>20<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-Autho pov-

Tengah kusyuk Taehyung tonton tv tetiba pintu rumah kekuarganya diketuk bagaikan mahu roboh.

"Tae! bukalah pintu tu anak oi! roboh jugak pintu nanti!" jerit eomma Kim dari dapur. Geram dia dengan kemalasan anak teruna bongsunya itu.

Taehyung dengan malas hanya mengikut arahan eommanya. Buka sahaja pintu terkejut dia bila dihadapannya ialah hyung2 nya.

"Eh hyung. asal balik tak bagitahu." soal Taehyung. Ceh padahal dia pun sama.

"Saja rindu eomma. Cakap orang dia pun balik tak inform" jawab Namjoon. Taehyung tersengih petak.

"Hehe mian. Ada orng tu rindu dekat mama dia so Tae bawak lah dia ke sini." jawab Taehyung. Namjoon dengan Jin sekadar mengangguk.

Eomma Kim pun mula menjenguk gerangan siapakah yang datang di rumahnya pada waktu dinner begini.

Terus badan sasa Taehyung ditolaknya. Hampir tersungkur Taehyung dibuatnya.

"Omo. Rindunya eomma dengan kamu berdua ni." kata eomma Kim lalu memeluk tubuh lampai anak anak nya itu. Taehyung berdecit.

"Anak teruna eomma yang baru je kena tolak ni tak rindu pulak." kata Taehyung dalam nada sedih. Tapi malangnya bioa eomma Kim hanya buat tak endah dengan nya.

"Menantu menantu kesayangan eomma mana. Tak ikut balik sekali ke." soal eomma. Terus Namjin menunjukkan Yaeran dan Yaerin dibelakangnya.

Terus tubuh Namjin ditolak. Eomma Kim memeluk tubuh kecil kembar Han tersebut. Tak cukup dengan peluk, dicium pulak pipi mereka.

"Aigoo, makin cantik kamu berdua ni tapi cantik lagi Haera Hahaha. Eomma gurau gurau. Eh jom la kita masuk. Kat luar ni sejuk." kata eomma Kim dan sempat dia bergurau. Kembar Han hanya tersenyum je mampu. Tak dinafikan yang sepupunya Haera memiliki wajah yang cantik dari mereka.

"Eomma, Haera pun ada jugak ke" soal Yaeran. Matanya meliar mencari kelibat Haera. Tapi tak jumpa2. Aik takkan lah dah balik ni Tae kat sini. Desis hatinya.

"Ye sayang. Dia ada dekat bilik Taehyung tengah mandi. Ouh ye kamu berdua pun pergi lah mandi. Ni masih dengan baju sekolahnya alahai. Pasal baju jangan risau eomma dah sediakan." jelas eomma Kim. Berkerut dahi kembar Han dibuatnya.

"Baju dalam sekali ke" bisik Yaerin. Kang cakap kuat2 terdengar pulak tiga namja yang tengah kusyuk tengok didi and friends. Siap menari lagi.

"Nae. Mama dengan mummy kamu bertiga tu ada hantar baju dekat eomma. Bukan setakat baju, skirt, dress, blouse dan tak lupa juga baju dalam kamu semua. Katanya persiapan." terang eomma dan diakhiri dengan tawa kecil.

"Ouh eomma lupa pula. Mummy kamu takde pulak bagi baju biasa. Takper nanti eomma selongkar almari baju Jin dengan Namjoon." sambung eomma Kim lagi. Kembar Han hanya mengangguk.

"Taehyung. Pencuci muka kau mana... eh korang berdua bila sampai." kata Haera terbantut bila terpandang kembar Han yang tengah memandangnya.

Taehyung yang tengah syok tengok tv terus pandangannya teralih ke arah Haera. Rambut basahnya yang dililitkan dengan towel. Baju oversize yang dikenakan Haera berserta seluar panjang yang agak ketat itu mampu membuatkan Taehyung tergoda. Bukan setakat Taehyung malah Namjoon dengan Jin pun sama.

"Uish Tae. Tergoda pulak hyung tengok Haera macam tu." seloroh Jin. Terus kepalanya mendapat pukulan dari Taehyung. Dia memandang Taehyung tajam tapi lagi tajam setajam pisau Taehyung berikan pada Jin. Kecut Jin dibuatnya.

"Er baru je sampai tadi." jawab Yaerin lalu memandang Haera atas bawah. Haera memandangnya pelik tapi dia hanya mengendahkan.

'Dah kenapa tak pernah tgk orang baru lepas mandi ke' desis hatinya.

"Ouh okay" jawab Haera seakan tak kisah. Terus dia menuju ke arah Taehyung yang dari tadi tak habis merenungnya.

"Eomma tengok anak bongsu eomma tu. Yaeran rasa dia dah tergugat tengok Haera." usik Yaeran pada eomma Kim. Eomma sekadar menggeleng dan menyambung kerja di dapur.

"Weh Tae. Pencuci muka kau mana. Aku cari tak jumpa pun." tanya Haera pada Taehyung. Tapi Taehyung tak membalas malah matanya tak berkelip memandang Haera.

Terpinga2 Haera dibuatnya. Dia memandang belakangnya. Takde apa pun desisnya. Dia melambaikan tangannya di hadapan Taehyung. Tapi masih sama.

"Ni kalau aku libas guna towel agak agak sedar tak" seloroh Haera. Namjin menahan ketawa mereka dari tercetus.

"Tae. Yah Kim Taehyung!" panggil Haera geram.

"Haish memang aku libas betul lah dia ni" omelnya lagi.

"Hahahaaha. Hyung nampaknya adik kita sorang ni dah tergoda dengan Haera" usik Namjoon lalu tercetus tawa mereka berdua. Haera menghembus nafas geram dengan Taehyung ni.

Terus dia mendapat idea. Dia tersenyum nakal dan terus dia mendekatkan mulutnya dekat telinga Taehyung.

"KIM TAEHYUNGG!!" habis bergema rumah Kim itu dengan suara lantang Haera. Terus terkejut Taehyung dibuatnya.

"YAH JEON HAERA!" jerit Taehyung balik. Dia mengosok telinganya yang berdesing itu.

"Apa masalah kau ni. Kalau aku pekak memang siap kau aku kerja kan." kata Taehyung lagi. Haera memandangnya dengan tiada langsung riak bersalah.

"Eh nak salahkan aku pulak. Aku dari tadi dok panggil kau. Pastu kau buat derk je then tenung tenung aku. Dah kenapa. Sawan dah ke." kata Haera geram. Dia mengecilkan matanya memandang Taehyung. Taehyung pula dah terlopong dengar kata Haera tadi.

"Y-Yah! Ani-anigeotdeon!" nafi Taehyung. Haera membuat muka really pada Taehyung.

"Eh eh kenapa gagap tu" usik Namjoon. Terua telinga Taehyung merah.

"Fuh merahnya telinga." usik Jin pula lalu dia berhigh five dengan Namjoon disebelahnya.

"Kau tanya apa tadi" kata Taehyung cuba menghilangkan gugupnya.

"Aku tanya pencuci muka kau mana. Aku cari tak jumpa tadi. Takkan aku nak selongkar laci kau. Tak sopan lah pulak." terang Haera untuk yang keberapa kali pun tak tahu.

Taehyung pun terus bangun dan menyuruh Haera untuk duduk. Dan dengan sepantas kilat terus dia melesapkan diri menuju ke biliknya.

Bergema tawa mereka bereempat di tingkat bawah. Haera pula tergeleng kepalanya dengan sikap pelik Taehyung.


🌺🌺🌺🌺


-Taehyung pov-

"Haish pabo. Pabo Kim Taehyung. Asal kau tenung dia macam tu. Haish jinjja" kata aku geram dengan diri sendiri. Tak cukup dengan tu aku menampar pipi aku banyak kali.

Haish buat malu je. Tapikan bila tengok balik. Boleh tahan body Haera tu. Hot juga dia tadi. Rasa macam nak kawin terus je then terus terkam.

"Yaish pabo. Apa benda yang aku bayangkan ni. Ya tuhan. Taehyung jangan macam2 kau kenapa ni" omel aku lagi. Aku memegang dada aku yang dari tadi berdenyut laju.

"Err Tae.. Dah jumpa belum" kata Haera dari luar. Terus aku tersedar dari lamunan aku.

"Kejap!" jerit ku dari dalam. Bila dah jumpa pencuci muka tu terus aku membuka pintu dan terpancul lah wajah Haera.

"Nah. Ni yang baru punya kau pakai lah. Yang lama maybe dah habis tu yang tak jumpa." kata aku lalu menghulurkan pencuci muka innisfree kepada Haera. Haera menyambut huluran aku.

"Hee..gomawo" kata Haera lalu tersenyum ke arah aku sebelum kakinya melangkah ke bilik air.

Dia senyum ke tadi. Kenapa manis sangat senyuman dia tadi.

Dup..dap..dup..dap..

Jantung aku. Asal dengup laju sangat ni. Haish tolong lah jgan buat aku tak keruan weh.

Lepas sahaja Haera siap membasuh mukanya. Dia hairan tengok Taehyung yang dari tadi memegang dadanya.

"Yah. Neo gwenchana?" soal Haera risau. Terkejut aku dibuatnya. Dan tanoa sengaja aku tertinggikan suara aku pada dia.

"Ish! Lain kali bagi salam lah!" kata aku dan terus meninggalkan Haera yang terpinga2.

🌺🌺🌺🌺


-Haera pov-


"Ish! Lain kali bagi salam lah!" marah Taehyung pada aku. Takdelah marah cuma dia tinggi kan suara. Ish dia ni kan. Makin pelik aku tengok dia. Semenjak aku masuk hospital lagi.

Aku risau pasal dia pun salah. Eyy geram betul. Aku pun memulakan langkah aku menuju ke dapur. Tae yang berada di ruang tamu aku jeling.

Menyampah. Sepak jugak kang.

"Haih kamu berdua ni. Kalau ye pun pergi lah mandi dulu. Ni dengan baju sekolah dah tolong eomma. Nanti baju kamu kotor mcm mana dah susah nak basuh." bebel eomma pada Yaeran dengan Yaerin.

Amboi bukan main si Yaeran tu. Cemberut habis. Ni kalau kat rumah. Batang hidung pun tak nampak. Aku memeluk tubuh lalu pergi ke arah diorang.

"Ntah korang ni. Pergi lah mandi dulu. Busuk tau tak busuk." sampuk aku lalu menutup hidung aku. Dengan kesempatan tu aku sempat membuat gaya menghalau pada kembar Han.

"Ish yerla-yerla. Eomma mana baju hehe" pinta Yaerin pada eomma. Eomma terus memanggil Namjoon dan Jin. Aku pula hanya duduk di kerusi yang berdekatam dengan kaunter dapur. Aku mula memotong bawang yang dah dipotong oleh eomma tadi.

Lepas semua dah bergerak ke tingkat atas maka tinggal lah aku sorng2 disini.

"Ehem" bunyi deheman menyentakkan aku dari kerja memotong. Sapa lagi kalau bukan Kim Taehyung. Terlupa pulak aku akan ini namja.

Aku hanya membiarkan malas nak layan. Nanti kang kena marah lagi.

"Weh" panggilnya bila aku dari tadi tak melayan. Aku dapat rasa yang si dia makin dekat dengan aku.

"Haera" panggilnya. Aku dengan malas memandangnya yang dekat berapa inci sahja. Ni kalau salah sorang dari kami bergerak. Ya tuhan habis first kiss aku.

Aku menaikan kening sebagai 'apa' pada Taehyung. Dia mengaru lehernya makin pelik aku tengok dia ni.

"Sorry" kata dia perlahan. Terkebil-kebil aku melihat dia. Dah kenapa.

"For what" soalku kembali. Dari tadi aku nampk dia ni mcm ntah lah.

"Pasal aku tertinggikan suara kat kau tadi." jelas dia. Memerah muka dia. Aku sekadar mengangguk.

"Gwenchana. Dah biasa" balas aku tenang. Terus Taehyung menghadiahkan aku ciuman dipipi. Terkejut habis aku dibuatnya. Dia tersenyum.

"Yah apa ni" kata aku tak puas hati.

"Hadiah sebagai tanda maaf" katanya dan terus kerusi dihadapan aku ditarik dan Taehyung pun duduk. Dia memerhatikan saja perbuatan aku. Habis blushing aku bila ingatkan kiss tadi.

"Need help?" tawar dia. Kali ni tonasi dia dah macam selalu. Fuh lega aku.

"Boleh tolong basuhkan sayur tu tak" minta aku pada si dia. Aku menolak bakul kecil yang berisi sayur pada Taehyung.

Dia sekadar mengangguk dan terus menuju ke sinki. Aku sekadar memerhati dia. Tersenyum kecil tanpa sedar aku dibuatnya.

"Amboi... Dating eh" sergah eomma yang baru sampai didapur. Terkejut Taehyung dibuatnya. Aku hanya tertawa kecil dengan tingkah laku Taehyung yang sudah kalut.

"A-aniya" nafi Taehyung. Aku pun turut menggeleng bila eomma pandang kami silih berganti.

"Arraseo. arraseo" kata eomma sambil tersenyum.

🌺🌺🌺🌺

Lepas habis saja makan malam di rumah keluarga Kim, aku, Yaerin dan Yaeran tengah berbual pasal adik beradik Kim dengan eomma.

Tengah rancak kami berbual tetiba terdengar suara appa memanggil eomma.

"Yeobuu-yah~~" panggil appa Kim. Terus sahaja eomma menyahut panggilan appa itu.

"Buatkan air sayang. Anak2 awak ni ajak minum kopi pula malam2 gini. Katanya nak main pubg" jerit appa dari luar. Tanpa membantah terus eomma menyediakan air kopi dan tak lupa juga biskut.

"Haeraa" panggil eomma. Terus aku bangun dan pergi ke arah eomma.

"Tolong eomma boleh. Tolong letakkan air ni kat gazebo. Kalau boleh tuang sekali. Mana lah tahu Taehyung terpikat." kata eomma dan sempat mengusik aku. Aku hanya tersenyum kecil dan terus berlalu ke gazebo.

"Aigoo. Menantu bongsu appa ni. Makin cantik kamu. Pandai Taehyung jaga ye" puji appa padaku. Aku tertawa kecil dengan pujian appa. Ceh Taehyung jaga konon.

"Hee. Appa ni. Haera memang cantik pun. Tak yah puji pun dah tahu. Hehe" kata aku dengan penuh yakin. Sambil tu aku flipkan rambut aku. Confident itu penting guys. Appa tergelak bila dengan jawapan aku.

"Aigoo. Suka appa tengok menantu appa ni." sambung appa lagi. Aku sekadar senyun dan menyambung aktiviti aku iaitu menuang air ke dalam cawan mereka. Bila aku tengah tuang air ke dalam cawan Taehyung. Dia dari tadi perhatikan aku.

"Oit. Janganlah pandang Haera macam tu." tegur Namjoon. Terus Taehyung tersedar. Aku mengeluh lega. Tak tenteram aku dibuatnya.

"Err.. Haera kau dah makan ubat belum?" tanya Taehyung. Aku menelan perit air liur aku. What? perlu ke makan ubat. Ubat semput pun aku tak makan. Haish. Aku menggeleng perlahan.

Taehyung memandang aku tajam.

"Asal tak makan lagi" soalnya lagi. Terus mata-mata yang berada digazebo memandang ke arah aku.

"Sebab tak nak makan" jawab aku selamba. Mata Taehyung yang memandang aku tajam, aku hanya biarkan.

Appa memandang kita orng berdua dengan penuh tanda tanya.

"Haera, kamu sakit ke" soal appa. Terus cemas kami berdua dibuatnya. Takkan nak cakap yang menantunya ni kena belasah. Kang tak pasal2 Taehyung yang lunyai kat sini.

"Haah appa, dia kan ada semput pastu semput dia tu teruk pulak then doktor tahan dia dekat wad" kata Jin. Okay tu ada juga benar dia.

Appa sekadar mengangguk dan menyambung hirup kopinya.

"Haih kau ni. Macam mana nak sembuh kalau tak nak makan ubat." bebel Taehyung lagi. Aku hanya menggulingkan mata bila mendengar dia membebel.

"Haish kau ni kan. Orang cakap bukannya nak dengar." aku menutup kedua2 telinga aku. Ahhh boleh bernanah macam ni.

"Bla bla bla. Tak dengar tak dengar." provoke aku. Makin geram Taehyung dibuatnya.

"Yah! Jeon Haera!"

"Ish apa!"

"Makan ubat S.E.K.A.R.A.N.G" tegas Taehyung. Fuh takut kitew hurm.

"Ish tak nak lahh~" rengek aku balik bila si Tae ni tak faham bahasa. Orang cakap tak nak tu tak nak lah.

Bila Taehyung dan mula nak bangun mendapatkan aku, aku pun memulakan pelarian aku untuk lari daripda dia.

"YAH!" jerit Taehyung dan terus mengejar aku.

"Haih Budak berdua ni" keluh Jin. Tergelak appa dengan gelagat anak dengan menantunya.

Namjoon dengan Seokjin senang hati bila melihat Taehyung dengan Haera dah mula menunjukkan perubahan. Tak sia-sia usaha Jin dengan Yaerin membebel kepada mereka berdua yang ego megalahkan langit. Apa yang diorang Nampak ketara sangat ialah Taehyung dah mula nak bukakan hatinya utk Haera. Cuma Haera agak susah sikit hendak dibaca.















🌺to be continue🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro