>26<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-Yaerin pov-

"Semua dah kemas ke? dah tak ada barang yang tertinggal?" tanya aku pada Haera. Dia membuat gaya berfikir.

"Ada"

"Apa dia. Ish kau ni kan asyik tertinggal barang je tau." bebel aku pada dia. Dia pula hanya gelak.

"Risaunya kau. Rilek lah aku dah kemas semua barang aku. Dah tak ada apa yang tertinggal dah kecuali cincin aku. Sebab aku baling dekat muka Taehyung. Huhu." kata Haera dan sempat lagi dia bergurau even benda tu agak menyakitkan. Aku menepuk bahu dia. DDia hanya memberikan aku sign okay.

"Meh sini beg-beg kau. Aku letak dekat bonet." kata Jimin. Dia menarik dua beg bagasi milik Haera.

"Tiket ada tak? kang dah sampai aiport tertinggal pula. Passport semua dah ada?" soal Yoongi pula. Haera mengeluh.

"Jangan risaulah. Semua dah ada okay. Aku tak lupa." kata Haera cuba menenangkan kami semua. Dia menggeleng melihat kekalutan kita orang.

"Weh. Betul ke keputusan kau ni. Dah fikir habis ke? Tak nak ubah ke?" tanya aku. Aku tak nak dia pergi. Jebal. Jebal ubah keputusan kau.

"Yaerin. Aku dah fikir habis dah weh. Dah hangus and garing dah. Aku yakin ni je keputusan yang terbaik dengan aku. Kalau aku stay sini aku risau aku terluka lagi sekali. I need time to heal. Aku tahu kau risau tapi please. Aku tahu jaga diri aku. Kau jangan risau lah eh. Aku bukannya pergi mana pun. Aku balik rumah kot. Mama, mummy Han semua ada. Boleh tengokkan aku.Haih kau ni." kata Haera cuba menyakinkan aku.

Dia memegang tangan aku. Dapat aku rasakan tangannya hangat sekarang ni. Dia memberikan aku senyumannya bagi menyakinkan aku.

"Haihh okay fine. Jaga diri kau elok-elok." kata aku. Tubuhku rasa dipeluk. Dia menepuk-nepuk belakang aku.

Eyy dia ni kan suka buat aku nak nangis.

"Jom nanti terlepas flight" kata Yoongi. Haera meleraikan pelukan kami.

"Kaja" dia menarik tangan aku serta tangan Jungkook.

🌹🌹🌹🌹

Sampai sahaja di airport, aku mula rasa sebak. Tolonglah aku benci perasaan ni. Aku nak nampak happy untuk Haera.

"Kita makan dulu boleh. Aku dengan Jimin tak makan lagi." kata Yoongi sambil menarik beg Haera.

"Okay. Aku pun lapar balik ni hehe." kata Haera. Terus dia jalan menuju restoran yang ditunjuk Yoongi tadi.

"Kook. Kau okay tak ni." tanya Jimi pada Jungkook yang dari tadi menyepi.

"Tipu lah kalau aku cakap aku okay Jimin. Aku tak ready nak lepaskan noona pergi even dia just balik tempat asal dia. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia." jelas Jungkook. Dia hanya menunduk.

Aku faham Kook. Aku pun tak sanggup nak berjauhan dengan dia.

"Kook.. janganlah macam ni. Haera tengok nanti mesti dia rasa serba salah. Biarlah dia tenangkan diri dia. Biarlah dia lupakan apa yang dah berlaku. Aku yakin dia masih tak boleh lupakan pasal hal tu. Kau mesti nak tengok dia happykan, nak tengok Haera yang happy go lucky, yang savage tak kenang tempat, yang gila-gilakan, yang manjakan."

Jungkook mengangguk dengan kata Jimin tadi. Mata dia yang bertakung dia cuba tahan.

"Jadi biarlah dia pergi. Biarlah dia buat apa yang patut untuk dia nae. Kau tak nampak muka happy dia tu. Aku tahu tu semua dia buat-buat sebab apa. Sebab dia tak nak kita semua sedih Kook. Dia pun sedih nak tinggalkan kita tapi dia tak nak tunjuk. Dia nak Nampak happy untuk kita semua sebelum dia pergi. Jadi kita kena buat macam tu juga. Boleh Kook. Aku tahu kau boleh." kata Jimin. Dia mengesat air mata Jungkook.

Jungkook menarik nafas Panjang dan pejamkan mata dia.

"Nae arraseo" kata Jungkook.

"Yah! cepatlah! aku lapar ni! haish!" jerit Haera di depan pintu restoran. Dia bercekak pinggang.

Ya tuhan.. malunya aku dapat sepupu macam dia ni.

"Nae! Kook datang ni!" jerit Jungkook dan terus memeluk pinggang Haera.

"Thanks Jimin." kata aku. Dia cuma diam. Aku pusing belakang untuk memandangnya. Dia tengah tengah menangis.

"A-aku akn rindukan dia nanti." kata Jimin masih lagi menangis. Dia meminta diri untuk ke tandas. Aku hanya mengangguk dan terus menuju ke restoran.

"Yaerin ehh Jimin mana?" tanya Yoongi.

"Dia pergi tandas sekejap. Tak tahan nak kencing katanya." tipu aku. Yoongi sekadar mengangguk. Aku mengambil tempat sebelah Haera.

"Mian lambat hehe" kata Jimin bila dah sampai dekat meja kita orang. Dia mengarukan kepalanya.

"Haih kau ni. Dah cepat nak order apa. Budak sebelah aku ni dah kebulur sangat dah ni." kata Yoongi lalu menolak bahu Haera perlahan.

Haera mencebik. Dia menjelirkan lidahnya pada Yoongi.


🌹🌹🌹🌹

Habis sahaja makan, kami mula bergerak menuju tempat pelepasan.

"Kepada penumpang yang akan berangkat ke German, sila tunjukan tiket dan passport anda di kaunter. Kapal anda akan bertolak dalam masa 30 minit."

"Alaa aku dah kena pergi" kata Haera seakan sedih. Tapi mukanya kata sebaliknya.

Dia mengeluarkan passport serta tiketnya dari beg.

"Noonaa~" panggil Jungkook. Dia memegang bahu Haera.

"Noona.. Hiks.. Janganlah pergi.. Hikss.. Siapa nak jaga Jungkook lepasni.. Jungkook nak buli sape lepasni.. Sape nak buli Kook lagi... Sape nak kejutkan noona lagi.. Kook nak ikutt~" kata Jungkook persis kanak-kanak.

Haera memandangnya kasihan. Dia mengelap air mata Jungkook.

"Janganlah nangis Kook.. Kita dah janji kan.. Pinky promise.. Aigoo come here." kata Haera. Dia mendepakan tangannya kepada Jungkook. Jungkook terus memeluk Haera dengan ketat.

"Aigoo adik noona ni. Sejak bila jadi cengeng ni hurm." kata Haera. Dia menepuk nepuk belakang Jungkook.

Belum sempat Jungkook nak balas. Tubuhnya ditolak pula oleh Jimin.

"Ish dah la tu Jungkook. Aku pun nak peluk Haera jugak ish. Kau kat sana jangan nakal2 eh. Mata tu jangan pandang laki lain. Pandang aku je. Call aku angkat tau!" bebel Jimin. Haera dalam dakapan Jimin meronta minta dilepaskan.

Jungkook yang disebelah Jimin memandangnya tajam.

"Yah pabo... Aku... Tak.... Boleh.... Bernafas... Bodo...." kata Haera.

Yoongi yang berang dengan Jimin terus meleraikan pelukan tersebut.

"Haish korang berdua ni. Ada juga yang terlepas flight ni nanti." kata Yoongi. Dia menggeleng dengan perangai diorang berdua.

"Thanks Yoong. Tengok-tengokan lah eh dua ketul ni. Diorang ni bukan betul sangat. Kejap okay kejap hanat." kata Haera sambil menunjuk kearah aku dengan Jungkook.

Sempat lagi kutuk aku. Ish.

"Yang lagi ketul tu" kata Yoongi.

"Yang lagi ketul tu biarlah dia... Hahhaa tak penting" kata Haera. Kami semua ketawa mendengar jawapan dia.

"Weh. Take care tau. Kirim salam dekat mommy dengan daddy aku." kata aku dan membuat handshake kami berdua.

"No problem. Aku gerak dulu tau. Byee uolss" kata Haera sambal lambai ke arah kita orang.

"Anyeong chingu" desis aku dalam hati.

"Jom balik. Nanti Yaeran tanya macam-macam" kata Yoongi. Kami bertiga hanya ikut Yoongi dari belakang. Masing-masing muka sendu. Haihh.. nampaknya harini sendu day.

🌹🌹🌹🌹

-Haera pov-

Lepas 12 jam berlepu di dalam kapal. Akhirnya, sampai juga aku ditempat kelahiran aku. Haih tetiba terasa sebak pula bila teringatkan diorang tadi.

Haera mulai sekarang kau kena buka buku baru. Tutup buku lama.

"Saeng-ah!! sini-sini!!" jerit seorang namja. Aku menoleh kearah suara tersebut.

"Oppaa!!" jeritku lalu berlari kearahnya. Badan sasa dan lampai dia aku peluk.

"Aiguu, rindunya oppa dekat kau ni. Eeyy asal muka cengkung ni. Ni mesti pasal dia kan. Haishh geram betul oppa tau. Balik nanti cerita semua ye." bebel oppa aku.

"Eeyy bebel je. Jom lah balik Hae rindu mama dengan papa ni bukan nak dengar bebelan oppa." kata aku dan sempat memerlinya. Oppa aku atau namanya Jeon Seojoon memandang aku dengan muka acah garang lalu tersenyum.

"Arra-arra. Kaja. Mama dengan papa dah tunggu lama. Tak sabar-sabar nak jumpa anak dara diorang ni." kata Seojoon. Aku hanya mengangguk dan memegang tangannya. Tangannya lagi satu menolak troli yang berisi beg-beg aku.

Haera kau kena lupakn dia. Lupakan moment-moment kau dengan dia. Kau kena move on. Jadi Haera yang 'baru' bukan Haera yang 'lama'.

Aku boleh

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jaga jaga chapter yg seterusnya akan penuh dengan kejutan
Stay tune..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro