>53<

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Special tags 🌼: frogji Aisyaholaa taeratur Jung-kook_ie

🌼🌼🌼🌼


-Taehyung pov

Telefon Haera yang dari tadi tak tau nak senyap menarik perhatian aku. 

Haih sape yang mesej isteri aku ni. Yaerin ke. Tak sabar betul nak tunggu sepupu dia ni. 

Aku mengambil handphone dia. Ruangan mesej aku buka. 

Dahi aku berkerut. 

'Kau ni memang degilkan' 

'Aku dah cakapkan. Tinggalkan Taehyung.'

'Dan aku takkan ganggu kau dengan anak kau yang bakal lahir tu.' 

'Kalau kau tak dengar. Aku tak teragak-agak nak buat sesuatu dekat kau dengan anak kau.'

Jantung aku seakan terhenti. Mesej ni mesej ugutan. Ya tuhan. Kenapa Haera tak bagi tahu aku selama ni. Okay Tae. Sabar. Jangan melenting. 

"Tae, awak buat apa tu." tanya Haera. Dia memandang aku pelik. 

Mata dia membulat bila perasan handphone nya berada di tangan aku. Dia segera mengambil handphone nya kembali. 

Dia membaca mesej tadi. Matanya membulat. 

"A-awak dah baca ke?" tanya dia gugup. Aku hanya mengangguk. 

Aku berdiri dihadapan dia. Haera hanya menunduk. 

"Kenapa tak bagitahu saya awal-awal pasal benda ni. Dah berapa lama awak dapat mesej ugutan macam ni. Kim Haera benda ni serius tau tak. Saya tak nak apa-apa jadi dekat awak tau tak. Lagi-lagi sekrang ni awak tengah mengandung." kata aku mendatar. 

Haera hanya diam. Dia bermain dengan jari dia. Halahai..

"Haera, saya tanya ni. Saya bukan nak suruh awak diam macam ni." kata aku lagi. Haera mengeluh. 

"Saya bukan nak rahsiakan dari awak. Tapi awak sibuk dengan kerja ahir-akhir ni jadi saya tak tau masa yang sesuai nak bagi tahu awak. Dah lama saya dapat mesej ni. Sejak saya dah baik dari amnesia. Maaf Tae." kata Haera. Dia mengelap air mata dia jatuh. 

Halahai isteri aku ni. Aku tak marah pun . Cengengnya dia ni. 

Aku mengangkat dagu dia agar memandang aku. Pipinya aku tekup. Aku mengelap air mata yang mengalir. 

Haera memandang aku dengan mata dia yang berkaca. 

"Sayang. Saya tak marah awak pun. Kenapa nangis ni. Tak jadi saya nak marah awak tau tak. Aiguu isteri saya ni. Come." aku menarik dia dalam dakapan aku. Aku mengusap belakang dia. 

"Hiks.. saya pun tak tahu kenapa saya menangis. Hormon mengandung kot." kata Haera. Aku tergelak. Halahai jawapan dia. 

Haera menolak dada aku. Dia menyedut mukusnya. Halah nangis pun comel. 

"Aiguu isteri saya ni. Sini duduk. Saya tak habis cakap lagi ni." kata aku. Aku menolong dia untuk duduk. 

Aku duduk disebelah dia. Haera bermain dengan jari aku. 

"Siapa lagi yang tahu pasal mesej ni." tanya aku. 

"Yoongi dengan Jimin" jawab Haera. Aku hanya mengangguk. Sekurangnya diorang berdua tahu so aku tak adalah risau sangat. 

Aku memeluk badan Haera. Perutnya yang dah besar sedikit aku usap. 

"Eyy dah besar perut ni. Comel je perut ni. Tak sangka kita tak lama lagi nak timang anak. Excited rasa bila tak lama lagi ada budak lari keliling rumah ni. Mesti meriahkan." kata aku teruja. Aku merehatkan dagu aku dibahu dia. 

"Memanglah comel. Nanti makin besar penatlah saya nak kehulur hilir. Ni pun dah mengah. Haha awaklah yang kejar dia nanti. Jatuh saya tak tahu." kata Haera. Aku memeluk dia erat. Leher dia aku cium. 

"Aip jangan mengeluh. Kalau macam tu awak baring je. Nak pergi mana-mana nanti sayang angkat." kata aku. Haera memukul peha aku. 

"Mana boleh. sakitlah baby nanti. Eey awak ni. Dah lah jomlah pergi checkup pastu nak awat Yaerin. Nak tengok baby ni." kata Haera tak sabar. Aku tergelak. 

"Arraseo, arraseo. Jom. Kejap saya bangun dulu." kata aku. Aku terus bangun dan membetulkan baju aku. 

Handbag Haera aku ambil. Haera yang dari tadi menhulurkan tangan dia minta aku tolong dia bangun aku gelak kecil. 

"Gelak pulak. Cepatlah tolong saya bangun. Sepak kang. Saya tak larat nak bangun ni." kata Haera geram. 

Tangan aku menahan pinggang dia. Tangan lagi satu memegang lengan dia. Perlahan-lahan aku menolong dia bangun. Aduh mak buyung sorang ni. 

"Eyy awak dah berat lah sayang. Habislah saya. Nak angkat awak pun silap-silapjatuh tergolek kita nanti." usik aku. Haera mencebik. 

Dia mencubit pinggang aku. Bibirnya dicebikkan. 

Cebik aja kerja. Aku terus mencium bibir dia. Haera memukul dada aku. 

"Ey nak cakap saya gemuk lah ni. Saya gemuk ni sebab dalam ni ada anak awak tau. Ish pergi sana! jangan kawan dengan kita dah! shush shush!" majuk dia. Dia menolak badan aku dan terus keluar dari bilik. 

Aku tergelak. Halah halah bini sape ni. 

🌼🌼🌼🌼

-Autho pov- 

"Haa sampai pun korang berdua. Wah, Haera perut kau dah besarlah." kata Yaeran. 

"Ya, ya tahu. Aku nak masuk ni tepi. Penat weh berdiri lama-lama." kata Haera. Dia menolak Yaeran ketepi. 

Taehyung dibelakang tergeleng dengan perangai isteri dia. 

"Sayang, selow-selow lah. Jatuh nanti." kata Taehyung. Dia berlari mendapatkan isteri dia. 

Dia menolong Haera untuk duduk. Dia mengusap rambut Haera. 

"Eh yang lain mana?" tanya Taehyung bila perasan yang diruang tamu hanya perempuan. 

"Ada dekat laman belakang. Pergilah." kata Yaerin. Taehyung mengangguk. 

"Sayang, saya pergi dekat diorang dulu eh." kata Taehyung dan mendapat anggukan dari Haera. 

Taehyung terus berlari menuju halaman belakang. 

"Kau dah berapa bulan ni Haera." tanya Yaerin. 

"6 bulan dah. Mana baby kau aku nak tengok ni." kata Haera tak sabar. 

"Ada dekat Chaerin. Dia dekat luar. Aku tengok kau ni. Pucat je muka. Kau okay tak." tanya Yaerin. Dia membelek muka Haera. 

Haera tersenyum nipis. 

"Aku okay lah. Biasalah orang sakit. Takkan lupa aku ada sakit jantung." kata Haera. Dia tersenyum pada mereka berdua. 

Yaerin dengan Yaeran berpandangan. Mereka terlupa akan penyakit yang dihadapi Haera. 

🌼🌼🌼🌼


"Ehh dah sampai?" tegur Jin. Taehyung melabuhkan punggung di sebelah Jungkook. 

"Eung baru je." kata dia. 

"Urmm Chae masuk dalam dulu la eh. Nak jumpa unnie. Aegi jomm ikut aunty." kata Chaerin. Dia mengambil anak Yaerin dari Jin. Dia terus mmasuk ke dalam rumah. 

"Tae, Haera macam mana?" tanya Hobi. Tae mengeluh. 

"Macam tu lah hyung. Dia pun tak leh nak aktif sangat. Jalan sikit dah penat dengan mengah. Faktor bayi satu dengan faktor sakit dia." kata Taehyung. Jungkook menepuk bahu Taehyung. 

"Noona kuat aku yakin. Dia kuat lawan sakit dia." kata Jungkook. Taehyung tersenyum nipis. 

Tetiba dia teringat akan hal pagi tadi. 

"Hyung, Yoongi hyung dengan Jimin tak datang ke?" tanya Taehyung. 

"Diorang tak datang. Kes banyak nak kena handle. Wae cari diorang." kata Jin. 

Taehyung mengeluarkan handphone Haera dari handbag dia. Ruangan chat tadi dia buka dan tunjukkan pada bangtan kecuali Yoongi dengan Jimin. 

"Tae, kau biar betul." kata Namjoon tak percaya. Dia memandang Taehyung yang berpeluk tubuh. 

"Betul hyung. Tae pun baru tau pagi tadi. Masa Haera tak ada Tae amik senyap senyap phone dia." kata Taehyung. Dia mengurut pelipisnya. 

"Yoongi dengan Jimin tahu tak pasal ni." tanya Jin. Taehyung hanya mengangguk. 

"Baguslah diorang tahu." kata Seokjin lega. 

"Kau rasa siapa yang bagi mesej macam ni." kata Jungkook. Muka dia risau dengan keadaan kembar dia. 

"Sape lagi kalau bukan 'dia'. Tae takut. Tae takut Tae tak mampu nak lindungi Haera. Aku takut weh fikirkan pasal tu." Taehyung meramas wajah dia. 

"Jangan cakap macam tu. Kita sama-sama jaga Haera arra." pujuk Hobi. Dia memeluk bahu Taehyung. 

Yang lain hanya mengangguk setuju dengan cadangan Hobi. 

🌼🌼🌼🌼


-Yoongi pov- 

"Haa macam mana. Dah ada bukti?" tanya aku pada dua orang partner aku. 

"Belum lagi hyung. Tapi pasal kes mesej Haera. Jimin dah tahu siapa." kata Jimin. Yoongi hanya mengangguk. 

"Okay bagus. Lagi! takkan tu ja." kata aku. Aku memandang sorang lagi partner aku. 

"Jangan risau. Aku dah ada semua maklumat pasal dia. Dia sekarang menumpang dekat rumah member aku. Tu pun sebab dia kena buang dari family dia. Aku tak tahu sebab apa. Jadi member aku terpaksa kuitp dia. Dia cakap yang si dia ni macam mental." kata partner aku. 

"Guerae. Nice one Jisoo. Aku nak kawan kau tu perhatikan dia. Apa-apa maklum pada aku." kata aku. Diorang berdua hanya mengangguk. 

"Kalau dah tak ada apa-apa. Kita orng keluar dulu." kata Jisoo. Aku hanya mengangguk. 

Diorang berdua terus keluar dari pejabat aku. 

🌼🌼🌼🌼


-Jimin pov- 

"Jisoo chakaman!" jerit aku. Jisoo memandang aku hairan. 

"Jom pergi lunch. Nak ajak hyung nampak dia busy sangat." kata aku. Jisoo mengangguk. 

"Okay kejap. Aku letak barang dulu. Kau pergi la masuk kereta nanti aku sampai." kata dia dan meninggalkan aku. Aku hanya mengangguk. 



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro