Bab 13 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KELUAR!"

Argh! Geram! Kalau ada pistol kat sini, dah lama Tasya tembak Alex! Dah terang lagi bersuluh nampak orang bogel macam ni, takkan tak reti nak blah terus? Buat apa stay lama-lama?

Alex pula tak terkata. Air liur entah berapa kali ditelan. Serius weh, ini kali pertama matanya melihat aset seorang gadis dara. Fresh, besar. Nak sentuh sikit boleh?

"Ak...aku..." tergagap-gagap Alex berbicara.

"I said get out!!" marah Tasya.

Dicapai segala peralatan bilik mandi lalu dilempar ke arah Alex agar lelaki itu segera beredar. Bagai tersedar dari mimpi indah, Alex menapak ke belakang. Pintu bilik mandi turut ditutup rapat.

Fuh, semangat. Diusap-usap belakang lehernya menahan rasa janggal. Okay, first Alex nak cakap benda ni satu kemalangan. Selebihnya, rezeki. Hehehe.

Tak lama kemudian, Alex melabuhkan punggung di tepi katil. Tali lehernya ditanggal. Sambil-sambil itu akal minda ia terimbas setiap inci tubuh si isteri. Rasa nak jerit weh. Dia tak nak ingat tau. Tapi teringat juga.

Tubuh si dara tersebut umpama sebuah anugerah buatnya. Walaupun Alex tak pernah lagi 'taste' Tasya tapi dia yakin gadis tu memang dara memandangkan payudaranya agak kelihatan fresh dipandang. Tambahan pula, Tasya tu jenis yang garang.

Ada ke jantan lain yang berani nak dekat dia? Silap-silap patah leher. Tekun sangat mentafsir, tiba-tiba daun pintu bilik air dibuka kasar.

Muncullah Tasya dengan tuala singkatnya separas atas paha. Automatik kaki Alex berdiri bersama air muka, canggung.

"Aku tak..."

"Awak memang sengaja!"

Alex terdiam. Tanpa sebarang amaran, Tasya menerjah ke arahnya lalu kolar ia turut ditarik kasar. Merah padam wajah gadis itu menahan rasa marah. Atau lebih tepat rasa malu.

"Aku tak sengaja," jujur Alex.

Dibiarkan kolar berada di dalam genggaman sang isteri. Perbuatan Tasya secara tak amnya membuatkan wajah mereka berada dalam jarak yang sangat dekat.

"Awak tak sengaja?! Saya dah terang-terang tampal kertas amaran kat depan pintu bilik tu! Awak buta ke?!" tempiknya, bengis.

Alex berdecit. Tangan Tasya dilerai.

"Kau ingat aku ni jenis nak baca surat wasiat macam tu? Lagi-lagi pintu tu milik aku. So, takde maknanya aku takleh masuk!"

Dahi Tasya ditolak perlahan lalu Alex menuju ke arah meja solek. Selamba jari-jemarinya menanggalkan satu persatu butang baju.

Tingkah Alex menyebabkan Tasya menggerutu geram. Dah lama tau dia sabar dengan perangai beruk hutan ni. Salah dia, dia salahkan kita balik? Korang rasa?

"Aku pernah dengar statement bila suami balik awal dari kerja, suami tu dapat rezeki luas. Hmmm...rasanya aku setuju dengan statement tu memandangkan aku dah alami benda tu sendiri," ucap Alex sambil tunak mata lelaki tersebut nakal mengimbas tubuh si isteri dari atas ke bawah.

Rasa-rasanya apa yang ada kat balik tuala tu erk? Muahahaha!

"Awak...awak memang tak guna!!"

Tasya berlari ke arah Alex lantas menghadiahkan sebuah tendangan tepat di bahagian sulit suaminya. Terbuntang luas terus anak mata Alex. Dahinya berkerut tanda sakit bersama jeritan maha kuat. Rasa sakit ni, kaum lelaki je tahu.

Untuk beberapa saat, Alex rasa erti penderitaan yang sebenar. Kakinya berasa lemah lalu dia jatuh melutut dengan tangan yang masih setia hinggap di celah kelangkang. Nangis kang, rasa macam pondan pula.

"Kalau awak nak memain dengan saya, jangan harap! Hmph!" dengus Tasya.

Sempat telinga Alex dijentik kuat. Okay, tu kesakitan kali yang kedua. Argh! Rasa nak cekik je leher pompuan ni sekarang. Tapi bahagian sulit masih sakit weh. Selepas itu, kelihatan Tasya mengambil beberapa helai baju lalu masuk ke dalam bilik air semula.

Alex menarik nafas sepanjang yang boleh. Gaduh dengan Tasya umpama melawan dirinya sendiri. Jap lagi, jangan harap dia bagi muka dengan pompuan tu. Huh!

'Tunggu kau pompuan!'

___________________________________

Hari demi hari berlalu, begitu juga dengan kau yang masih single sampai sekarang. Pejam celik, celik pejam akhirnya perkahwinan antara Alex dengan sorang lagi pembunuh  dah masuk bulan yang ketiga. Pelbagai onar yang diorang dah buat.

Hancurkan perabot, pecahkan palsu, rosakkan pintu. Tu semua sebab Alex dah berpakat dengan Tasya untuk tinggal asing dengan yang lain. Nak dipendekkan cerita, tinggallah Alex dengan minah tu kat rumah banglo kepunyaan Alex.

Sebenarnya, rumah banglo tu dah ada sejak Alex melibatkan diri dalam dunia gelap mafia. Senang sikit nak cover identitinya daripada Tengku Zamil dan Tengku Lily. Maklumlah diorang risau Alex selalu tak balik rumah.

Alasan Alex nak lepak dengan kawanlah, bagi kerbau jantan beranak, tunggu ayam jadi itik dan macam-macam lagi alasan yang langsung tak masuk dek akal. Senang cite, dia beli rumah.

Bila dah tinggal dengan Tasya, tak perlu lagi Alex nak buat baik. Seringkali gadis itu dibulinya. Kadang-kadang sampai gurau kasar. Ada sekali tu Alex gantung spender Hello Kitty milik Tasya kat atas pendingin hawa.

Sampai pompuan tu nangis dibuatnya. Pukullah kuat mana sekalipun kat badan Tasya, dia takkan nangis punya! Dia cuma akan nangis bila perkara tersebut melibatkan spender kesayangannya. Alex pun tak faham.

Entah apa benda yang istimewa sangat dengan spender pink. Jauh sangat mengelamun, tiba-tiba lima jejaka terhangat kat pasaran masuk ke dalam office Alex.

"Tak reti ketuk pintu?" garang Alex menyoal.

Pintu dibuat khas untuk privasi. Baik takyah bina pintu kalau tak reti nak ketuk en.

"Kitorang dah ketuk banyak kali, bro. Kau yang pekak sangat. Termenung lama-lama. Gaya terkenangkan sesuatu," kata Riko, tenang.

Bila dia kata 'sesuatu', eh memang sesuatu sangat. Jangan-jangan duk kenang bini kat rumah. Argh! Ini semua poyo.

Alex tak membalas. Tangannya menulis sesuatu pada kertas kerja.

"Lex, ada orang tak bayar hutang," lapor Zack seraya kedua-dua kaki diletakkan di atas meja ketuanya.

"Baik kau turunkan kaki kau sebelum kau jadi cacat."

Zack tersengih lalu menurunkan semula kakinya.

"Bangkai mana yang berani tak bayar tempat aku?"

Nada Alex semakin kedengaran serius. Bab hutang termasuk salah satu pantang dalam hidupnya. Kalau dah sewa tempat, bayarlah.

"Kedai emas Phua Khai," sampuk Akim pula sambil bermain dengan pen di jarinya.

"Orang tua tu? Ada kedai emas pun tak reti nak bayar?"

"Takyah banyak bunyi arh. Buat jelah macam biasa," tambah Riko.

Alex merengus sebal. Jual benda mahal tapi sewa tak nak bayar? Apa kes? Alex pasti jap lagi orang tu akan bagi alasan tahap ke bulan. Tua tak tua, penumbuk Alex tak kenal usia.

____________________________________

"Lu bila nak bayar hutang wa?!"

Miko memulas tangan Phua Khai sehingga lelaki itu terhempit pada meja kerjanya. Terjerit sakit lelaki itu seketika.

"Ayo acai, wa minta maaf. Wa takda duit sekalang mhu bayal lu olang punya tempat. Wa kira lu olang datang bulan depan. Jadi wa arh takda standby itu duit macam," alasan Phua Khai dalam pertuturan agak pelat.

"Siapa suruh lu kira acai?! Lu kira wa tak tahu kah lu gagal matematik dulu?!" herdik Alex.

Kepala orang tua tersebut turut ditolak kasar. Lain orang kata, lain pula Alex fikir. Tah mana pula Phua Khai cakap pasal matematik pula ni? Hah, korang nampak tak? Salah dia, dia salahkan orang lain. Memang dasar otak tak betul!

"Weh, acai. Lu sudah pinjam kitorang punya tempat, pepandailah lu bayar balik. Kitorang nampak lu punya tempat banyak untung wo. Apa lgi alasan lu?" Ciko masuk campur.

"Wa punya anak bini..."

Alex mendengus geram. Gunting yang kebetulan berada kat atas meja dicapai pantas lalu dihala tepat ke arah leher Phua Khai setelah kepala orang tua itu ditarik kasar ke atas.

"Wa punya anak bini, wa punya anak bini! Lu fikir wa kesah ke sial?! Lu dengar sini baik-baik orang tua. Wa arh bukan gangster kawasan. Yang akan hancurkan tempat lu lepastu baru nak antam sama lu. Wa mafia. Cara wa senang. Wa terus hantar lu pegi neraka," bisik Alex, seram.

"Ampun tuan. Wa manyak salah sama lu.Wa ada anak bini.."

"Lu jangan berani nak bagi wa alasan sial! Lu ada anak kah tara anak kah,wa peduli apa?!" herdik Alex lalu perlahan-lahan menghiris leher Phua Khai.

"Tuan! Wa minta ampun. Jangan tuan!"

Tok! Tok! Tok!

Perbuatan Alex terpaksa dihentikan. Rasanya diorang baru dengar bunyi pintu diketuk. Seketika, semua saling berpandangan curiga.

"Lu ada call polis ?"soal Riko curiga.

"Tara! Tara! Wa takda call," jawab Phua Khai takut-takut.

Alex tersenyum sinis. Dia kembali mendekatkan bibirnya pada telinga Phua Kang bersama senyuman sinis.

"Lu tahukan...polis pun tak dapat tahan wa walau sehari."

Phua Khai terangguk-angguk, gerun. Siapa saja tak kenal dengan lagenda kisah Alex. Berbelas kali terlepas dari buruan polis. Hari tu pernah kena tangkap oleh polis kat luar negara masa melancong tapi tak sampai 10 jam dah terlepas.

Tu semua hasil kerjasama Tengku Fazril dengan yang lain-lain. Pasal tu Alex tak risau bila ditarget oleh pihak polis. Ditambahkan pula dengan posisi Tengku Nurfaiza, adiknya sebagai polis inspektor pangkat tinggi.

Apa-apa maklumat, adik bongsunya yang akan bagitau dulu.

"Bos, kita ada pelanggan," lapor si pekerja tanpa membuka pintu.

"Pergi urus!" bisik Zack.

Badan Phua Kai juga ditolak kasar ke muka pintu. Ceh, kata takde pelanggan. Duit pun tinggal kupu-kupu je konon. Ini lah ayat manusia bila kena suruh bayar hutang. Alasan kaitkan anak bini.

Setahu Alex, Phua Kai tu single macan orang yang tengah baca cite ni.

#E-BOOK (COMING SOON)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro