Part 10⚓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedang mereka berbual-bual tentang misi yang telah diberikan oleh Leftenan Cooper pintu bilik khas untuk navy dibuka lalu muncul figura Adler.

"Wow! Komander kita dah sampai lah" Scot yang begitu teruja melihat rakannya, Adler.

"Macamana dengan cuti bro okay keh? " soal Scott.

"Saya tak cuti saya kerja instructor diving sementara jeh kat kelab abang saya sebab instructor mereka kurang" jawab Adler lalu duduk di kerusi.

"Uishh...so dapat tengok awek cun lahtu? usik Weston yang sedang melakukan push up.

"Untungnya komander kami ni dahlah hot mesti banyak perempuan jatuh cinta dekat dia ni.Siapa tak kenal komander kami ni famous" ujar Leo.

"Dahlah stop...stop..sekarang ni bukan cakap tentang perempuan saya nak kita fokus dengan misi kita.Petang ni kita kena buat latihan menembak di tempat biasa.Lepas habis misi baru korang boleh cakap tentang perempuan" ujar Adler dengan tegas.Dia pun mengemaskan barangnya lalu ke bilik air.

"Tulah korang berdua ni pun asyik perempuan jeh baik aku chau dulu nak training" kata Evan lalu meninggalkan mereka di situ.Mereka yang masih berdiam diri terus mengekori Evan.Kesian Adler ditinggalkan berseorangan di situ.

Setelah selesai, Adler pun menyarungkan baju khas untuk latihan pada badannya.Dia pun melangkah keluar menuju di tapak latihan mereka.Kelihatan rakannya sudah pun menunggu.

Dua orang jurulatih pasukan tentera laut itu sedang melihat mereka yang sedang berlatih menembak.Masing-masing memegang pistol yang dihalakan ke arah hadapan.

"Make sure tiada yang miss saya nak tembakan kamu tepat semua.Faham? " kata instructor Shawn.

"Yes, sir" jawab mereka serentak.

"Shoot! "

Mereka pun masing-masing melepaskan tembakan.Adler melihat tembakannya tepat di tengah bulatan itu.

"Nice shoot baby" kata Adler lalu dia meletakkan pistol itu.Instructor Shawn pun menuju ke tempat Adler.

"Bagus Adler tembakan kau sangat tepat sekali.Kau satu-satunya penembak yang sangat baik.Saya bangga dengan prestasi kamu" ucap instructor Shawn sambil tersenyum.

"Terima kasih, tuan.Saya akan cuba yang terbaik dari yang ini lagi" jawab Adler.

"Baiklah kalau macamtu saya berharap misi tu berjaya nanti" ujar instructor Shawn.Dia sempat menepuk bahu Adler.

I hope also like that.


Mereka sedang menunggu kedatangan Leftenan Cooper kerana dia hendak menyampaikan sesuatu perkara yang amat penting.Kakinya laju menuju ke bilik mesyuarat.Mereka pun berdiri tegak lalu memberi tabik hormat kepada Leftenan Cooper lalu dibalasnya.

"Seperti apa yang telah kamu tahu saya akan tunjukkan satu video tentang info pendatang asing tu.Kali ini mereka sangat banyak tetapi ketua group ni belum dikenal pasti lagi jadi saya nak semua bersedia malam besok.Pastikan sekat kemasukkan bot pendatang ini jangan sampai mereka dapat melintasi di sepadan kita.Kedudukan kamu sudah diatur dan pastikan mereka tidak menyedari gerakkan kamu.Ada apa-apa soalan lagi? " tanya Leftenan Cooper.

"Tiada, tuan" jawab mereka serentak.

"Nampaknya semua faham.Bagus! "

Kebanyakkan maklumat pendatang yang dipaparkan di skrin mempunyai kes jenayah yang tinggi.Mereka juga turut mencemarkan laut dengan menumpah minyak bot.Beberapa gambar pendatang itu telah ditangkap dengan bantuan alat drone.

"So sebagai peranan navy kita kena segera bertindak sebelum mereka melakukan perkara yang lebih teruk lagi.Sekarang boleh bersurai semua"

Natalie tergesa-gesa menuju ke dewan.Jam di pergelangan tangannya sempat dikerling.Omaigad jam 8 pagi dah aku kena cepat ni.Semua orang yang berada di situ melihat Natalie yang baru sahaja sampai.Dia buat tidak tahu sahaja lalu dia duduk di hujung sekali.

Seorang lelaki muncul di depan pentas lalu mula berucap.Natalie memandang wajah lelaki itu dengan lama.Dia sedikit berasa hairan kerana wajahnya hampir sama dengan wajah Adler.

Tapi kenapa Adler tidak bagitahu aku yang dia ada abang? Adler ni pun berahsia kalau ada abang pun bagitahu leh.

"Saya nak bagitahu yang mungkin ada sesetengah dari kamu masih tak kenal dengan saya.Nama saya Mateo Bruce dan sayalah owner kelab ni kalau korang nak tahu instructor Adler tu adik saya tapi disebabkan dia ada misi so dia terpaksa tinggalkan kelab ni.Seterusnya, dari segi keputusan kamu pula saya nampak baik.Saya berharap hasrat kamu akan tercapai nanti mungkin ada di antara kamu nak jadi penyelam professional atau jurulatih.So nak jadi penyelam yang hebat ni bukan senang jeh sebab banyak cabaran yang kena hadapi.Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya harap impian kamu akan tercapai kelak dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih yang ada di sini kerana telah menaikkan prestasi kelab ini.Sekian, dari saya itu sahaja.Terima kasih" ucap Mateo seraya tersenyum.

Luca yang mendengar ucapan dari Mateo tersenyum dengan penuh misteri lalu dia pergi dari situ.Dia sudah lama berniat untuk menjatuhkan kelab itu.Dia mahu kelab itu merosot dan dia pasti dia dapat melakukan segalanya sehingga hatinya puas.Tujuan Luca untuk datang di kelab itu bukannya untuk mengajar tetapi dia datang dengan melakukan niat yang jahat.

Tepat jam 8 malam, dua buah kenderaan khas untuk tentera laut tiba di tempat pelabuhan bot itu.Mereka pun terus keluar lalu segera menuju di tempat kedudukan masing-masing yang telah pun diatur lebih awal lagi.

"Get ready team I think they will coming with their boat so standby and focus" kata Adler sebagai komander melalui earpiece di telinganya.

Weston sebagai sniper itu pula berada di sebelah Adler yang tidak seberapa jauh.Dia melihat teropong yang ada di senapangnya.Lima minit kemudian, kedengaran bunyi bot yang menuju di tempat itu.

"Ready team! " ujar Adler.Dia menghalakan senapangnya di perahu yang paling hadapan.Tanpa membuang masa lagi, dia terus melepaskan das tembakan ke arah seorang lelaki yang sedang memandu bot.Tembakannya mengenai dahi lelaki itu menyebabkan rakannya yang lain mengambil senapang untuk membalas tembakan itu.Weston pula memainkan peranannya sebagai sniper.Evan yang ternampak seorang lelaki yang berlari menuju ke tempat pelabuhan itu terus melepaskan tembakan.Tembakannya terkena tepat di kaki lelaki itu menyebabkan dia tidak dapat berjalan.Lelaki yang berbadan kurus itu hanya mampu mengerang kesakitan lalu Evan segera menuju ke tempatnya.

"Put your hands up now! " arah Evan sambil itu juga senapangnya masih menghala ke arah lelaki itu.Kedua-dua tangannya diangkat ke atas.Scott yang ternampak seorang lagi lelaki yang perlahan-lahan menuju ke arah belakang Evan dengan menggengam sebilah pisau terus ditembaknya.
Evan menghembus nafasnya.Fuh! nasib tak kena tikam.

Thanks Scott nasib kau ada kalau tak melayang nyawa aku.

Lelaki yang berada di bot kedua itu segera menyuruh konco-konconya menuju ke tempat cruise itu.

"Cepat apa lagi korang nak tunggu? pergilah kalau tak aku tembak" arah Hud atau lebih dikenali sebagai ketua kumpulan itu.Dia masih santai di bot itu seperti tiada yang terjadi.Hud hanya tersenyum melihat konco-konconya yang ditembak.

"Lemah betul konco aku ni baik aku biarkan sajah.Cepat pandu bot ni sebelum mereka tembak kita.Kita kena balik sekarang juga" arah Hud kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu bot itu.

"Baik, tuan" balas lelaki itu lalu mereka meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Mereka pun berkumpul di bahagian atas cruise.Lelaki yang berjaya ditangkap itu telah digari.Ini memudahkan kerja mereka untuk menyiasat lelaki itu dengan lebih terperinci lagi.

"Nampaknya musuh kita tak berjaya masuk di kawasan ini tapi tulah mereka sempat tinggalkan tempat ni.Takpelah asalkan kita dapat konco dia satu ni" kata Adler.Dia sempat melihat wajah lelaki itu yang semakin lemah.

"Sir, ada satu minit lagi kita akan beredar dari tempat ni" ujar Evan.

"Baiklah"

"Korang tengok lelaki ni nampak kurus sangat mungkin dia ambil dadah kot" kata Weston.

"Aku nampak muka pun ketara macam penagih.Berani lagi nak masuk kawasan ni entah apa diorang nak buat" ujar Leo.

"Memang pun aku ni penagih.Baik korang buang aku kat laut jeh kan senang cerita.Kalau korang tak buang aku pun aku tetap tak bagitahu sebarang info.Jangan haraplah kalau aku bagitahu korang!" kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Wow! dia mengaku dia ni penagih lah kan betul aku cakap tadi" Leo menepuk tangannya.

"Kau nak sangat kami buang kau dalam laut tu? kalau kau nak sangat boleh juga sekarang juga kami boleh buang" Adler yang sudah pun geram mendengar kata-kata lelaki itu.

"Kalau korang nak buang aku, korang langsung tak dapat info dari sesiapa pun sebab aku jeh yang tahu" jawab lelaki itu dengan berani sambil dia tersenyum-senyum.

Boleh pula lelaki ni tersenyum dalam kesakitan.Alahai geramnya.

"Dah takpayah cakap banyak kau ingat kami ni bodoh keh nak buang kau camtu jeh" ujar Evan.

"Jom kenderaan kita dah sampai.Bawa si penagih ni" kata Adler lalu mereka pergi dari situ.


















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro