Part 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seperti biasa Natalie dan rakannya yang lain sedang melakukan pemanasan badan manakala instructor Adler pula masih menunggu mereka sehingga selesai.Lima minit kemudian, mereka pun melakukan latihan yang seterusnya.

"Jadi saya nak tanya korang dulu masih ada yang tak boleh menyelam keh? Kalau teknik-teknik menyelam dah korang tahu semua tu kira baik jadi takperlu risau lagi.Tapi macam mana pula dengan pemakaian peralatan menyelam? Semua tahu?" Tanya instructor Adler dengan serius.

"Ohya rasanya bahagian tu mungkin aku dah lupa sebab dah lama tak buat.Omaigad macam mana ni" bisik hati Natalie sambil itu juga dia melihat wajah Adler.Hatinya berdebar-debar.

Adler menyedari yang Natalie dari tadi melihat dirinya lalu dia menuju ke arah hadapan Natalie sambil memeluk tubuh.

"Natalie awak okay keh ni dari tadi awak tengok aku.Awak takut apa ni kalau masih ada yang awak bingung just tell me? Jangan diam jeh" ujar Adler dengan lembut.

Natalie hanya tunduk.Dia takut, malu dan perasaannya bercampur.Dia tidak berani memandang wajah Adler apabila dia teringat peristiwa yang semalam.Dia marah aku keh sampai tak jawab chat aku.

"Aku tanya ni Natalie awak sihat keh ni kalau tak awak boleh rest aku tak paksa awak training ni.Aku pula yang risau nanti"

Eh! Hello aku sihatlah cuma tu jeh aku takut tentang tu kang merajuk pula dia.

"Takpe aku sihat.Boleh kita teruskan latihan nanti banyak pula masa yang terbuang" Kata Natalie lalu dia melangkah pergi.Dengan pantas Adler memegang tangannya.

"Aku tahu awak kenapa macam ni kalau ada sesuatu yang awak nak cakap just talk to me jangan simpan jeh.Aku tak mahu awak tersakiti.Please sayang" Adler menekankan perkataan sayang itu.

"Okaylah tentang semalam tu awak marah keh? Asal tak jawab chat aku? Awak merajuk? Marah?" Soal Natalie bertubi-tubi.

Adler tersengih lalu dia mengusap kepala Natalie."Semalam? Kita takde buat apa-apa pun semalam.Why sayang awak mimpi keh apa ni? " usik Adler.Dia sengaja buat tidak tahu.Pipi Natalie berona merah akibat malu.

"Awak ni pura-pura lagi takkan baru jeh semalam awak dah lupa.Lah tentang chat tu takkan dah lupa"

"Ouh...baru jeh aku ingat balik.Tentang tu aku tak marah pun small matter jeh tapi aku nak awak cukup tidur.Aku nampak chat yang awak send tu pun dah jam 11 kan mesti awak tertunggu reply dari saya.I'm sorry sayang buat awak risau.Lupakan tentang tu and let's start the training okay" kata Adler seraya tersenyum.

Natalie mengganguk kepala.Thank you Ad.Hatinya kembali lega.

Peralatan menyelam yang sudah pun tersedia di situ, mereka pun mula memakainya dengan satu per satu dengan diperhati oleh instructor Adler.Natalie yang sedikit bingung itu lalu Adler menuju ke tempatnya.

"Meh aku tolong.Sayang kena faham dan ingat.Make sure tiada peralatan yang tertinggal.Jangan lupa pakai face mask ni" Adler memakaikan face mask itu ke wajah Natalie dengan berhati-hati.Kini Natalie pun lengkap berpakaian menyelam.Dia tersenyum bangga.Baru Natalie masuk ke dalam kolam tenang tangannya ditahan.Adler sempat mengambil gambarnya bersama Natalie.Aik sempat lagi Adler ni haha..

1,2,3 smile ☺

Tanpa membuang masa lagi, Natalie dengan rakannya yang lain pun berlatih menyelam di kolam renang itu dengan pengawasan instructor Adler.Sedang Adler melihat mereka, telefonnya berbunyi lalu dia menyambut panggilan tersebut.

"Kenapa call bro? " tanya Adler di talian.

"Boleh tak nanti datang di office saya.Saya ada nak cakap ni" kata Mateo.

"Okay bro takpe saya di tempat latihan menyelam juga nanti saya datang" jawab Adler sambil matanya melihat mereka.Takut pula ada jadi apa-apa.Dia amat pentingkan tentang keselamatan.

"Baiklah kalau macam tu jangan lupa datang bro"

"Okay" Adler pun menutup panggilan lalu dia menyambung peranannya semula.

Selepas selesai berlatih mereka pun berehat seketika.Sedang mereka berehat, Adler pun muncul dengan membawa beberapa botol minuman.

"Natalie hensem boy awak tak rugi awak dapat dia" kata Luna dengan nada yang perlahan.

Natalie ketawa kecil."Tapi aku takutlah si Megan tu tak henti-henti cakap yang Adler tu boyfriend dia.Nanti dia buat kerja gila pula awak tahulah Megan tu suka sangat dengan Ad" luah Natalie.Kedengaran keluhan kecil yang dilepaskan.

"Eleh Megan tu memaksa betul Ad tak suka dia juga pun.Kalau dia nak kacau awak keh just bagitahu jeh kami tolong awak.Support awak.Takperlu bimbang tentang tu" kata Luna.Dia pun sebenarnya geram dengan perempuan yang bernama Megan itu.Luna tidak sanggup melihat Natalie diperburukkan oleh Megan.Dia juga yakin pada masa yang datang mesti Megan akan membuat sesuatu perkara gila terhadap Natalie.Sebab disebabkan dia amat menyukai, mencintai dan memiliki Adler dia mesti dapat apa yang dia mahu.Siapa tak kenal Megan.

"Thank you sebab awak selalu ada dengan aku.Aku takkan lupa korang semua.Korang satu-satunya sahabat aku" ucap Natalie.Dia berasa sebak apabila dia bercakap tentang persahabatan.Natalie berasa penting dengan adanya sahabat yang selalu mendengar luahan dan sentiasa menemani apabila dia susah.Dia sedar betapa pentingnya mempunyai rakan.Tidaklah rasa bosan.

"Iyalah sama-sama kan kita kawan" balas Luna.

"Tapi kalau awak wedding jangan lupa jemput kami tau.Sediakan meja VIP untuk kami juga" sampuk Shauna lalu seraya dia ketawa.

"Yes jangan lupa.Rasanya kami tak sabar dah nak awak wedding mesti korang berdua sepadan macam pinang dibelah dua tu" Sarah menaikkan keningnya.

"Okay..aku tak lupa juga tapi kalau aku tak dapat khawin dengan Adler macam mana? Kalau takde jodoh apa boleh buat pun sebab semuanya terletak di tangan Tuhan.Dia yang merancang segalanya" ujar Natalie.

"Janganlah cakap macam tu.Awak yakin jehlah yang awak memang dapat khawin dengan Adler.Kalau tak kami yang sedih tau" ujar Luna dengan hati yang kecewa.Dia mahu melihat pasangan itu bersama-sama sehingga di akhir hayat.Mesti mereka bahagia kan?

Baru Natalie meneruskan kata-katanya, perbualan mereka terhenti apabila Adler menghampiri mereka.

"Korang haus tak?" Tanya Adler.

"Haus...kalau awak ikhlas bagi minuman boleh jeh" ujar Shauna yang dari tekaknya haus.
Adler pun menghulur botol minuman itu kepada mereka masing-masing.

"Thank you instructor Adler" ucap mereka serentak.

"Sama-sama" balas Adler.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum.Mereka yang melihat Adler berasa hairan.

"Er...rrr...bo...leh..saya nak cakap dengan Natalie dulu" suara Adler sedikit tersekat.Mereka memandang antara satu sama lain.Instructor kitaorang dah kenapa pula?

Luna yang baru sedar lalu dia berdiri.
"Ouhh..faham..faham..instructor nak bercakap dengan girlfriend instructor keh?" Teka Luna.

Adler mengangguk kepala."Ya kang dia merajuk pula kan sayang" Adler menguatkan suaranya sedikit.

Wajah Natalie dipandang."Omaigad she's blushing already.Bye Natalie kami pergi dulu nanti kita jumpa lagi.Good luck! " ucap Shauna lalu mereka pergi dari situ.

"Aduh diorang ni.Malunya aku"bisik hati Natalie.Jantungnya berdegup laju tatkala melihat Adler yang sudah pun ada di depan wajahnya.Adler menatap wajah Natalie.Jarak wajah mereka begitu dekat.

"Awak nak buat apa ni? Janganlah tengok muka aku lama-lama malu aku nanti ada orang nampak kita pula" ujar Natalie.Dia berasa tidak selesa apabila Adler merenungnya.Aku ada buat salah keh?

"You're so pretty in front of me Natalie and I want to feel this moment with you" ujar Adler dengan penuh romantik.Mata Natalie tidak berkelip.Rasanya aku dah cair ni.Natalie yang baru menyedari lalu cepat dia menolak Adler.Natalie sempat berdehem.

"Ouhya saya nak ke tandas dulu" pinta Natalie lalu dia cepat meninggalkan tempat itu.Aku tak boleh hadap muka hensem dia kang aku melting nanti.Tak sedar nanti ada yang intip.

"Okay sayang jangan lambat tau" jerit Adler.Natalie hanya mengendahkan jeritan Adler.


Jangan lupa vote tau! 🙈😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro