>17<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-author pov-

Waktu rehat pun tiba. Masing masing dah berlari menuju ke kantin kecuali Haera and the geng.

"Dah siap kemas? Jom rehat aku dah kebulur sangat ni." kata Yaeran sambil membuat muka tahan lapar.

"Dah okay jom" kata Jungkook. Baru je diorang nak gerak tetiba Taehyung menarik lengan Haera.

Haera memandangnya pelik.

"Korang gi dulu boleh nanti aku dengan Haera menyusul" kata Taehyung dan terus menarik lengan Haera supaya mengikutnya.

"Yah Tae!" jerit Jimin namun hampa Tae semakin jauh dengan mereka.

"Haih kenapa dengan diorang berdua tu" kata Yaerin pulak. Masing mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Situasi Tae dan Haera

"Yah lepaslah! sakit tahu tak!" bentak Haera. Dia menarik tangannya kasar dari Taehyung.

Haera mengosok lengannya yang mula kemerahan.

"Kenapa kau buat mcm tu" soal Taehyung dengan nada mendatar. Dia merenung Haera tajam.

Berkerut dahi Haera memandang Taehyung. Buat apa aku buat apa desis hatinya.

Taehyung yang seakan faham dengan kebluran Haera itu terus menanyakan semula.

"Asal kau buat mcm tu dekat Shie Tan" terangnya. Haera mengangguk faham.

"Kenapa salah ke. Ahh mestilah salahkan yerla malukan girlfriend depan orang lain" kata Haera pedas. Dia mengalihkan pandangannya dari renungan tajam Taehyung.

Rahang Taehyung bergerak gerak menahan amarah.

"Aku tanya elok2 kan. Tak leh nak jawab elok2 ke" katanya balik. Haera menggulingkan matanya.

"Kalau kau bawak aku kat sini semata2 nak cakap pasal girlfriend kau. Sorry aku tak berminat. Dah blah aku nak makan. Daripada hadap muka bengis kau apa pun tak dapat. Tepilah!" kata Haera geram. Terus dia merempuh dada Taehyung dan berlalu pergi.

Taehyung mengengam penumbuk kecil. Kecik besar je dia tengok Haera sekarang ni.

Haera berjalan seorang diri di sekitar kawasan blok lama sekolah. Mood makan nya hilang disebabkan Taehyung tadi.

Sedang dia melayan perasaan tetiba rambut dia tarik oleh seseorang.

"Yah! apa ni! lepaslah!" rontanya. Namun cengkaman tu makin dikuatkan.

Tiba sahaja di satu bilik terus tubuh Haera ditolaknya. Haera jatuh terbaring. Pandangannya tertumpu pada Shie Tan yang tengah memberikan dia senyuman sinis.

"Kau!"

"Aku apa! Puas hati kau malukan aku tadi! Tapi sayang kau salah orang nak buat main! Girls!" kata Shie Tan. Dia memanggil konconya dan munculah blackpink disisinya.

Haera tak mampu nak berdiri disebabkan kakinya terseliuh disebabkan tolakan Shie Tan tadi.

Shie Tan mengarahkan blackpink menjalankan tugas mereka.Maka dengan itu tubuh kecil Haera dibelasah dengan teruk oleh mereka.

Jennie menendang perut Haera berkali-kali dengan kuat. Baru sahja Haera mahu bangun terus belakang badannya dipijak oleh Rose. Kaki yang terseliuh tadi dipijak bukan setakat dipijak malah disepak pulak oleh Lisa. Nafas Haera mula tak teratur.

Shie Tan pula duduk di atas Haera. Muka Haera dilempang-lempangnya pulak dengan kuat. Tepi bibir Haera mula pecah dan cecair merah mula mengalir.

"Ini balasan kau sebab malukan aku" kata Shie Tan dan terus menampar pipi mulus Haera.

Haera berdecit. Dia tersenyum sinis kepada Shie Tan.

"Apa ni sis 1 lawan 5. Kecut ke kak. Tak fair ah gini" kata Haera dan smirk. Memerah muka Shie Tan menahan geram. Dia terus menghempas kepala Haera dilantai tak cukup itu tangan Haera dipijaknya. Lepas mereka puas kerjakan Haera terus mereka berlima keluar dari bilik stor itu. Pintu nya pula dikunci.

Masing2 ketawa bila puas dengan hasil kerja mereka kecuali seorang.

"Weh. Aku rasa kita tak patut buat Haera mcm tu." kata Jisoo perlahan. Terus Jennie memandangnya tajam.

"Kau kenapa nak backup dia." kata Jennie geram. Terus Jisoo menggeleng dan meninggalkan diorang berempat.

Haera mengesot menuju ke pintu. Namun hampa pintu dikunci dari luar. Haera mengeluh. Dia mengetuk pintu supaya ada orang yang mendengar dan menyelamatkan dia. Namun blok itu agak jauh dengan blok pelajar yang lain dan mustahil bagi pelajar untuk mendengar. Haera memegang kepala nya yang berdenyut dengan kuat akibat hentakan tadi.

Tetiba Haera merasakan dada dia sakit. Pernafasan Haera seakan tersekat. Dia memukul dadanya.

"To..tolong.. Je..bal.. Tolong lah jangan sekarang semput nak datang" kata Haera. Dia meraba raba koceknya tapi malang bila ubatnya tertinggal dekat kelas.

Semakin sesak dibuatnya. Perlahan2 pandangan Haera gelap.

"Tae.. Taehyung" kata terakhir Haera sebelum dia tidak sedarkan diri.

🌼🌼🌼🌼


"Eo Tae! Eh Haera mana" kata Hoseok bila Taehyung dah semakin hampir dengan mereka.

"Eh dia tak sampai lagi ke. Dia pergi dulu tadi takkan tak sampai lagi" kata Taehyung. Yang lain memandang sesama sendiri. Dah kemana pulak dia ni pergi. Desis hati masing-masing.

"Aduh mana noona ni. Hyung, kook tak sedap hati lah. Dari tadi lagi kook rasa macam ni" kata Jungkook risau. Dia mengosok dadanya.

"Ish mainan perasaan je tu. Maybe dia jalan jalan kot." tembak Jimin. Tak dinafikan juga dia pun dari tadi rasa tak sedap.

Taehyung makin tak senang duduk dibuatnya. Dia terbayang wajah kecewa Haera bila disoal pasal Shie Tan tadi.

"Tae nak cari Haera. Kook jom" kata Taehyung. Terus dia dengan Jungkook beredar dari situ.

Yaerin dengan Yaeran hanya mampu berdoa yang Haera tak apa2.

"Haih manalah budak ni menghilang" kata Jin perlahan.

15 minit berlalu. Taehyung dengan Jungkook memasuki kelas mereka dengan perasaan hampa.

"Tae, Kook. Macam mana dah jumpa ke" kata Namjoon.

Mereka menggeleng. Masing melabuhkan punggung ditempat masing2.

Jungkook mengeluh. Taehyung pula mengurut pelipisnya. Pening dia bila Haera menghilangkan diri.

🌼🌼🌼🌼


Waktu sekolah pun telah tamat. Kelibat Haera langsung tak ada. Masing masing dah mula risau.

Namjoon menenangkan Yaeran yang hampir menangis.

"Sekarang ni macam mana. Kita nak cari Haera kat mana lagi" kata Yaerin geram bila dari tadi cari Haera tapi masih tak jumpa.

Masing2 buntu. Tetiba pintu kelas dibuka oleh seseorang. Mereka terus memandang seorang yeoja yang tengah berpaut pada dinding.

"Haera! Noona!" jerit mereka serentak dan terus mendapatkan Haera.

Masing2 terkejut bila melihat keadaan Haera yang teruk dibelasah. Taehyung memegang bahu Haera.

"Haera cakap sapa yang buat kau macam ni! Cakap!" kata Taehyung dengan nada menahan geram dan marah.

Haera memandang Taehyung dan tersenyum sebelum dia rebah. Taehyung dengan pantas menyambut tubuh Haera. Terkejut masing masing bila Haera tidak sedarkan diri.

"Haera! Yaah Jeon Haera!" jerit Taehyung. Dia menampar perlahan pipi Haera.

"Aku tahu sapa yang buat Haera macam ni. Kau tunggu" kata Yaerin dan terus berlari menuju ke suatu tempat.

"Yaerin! tunggu!" kata Jin dan terus mengejar Yaerin.

"Tae bawak Haera gi hospital palli. Jimin Jungkook Yaeran follow Tae. Yang lain follow Jin hyung. Palli" arah Yoongi. Masing2 mengangguk.

Taehyung terus mengangkat tubuh Haera. Dia tenung muka Haera yang penuh dengan lebam.

"Haera jebal bertahan. Tolong jangan buat aku mcm ni" kata Taehyung perlahan.

Sampai sahaja dekat kereta. Terus Taehyung membaringkan badan Haera di seat belakang. Dia menilik kawasan badan Haera yang penuh dengan kesan lebam. Dia terkejut bila melihat kawasan perut Haera. Penuh dengan kesan lebam yang mula keungguan dan kebiruan.

"Tae.. Taehyung" panggil Yaeran. Taehyung terus memandang Yaeran yang tengah menunjukkan kaki Haera.

Membuntang mata mereka berdua bila tengok keadaan kaki Haera yang terseliuh itu semakin teruk.

"Kook! Cepat!" jerit Jimin disebelahnya. Jungkook terus memecut dan meninggalkan perkarangan sekolah.

"Tae..hyung" panggil Haera lemah. Taehyung terus memandang Haera. Tangannya kuat mengengam tangan Haera.

"Aku kat sini. Lepas ni tak ada sapa yang berani buat kau macam ni. I will protect you. I'm promise" kata Taehyung. Dia mengusap perlahan pipi mulus Haera. Dalam hatinya tak putus doa mengharapkan Haera selamat.














🌼 to be continue 🌼



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro