>11<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-Haera pov-

Aku terkejut bila didepan aku sekarang ni ialah Kim Taehyung. Okay what is going on here. Aku rasa mama ada plan something bhai.

"Okay memandangkan semua dah ada kat sini. Apa kata kita makan dulu then baru lah kita bincang" cadang papa dan disambut dengan anggukan parents yang lain.

Sampai sahaja makanan, Jungkook terus mengambil steak aku. Aku just memandangnya pelik. Aik kebulur sangat ke dia ni sampai steak aku pun dia nak kebas.

Selepas itu, Jungkook meletakkan steak yang sudah siap dipotong dihadapan aku.

"Nah. hehhe Kook potongkan" katanya dengan sengihan bunny.

"Aiguu sweetnya dia. Thanks brother" kataku lalu menyerabaikan rambutnya.

Taehyung memandang kami dengan pandangan what - the - hell. Aku tahu kau jeles so diam jerla.

Mama dengan papa tersenyum bila lihat kemesraan anak kembarnya. Dah macam bukan adik beradik hubungan kita orang ni. Tengoklah baju pun nak sedondon.

"Amboi sweetnya kamu berdua ni. haha comel je aunty tengok" seloroh omma Kim yang dari tadi perhatikan kami.

Kami hanya tersenyum malu.

"Diorang berdua ni memang mcm ni. Sweet terlebih. Ni kalau ada oppa diorang ni. Lagi bersemut rasanya" seloroh mama pula. Yang lain hanya gelak bila mendengar perlian mama tadi.

Bila mama dah memerli hurm terus ssup ke hati.

Habis sahaja makan malam. Papa pun memulakan perbincangan yang ditunggu tunggu oleh mereka semua.

"Papa Jeon nak bincang pasal apa ni" soal Yaeran yang dari tadi firasat ingin tahunya makin membuak.

"You're guys future" jawab papa berkias. Berkerut dahi aku bila papa cakap mcm tu.

"What my future" kata ku. Kening sebelah dijongketkan.

"Ye sayang. Mama dengan papa nak tunangkan kamu dengan salah sorang dari anak puan Kim." jelas mama. Makin terkejut aku bila mama cakap aku akan ditunangkan dengan salah sorang anak Puan Kim. Okay but sapa orang tuu!

"Apa tu-tunang! Ma Pa are you serious? But with who?" soalku lagi. Aku tak nak duh. And mintaklah bukan Taehyung si mamat beku ni.

"Mama srs sayang. Dengan Kim Taehyung" Jawab mama.

🌹🌹🌹🌹

-Taehyung pov-

"Mama srs sayang. Dengan Kim Taehyung."

Pftt. Habis tersembur air yang aku minum tadi bila aunty Jeon sebut nama aku.

Kejap...kejap

Aku kena bertunang dengan perempuan depan aku ni!?

"MWO!" jerit aku dengan Haera serentak.

"Omma! Tae kena tunang dengan dia ni ke" kata aku tak puas hati dan memandang Haera atas bawah.

Haera memandang aku dengan pandangan yang menjengilkan.

"Ye sayang. Omma nak kamu dengan Haera disatukan. Tae terima ya" jawab omma ku dengan nada yang lembut. Aku memandang appa minta kepastian. Dia hanya mengangguk.

Aku memandang hyung2 aku. Diorang memberikan pandangan terima - jerla - Tae padaku.

Mata aku teralih pula pada Haera yang di hadapan aku. Dia menggelengkan kepalanya sambil itu matanya dipejamkan kepada aku.

"Ommaa~" panggilku meleret.

"Wae Tae tak nak terima ke. Kalau macam tu bagi omma sebab kenapa kamu tak nak pertunangan ni." kata omma aku. Haa sudah. Aku nak bagi alasan apa ni. Aku hanya diam tak mampu nak bersuara.

"Ke kamu tak boleh move on dengan ex yeochin kamu" kata omma selamba.

"Mwo? Kook Taehyung ada yeochin ke dulu?" bisik Haera dekat Jungkook.

"Yang tu Kook tak tahu" bisik Jungkook kembali. Haih dua beradik ni.

"Haih omma bukan macam tu. Hurm yerla Taehyung terima" kata ku. Haera menyepak kaki aku. Dia memberikan pandangan asal - kau - setuju . Aku hanya mengendahkannya.

"So Haera kamu mcm mana pula setuju?" soal papanya. Dia memandang Jungkook yang disebelahnya.

Jungkook hanya mengangguk kepada Haera. Haera melepaskan keluhan. Tangannya digengam.

"Haera se-setuju" katanya. Parents kami menghembus nafas lega.

"Nah Tae. Sarungkan cincin dekat jari Haera." kata appa ku pula. Dia menghulurkan kotak cincin kepada aku.

Aku menyambut huluran appa ku dan terus memberikan isyarat pada Haera. Dia yang faham tu lambat-lambat menghulurkan jarinya. Tanpa membuang masa terus aku menyarungkan cincin itu dijari manisnya.


Cantik. Pandai omma pilih.

"Wah cousin kita dah tunang" usik Yaerin.

"Tu lah. Hahahah lepasni tak leh nak bebas sangat dah dia tu" usik Yaeran pula. Tercetus ketawanya diikuti Yaerin disebelahnya.

"Amboi sukanya anak anak daddy ni" kata uncle Han pula.

"Jangan suka sangat usik si Haera tu. Mommy dengan daddy dah buat keputusan nak tunangkan kamu berdua dengan namja yang duduk dihadapan kamu ni" kata aunty Han pula. Membulat mata twin Han bila nasib mereka sama dengan si Haera.

"So Rin kena bertunang dengan Seokjin and Ran pula kena bertunang dengan Namjoon ke" kata Yaerin seolah tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ni. Uncle Han hanya mengangguk bagi jawapan Yaerin.

"Hahaha gelakkan lah aku lagi. Gelak gelak. Padan muka korang. Jin Namjoon nanti dah jadi suami dua ekor ni pandai2 lah eh jaga. Kalau boleh ajar diorang ni jadi manusia bertauliah sekali." kata Haera dengan penuh kesinisan. Dia memberikan senyuman sinis kepada Yaerin dan Yaeran bila diorang memandangnya tajam.

"Amboi. Muka nampak innocent je si Haera ni tapi bila buka mulut ayat savage yang keluar" seloroh appa pula. Tergelak yang lain dibuatnya.

"Hahaha dia ni memang macam ni. Mulut laser. Ntah sapa lah yang ajar dia tu" kata uncle Jeon pula.

Aku syak Yoongi hyung yang ajar dia ni. Ish ish.

"Hyung tunggu apa lagi. Cepatlah sarungkan cincin dekat jari diorang" kata Jungkook pula. Eh budak ni dia yang eksaited kenapa.

"Eh eh excited pula kau eh" kata aku pula. Dia hanya tersengih menampakan gigi arnabnya. Masing masing tergelak dengan gelagat kita orang.

Yaerin & Seokjin

Yaeran & Namjoon

"Habis je korang punya exam. Appa nak korang semua kawin lepas tu" kata appa aku.

"Tapi appa exam tu lagi dua bulan. Tak rushing sangat ke" kata Seokjin pula.

"Lagi cepat lagi bagus sayang" kata ommaku pula.

"Kita buat majlis kawin Taehyung dengan Haera dulu. Tapi majlis kamu berdua kita buat dekat rumah papa yang dekat German tu. Yaerin dengan Yaeran kamu bincang dengan mommy dengan daddy kamu nanti arraseo." kata uncle Jeon. Kami hanya mengangguk sahaja. Nak membantah tak boleh.

Habis sahaja dinner yang mengejutkan ni. Sebelum keluarga Jeon balik aku meminta izin untuk pinjam Haera sekejap.

Haera hanya memeluk tubuh bila kami sudah berdua dua-an.

"Kau nak apa" soalnya kasar.

"Amboi kasarnya bahasa. Cer bahasa sopan sikit." kata aku pula. Haera hanya menggulingkan matanya sahaja bila aku cakap mcm tu.

"Heol tak nak aku" balasnya lagi.

"Ikut suka kau lah. Aku just nak cakap. Jangan nak taruh apa2 harapan dekat aku sebab apa sebab pintu hati aku tertutup untuk yeoja lagi2 yeoja kasar mcm kau ni." kataku balik. Dia memandang aku dengan riak yang tak puas hati.

"Heh ingat aku akan terjatuh 'cinta' ke dengan kau. Tolong lah. Bukan kau sorang je tau yang dah tertutup pintu tu. Aku pun sama. Lagi2 namja macam kau ni. Dah nak cakap tu je kan. Aku blah dulu" kata Haera sebelum dia meninggalkan aku.

Okay. Aku terkedu dengan kata kata dia tadi. So dia pun ada kisah silam sama macam aku jugak ke. Wow interesting.

Kening aku bertaut bila Haera patah balik menghampiri aku.

"Aku tak nak pertunangan kita ni heboh satu sekolah and cukuplah bangtan je tahu. And tolong jangan buat aku jatuh cinta dengn kau sebab aku dah penat nak hadap sakitnya nanti." kata Haera dan berlalu pergi meninggalkan aku sekali lagi.

Aku rasa pelik dengan dengan permintaan dia. Aku mesti siasat apa yang dah jadi dengan dia sebelum ni. Jungkook mesti tahu jawapan dia.

Aku kena tanya Jungkook lepasni.



🌹 to be continue 🌹

cerita ni dah makin mengarut hurm apa apa pun enjoy lah ye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro