Part 28⚓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah dia menamatkan panggilan, Luna pun mengambil kunci keretanya lalu dia keluar dari rumahnya.Dia pantas berlari menuju ke arah keretanya tanpa melihat ke belakang pun.Dia sudah tergesa-gesa pergi ke tempat persembunyian mereka itu.

Natalie menggerakkan kakinya yang telah diikat itu.Kakinya sudah pun sakit dan lenguh.Sudah dua jam dia berada di tempat itu.Matanya turut ditutup dengan tuala dan begitu juga dengan kedua-dua tangannya.Natalie sudah berasa penat.Kedengaran pintu ruang dibuka dan juga bunyi kasut tinggi yang datang menuju ke arahnya.Natalie sudah terketar-ketar ketakutan.Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar tidak ada perkara jahat yang berlaku dengan dirinya.Peluh semakin memercik di dahi.

Tuala yang ditutup pada mata Natalie dibuka oleh seseorang lelaki yang bertubuh tegap itu.Dia mendongak perlahan-lahan melihat siapakah gerangan yang ada di hadapannya.Dia sangat terkejut dan tidak menyangka orang yang berdiri didepannya ialah Luna yang sedang tersenyum sinis melihat ke arahnya.

"So how you feel? Better? Good?" Kata Luna.

Natalie yang sudah pun lemah hanya mampu menggeleng kepala.Kepalanya tertunduk melihat ke arah lantai.Dia tidak tahu hatinya samada sakit, sedih dan benci sekarang ini.Yang dia tahu perasaannya semua bercampur.

"Kalau you nak tahu tengahari tadi I celebrate birthday Adler dengan dia.Ohya I tak sangka dia sweet and gentlemen selama ini.If you not believe me then tengok gambar ni" ujar Luna yang cuba menyakiti hati Natalie.Dia mahu gadis itu cemburu dengannya.Natalie masih tertunduk dia menutup matanya.

"I suruh you tengok gambar ni tapi you pandang kat lantai.Ohh...kiranya you jealous lah kan?" Luna pun menyuruh bodyguardnya agar kepala Natalie ditegak melihat gambar itu.Jelas kelihatan wajah Luna dengan seorang lelaki.Dia tidak pasti sama ada orang yang tidur sekatil dengan Luna ialah Adler ataupun orang lain.Kerana wajahnya tidak begitu kelihatan jelas.Ini membuatkan Natalie semakin bingung dan fikirannya semakin berserabut.

"Saya tak percaya yang dalam gambar tu ialah Adler.Kau tipu Luna!" Marah Natalie sedikit.

"Okay kalau you tak percaya lagi biar you tengok sendiri IG you and check juga IG Adler.Dia suka I lah not you! " seraya Luna ketawa terbahak-bahak.

Ikatan pada tangan Natalie dibuka.Kini tangannya sudah bebas kecuali kakinya lagi belum.Telefon milik Natalie diletak di atas ribanya.

"Kalau you taknak tengok I akan tembak you" ugut Luna.

Natalie yang sangat takut dengan ugutan Luna lalu dia segera melihat instagram.

Ternyata benar Adler juga ada mempost gambar mereka berdua.Dia melihat caption itu dengan hati sebak.Dia sudah tidak tahan melihat ayat manis dari Adler.

Jadi selama ini Adler tipu aku? Dia berpura-pura bila di depan aku.Ternyata dia mencintai Luna dan bukannya aku?

"So puas hati? I kesian dekat you lah Natalie tak sangka selama ini dia tipu you.Adler kata yang you ni tak sekaya dengan I.Dia pilih I sebab I ni anak Leftenan" Luna memberikan kata-kata yang amat menyakiti hati Natalie.

"Sampai hati dia cakap aku macam tu? Ok..fine...aku benci kau Adler" bisik hati Natalie lalu air mata Natalie akhirnya tumpah juga.

"You takperlulah nangis sebab Adler takkan tengok air mata you jatuh juga" kata Luna lalu dia menyapu air mata Natalie di pipi.

"Saya tak suruh awak pun sapu air mata saya.Saya tak peduli pun kalau dia tak nampak air mata saya" bentak Natalie.Tahap kemarahannya sudah di tahap yang tinggi.Kalau boleh mahu saja dia menampar wajah Luna tetapi tenaganya masih belum banyak.Dia masih lemah.

"Ouhh yeke...kalau macam tu baik I tembak jehlah you ni" Luna sudah pun bersedia menghalakan pistol itu tepat pada dahi Natalie.Baru saja Luna menekan picu pistol itu dia terkejut apabila dia mendengar tembakan dari arah belakang.Dengan segera dia mencampakkan pistol lalu berlari meninggalkan tempat itu dengan bodyguardnya sekali.

Adler dan pasukannya tiba di situ.Natalie yang masih berada di kerusi, Adler segera meluru ke arah Natalie dengan hati yang amat risau.Dia membuka ikatan pada kakinya lalu dia membawa Natalie keluar dari tempat itu.Manakala rakannya yang lain mengejar Luna dan bodyguardnya.

"Please sayang don't leave me I'm really sorry about this.Aku minta maaf sebab aku tak dapat lindung awak dengan sepenuhnya.Please stay strong aku hantar awak pergi hospital" ucap Adler lalu dia meletakkan Natalie di kerusi sebelah penumpang.

"Stay with me sayang" lalu dia mengucup pipi Natalie dengan lembut sekali.Adler pun memandu keretanya menuju ke hospital.

Dia sangat berharap agar Natalie tidak mengalami apa-apa perkara.Pada masa yang sama juga hatinya membara apabila dia teringat Luna.Dia yakin mesti Luna menyakiti hati Natalie.

Kau tunggu Luna! Kalau kau terlepas harini aku pasti kau akan jatuh di tangan aku nanti!


So harini saya update dua part terus.Jangan lupa vote dan komen 🤗😜.Korang rasa Natalie macamana nanti? Dan bagaimana pula dengan Luna?

Okaylah stay tuned for the next part 💙😽

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro