66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                    KEPALA rasa berpusing. Ada rasa pedih yang berdenyut-denyut di dahi. Dengan lemah, Husna membuka mata perlahan-lahan.  Kepala yang tertunduk diangkat sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, bau serupa bangkai busuk kuat menusuk ke hidung.   Buatkan kepalanya makin bertambah pening, hendak muntah namun Husna cuba tahan.

Dan tatkala kepala Husna menoleh ke arah sebelah kanan yang agak gelap itu. Mata yang kecil langsung terbuka dengan luas. Husna cepat-cepat palingkan wajah ke lain. Tak sanggup untuk melihat timbunan mayat yang separuh dimakan ulat berada disitu.

Berderau darahnya saat ini. Tubuh kembali menggigil dengan muka pucat yang tidak dapat diselindungkan. Ya Tuhan, aku dekat mana sekarang? Melilau anak mata Husna memandang sekelilingnya yang suram, berbatu. Ada obor-obor dipacakkan dibeberapa sudut.
Seakan dia tahu dimana tempatnya berada sekarang.

"Busukkan bau durang? Begitu juga bau mayat ko selepas ini..." Suara garau itu berbicara sinis, bersama derap langkah perlahan menghampiri dia yang sedang duduk terikat di tanah.

Husna palingkan wajah ke hadapan. Mendongak ke arah Mondu yang kini sudah pun berhenti dihadapannya bersama dua orang lanun yang kemas memegang senjata. Air liur ditelan, gugup. Ketakutan menyelubungi dirinya tika ini.

Husna menunduk. Namun, Mondu mencengkam bawah rahangnya untuk kembali melangut. Kasar sekali. Husna tersentak. Membulat matanya saat bertentangan mata dengan Mondu. Wajahnya rapat.  Sehingga bau mulut busuk lelaki itu dapat dihidunya. Ada senyuman jahat beraja dibibir.

"Aku rindu dengan muka cantik ko. Kenapalah perempuan murahan aku tidak secantik ini? Kalo tidak, mau bunuh pun aku akan rasa rugi..."

Bibir Husna mengetap. Geram. Begitu rendahnya sekali maruah wanita sehingga boleh dipijaknya. Lelaki begini... selayaknya diajar cukup-cukup!

Dan kemudian, Mondu tersenyum senget.  "Ko pun akan jadi perempuan murahan aku endak lama lagi. Sijalah aku mau kasi tau, aku sudah lama endak sentuh perempuan selepas berjumpa dengan ko.  Endak sabar bah mau merasa si koupusan Lanun ni."

Husna mendengus. Dengan kudrat yang ada dia menggerakkan kepala dengan kuat, cukup untuk menepis tangan Mondu daripada terus mencengkam rahangnya. Dia rasa jijik, teramat jijik saat lelaki ini menyentuhnya.

Husna beranikan diri untuk bertentangan mata. Cukup tajam dengan gigi terketap-ketap. 

"Aku takkan biarkan maruah aku tergadai dengan kau! Kau takkan dapat sentuh aku!" Lantang Husna bersuara dengan berani. Ada sedikit gentar, bahkan Husna cuba sembunyikannya. Tak mahu tampak lemah, biarpun jantung sudah mengepam darah dengan laju.

Sekonyong-konyong Mondu tersenyum sumbing. Melihat Husna yang semakin berani meninggikan suara dengannya, makin buat dia rasa tertarik. Gelora nafsu meningkat. Mahu saja direntap tudung yang membaluti kepala wanita itu dan lakukan apa yang bermain difikirannya sekarang.

Tetapi...

Dia kena tahan dulu.

Kerana ada seseorang yang dia sedang nantikan. Tak seronoklah kalau dia jamah sekarang. Dia mahu lihat reaksi wajah tetamu yang menjadi penonton nanti. Pasti lebih mengujakan.

"Sekarang mungkin tak dapat. Tapi sekejap lagi..." dengan lembut wajah Husna dibelai, namun cepat-cepat Husna berpaling. Elak daripada sentuhannya.  Tangan Mondu keras disitu.

Mondu ketawa. Cuma sekejap sebelum tangannya bergerak ke belakang seluar, mengeluarkan pisau rembo. Sengaja dibelek-belek di hadapan Husna, menakut-nakutkan lagi wanita itu. Pisau yang baru sahaja diasah, boleh nampak ketajamannya. Sekali seret, terbelah kulit manusia.

Menggigil tubuh Husna tika ini. Tak terbayang kesakitan yang bakal dirasai jika pisau itu menusuk ke salah satu anggota badannya.

"Ko nampak pisau ini?" Dilayang-layang pisau rembo itu dihadapan wajah Husna.

"Aku baru sija asah semalam. Berkilat lagi. Lama sudah pisau ini endak makan urang. Agaknya... siapa yang jadi makanan dia nanti? Ko..." diletakkan pisau itu dipipi kiri Husna. Tersenyum Mondu tatkala melihat wajah cantik itu berubah cuak.

"Atau Lanun?" Mondu menyoal.

Terkelu lidah Husna mendengar. Mata terjegil apabila nama Lanun disebut. Entah apalah perancangan gila si Mondu, namun dia takkan sesekali biarkan lelaki ini mengapa-apakan Lanun! Apa lagi yang Mondu belum puas hati? Sedangkan Lanun sedikit pun tidak pernah mengganggu kehidupannya semasa di pulau ini.

"Sudah tentulah pisau ini akan makan ko dulu!"

"Argh!" Husna menjerit kesakitan tatkala pipinya ditoreh. Hanya mampu mengerang kerana tangan dan kakinya masih terikat. Rasa hendak menangis pun ada dek menahan pedih di bahagian pipinya.

Mondu tersenyum puas. Darah yang melekat pada pisaunya dipandang.

"Ini baru sedikit. Hukuman buat ko kerana menipu aku. Selebihnya, aku tunggu Lanun datang. Aku mau seksa kau di hadapan mata dia. Biar dia menyesal sehingga mengalah dengan aku!"

"Kau memang tak guna, Mondu... tak guna!!!" Jerkah Husna. Tak semena-mena, pipinya yang berdarah itu terkena bahana penampar daripada Mondu. Sakitnya bertambah dua kali ganda. Tak cukup dengan itu, belakang sanggul Husna dicengkam.  Dipaksa mendongak menatap muka bengang Mondu.

"Sebelum ko bilang aku endak guna, aku akan pastikan dahulu diri kau rasa endak berguna! Biar kau rasa jijik dengan diri sendiri! Gila! Benci dengan diri kau! Dan Lanun ko pun akan rasa benda yang sama. Ko mau tau sebab apa? Sebab aku akan ratah tubuh ko depan mata dia sampai puas!"

"Lepaslah!" Husna cuba merentap tangan Mondu yang mencengkam sanggulnya. Puas dia meronta untuk dilepaskan, bahkan lelaki itu cuma ketawa apabila dia cuba untuk melawan. Seakan mengejek Husna yang tak mampu berbuat apa-apa kepadanya.

Dan tiba-tiba, kedengaran suara terpekik-terlolong dari luar gua. Tak pasti apa yang terjadi, tetapi seakan ada bunyi hentakan sesama tubuh seolah-olah sedang berlawan.

Tidak lama kemudian, muncul dua orang lelaki berbadan besar mengheret seseorang masuk ke gua. Sampai sahaja di ruang yang lenggang itu, lututnya disepak sehingga melutut ke tanah. Lengan kiri dan kanannya masih dipegang kemas oleh dua orang penjahat itu. Sebaik sahaja bertentangan dengan mata biru itu, mata Husna terus terbeliak.

Lanun!

Husna hanya berdaya melemparkan pandangan cemas. Begitu juga Lanun saat menatap wajahnya.

"Husna, apa dia dah buat pada kau? Dia ada sentuh kau? Cakap! Aku akan ajar dia cukup-cukup!" Jerit Lanun. Jelas sekali bengang. Apatah lagi melihat dahi dan pipi Husna yang berdarah, buatkan amarahnya semakin tercabar dengan Mondu. Lelaki itu... benar-benar mahu mati ditangannya malam ini!

Malahan Mondu sempat lagi melemparkan senyuman sinis. Dia berpaling memandang Lanun di belakang. Masih lagi dalam posisi melutut dan lengannya dipegang. Mengunci Lanun daripada menyerang Mondu bila-bila masa sahaja.

"Lama aku tunggu ko datang. Akhirnya sampai juga. Kenapa lambat sangat? Kesian koupusan ko yang jadi mangsa..."

"Aku akan patahkan tulang kau jika kau berani sentuh dia! Nasib kau baik kerana aku dipegang, kalau tidak... memang aku dah belasah kau sepuas-puasnya!" Jerkah Lanun dengan begitu garang.  Tajam anak matanya menikam Mondu yang berdiri angkuh.

Entah mengapa jantung Husna yang terlebih kencang berdegup. Terlalu takut, jika Mondu mula bertindak sesuatu diluar jangkaan. Namun, Lanun masih dengan riak yang sama. Tiada sedikit pun cuak atau gementar saat dia mengadah muka menghadap Mondu. Hatinya sudah mati dengan rasa itu setelah melihat Husna cedera. Apa yang bermain dikepala otaknya sekarang cuma mahu menyiat kulit lelaki itu, setimpal dengan apa yang dia telah lakukan!

Sekonyong-konyong bibir Mondu menyenget, sambil kaki melangkah setapak demi setapak ke belakang Husna. Bawah dagu digosok-gosok perlahan, buat-buat seperti memikirkan sesuatu. 

"Hmm... betul ka ko mau patahkan tulang aku? Mari kita lihat dulu, sama ada betul atau tidak." Tanpa sebarang isyarat, Husna terus dipaksa berdiri. Leher dicekup kuat hingga kepalanya terdongak. Nafas terhenti buat sesaat tatkala pisau betul-betul diletakkan pada batang lehernya. Ditekan sedikit, tidak kuat mana.

Tapi jika Lanun mara selangkah, ada kemungkinan pisau ini akan ditekan kuat-kuat.

Lanun membeliakkan mata.

"Apa kau nak buat tu huh?! Jangan sentuh dialah, bodoh!" Tengking Lanun, hampir sahaja bangkit menerpa ke arah Husna mahu menghentikan perbuatan bodoh Mondu.

Akan tetapi, tindakannya cuma mengancam nyawa Husna. Pisau yang berada dileher itu ditekan lebih kuat. Terdengar erengan Husna yang menahan sakit. Automatik langkah Lanun terpasung disitu.

"Ko mau cabar aku huh?"

"Jangan, Mondu..." Kali ini suara Lanun bertukar lemah. Merayu.

"Ko tak sepatutnya ugut aku. Ko endak bulih buat apa-apa sekarang. Aku yang berkuasa, jadi ko patut melutut supaya aku tak lukakan dia! Buat apa yang aku mau, jadi koupusan ko juga akan selamat." Ugut Mondu.

Lanun mengetap bibir. Sekilas wajah Husna yang berkerut menahan sakit itu dipandang, buatkan dia semakin tak berdaya untuk melawan kata-kata Mondu. Ini sahaja sudah cukup menyeksanya.

Jika dengan cara menyerah diri memuaskan hati Mondu. Maka, dia sanggup buat. Dengan perlahan Lanun menundukkan tubuh, bersujud ke tanah seperti yang Mondu inginkan. Dia mengalah.

"Jangan sentuh dia, cakaplah apa yang kau nak. Aku akan tunaikan. Tapi tolong... lepaskan dia." Lanun merayu dengan perlahan. Ada getaran pada suaranya.  Tak sanggup untuk melihat Husna terus disakiti.

Tersenyum menang Mondu apabila dia diperlakukan seperti raja. Manakala Lanun pula seolah-olah hamba yang tak punya apa-apa kuasa, bahkan mudah dipijak dan ditindas. Dia suka! Lebih-lebih lagi apabila Lanun mengatakan akan tunaikan segala yang dia mahu.

Menarik!

Kepala Mondu terangguk-angguk.  Pisau yang melekat dileher Husna dilonggarkan sedikit, sebelum anak matanya bergerak-gerak memberi isyarat kepada empat orang lelaki yang berada di dalam gua ini. Dengan pantas mereka menangkap maksud, lantas bergerak mengelilingi Lanun.

Ada yang sedang mengepak jari-jemari, bahkan ada juga yang meregangkan saraf dileher dengan menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan, seolah-olah bersedia untuk lakukan sesuatu yang memerlukan stamina yang kuat.

Lanun tayang muka tanda tanya. Satu per satu wajah bengis yang mengelilinginya itu dipandang. Jantung berdegup laju. Seakan tahu apa yang mereka ingin lakukan.

"Biar durang pukul ko. Itu hukuman kerana kau cuba cabar aku sebelum ini. Tapi, jika kau melawan semula. Aku akan toreh mana-mana bahagian yang aku suka pada perempuan ni setiap kali kau cuba tepis mereka. Jadi... kalo perempuan ni mati sekalipun, bukan salah aku. Tapi salah ko! Ko yang bunuh koupusan ko sendiri!"

Lanun terdiam.

Arahan Mondu jelas sekali tidak masuk akal. Tapi dalam masa yang sama, dia juga tidak boleh membiarkan Husna terus diseksa kerananya. Apalagi pilihan yang dia ada?

"Ergh!" Tanpa menunggu Lanun bersedia terlebih dahulu, tiba-tiba dia mendapat tendangan kuat daripada tubuh belakang sehingga tersembam ke tanah. Disusuli dengan penjahat kedua pula memberi sepakan ke perutnya. Senak. Lanun sentuh bahagian abdomennya. Nafas hilang buat beberapa saat.

Lanun tarik nafas semula. Dia ingin bangkit, akan tetapi dia disepak buat ke sekian kalinya. Tak cukup bahagian badan menjadi mangsa, rambut putih Lanun dicengkam, ditarik memaksa dia untuk berdiri sebelum satu penumbuk melayang ke muka. Terngadah dia bersama erengan kesakitan. 

Perbuatan yang sama diulang berkali-kali. Selepas seorang puas memukul, tubuh Lanun ditolak pula ke orang seterusnya. Ditendang dan ditumbuk, kemudian diserahkan ke yang lain lagi.

Puas. Sangat puas Mondu menyaksikannya.

"Hei, ko tinguk tu! Dia endak melawan sebab ko!" Rahang Husna dicengkam, dipaksa menyaksikan Lanun yang dibantai habisan-habisan dengan empat orang lelaki berbadan besar. Berjurai-jurai air mata mengalir dipipi Husna tatkala melihat Lanun yang sudah terbaring lemah ditanah. Seluruh badannya bengkak dan berdarah.

Rupa tampannya tidak lagi kelihatan. Yang ada cuma berlumuran dengan darah, bibir yang pecah, pipi yang membengkak akibat ditumbuk berkali-kali. Malah rambut putihnya juga habis dibasahi darah.

Sungguh, dia tak sanggup melihatnya lagi. Dia tahu Lanun boleh mengalahkan mereka tetapi kenapa? Kenapa Lanun biarkan sahaja mereka memukulnya tanpa henti?

Husna menangis lagi.

"Cukuplah! Apa awak buat tu Lanun?! Bangunlah, lawan mereka balik! Kenapa awak buat semua ni?!" Bentak Husna. Ingin sahaja dia berlari ke arah Lanun dengan hentikan semua ini. Malang sekali, dia tak mampu.

Mondu angkat sebelah tangan. Memberi isyarat untuk mereka berhenti memukul.

Terbatuk-batuk Lanun memuntahkan darah. Turun naik bahunya mengambil nafas. Sedikit pun tidak diberikan ruang untuk dia berehat, langsung sahaja belakang rambutnya dicengkam dan dipaksa mendongak. Menayang muka pucat berdarah ke arah Mondu dan Husna.

Dalam mata yang tampak layu itu, Husna masih boleh lihat tatapan Lanun penuh rasa sayang. Sayang yang tak terhingga sehingga dia sanggup menyerah dengan mudah. Haraplah Husna tidak benci dengan pilihannya sekarang. Dia buat bukan kerana pentingkan diri, tetapi demi satu-satunya harta yang dia paling sayang.

"Husna..." lemah suara Lanun menyebut namanya.

Setitis air mata Husna yang mengalir bagaikan asid yang menghakis hatinya. Terlalu perit!

"Maafkan aku..." rayu Lanun. Matanya masih merenung Husna dengan dalam. Air liur yang bercampur darah di dalam mulut ditelan.

"Maafkan aku... sebab buat kau rasa menyesal kali ni..." Sambung Lanun dengan suara yang begitu lemah. Dia pernah berjanji kepada Husna, bahawa pilihannya tidak akan buat Husna rasa menyesal. Namun hari ini, dia telah mungkir janji. Dia telah buat Husna menyesal kerana memilihnya, kerana dia tidak pasti...

Apakah penghujung nanti dia akan tetap berada disisi koupusannya. Hanya Tuhan sahaja yang layak menentukan semua itu.

"Aku tak lawan sebab dia akan sakitkan kau..."

"Aku tak sanggup tengok kau sakit..."

"Kau dah cukup rasa sakit selama ni..."

Lanun ukir senyuman kelat. Air mata lelakinya akhirnya jatuh apabila teringatkan luahan Husna sebelum ini. Semua orang membencinya, semua orang tidak pedulikan dia, bahkan ada yang cuba membunuhnya...

Malah, Lanun juga berjanji untuk perbetulkan semua itu. Dia mahu bantu Husna, sama-sama mengharunginya walau apa pun yang terjadi.

"Jadi biarlah aku tanggung sakit kau pula kali ni... muhang oku dika, Husna... muhang... okupio dika..." (aku sayangkan kau Husna, sangat-sangat sayangkan kau...)

BUK!

"Lanun!" Jerit Husna.

Wajah Lanun ditumbuk lagi. Terus dia rebah ke tanah dengan begitu lemah. Tak berdaya untuk bangkit semula. Lanun terbatuk lagi. Darah yang terkumpul di dalam mulut diludah keluar.

Air mata Husna semakin laju mengalir. "Cukuplah, jangan seksa dia lagi! Cakaplah apa yang korang nak, aku boleh bagilah! Lepaskan Lanun!!!" Jerkah Husna, sudah tidak tahan lagi. Dia meronta-ronta di dalam cekupan Mondu. 

Rayuan Husna buatkan Mondu tersenyum jahat. Inilah peluang dia, melunaskan kemahuan yang dia inginkan. Lanun pun tampak lemah dan tak berdaya, jadi tiada siapa yang boleh jadi penghalang lagi.

"Mungkin sekarang giliran ko pula ambil alih tempat dia."








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro