33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                 SAKIT. Belakang lehernya terasa sakit saat ini. Tangan pula seperti diikat. Tidak mampu langsung untuk diangkat. Niat dihati ingin mengurut belakang batang leher yang terasa lenguh, namun Husna tidak mampu. Dengan perlahan-lahan Husna membuka mata. Sekelip mata hidungnya mencium bau yang tidak menyenangkan. Buatkan kepala ini terus diserang rasa pening dan hendak muntah. Busuk yang teramat. Seakan-akan bau bangkai lama yang dibiarkan mereput.

Sebaik sahaja mata dibuka. Alangkah terkejutnya Husna apabila mendapati dirinya di dalam sebuah gua yang agak suram. Setiap penjuru dipasangkan obor-obor. Jauh disudut sana, Husna dapat melihat ada beberapa orang wanita lagi sepertinya sedang terikat. Mereka semua nampak kurus tak berisi. Sehinggakan jelas bentuk tulang yang tak ubah seperti rangka mayat hidup. Muka pucat lesu. Tak bermaya. Entah berapa hari, minggu atau mungkin bulan mereka tak diberi makan dan minum. Jika diberi sekalipun, mungkin jumlahnya cuma sejemput.

"Aku dekat mana ni? Lepaskan aku!" Husna terus meronta pabila melihat nasib-nasib wanita itu. Tatkala kepada menunduk memandang tubuh sendiri, baru dia sedar kaki dan tangan sudah terikat kemas. Degupan di dada menjadi semakin laju. Pelbagai persoalan muncul dimindanya saat ini. Atau lebih tepat, apa yang akan terjadi kepada dia selepas ini.

Ya Tuhan, tolong selamatkan aku!

"Sa akan mati, dia akan mati, kau pun akan mati! Semua orang akan mati..." Suara wanita itu terkumat-kamit mengulangi ayat yang sama. Kepalanya sudah tidak betul. Sepasang mata lebam itu asyik melilau memandang sekeliling gua penuh ketakutan. Seolah-olah takut akan kemunculan seseorang di dalam kesuraman gua ini, dan menyeksa dia sehingga tiba ke penghujung nyawa.

Tapi siapa?

Husna telan air liur.

"Bangun sudah dia..." Suara garau itu bergema sekali dengan tapak kaki menuju masuk ke dalam gua. Seram yang amat. Husna beranikan diri untuk berpaling ke arah lelaki bengis yang sedang tersenyum sinis kearahnya. Diekori dua orang kuncu kemas memegang senjata m16 rifle, dan mungkin salah satu peluru itu akan memakan dirinya malam ini.

Dia kemudian mencangkung di hadapan Husna. Menatap wajahnya yang jelas pucat ketakutan. Sama seperti manusia yang lain apabila bertembung dengannya. Inilah riak wajah yang dia nanti-nantikan.

"Cumil betul bah kau ni... sa endak pernah lagi jumpa sumandak macam kau. Kalau didarat itu mungkin biasa, tapi ditengah laut... tertanya juga apa kau buat seorang diri di sini. Aku kenal bah bot itu. Itu bot Lanun, bukan? Dia yang suruh kau masuk ke kawasan ni huh? Apa yang dia suruh kau buat?"

Husna pantas geleng kepala. Mungkin lelaki ini dah salah faham. Dia bukan orang upahan Lanun untuk mengintip kerja terkutuk mereka.

"Bukan. Dia tak suruh saya masuk kawasan ni pun.  Saya bukan orang suruhan Lanun atau apa-apa sekalipun yang Encik fikir. Sa... saya yang tak sengaja masuk ke sini. Saya minta maaf sangat-sangat, tolong jangan apa-apakan saya... saya janji saya takkan beritahu sesiapa tentang hal ni..." rayu Husna dengan nada suara bergetar. Mengharapkan ada belas kasihan terhadap lelaki itu, malang sekali dia cuma tersenyum menyenget.

"Bukan orang Sabah rupanya..."

Mata Husna membulat. Tanpa sedar identitinya sudah terbongkar sebelum sempat si dia memaksa.

Lelaki itu ketawa. Mengejek sekali bunyinya.

"Lagilah mustahil kalau orang semenanjung ada disini. Tidak lain tidak  bukan, kau dari resort yang baru dibuka itu. Memang rezeki sa betul sebab dapat jumpa kau tanpa perlu menceroboh masuk ke sana. Pasti kau ini anak orang kaya, bukan?"

Husna menggeleng dengan laju. Teringat cerita Rajuna semalam, buatkan dia semakin takut jika identiti seterusnya dapat dikorek. Bagaimana jika ayah akan diugut untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dia mahukan? Tidak! Perkara itu tak boleh terjadi!

"Tak! Saya orang biasa sahaja. Saya bukan orang kaya, percayalah..."

"Kau fikir aku bodoh ka huh?" Sepucuk pistol yang selalu berada dipinggangnya kini dibawa ke bawah dagu Husna. Terdongak kepala wanita itu ke atas. Berderau darah Husna kali ini. Sungguh.  Dia takut. Mata dipejam rapat. Tak sanggup untuk melihat nasib diri sendiri.

"To... tolong... jangan macam ni..." Husna cuba merayu buat kesekian kalinya. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Ia akhirnya menitis dengan perlahan.

"Bukannya murah Kalo mau masuk resort itu. Paling tidak pun, semalaman sudah seribu ringgit? Endak mungkin orang biasa boleh menginap disana."

"Be... betul. Tapi saya bukan menginap dekat situ. Saya cuma pekerja biasa sahaja yang uruskan bilik."

"Pekerja?" Pucuk pistol ditarik menjauhi wanita itu semula.

Husna menghembus nafas. Hampir luruh jantungnya sebentar tadi. Kepala diangguk, mengiyakan pembohongan sendiri.

"Ya. Saya pekerja dekat sana..." Husna mengulangi ayat. Sekadar ingin meyakinkan lelaki itu.

"Apa buktinya? Kau ada kad pekerja? Tunjukkan pada aku sekarang." Dia menghulur tangan. Mahukan bukti.

"Saya tak ada. Semuanya tertinggal di resort. Sumpah! Saya tak tipu!" Ujar Husna, bersungguh-sungguh. Kalau boleh dia mahu mengangkat tangan sebagai sumpah bahawa dia tidak menipu untuk menjayakan lagi lakonan. Malang sekali kedua belah tangannya sedang terikat.

"Nampaknya hasil tangkapan malam ni tidaklah berbaloi sangat." Komennya.

Ya. Memang tak berbaloi, jadi lepaskan aku! Husna hanya mampu menjerit di dalam hati. Matanya memandang lelaki itu dengan penuh harapan. Harapan supaya mengeluarkan dia dari sini tanpa ada sebarang luka atau penyeksaan. 

Buat seketika, anak mata lelaki itu bergerak memerhati seluruh tubuhnya. Dari bawah hinggalah ke atas bersama senyuman penuh makna. Buatkan Husna semakin resah memikirkan apa yang bermain diminda kotor lelaki itu sekarang.

Tatkala melihat cecair peluh mengalir dari celahan dahi Husna akibat kepanasan, memberikan dia peluang untuk menyentuh kulit wanita itu dengan sengaja. Husna hanya mampu berpaling ke lain saat jari-jemari itu menyentuh dahinya, menyeka peluh dengan lembut. Dia jijik! Mahu menepis segala perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu dengan segara, namun tak terdaya.

"Mesti kau panas, kan?" Soalnya bersama senyuman nakal dibibir. Anak matanya naik melibat kain batik yang tersarung dikepala Husna. Terbayang-bayang bagaimana cantiknya wanita ini jika kain itu ditanggalkan. Pasti kecantikannya akan lebih terserlah. Bisikan nafsu ditelinganya, buatkan dia semakin tak sabar.

Mata Husna terbeliak.  Langsung menoleh memandang lelaki itu semula. Jelas, riak wajahnya memaparkan satu keinginan.  Iaitu keinginan nafsu yang membuak-buak.

Langsung Husna geleng kepala. Dia mahu mengundur jika boleh.

"Tak! Saya tak panas pun!" Bohong Husna biarpun kulitnya rasa mahu terbakar berada didalam gua ini. Panasnya memang melemaskan diri sendiri. Namun itu tidak menjadi alasan untuk membiarkan lelaki durjana itu menanggalkan apa yang berada ditubuhnya. Dia rela menahan kepanasan disini, daripada panasnya api neraka jahanam kelak nanti.

Itu lebih menyeksakan!

Namun, apa lelaki itu peduli. Yang dia cuma tahu, kenikmatan dunia yang buatkan dia terus hanyut. Dia masih belum puas merasakan setiap perkara yang mengujakan dirinya. Dan nafsunya takkan pernah merasakan cukup. Dia mahu lebih dan lebih lagi!

"Sa tau kau panas. Banyak peluh mengalir. Kesian pula sa tinguk. Sa pun ada rasa belas kasihan dengan manusia juga..."

"Jangan! Jangan sentuh aku! Lepas!" Husna mula meronta saat lelaki itu mendekat. Tubuh digerakkan cuba menepis setiap perbuatannya, malang sekali tidak berjaya. Kedua belah tangan lelaki itu sudah memegang kain batik dikepalanya. Tanpa mempedulikan rayuan Husna, kain itu terus direntap kasar sehingga tertanggal lalu dicampak jauh-jauh biar Husna tidak dapat mencapainya semula.

Tidak cukup melihat rambut hitam  pekat yang terikat sanggul itu terdedah. Dia menarik pula getah itu sehingga rambut ikal bergelombang milik Husna jatuh ke bawah. Bibir tersenyum puas. Cantik. Memang cantik. Tangan galak menyentuh rambut wanita itu, diusap dan dibelai-belai biarpum waniaf itu tidak suka. Lembut sekali. Buatkan nafsunya makin tak tertahan.

"Patutlah Lanun ambil kau. Cantik betul kalo kau begini. Kenapalah orang macam kau suka betul tutup kecantikan diri sendiri? Endak ada siapa boleh lihat. Tapi tinguk sekarang, Sa pun jadi lemah bila nampak... gerigitan (geram) jadinya." ujarnya dengan ketawa jahat.

Tangisan Husna langsung tak diendah. Malah dia lebih suka. Buatkan perasaan didada semakin membuak-buak, lantas belakang rambut Husna dicengkam kasar.

"Argh!" Husna terjerit kecil. Kepalanya terpaksa melangut menatap wajah lelaki itu yang semakin mendekat.

"Tak! Jangan sentuh aku! Lepaslah!" Sebaik-baiknya Husna cuba mengelak daripada  bibir lelaki itu mendarat diwajahnya. Kepala bergerak ke kiri dan ke kanan. Rasa sakit cengkaman pada rambut belakangnya langsung tidak dipedulikan. Pedih. Rasa seperti akar rambut hendak tercabut dari kulit kepala. Tatkala memikirkan maruahnya lebih tinggi daripada segala-galanya, Husna sanggup untuk melawan setiap kesakitan itu.

"Hoi, apa ko buat itu huh?! Jangan sentuh dia! Manusia binatang! Ko binatang betul Mondu! Ko memang manusia yang paling tak guna di dunia ini! Jangan sentuh dia!" Jerit suara wanita yang terikat dipenjuru sana. Suaranya bergema kuat di dalam gua.

Buatkan telinga Mondu berdesing mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibir tahanannya itu. Mata dipejam sesaat. Dia rasa terganggu. Lantas perbuatan itu dkhentikan buat seketika. Bibir dijauhkan semula daripada mengena mulut mungil milik Husna. Dia berdiri.

Buat sejenak, Husna terasa selamat.  Mahu menghembus nafas penuh lega dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu sebelum...

BENG!

"Arghhh!" Husna menjerit. Kepala laju berpaling ke arah lain, tak sanggup untuk melihat percikan darah yang keluar saat peluru pistol itu dilepaskan tepat mengena kepala wanita tadi. Dengar jelas, Husna dapat menangkap bunyi tubuh merebah ke bumi. Kuat.

Ya Allah...

Mengapa aku perlu menyaksikan kekejaman ini? Rintih Husna didalam ini. Dia tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat tahanan lain yang menjadi mangsa kerana mempertahankan maruah dirinya. Air mata semakin laju mengalir. Rasa serba-salah menghurungi diri. Wanita itu mati, kerana dia...

Nafas Mondu turun naik. Geram. Melihat kepala wanita itu berkecai, puas sedikit hatinya. Tak ada lagi suara bingit yang mengganggu perbuatan dia. Pistol yang masih berasap itu dijatuhkan ke bawah.

Mondu mendengus nafas. Kasar sekali.

"Ada sesiapa mahu mati lagi malam ini? Huh?!" Dia menyoal garang, melingas memandang setiap wajah tahanan yang masih hidup terikat dipenjuru sana. Masing-masing bungkam menunduk ke bawah. Tak berani hendak bersuara.

Bagus. Semua diam. Bermakna tiada siapa yang mahu terkena nasib yang sama. Pistol disimpan kembali ke belakang pinggangnya, kemudian dia duduk menghadap Husna semula. Dagu wanita itu dicengkam lalu ditarik.

Bibirnya tersenyum sinus tatkala melihat air mata Husna yang bercucuran ke pipi. Tersedu-sedan dia menangis kali ini. Mungkin kerana terlalu takut.

"Kenapa kau menangis? Sa bukan tembak ahli keluarga kau pun..." Katanya sambil buat-buat menyeka air mata itu. Dalam hatinya suka. Suka melihat Husna yang takut dengannya. Lebih senang untuk menggertak Husna supaya melakukan apa yang dipinta. Wanita itu tiada pilihan lain apabila berada di dalam genggamannya. 

"Tolong... tolong jangan tembak sesiapa lagi..." rayu Husna, kali ini bukan untuk dirinya tetapi untuk tahanan yang lain. Dia tak sanggup. Dan disaat matanya tidak sengaja menjeling ke arah kepala yang berkecai di tanah, hatinya makin sebak. Jantungnya makin berdegup laju.

"Sa endak pernah lagi jumpa orang merayu macam ini. Seronok pula bila dengar. Boleh kau bilang sekali lagi?" Sengaja dia mempermainkan Husna. Dia seronok apabila ada manusia yang menunduk kepadanya.  Seolah dialah yang paling berkuasa disini.

"Jangan tembak sesiapa lagi... mereka tak buat apa-apa..."

"Betul kau endak mau sesiapa ditembak lagi?" Dia menyoal, bibirnya tersenyum penuh makna. Inilah peluang dia mencucuk jarum.

Husna angguk kepala dalam keadaan terpaksa.

"Boleh. Sa akan tunaikan permintaan kau. Tapi dengan syarat..." tangan kanan lelaki itu mula naik menyentuh kulit wajah Husna. Dan dengan perlahan ia turun ke lengan pula.

"Sa mau kau malam ini. Sa akan buka ikatan kau. Tapi kau jangan melawan, jangan menjerit atau apa-apa sekalipun.  Kalo tidak..." Dia memandang dua orang kuncu yang berdiri di belakang, cukup memberi isyarat kepada mereka sebelum dua orang lelaki itu bergerak menghampiri tahanan yang lain. Mengangkat m16 rifle itu, diacu kepada wanita-wanita itu. Bersedia untuk melepaskan peluru.

Mereka menjerit penuh ketakutan. Masing-masing mengesot cuba melarikan diri daripada menjadi target.

"Mereka semua mati disebabkan kau."

Husna tersentak dengan ugutan itu. Dia juga takut, sama seperti tahanan yang lain. Tapi apakan daya, dia tidak diberi pilihan melainkan cuma setuju dengan syarat yang diberi.

Perlahan Husna angguk kepala. Air mata tak berhenti mengalir mengenangkan nasib diri sendiri. Ampunkan aku malam ini, jika aku melakukan sesuatu yang terkutuk, ya Tuhan...

Mondu tersenyum menang. Dah agak, Husna akan setuju.

"Baik betul kau ni... makin suka sa sama kau." Pujinya. Kepala Husna digosok-gosok. Kemudian, dia mula mendekatkan diri. Ingin menyambung kembali keinginan dia yang tadi. Wajah Husna ditarik mendekat. Tatkala Husna pula sudah memejam mata serapat mungkin.  Nafas dikawal, bibir diketap daripada menjerit seperti yang diugut tadi. Kali ini Husna tidak melawan, dia pasrah.

Melainkan, jika ada hamba Allah yang bakal menghentikan setiap perbuatan ini. Dia... cuma mampu berharap akan ada hati murni yang muncul. Melawan mereka semua.

"Mondu!" Suara Orlu mencelah. Semerta menghentikan perbuatan Mondu sekali lagi. Sipi-sipi sahaja bibir dia hampir menyentuh, namun ditarik semula apabila Orlu datang menyergah. 

Mondu mendengus tidak puas hati. Ada sahaja yang mengacau! Dia menoleh memandang Orlu yang berlari mendapatkannya.

"Apa lagi yang kau nak?!" Soal Mondu agak dingin.

Seraya Orlu menghentikan langkah apabila tiba di sisi Mondu. Buat seketika dia mengambil nafas kepenatan. Tubuh membongkok sedikit.  Setelah penatnya hilang, barulah dia menegak semula. Memandang Mondu dengan muka pucat seperti berjumpa dengan seseorang yang menakutkan. Tangan kirinya tak habis-habis menunjuk ke luar gua. Menggigil. 

"Di... Dia datang." Gagap Orlu menyampaikan berita.

Kening Mondu berkerut. Dia? Siapa dia? Sejak bila pula si Orlu ni gagap?

"Siapa? Boleh tak bila kau cakap tu, bilang sampai habis?!"

Orlu menarik nafas panjang. Kemudian dihembus kuat-kuat.

"Lanun. Lanun yang datang." Katanya. Terus membuatkan Mondu berdiri. Dia terkejut.

"Kau biar betul?"

Husna yang mendengarnya turut terkesima. Ada rasa terharu muncul di dada. Rasa hendak menangis pun ada. Kalau boleh bersujud, sekarang juga dia mahu sujud syukur kepada Tuhan kerana menghantar lelaki itu ke sini. Tolonglah, bawa dia keluar dari sini dengan cepat. Jika boleh, bawa tahanan yang lain ikut sama.

"Betul, Mondu. Dia ada diluar. Mahu berjumpa dengan kau sendiri. Dia kata, ada barang miliknya yang kau dah ambil." Kata Orlu lagi.

Makin berkerut kening Mondu, tidak faham. Barang apa milik Lanun yang dia telah ambil? Sekilas dia menunduk memandang Husna yang masih terikat dibawah, automatik bibirnya tersenyum sinis. Dia baru dapat tangkap sekarang.  Kepala diangguk berkali-kali.

"Nampaknya ada yang mahu menuntut barang dia semula malam ini. " Kata Mondu.






















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro