>14<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-Taehyung pov-

Dah seminggu aku bergelar tunang Haera. Hubungan kita orang kejap okay kejap dingin kejap gaduh.

Haih ntah lah aku still tak leh nak terima dia dalam hidup aku and aku rasa dia pun mcm tu jugak tak leh terima aku.

Ish kusut ah mcm ni.

Aku berjalan masuk ke kelas. Aku dapat lihat meja Jimin yang penuh dengan hyung hyung kesayangan aku sapa lagi kalau bukan bangtan.

"Ish hyung ni bukan nak tunggu Tae" sergahku pada diorang. Mata aku terpandang Haera yang tengah gelak ketawa dengan sepupu dia Yaerin.

Langsung tak pedulikan kedatangan aku.

"Dah kau lambat sangat hyung tinggal jerla" kata Namjoon hyung. Aku mencebik.

"Ehem guys beri perhatian kejap" ucap Seokjin hyung pulak. Suasana yang riuh tadi terus senyap dan kita orang semua menumpukan perhatian pada Jin hyung.

"Hujung minggu ni jom kita semua pergi amusement park nak tak" cadang Jin hyung. Mata yang lain bersinar bila mendengar ajakan Jin hyung itu.

"Wah bestnya. Eyy tak sabar" teruja Yaeran. Yaerin juga sama tak dapat nak simpan dah teruja diorang tu.

Haera pula hanya mengangguk bila Yaerin tak habis menyuruhnya pergi juga.

"So hyung nak gerak kul brapa nanti" soal Jungkook pula.

"Hurm nanti kita bincang balik. Ha okay la kita orang gerak dulu bye" kata Jin hyung dan berlalu pergi bersama hyung yang lain.

Lpas sahaja diorang pergi. Guru kelas kita orang pun masuk.

"Ehem okay guys kamu semua akan ada pelajar baru. Ha mari masuk" kata Sir Seojoon.

Aku ternanti nanti siapakah pelajar baru tu.

"Ehem. Anyeonghaseyo semua. nama saya Kang Shie Tan. Sila beri tunjuk ajar." kata pelajar tersebut.

Aku terkejut.

Why dia ada kat sini.


🌺🌺🌺🌺

-Jimin pov-

Aku terkejut dengan kehadiran pelajar baru tu.

Kenapa dia muncul balik. Kenapa sekarang.

Aku pandang Tae. Reaksinya pun sama mcm aku terkejut dengan kehadiran dia semula.

"Okay Shie Tan awak boleh duduk dekat tempat hadapan Haera. Haera sila angkat tangan" kata sir Seojoon. Haera pula hanya mengikut arahan sir.

"Nae sir" kata Shie Tan dan terus duduk dihadapan Haera. Sempat dia mengerling Taehyung yang masih kaku ditempatnya.

Aku pandang Haera muka dia jelas yang dia tak tahu apa apa. Takkan lah Tae tak cerita lagi.

"Weh kau okay tak. Pahal muka baru lepas nampak hantu" tegur Haera.

Aku memandang dia lalu menggelengkan kepala. "Aku okay. Don't worry" kata aku untuk menyakinkan dia.

Haera hanya mengangguk sebelum dia kembali menyambung tidurnya.

Haih ini yeoja.

🌺🌺🌺🌺

-Haera pov-

Sekarang masa rehat. Aku rasa macam malas pula nak turun.

Dari tadi aku perhatikan si Jimin ni kenapa dia diam je tak macam selalu and nampak mcm gelisah.

Bila ditanya dia cakap okay je. Eyy ada jugak aku flip dia ni karang.

"Weh jom makan aku dah lapar duh rasa nak mengamuk je" ngadu Yaerin dekat aku. Ni lagi sorang kerja nak makan je. Nasiblah tak gemok je.

"Ye ye kau sabae jap aku nak kemas barang" kata aku balik. Yaerin hanya mengangguk.

Bila aku dah siap kemas aku terpandang budak baru tu pergi dekat Taehyung.

Nampak gaya macam diorang berdua ni dah lama kenal.

Tapi asal muka Taehyung ketat semacam. Aku tengok Jimin pula terus dia pergi dekat Taehyung.

Asal aku rasa semacam ni. Diorang ada sorokan sesuatu ke.

"Kook"

"Eum"

"Kenapa dengan diorang tu" tanya aku pada Jungkook. Mana lah tahu dia tahu something.

"Ahh emm noona sebenarnyakan.."

Aku hanya mengangkat kening pada Jungkook minta dia sambung. Jungkook memandang aku dengan wajah yang sukar nak tafsir.

"Eum sebenarnya budak baru tu ex Taehyung" sambung Jungkook dan mampu membuatkan kami bertiga terkejut.

"Bwo?! srs lah Kook" kata Yaeran tak percaya. Jungkook hanya mengangguk.

Taehyung dengan Jimin terus berjalan ke arah kitaorang. Muka mereka berdua dapat membuatkan aku terasa gerun.

"Jom blah" kata Jimin dingin. Kami hanya mengikut mereka dua dari belakang. Sempat aku pandang Shie Tan yang dah cemberut habis.

Sampai je dekat kantin terua kita orang duduk di meja bangtan.

"Jimin Tae kenapa ni. Muka macam nak makan orang kenapa" tegur Jhope. Terus aktiviti makan kami terhenti.

"Hyung" panggil Taehyung. Mereka semua terus memandang muka redup Taehyung.

"Dia kembali semula hyung" sambung Taehyung. Membuntang mata mereka senua seakan faham dengan situasi sekrang.

"Bwo?! kenapa dia balik. Dia nak apa lagi" kata Namjoon pula.

Okay aku makin tak faham dengan situasi sekarang. Apa yang dah jadi ni.

Jin memandang Yaerin dengan pandangan tolong bawa Haera pergi sekejap. Yaerin mengangguk.

"Haera teman aku gi tandas kejap" tanpa banyak cakap terus aku bangun nak mengikut Yaerin.


-Taehyung pov-

Lepas je Haera pergi masing2 mengeluh lega. Mujur dia tak melawan.

"Habis sekarang Tae nak buat apa" soal Yoongi hyung pula.

Aku buntu. Tak tahu nak buat apa. Aku baru sahaja nak terima Haera dalam hidup aku tapi dia muncul pula.

"Haish Tae serabut lah." kata aku dan terus meraup wajah aku kasar.

"Haera tahu tak" soal Jin hyung lagi. Aku menggeleng. Aku tak sedia nak bagitahu dia.

"Hyung noona dah tahu sebab tadi Jungkook bagi tahu dia." terang Jungkook serba salah. Aku mengangguk mengatakan tak mengapa.

Takperla kalau dia dah tahu. Takdelah susah aku nak terangkan.

"Ish satu satu masalah datang." kata Jhope hyung.

"Haera tunggu lah kejap ish kau ni" kata Yaerin geram. Haera pula terus duduk dekat tempat dia tadi.

Sudah ni kenapa pulak.

"Haa korang kenapa pulak ni" kata Yoongi hyung. Dapat aku tengok muka Haera yang dah menyampah habis.

"Ish menyampah betul tau tak. Geram je dekat betina tu. Tadi aku terserempak dengan ex Tae. You know what dia kata aku tak layak untuk Tae la. Tak sesuai untuk Tae lah. Tak sama taraf dengan Tae lah. Tch fikir aku miskin ke sial. Then yang paling hanatnya dia suruh aku putuskan pertunangan ni heol memang tak lah. Apa nama dia Sitan, Satan, ahh Shie Tan. Hurm eloklah tu nama sama dengan perangai. Macam setan." bebel Haera tak puas hati. Tak cukup dengan bebel meja ditumbuk tumbuknya pula.

Tergelak aku dibuatnya. Haih dia ni bebel pun comel.

"Ish kau gelak apa. Aku tengah serious ni" kata Haera geram dengan aku.

Aku mengangkat kedua tangan aku tanda mengalah.

"Then takkan noona diam je" kata Jungkook pula.

"Gila ke noona nak diam je. Lepas dia cakap mcm tu noona terus tarik rambut dia then noona sumbat muka dia dekat lubang jamban. Fuh puas hati. Kalau boleh noona nak campak dia dekat loji." kata Haera lagi. Kalini bukan aku je yang gelak satu meja kami tergelak dengar cerita Haera.

"Srs duh time tu muka dia pergh jangan cakap. Kalah hantu weh. Nak tgk tak aku sempat rakam tadi" sambung Yaerin lalu terus dia mengeluarkan phone dia dan menayangkan video tersebut.

Sedikit sebanyak gelisah dalam hati aku tadi hilang bila tengok Haera yang tengah bergelak dengan yang lain.









🌺 to be continue 🌺



Guys author disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada uolls semua.

Ni hadiah dari autho sempena menjelang raya ni.

Enjoy you're day ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro