MDM | 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" What all of this shit ! " jerit lelaki botak itu kuat . Bergema di keseluruhan studio itu .

Pekerja-pekerja lain hanya diam dan memerhati . Ada yang menunjuk rasa simpati , ada juga yang tersenyum . Tangan kasar itu menghentam kuat meja . Memberikan impak yang kuat . Terhinjut bahu model itu kerana dimarahi oleh pengurusnya .

" Explain now , Tengku Nur Nabila ! " keras nadanya . Suara yang ditahan agar tempias dia tidak terlalu kuat .

Mencerlung tajam memandang perempuan di hadapan dia itu . Seorang model yang sedang meningkat naik . Namun , semuanya hancur apabila Tengku Nabila mempunyai kontrovesi bersama pelakon lelaki yang kini meningkat naik .

" Bos , saya dan dia tak ada apa-apa . Lagi pun itu hanya gambar saja . Mungkin ada orang edit untuk menganiaya saya " .

Tengku Nabila menenangkan hati . Dalam diam , dia menyumpah seranah pengurus itu . Habis nama dia tercalar dek kerana gambar yang bersebaran di laman sosial ketika ini .

" Bos jangan percaya semua ni . Tak mungkin saya tidur dengan lelaki tu . Lagi pun , selama ini saya kan menghadiri pertunjukkan fesyen di London " jelas nya lagi .

Cuba mengembalikan keyakinan bos dia itu . Kalau tidak , habislah kerjaya dia yang dibina selama bertahun-tahun itu . Hancur segala impian dia .

" Baik , kali ini saya maafkan . Jika berlaku sekali lagi , saya tak akan teragak-agak buang kamu terus dari dunia pemodelan ini " tegas lelaki itu .

Amaran pertama . Dia memberi peluang kepada Tengku Nabila . Sedangkan telinga dia selama ini bernanah mendengar rumors mengenai model dia yang satu ini .

Tengku Nabila senyum . Keadaan menjadi tenang seperti sedia kala sebaik saja hilang kelibat bos mereka . Pekerja-pekerja lain kembali menjalankan tugas mereka .

Badan dihenyak ke atas sofa . Kaki panjang dan putih melepak itu disilangkan . Dia memikirkan mengenai gambar-gambar yang mulai tersebar itu .

" Bangsat ! Kalau aku dapat tahu siapa orang tu , aku tak akan teragak-agak bunuh lelaki tu ! Tak guna ! " bisiknya keras .

Dia tahu , sepanjang keberadaan dia di Kota Paris . Dirinya diperhatikan oleh seseorang . Malah dia tidak menjangka , hubungan sulit antara dia dan pelakon lelaki itu terbongkar .

Lebih malang lagi , semua itu adalah benar .

Iphone X miliknya dicapai . Nombor seseorang di dail dengan segera . Dia harus mengambil tindakan . Sebelum semuanya musnah .

" Aku nak kau cari orang yang dah buat masalah dengan aku ! Aku tak kira walau macam mana pun cara kau . Janji aku dapat dia . Pasal bayaran jangan risau , aku akan bayar berkali ganda ! "

TUT !

Panggilan terus dimatikan . Dia tersenyum sinis . Mudah saja dia mahu mendapatkan lelaki itu . Dia juga sama licik . Rambut perang miliknya dibetulkan . Dia akan pastikan lelaki itu menyesal .

+++

Tengku Aiman mendongak ke langit yang mulai kelam itu . Kerdipan bintang tidak kehilangan pada malam itu . Dia membuang pandang melihat kenderaan-kenderaan di atas jalan raya .

Dari balkoni biliknya , dia dapat melihat dengan jelas cahaya lampu-lampu di luar sana . Rumah miliknya terletak betul-betul di tengah bandar . Berdekatan dengan pusat membeli belah di ibu kota itu .

Tengku Aiman memegang segelas campagne . Dihirup perlahan air itu agar membasahi tekak miliknya . Sejak akhir-akhir ini , dia asyik memikirkan perihal bekas isterinya itu .

Malah dia juga akui , Adam itu adalah anaknya . Kerana dia tahu , pada malam itu dialah yang menghamilkan Dania . Akibat mabuk , dia rakus menakluki Dania pada tika itu .

Segaris senyuman terukir di bibirnya . Mengingati rupa paras Dania yang sememangnya cantik asli . Wajah lembut itu . Lebih lagi apabila terbayang susuk tubuh Dania yang sentiasa menggoda dirinya .

" Bodoh , sepatutnya aku tak lepaskan kau . Biar kau terus terseksa dalam permainan hidup aku " dia memarahi dirinya sendiri .

Rambutnya dikuak ke belakang . Menyesali kerana pernah menceraikan Dania dahulu . Jika tidak , pasti wanita itu masih menjadi miliknya hingga kini . Bertapa bodohnya dia kerana mendengar kata-kata orang tua itu.

" Dapat layan nafsu aku . Jadi hamba seks aku " dia senyum lebar .

Memejam mata rapat . Membayangkan tubuh badan milik Dania . Tubuh yang selalu menjadi candu buatnya . Malah Tengku Nabila sendiri tidak dapat menandingi bekas isterinya .

" Kau bodoh Aiman ! Kau dah terlepas lauk besar ! " dia menghamburkan marah .

Mata dibuka luas , kemerahan . Urat-urat hijau mula timbul di lengan dan leher miliknya . Dulu dia boleh melakukan apa-apa sahaja terhadap wanita itu . Tapi kini , dia tidak boleh menyentuh . Apatah lagi untuk didekati .

Kerana wanita itu telah menjadi milik mutlak musuh sejatinya .

" Kau tak akan bahagia Dania . Kau tak akan bahagia . Aku sendiri akan hancurkan hidup kau ! " bisiknya penuh amarah dan dendam kesumat .

+++

Dania tertawa kecil . Seronok melihat anaknya yang baru belajar merangkak . Dia yang berada di dapur , sentiasa membawa Adam bersama . Tidak kira , dia sedang memasak ataupun mengemas .

Tikar dihampar ke atas lantai tidak jauh darinya . Bimbang mahu meninggalkan Adam bersendirian . Lagi-lagi rumah besar itu hanya tinggal mereka berdua sahaja . Cik Nab masih lagi bercuti . Mungkin minggu depan , Cik Nab baru masuk bekerja seperti biasa .

Adam ketika itu berusaha mahu membangunkan tubuhnya . Dia tidak mengenakan pakaian . Hanya dibaluti pampers sahaja . Punggung ditonggengkan . Berusaha untuk melangkah ke depan .

BUK !

Dania tersentak . Dilihat Adam sudah terlentang di atas lantai . Tetapi Adam tidak menangis sebaliknya bayi itu tertawa suka . Dania terus mendapatkan Adam .

" Ya Allah sayang ! Mujur tak benjol kepada awak " ujar Dania gusar .

Kepala Adam digosok dan ditiup lembut . Mujur saja Adam tidak menangis . Malah tersengih menampakkan gusi miliknya .

" Jom teman ibu masak " ajaknya lalu dia kembali ke dapur .

Adam dikelek di sebelah kiri . Tangan kanan asyik mengaul ayam masak merah . Makanan tengah hari untuknya . Sudah dimaklumkan bahawa , Emeer tidak dapat pulang kerana kesibukkan menguruskan hal syarikat miliknya .

Dania menutup api dapur . Naik lenguh juga badan dia apabila mendukung Adam sambil melakukan kerja . Hampir semput . Badan Adam bukannya kurus seperti sebelum ini . Malah makin bulat .

" Adam lapar tak ? Nak mamam tak ? " dia menanya Adam .

Adam tersengih suka . Tangan dia asyik ingin mengapai rantai yang dipakai oleh si ibu . Dania membiarkan saja Adam bermain dengan rantai miliknya .

Rantai pemberian Emeer sendiri . Rantai itu kelihatan simple , hanya mempunyai satu permata yang berkilau . Halus dan selesa dipakai olehnya .

" Mmmm " Adam merengek sedikit .

Dania tahu anaknya sudah lapar . Kerana dari pagi tadi , Adam asyik bermain dengan permainan miliknya . Hanya menyusu badan saja .

" Adam lapar ya ? Sabar sayang , ibu buatkan makanan Adam " pujuknya lembut .

Badan dipusingkan ke belakang . Ketika itulah dahinya berlanggar dengan dada seseorang . Kedudukan mereka sangat rapat . Adam pula makin merengek .

" Allah ! " ucap Dania dek kerana terkejut .

Emeer hanya membuat muka dingin . Memandang Adam yang asyik merengek . Dania pula masih lagi dalam keadaan terkejut . Tidak sedar kehadiran suaminya itu .

" Bu-bukan ke awak kat pejabat sekarang ? " dia menyoal hairan .

" Meeting cancel " balas Emeer ringkas . Adam diambil dari dukungan isterinya .

Dania perhati saja gerak geri Adam dan Emeer . Suaminya seperti sudah lama pulang . Tali leher milik lelaki itu sudah hilang ke mana . Malah lengan baju sudah disingsing ke paras siku .

Nampak kacak !

Dania cair sendiri . Entah kenapa , Emeer makin hot sekarang . Sering membuat hatinya gundah . Malah dia juga risau , jika Emeer mampu menarik perhatian wanita-wanita diluar sana .

Emeer cukup pakej . Jutawan muda , kacak , mempunyai aset hartanya sendiri . Dania sendiri masih merasa dirinya jauh lebih rendah dari Emeer . Yang memiliki semuanya .

" BUATKAN AKU COFFEE ! "

Jeritan daripada Emeer menyentakan segala lamunan Dania . Dengan tergesa-gesa dia membuat air untuk suaminya itu . Sebaik saja tidak kantoi .

" Ya Allah , terima kasih " ucapnya dalam hati .

Dia tidak kisah jika sayang Emeer hanya pada Adam . Dia rela bermadu kasih sekalipun andai kata Emeer mempunyai wanita lain . Cukup sajalah Adam merasai kasih sayang seorang ayah .















Maaf atas kesalahan nama watak . 😂 .

Encik Mazlan tertukar nama daa . Jadi Encik Samad 😂 . Aku sendiri baru sedar harini . Ermm - kalu x aku dh x edit . Thanks ats komen korang tu 😂 .

Anyone ?

Rindukan Aiman dan Nabila ? 😙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro