Part 6⚓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedang Megan mencuci tangan di sinki tandas itu dia terdengar perbualan beberapa orang perempuan di sebelahnya.

"Korang tak sedar keh yang instructor Adler selalu dengan perempuan tu? " ujar Sarah.

"Siapa perempuan tu? " tanya Luna dengan ingin tahu.Wajahnya juga turut berubah apabila dia mendengar kata-kata Sarah.

"Ala, siapa lagi bukan Natalie yang perempuan lawa tu.Aku nampak dia pun memang dah lawa" kata Shauna yang sedang melihat ke arah cermin.

"So aku yang berdiri kat sini tak lawa lah? " soal Luna.

"Of course kawan kami yang satu ni lawa plus hot and memang sesuai jadi model kan Sarah?"

"Yes betul apa yang awak cakap" lalu Shauna melakukan "high five" dengan Sarah.Luna pula hanya tersenyum mendengar pujian dari Shauna.
Manakala hati Megan sudah remuk bagai kaca terhempas apabila dia mendengar nama Natalie dan Adler.Tanpa disedari air matanya mengalir deras di pipi lalu dia pergi dari situ.

Nampaknya Megan juga menyukai instructor Adler.


Natalie yang baru sahaja menuju ke arah taman itu dia ternampak Megan yang berseorangan.Kelihatan wajahnya baru sahaja selesai menangis.Tanpa berlengah lagi, Natalie segera ke tempat Megan.

"Megan kenapa ni? kalau awak ada masalah just tell me jangan berdiam diri sajah" soal Natalie yang ingin tahu.Megan tetap tidak menjawab soalan Natalie malah wajah rakannya langsung tidak dipandang.

"Megan kalau aku ada buat something wrong aku minta maaf...Megan please jawab soalan aku" rayu Natalie.Lalu Megan berdiri di hadapan Natalie dengan hati yang penuh kemarahan.Dia tidak tahan lagi.

"Natalie kita baru jeh berapa hari berkawan tapi kau dah menggatal dekat instructor Adler kau ingat aku tak tahu semua ni.Aku tahu kau memang suka dia kan? kalau kau nak tahu aku memang pun jatuh cinta dengan dia dari awal lagi tapi kau ni perampas.Selama aku hidup di dunia ni kau lah orang pertama yang aku jumpa dan kenal iaitu perampas.Tapi lepas ni kau jangan harap kita berkawan lagi dan jangan cuba nak jumpa aku lagi aku benci kau, Natalie!" marah Megan lalu dia meninggalkan Natalie di situ.

Natalie masih berdiri seperti patung.Kata-kata Megan tadi amat menusuk di kalbu.Air matanya hampir terjatuh tetapi ditahannya.Dia pun duduk di bench itu untuk mengambil ketenangan hati.

Betulkah aku ni seorang perampas?

"Megan awak dah salah faham instructor Adler just bantu aku masa tu aku memang tiada niat suka dekat dia" bisik hati Natalie.

Dia harus menjauhi dari Adler mulai hari ini kerana dia tidak mahu menyakiti hati rakannya lagi.Natalie tahu memang Megan amat menyukai Adler sejak awal lagi.


Natalie mendengar taklimat yang disampaikan oleh instructor Adler dengan penuh khusyuk sambil itu tangannya lincah menulis di buku nota.

"Antara teknik-teknik dasar yang wajib dikuasai setiap penyelam adalah teknik bernafas.Dalam menyelam, teknik ini amat penting.Teknik yang benar adalah mengambil nafas secara dalam dan perlahan dengan itu oksigen dapat mengalir ke seluruh peredaran darah.Ingat jangan bernafas semasa kita berasa panik.Seterusnya, teknik kedua adalah pergerakan atau berenang dalam menyelam mengandalkan gaya dorong kaki.Ketika mendorong kaki jangan terlalu kencang atau cepat.Teknik ketiga adalah ekualisasi.Saat menyelam, tekanan udara dari luar akan menekan gegendang telinga kita dan membuat telinga kita berasa sakit" baru Adler menyebut ayat yang seterusnya tiba-tiba dia melihat ada yang mengangkat tangan.

"Ya kenapa? "

"Saya nak tanya macamana nak mencegah perkara ni? " tanya Megan berserta senyumannya yang manis.

"Good question.Nama siapa? " tanya Adler lagi.Megan yang sudah kembang seinci kelihatan amat gembira.Luna yang melihat Megan sudah pun meroyan.

"My name is Megan, sir " balas Megan.

"Yes finally dia tahu juga nama aku baguslah.Ini yang aku suka" bisik hati Megan dan dalam pada masa yang sama hatinya berbunga-bunga.

"Untuk mencegah perkara ini, perlu ada perlawanan terhadap tekanan dari luar.Caranya adalah dengan menjepit hidung dan menghembuskan udara melalui hidung" kata Adler.

Megan pun mengganguk kepala lalu dia duduk semula.

"Teknik yang keempat adalah regulator clearing.Teknik dilakukan semasa penyelam mengalami kebocoran sehingga menyebabkan air masuk ke dalam.Terdapat dua cara untuk menyelesaikan masalah ini.Pertama, menekan tombol purge.Kedua dengan meniup regulator secara manual  sehingga air keluar.Kelima, adalah regulator recovery.Apabila mouthpiece terlepas saat menyelam, tidak perlu panik.Dengan mengatasinya kita perlu menggapai hujung regulator yang bersambung dengan tabung, kemudian menyelusuri hingga bahagian mouthpiece.Keenam, mask clearing.Tidak jarang saat menyelam, kita mendapati diving mask kita berembun.Kita dapat melakukan mask clearing dengan cara memasukkan sedikit air melalui bahagian atas mask.Kemudian goncang air untuk menghilangkan embun, lalu buka sedikit bahagian bawah sambil menghembuskan udara untuk mengeluarkan air.Teknik yang terakhir adalah naik ke permukaan.Naik ke permukaan harus dilakukan dengan perlahan, tidak boleh terlalu cepat.Disarankan untuk melakukan safety stop dimana penyelam berhenti pada kedalaman 5 meter selama kurang lebih 5 minit.Kesemuanya ada 7 teknik dasar yang wajib dikuasai setiap penyelam jadi saya berharap semua akan faham apa telah saya sampaikan sebentar tadi.Terima kasih" ucap instructor Adler.Semua pun memberikan tepukan yang gemuruh atas maklumat yang diberikannya.

"Sebelum bersurai instructor nak beritahu yang besok adalah cuti jadi semua perlu kena rest.Kita just cuti selama 3 hari sahaja" ujar instructor Thomas.

Jelas kelihatan wajah mereka semua gembira kecuali Natalie.Dia pasti akan bosan selama cuti tiga hari itu kerana tiada sesiapun yang menemaninya untuk pergi ke pantai dan lain-lain lagi.Timbul perasaan sedihnya apabila dia melihat Megan yang sedang bergembira dengan rakannya.

"Kalau perkara tu tak jadi kan aku dah bergembira dengan Megan sekarang ni tapi semuanya berubah dengan sekelip mata sahaja" Natalie pun pergi dari situ.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro