>40<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

special tags 🌹 : frogji Aisyaholaa

🌹🌹🌹🌹




-Haera pov-

Yeay! dah boleh keluar! Aku membetulkan pakaian aku. Taehyung pula mengemaskan beg aku.

Hurm aku tak suruh pun dia buat tapi dia yang buat so aku biar jerla.

"Noona nak balik rumah terus ke nak jalan-jalan dulu." tanya Jungkook. Mata aku bersinar. Jalan jalan wahhh nak!

Aku baru je nak jawab tapi mak buyung ni potong.

"Tak payah. Duduk rumah je. Kau tu bukannya sihat sangat. Lagipun kau ni tak boleh percaya sangat. Bukan betul pun perangai kau ni." bebel Yaerin. Dia ni kenapa garang sangat.

Aku memuncungkan mulut aku.

"Alaa garangnya mak buyung ni nak jalan-jalan pun tak boleh. Aku bukannya ingat sangat pun Korea ni." kata aku dalam nada merajuk. Yaerin bercekak pinggang memandang aku.

"Halah..biarlah Haera nak jalan jalan pun. Kau ni Yaerin bagi jerla. Dia bukan sorang pun. Jungkook dengan Taehyung kan ada. Tak bahaya lah kalua diorang berdua ada. Nae?" pujuk Yaeran.

Ni yang aku sayang ni even perangai macam hanat tapi tulah.

"Tapi aku risaulah apa-apa jadi. Kau taulah maksud aku." kata Yaerin dengan maksud tersirat. Apa yang dia cakap ni.

"Yaerin tak payah risaulah. Haera selamat dengan aku. Jangan risau. Aku janji tak ada apun yang akan terjadi dekat Haera. Takkan beraninya dia nak buat kalau ada aku dengan Jungkook." kata Taehyung. Dia memeluk bahu aku kuat. Eyy main peluk-peluk pula. Mintalah izin dulu.

"Haih okaylah. Aku benarkan. Tapi yang aku tahu sebelum malam dah balik. Aku tunggu dekat rumah dengan yang lain. Kalau aku tahu korang tak balik sebelum malam. Tau lah aku nak buat apa." kata Yaerin tegas.

Aku sorak gembira. Yeaayy mak buyung bagi.

"Ya don't worry arra. Aku tahu lah nak jaga noona aku macam mana. Ingat aku budak-budak ke. Jom noona! Kook belanja aiskrim! patu en kita pergi Sungai Han tempat fav noona dulu! yay jom!" kata Jungkook gembira. Jungkook menarik tangan aku keluar dari wad dan diikuti Taehyung dibelakang.

"Haih dah macam budak kau layan Haera tu Yaerin." kata Hobi dan mengeluh. Dia sebenarnya rindu dengan Haera yang 21. Tapi tulah dia nak tegur Haera yang baru ni dia rasa janggal.

"Bukan apa Hobi. Haera 15 ni perangai dia lain sikit dari Haera yang korang kenal. And aku risau kalau setan tak guna tu apa-apa kan Haera lagi. " keluh Yaerin.

🌹🌹🌹🌹


"Noona nak aiskrim apa?" tanya Jungkook.

"Nak mint chocolate."minta aku. Jungkook mengangguk. Dia memandang Taehyung disebelah aku.

"Kau Tae nak perisa apa." tanya Jungkook. Tae menggeleng.

"Okay.. cik bagi saya aiskrim mint chocolate 2." minta Jungkook pada cashier tersebut.

Setelah beberapa minit menunggu pesanan aiskrim kami pun tiba.

Aku mengambil aiskrim aku ditangan Jungkook.

Wah nikmatnya. Kami mula berjalan menuju Sungai Han.

Aku memerhati sekiling. Sungguh meriah dengan kehadiran penduduk Korea. Ada yang berkelah. Ada yang tengah bersenam. Yang engah bergaduh pun ada juga. Hurm tak naklah masuk campur. Gaduh dekat tempat lain tak boleh ke.

"Kook! Kook!" panggil aku excited. Jungkook yang hampir tersedak dengan pangilan aku terus menoleh kearah aku.

"Wae? wae?" soalnya cemas. Matanya dibundarkan. Aku hampir nak tergelak tengok dia. Haera tak baik lah.

"Lepas ni naik basikal nak tak ?! Taehyung?" kata aku. Aku memadang Taenyung yang dari tadi hanya diam.

"Guerae. Untuk kau semua boleh. Habiskan aiskrim tu dulu." kata Taehyung. Dia mencuit hidung aku.

"Yeayy!" sorak aku. Taehyung tersenyum memandang aku.

"Comotnya tunang aku ni makan. Macam budak-budak." kata Taehyung. Dia mendekatkan muka dia dengan muka aku. Kesan comot ditepi bibir aku dia lap menggunakan ibu jari dia lalu dijilat ibu jarinya.

Aku tergamam dengan tindakan dia. Jantung aku berdenyut laju. Ya tuhan sakit dada aku macam ni dengan panahan cinta dia. OH MY GOD.

Taehyung memandang aku dengan renungan mengoda dia.

"Ehem! noona aiskrim noona nak cair dah tu." tegur Jungkook Berjaya membawa aku kealam reality semula.

"M-mwo?" tanya aku gagap. Aku dapat rasakan pipi aku dah mula membahang ni.

"Tu aiskrim noona tu." Jungkook menunjukkan aiskrim aku yang hampir nak cair.

"Andwae" aku terus menjilat aiskrim aku. Ish! ni semua salah Taehyung. Sebab dia goda aku tadi aiskrim aku nak cair dh.


🌹🌹🌹🌹

"Bluerk! Noona lembap! tak dapat kejar Kook! hahahaha" ejek Jungkook berserta gelak jahat dia. Aku memandang dia tajam.

Tak guna.

"Kau tunggu! kau tunggu! Noona harap kau jatuh macam nangka busuk Kook!" jerit aku pada dia. Aku melajukan kayuhan basikal aku.

"Eh? eh?"

Bukk !

"Hahahahahaha! padan muka!" gelak aku pada Jungkook yang jatuh bagai nangka busuk.

Aku mmemberhintakan basikal aku disebelah dia.

"Hahahahaha! Alaa ruginya tak rakam. Kalau tak boleh tunjuk dekat mama dengan papa dengan oppa sekali." kata aku saja nak panaskan api dia.

Jungkook mula bangun dan memandang aku tajam. Aku menjelirkan lidah aku dekat dia.

"Apa noona cakap! Eyy noona ni memang nak kena!" kata dia dan terus berlari megejar aku.

Aku terus menolak basikal aku ketepi. Aku terus berlari jauh dari Jungkook.

Tak sempat weh nak naik basikal tu.

Aku terpandang Taehyung yang tengah menongkat basikal dia.

"Taehyung! tolong! ada arnab sengal kejar aku!" jerit aku. Taehyung memandang aku terkejut.

"Apa noona cakap!!" jerit Jungkook dibelakang aku. Aku pusing belakang. Shet dia makin dekat.

Aku berlari selaju yang mungkin dan menyorok dibelakang Taehyung. Badan dia aku peluk kuat. Taehyung menghalang Jungkook dari mendapatkan aku. Badan aku dia pegang.

"Taehyung tolong ada arnab kejar aku." aku tunjuk Jungkook yang tercungap-cungap.

Taehyung menggeleng dengan perangai kita orang.

"Haih kau ni Kook. Macam budak-budak. Janganlah bagi budak ni aktif sangat." kata Taehyung.

"Huh huh kejap aku penat.. Aku dah lama tak lari weh. Sorylah." kata Jungkook dan tersengih.

Aku menarik nafas panjang. Dada aku yang sesak aku cuba kawal.

Aku cuba mengawal nafas aku. Tapi dada aku makin sesak.

"Haera?" panggil Taehyung. Dia memandang aku dibelakng dia.

Tetiba dada aku yang sesak tadi jadi sakit. Pernafasan aku seakan tersekat. Jantung aku berdenyut dengan sangat laju.

"Skh!" aku jatuh terduduk. Aku memegang dada aku kuat. Kenapa dada aku sakit sangat ni. N-no maksud aku. Kenapa jantung aku sakit sangat ni.

"Haera! yah inhaler kau mana?" soal Taehyung cemas. Dia memegang bahu aku kuat.

Aku menggeleng tak tahu.

Kenapa asma aku makin teruk ni. Peritnya rasa.

"Nah Tae!" hulur Jungkook inhaler aku pada Taehyung. Taehyung menyambut kasar dan serahkan dekat aku.

Aku mengambilnya perlahan. Aku tak ada tenaga nak menyuakan benda ni dekat mulut aku.

Taehyung menolong aku menyedut inhaler. Dia memeluk aku kuat.

Lepas beberapa minit berlalu, nafas aku dah mula stabil.

Aku menolak dada Taehyung lembut. Dia memandang aku risau. Aku cuba memberikan dia senyuman nipis.

Aku mula bangun dibantu dengan Taehyung. Jungkook menghulurkan aku air mineral. Aku menyambutnya lemah.

"Thanks kembar." kata aku. Jungkook menangguk. Bahu aku dipeluk erat oleh Taehyung.

"Jom lah balik. Aku pulangkan basikal kejap. Nah kunci kereta. Nanti kang Yaerin bising pula dia balik lambat." kata Jungkook dan memberikan kunci kereta dia dekat Taehyung. Taehyung mengangguk.

"Jom. Kau larat tak nak jalan. Kalau tak biar aku piggyback kau." kata Taehyung.

Tanpa menunggu jawapan dari aku, Taehyung melutut didepan aku.

"Cepat naik tuan puteri" kata dengan suara menggoda dia. Aku tersenyum. Aku terus melompat belakang dia. Taehyung tersenyum.

"Kaja"


🌹🌹🌹🌹


-Taehyung pov-


Aku menoleh seat belakang. Haera yang
nyenyak tidur aku pandang. Aku mengeluh.

Aku teringat kata doctor tempoh hari.

-Flashback-

"Selain daripada amnesia. Saya dapat tau Haera ada asma yang tak beberapa terukan right." kata doktor. Mama Jeon mengangguk dengan pernyataan doktor.

"Kenapa dengan noona saya doktor. Ada yang tak kena ke." tanya Jungkook cemas. wajahnya kurang senang dengan kata-kata doktor tadi.

"Selepas kemalangan dia, saya dapati asma dia bertambah teruk. Saya memeriksa rekod kesihatan dia. Saya dapati haera mengidap congenital heart disease. Masalah jantung sejak dariada lahir mahupun dalam kandungan. Saya sarankan Haera mendapat rawatan atau pun pembedahan dengan secepat mungkin. Saya risau keadaan dia makin teruk bila dia mengandung nanti." terang doktor.

Aku jatuh terduduk. M-wo mwo Haera ada sakit jantung. kenapa selamani dia nampak normal. Takkan lepas kemalangan semua jadi teruk.

"M-mwo?! noona saya ada masalah jantung?! Ma Pa kenapa Kook tak tahu pasal ni!" kata Jungkook terkejut. Dia memandang mama dengan papa Jeon. Masing-masing terdiam.

Jin menenangkan Jungkook. Aku tau Jungkook tak dapat terima semua ni.

Mama Jeon menunduk. Papa Jeon memeluk badan mama Jeon. Dia mengusap belakang mama Jeon.

Jungkook terduduk. Dia meraut rambutnya kasar.

-end flashback-

Aku mengangkat Haera gaya bride style. Kenapalh kau ditimpa ujian sebesar ni.

"Tae? Haera kenapa? Anak mama tak apa-apakan?" tanya mama Jeon risau. Aku mengangguk.

"Haera tak apa-apalah. Dia tidur masa nak balik tadi. Tae tak nak kejutkan dia. Tu yang Tae angkat je. Hurm Tae naik dulu lah." kata aku bagi menenangkan hati mak mertua aku.

"Guerae. Mama masakan makan malam ya. Nanti ajak lah bangtan makan sini ya." kata mama Jeon. Aku hanya mengangguk.

Aku mula naik tingkat atas. Bilik Haera aku buka. Aku membaringkan dia di katilnya.

Selimut pastel ungu dia aku amik dan menutupi badan dia.

Rambutnya yang menghalang mukanya aku alihkan. Wajah cantiknya aku tatap dengan penuh perasaan yang bercampur aduk.

"Aku tau kau diuji dengan ujian seberat ni. Tapi aku nak kau tahu satu perkara. Aku akan ada dekat sisi kau. Aku akan tolong kau ingat pasal aku. Ingat pasal kenangan kita. Walaupun aku tahu kau akan benci aku bila tahu kebenaran sebelum kau kemalangan. Aku akan buat kau jatuh cinta dekat aku semula. We will through this together. Just you and me would be enough. Aku takkan sia kan kau lagi. Kau satunya yeoja yang mampu buat aku gilakan kau. Aku akan jaga kau sepanjang hayat aku. Itu janji aku. I love you so damn much. Always sweetheart." kata aku. Aku menguncup dahi dia lama.

"I always love you no matter what happen."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro