Tasya sekadar tertunduk memerhati jari-jemari kakinya. Tak sangka betul. Dia dah kahwin dengan pembunuh yang nak bunuh dia. Semuanya pun disebabkan idea gila Putri Risha. Patut ke Tasya bersyukur dengan idea ni atau...

"Seteruk aku, aku tak suka buat pompuan menangis."

Tasya tersentak. Sentuhan jemari Alex pada pipinya membuatkan Tasya hilang kata. Entah sejak bila lelaki itu berada di hadapannya. Lidah dah kelu semacam bila air mata diseka lembut oleh sang pujaan hati. Pertama kali, Tasya disentuh. Secara lembut pula tu.

"Aku ada hal kat luar," kata Alex tenang lantas berdiri membetulkan sedikit posisi jam di pergelangan tangannya.

"Awak nak cari gaduh dengan budak lain ke? Atau budak lain yang buat masalah dengan awak?" tanya si isteri.

"Kau rasa?"

Alex tersenyum senget. Dia menapak keluar daripada bilik tanpa salam. Usai lelaki itu hilang daripada pandangan, Tasya bagaikan semput. Nafas cuba ditarik sedikit demi sedikit.

"Arghhhh!! Senyuman dia!"

Giler cool! Rasa nak nangis weh. Bantal dicapai lalu tumbukan demi tumbukan dihadiahkan pada muka bantal tersebut. Diiringi jeritan maha kuat, Tasya terlompat-lompat umpama sepupu pocong tersesat masuk tandas.

'Sha, thanks bagi idea gila ni!!' bisik hatinya sebelum satu lagi jeritan teruja terpacul daripada bibir.

__________________________________

Tccctttttt!!

Alex tergamam. Matanya terkebil-kebil bagai tak percaya. Rasanya dia dah terlanggar orang tadi. Dia bukanlah seorang pemandu yang cuai kat atas jalan raya. Buktinya, dia tak pernah langgar orang atau kemalangan kat atas jalan raya sebelum ni.

Melainkan, orang tu memang layak dilanggar. Contohnya, bila Alex dengan Triple Ko nak blah dari kawasan yang hampir nak meletup, dia kenalah langgar orang yang halang jalan dia en. Lagipun orang tu musuh-musuh dia juga.

Serta-merta Alex keluar daripada perut kereta. Keluar saja, matanya melihat seorang gadis mengaduh kesakitan. Pada bahagian lutut si mangsa pula terdapat luka kecil. Taklah teruk mana.

"Kau tak apa-apa ke?" soal Alex, sedikit prihatin.

Kenalah prihatin weh. Dah memang salah dia langgar orang. Tanggungjawap derr.

"Sakit..."

Kepala si gadis terdongak ke atas.

"Kau lagi?!"

"Awak?"

KL ni kecik sangat ke weh sampaikan Alex terjumpa dengan pompuan yang sama dia selamatkan hari tu. Confirm bala! Badi mayat mana Alex terkena ni?

"Ouch! Awak...sa...sakit," aduh Afina, ingin nangis.

Alex merengus geram.

"Luka tu bukan teruk sangat pun. Kau je yang over."

Alex ingin beredar. Lantaklah pompuan ni. Asal jumpa mesti perkataan 'sakit' terkeluar dari mulut Afina. Lagak nak minta kena dukung ke apa?

"Awak, tunggu! Sekurang-kurangnya hantar saya pergi klinik. Saya tak boleh jalan," rayu Afina, bersungguh-sungguh.

"Weh, kau patah kaki pun tak. Kau nak aku tolong? Aku rasa en kau kena mandi bunga untuk hilangkan  malang dalam diri kau tu," kasar Alex berhujah.

"Tapi awak yang buat saya macam ni," bidas Afina.

Alex mengeluh. Eeee, asal pompuan ni juga yang dia asyik terserempak?

"Cepatlah bangun! Aku just hantar. Balik guna teksi," jeling dia.

Afina tersenyum lega. Baru saja tangannya ingin memegang pergelangan tangan Alex, lelaki itu terlebih dahulu mengelak.

"Baju, pegang hujung baju aku."

Mahu terlopong mulut Afina. Amboi, sombongnya. Takkan pegang sikit sebab kaki cedera pun takleh?

Nak tak nak, kenalah Afina setuju. Hujung baju belakang Alex ditarik agar memudahkannya untuk bangkit berdiri. Setelah itu, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Lokasi yang dituju sekarang ialah klinik berdekatan.

Tiba-tiba Afina tergelak kecil. Berkerut dahi Alex mendengar tawa perempuan itu. Jangan-jangan...hantu kut yang dia bawa?! Mummy!! Anak mummy kena culik dengan puntianak!

"Macam tak caya en, kita balik-balik terserempak. Dah macam jodoh," Afina tersipu malu.

"Well, aku rasa lebih kepada bodoh," sindirnya.

"Sanggup awak cakap macam tu. "

"Kau keluar malam dan hampir dirogol. Tu bodoh. Kau lalu depan kereta aku, tu extra bodoh," sengaja Alex menekankan perkataan 'bodoh'.

Tak nak lah Afina perasan yang diorang dua tu ada jodoh sangat. Malulah sikit. Jumpa pun tak sampai 3 kali.

"Tapi awak yang selamatkan saya dan langgar saya. Boleh dikatakan jodoh."

Afina masih teguh dengan bicaranya. Bibir ia pula tersenyum manis. Sekali sekala mata Alex dipandang melalui cermin pandang belakang! Kacak sangat walaupun pandangan lelaki itu lebih kepada dingin. Nampak sangat tak suka terima 'tetamu' dalam keretanya.

Nasib baiklah Alex tak bawa kereta Lamborghini kepunyaan hari ni. Kalau tak, dah tentu Afina kena duduk kat sebelah dia.

"Awak ingat tak, hari tu saya sempat kata kat awak. Kalau umur saya panjang, saya harap jumpa awak. Doa saya termakbul!" celoteh Afina.

"Dan aku harap sangat umur kau tak panjang lepas ni."

Zappp!!

Afina mati kata. Alex baru minta dia mati ke camne? Ayat Alex terakhir berjaya membuatkan Afina diam hingga tiba ke lokasi. Keluar saja gadis tersebut dari kereta, Alex memecut laju keretanya meninggalkan Afina.

Tak sempat pun masuk dalam klinik, dia blah macam tu je. Aik, teruk naw perangai. At least, tolonglah bawa dia jumpa doktor. Ni drift dahlah gaya macam jalan ni bapak dia punya.

Walau bagaimanapun, Afina tak rasa marah. Sebenarnya dia bersyukur sebab dapat jumpa Alex lagi sekali. Rasanya dia dah terpikat dengan gaya lelaki tu. Kasar dan susah nak dapat. Itulah yang dia nak! Harap dapat jumpa lagi.

___________________________________

Jam dikerling sebentar. Dah masuk 10 malam, muka mamat ni masih tak muncul-muncul. Gaduh dengan budak ke buat budak? Eh, macam lain je. Malaslah nak tunggu camni. Elok tidur dulu.

Tapi kalau Tasya tak tunggu, sampai bila keadaan nak camni terus? Takkan tiap kali tidur malam, bangun pagi Alex pula dah ada kat sebelah. Tak pernah pula diorang tidur sama-sama. Selalunya dia tidur awal, Alex balik lewat malam.

Kadang-kadang subuh baru nak balik. Tak habis-habis dengan meeting dia tu. Mentang-mentang Tengku Fazril dah bagi pangkat ketua mafia kat dia. Busy pun memanjang.

Tunggu punya tunggu, akhirnya si empunya yang ditunggu-tunggu kini balik. Macam biasa, riak wajah Alex nampak tenang. Tapi mulut puaka lagak nak makan kasut.

"Baru balik ke?" soal Tasya sekadar berbasa-basi.

"Taklah. Baru nak keluar."

Ambik! Suka sangat tanya benda yang dah terang-terang kat depan mata.

Tasya sekadar mencebikkan bibir. Orang tanya sebab kesah tau.

"Asal tak tidur lagi?"

Alex cuba menanggalkan jacket kulit hitamnya. Melihat hal itu, Tasya segera menawarkan diri dengan membantu suaminya untuk menarik jacket tersebut dari belakang.

"Aku boleh buat arh."

"Takpelah. Saya boleh tolong."

Alex diam. Dibiarkan Tasya dengan pertolongannya itu. Usai jaket ditanggalkan, Tasya pula segera ke depan bagi membantu Alex menanggalkan jam tangannya pula.

"Soalan aku kau tak jawap lagi," tutur Alex.

Diperhatikan kerja-kerja yang Tasya lakukan. Dalam pada gadis itu menunduk, mampu Alex mengesan aroma wangian pada rambut isterinya. Alex kan tinggi. Pasal tu dia senang je hidu rambut Tasya.

Terleka Alex sebentar. Wangi gila. Pakai syampu jenama apa ni?

"Saya tunggu awak lah. Bebudak mafia mana yang berani cari pasal dengan awak?"

Sunyi. Jam sudah ditanggalkan, namun soalan si isteri belum dijawap. Sedar Alex berdiam diri, Tasya segera mendongakkan kepalanya menghadap wajah sang suami.

Masa nak angkat kepala tu, boleh pula terlanggar hidung Alex. Apa lagi en, menjerit terus jantan tu.

"Argh!"

"Alex! So...sorry. Awak tak apa-apa ke?" gelabah Tasya.

Kelihatan lelaki itu memejam matanya menahan kesakitan. Tak fikir panjang, Tasya segera menarik tangan Alex menuju ke birai katil. Hidung si suami ditilik-tilik rasa bersalah.

"Sorry sangat. Awak okay tak?"

"Boleh tak berhenti soal aku benda yang kau dah nampak?! Memanglah sakit!" sebal Alex.

Nasib tak keluar darah tau. Dahlah hari tu baru kena tumbuk oleh abang sulung tak guna kat muka bumi ni.

"Awak buat apa sampai tak nampak kepala saya nak naik?" bidas si isteri.

"Mana ada buat apa-apa. Kau yang dongak secara mengejut tau. Salahkan aku pula."

Dahi Tasya dijentik. Sampaikan gadis itu merengek kecil. Dia pula kena sekali.

"Apesal dengan awak ni?! Giler?!" tempik Tasya.

Engko jangan mencabar, bhai. Tasya pun boleh tahan perangai ganas memandangkan posisinya sebagai assassin. Kalau dia nak carut Alex, boleh juga dia buat sekarang.

"Lain kali cakap awal-awal masa nak dongak," Alex tak nak mengalah.

Dah terang-terang salah dia.

Lama sangat simpan dendam, akhirnya kepala Alex ditolak kasar ke bawah. Arghh! Makan ni!

"Awak punya salah, awak nak salahkan saya?! Awak simpan mata kat mana?!"

"Aku simpan bagi jiran aku pinjam!"

Kepala Tasya turut ditolak kasar. Tak puas hati kena serangan yang sama, Tasya menerkam Alex lalu rambut lelaki itu ditarik-tarik kuat.

"Arghhhh!! Sakit sial!!!"

"Ini balasan sebab sakitkan hati saya!!"

Dah mulai dah hati Alex bengang semacam. Boleh pula selamba beruk pompuan ni tarik rambut kesayangannya macam bulu anjing. Alex takkan mengalah. Bahu Tasya ditarik menghadap wajahnya lantas digigit. Rasakan!

"Alexxxxxx!!! Sakitttt bodohh!!!"

"Muahahahhaa!!"

Alex tertawa seraya mengigit. Suka pula dengar jeritan isterinya. Tasya pula dah tak tahan. Alex gigit bukam alang-alang bro. Digigitnya Tasya macam tulang anjing.

Disebabkan rasa sakit sangat, Tasya bertindak memukul bertubi-tubi kepala lelaki itu. Dipukul kuat walaupun Alex mengaduh kesakitan.
Maka, dua-duanya bodoh terkena sakit antara satu sama lain.

Taksub sangat berperang, pintu bilik dibuka kasar oleh seseorang. Terpacullah beberapa wajah yang bakal menyampaikan 'ceramah' percuma kepada pasangan suami isteri ini.

"Alexxxx!!"

#E-BOOK (COMING SOON)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro