.S.P. 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

special tags 💚: frogji Aisyaholaa taeratur -trqskth sweetpea4__ taeces

Special chapter yang seperti dijanjikan

Enjoy your day!

Jangan lupa comment okay!

💚💚💚

- Autho pov-
-8 tahun kemudian-


Kehidupan mereka semua bertambah bahagia dengan karenah anak mereka Kim Ryuntae. Tiada lagi orang ketiga yang menganggu hubungan romantis mereka.

Haera sudah pun bekerja semula di syarikat pakaian milik nya. Taehyung pula makin sibuk menguruskan syarikat perniagaannya. Tapi mereka berdua tidak lupa akan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.

Kim Ryuntae pula mewarisi kepandaian dan ke savage an milik Haera. Ramai yeoja tertarik dengan kehenseman dia. Tapi Ryun tak layan semua tu. Jadilah seprti Ryuntae.

Jungkook dan Chaerin dikurniakan dua cahaya mata. Anak sulung mereka yang bernama Jeon Jaerin berusia 7 tahun. Anak lelaki mereka yang bernama Jeon Junghyun yang berumur 3 tahun. Hebatkan Jungkook.

Yaerin dengan Seokjin pula dikurniakan 3 orang anak. Anak pertama mereka yang sebaya dengan Ryuntae, Kim Yaejin. Kim Yaejin bersekolah sama dengan Kim Ryuntae. Macam-macam aduan yang Yaejin mengadu pada Haera mengenai Ryuntae. Mereka berdua kalau tak gaduh tak sah. Sama saja perangai dengan mak mereka.

Anak kedua mereka Kim Sohyun yang berumur 6 tahun. Dan anak bongsu mereka Kim Yohyun yang berumur 2 tahun. Kehidupan mereka agak huru hara sebenarnya.

Bagi pasangan Yaeran dan Namjoon. Anak lelaki sulung mereka diberikan nama Kim Namkyung yang sebaya dengan anak Jungkook, Jeon Jaerin. Dan yang masih lagi didalam perut Yaeran. 4 bulan usia kandungannya.

Jimin dan Jisoo dikurniakan seorang anak lelaki yang berumur setahun. Park Jaehwa.

Bagi Hobi pula. Dia baru saja menjalinkan hubungan pertunangan dengan Shin Myunghee pada tahun lepas. Hubungan mereka agak unik kerana Myunghee yang datang mengorat Hoseok bila terpana dengan kehenseman dia.

Yoongi pula. Hurmm dia masih single. Dia agak sibuk dengan kerja dia sampai tak sempat nak kenal dengan mana-mana perempuan. Jadi sesiapa yang berminat dengan Yoongi ni sila drop your name here. Minggu depan nikah.

Abe Yoongi tunggu.


💚


"Ryun ah! turun makan sayang! mama dah siap masak ni!" jerit Haera pada anaknya. Dia bercekak piggang menunggu anak lelakinya turun.

10 minit dia tunggu tapi batang hidung pun tak nampak. Haera menarik nafasnya panjang menahan sabar.

Dia terus menuju ke tingkat atas. Bilik anaknya dia tuju.

Haera memulas tombol pintu bilik anaknya. Darahnya mula mendidih.

Haera berjalan kearah Ryuntae yang tengah leka bermain dengan PS5 tersebut dengan keadaan biliknya yang bersepah. Memang cari nahas.

Haera merampas controller PS5 milik Ryuntae. Tv plug pula Haera cabut. Dia memandang anaknya tajam.

Ryuntae memandang Haera tak puas hati.

"Apa mama ni! janganlah kacau Ryun main game!" jerit anaknya. Haera tak terkejut malah dia biasa dengan perangai anaknya tu.

"Berapa kali mama nak cakap. Nak main game boleh tapi jangan sampai melalaikan. Tengoklah ni. Mama panggil suruh makan pun tak turun. Dengan bilik bersepahnya. Takkan mama nak ajar macam mana nak kemas bilik. Ni homework kamu dah buat ke belum. Mama suruh buat homework dulukan baru boleh main game. Bukannya mama tak bagi kamu main. Nak mama tarik balik ke kemudahan yang mama dengan papa dah berikan dekat kamu ni Ryun." kata Haera tenang dan tegas.

Dia mengutip baju-baju Ryun yang bersepah dilantai. Apa benda lah anak dia buat ni.

Ryuntae menggulingkan matanya menyampah dengan bebelan mamanya.

"Kerja mama asyik bebel je kan! sejak bila mama kesahkan pasal Ryun! mama sibuk dengan kerja mama! bila Ryun nak main dengan mama, mama mesti cakap mama sibuk! tapi papa yang sibuk tu tak pernah tak main dengan Ryun! Selama ni Ryun main dengan papa je sedangkan mama sibuk dengan kerja! sape anak mama Ryun ke kerja tu! mama asyik pentingkan kerja dari anak sendiri! kenapa mama tak boleh jadi macam mama kawan Ryun! macam mama Yaerin! Yaejin selalu cerita yang mama Yaerin selalu main dengan dia! tapi mama? mama ada masa ke dengan Ryun? kerja mama asyik bebel! bebel! maybe sebab ni lah kot papa selalu tak balik! tak tahan dengan perangai mama!" hambur Ryuntae menahan geram yang bertandang dihati.

PANG!

Haera tergamam. Dia memandang tangannya yang baru sahaja menampar pipi anaknya. Hatinya terguris dengan kata-kata kasar anaknya. Dia paling tak suka bila orang membezakan dia dengan Yaerin. Tapi tak sangka anaknya akan buat macam tu.

Ryun memegang pipinya. Dia memandang mamanya tak percaya.

"Ryun.. mama minta maaf.. mama.. DIAMLAH TAK GUNA!" Ryun menolak tubuh mamanya kuat.

Baru saje Ryun nak keluar dari bilik tapi langkahnya terhenti bila dihadapan pintunya ada Taehyung. Dia memandang bengis terhadap Haera.

Ryun terus menolak tubuh papanya dan berlari keluar dari rumah. Dia berlari menuju ke rumah Yaerin yang hanya selang tiga buah rumah dari rumah mereka.

Taehyung menarik tangan Haera kasar menuju ke bilik mereka berdua. Pandangannya tajam menikam Haera.

"Berani kau naik tangan dekat anak aku." kata Taehyung mendatar.

Haera terkaku. Dia terkejut bila Taehyung bersikap dingin macam tu. Dia menarik tangannya kasar dari cengkaman Taehyung.

Dia memandang Taehyung dengan pandangan tak percaya.

"Apa awak ni. Saya tak sengaja Taehyung. Apa yang Ryun cakap betul-betul dah terguris hati saya Tae" kata Haera. Dia melawan pandangan tajam Taehyung.

Tetiba Taehyung menunjukan gambar Haera dengan seorang lelaki. Dia sendiri yang menangkap gambar tersebut siang tadi.

Mata Haera membuntang. Dia terdiam.

"Sape jantan ni. Cakap! sape jantan ni! kau curang belakang aku ha!" bergema rumah banglo 2 tingkat mereka berdua dengan suara lantang Taehyung.

Telinga Haera berdesing.

"Tu client saya Tae." jawab Haera jujur. Dia mengurut batang hidungnya.

"Apa client? betul ke client siap pegang-pegang macam ni!" jerkah Taehyung lagi.

"Tae! dia memang client saya! saya takkan curang dengan awak Tae! buat saya nak tipu awak! saya dah halang dia pegang saya tapi dia tak nak dengar Tae! tolonglah percaya cakap saya Tae. Saya takkan curang dengan awak." kata Haera. Dia cuba memegang tangan Taehyung.

Tapi Taehyung menepis kasar. Haera tersentak. Hatinya bagi dibom buat kali kedua.

"Jangan sentuh aku. Perempuan tak guna." kata Taehyung dan terus keluar dari rumah.

Haera jatuh terduduk. Dia meramas wajahnya kasar. Air mata yang mengalir dia biarkan. Kepalanya pening memikirkan dua beranak tersebut.

"Aku gagal ke... aku gagal ke jadi isteri dan ibu yang terbaik buat diorang. Ya... aku gagal." kata Haera lemah. Dia menepis air matanya.

Kepalanya yang makin pening dengan teruk dia pegang. Dia gagahkan diri untuk bangun. Haera terus merebahkan dirinya di katil.

💚💚💚💚

Seminggu sudah berlalu, keadaan rumah Haera tidak seperti selalu. Hanya sunyi dan muram dan tegang. Haera awal pagi lagi suddah keluar ke pejabatnya.

Tapi tanggungjawab dia sebagai seorang ibu dan isteri dia tetap jalankan. Cuma dia banyak diam. Makan pun dia hanya jamah sikit. Fokusnya hanya pada kerja.

Taehyung dan anaknya masing-masing membina tembok ego yang tinggi terhadap Haera.

Haera gives up. Dia nak main silent treatment kan. Jadi Haera membalasnya balik.

Jangan ingat Jeon Haera ni orangnya senang dibuat main. Kau main gila dengan dia. Dia main dua kali ganda gila dengan kau.

Makan malam yang disediakan oleh Haera mereka menjamahnya. Suasana diruang meja makan hanya sunyi. Hanya mereka berdua saja yang adda di meja makan.

Haera? lepas siap masak terus dia masuk ke bilik kerjanya. Yerla masing-masing dah tak sudi nak tengok muka dia apatah lagi nak bercakap dengan dia. Dia kan mama yang tak guna dan isteri tak guna. Jadi tak perlulah kot dia nak hadap muka dua beranak tu.

Haera yang tengah khusyuk menyemak laporan syarikatnya mula terganggu bila kepalanya makin pening.

Dia menilik jam yang sudah menunjukan angka 12 pagi. Dia memegang kepalanya yang berdenyut hebat.

Haera mengagahkan diri dia untuk bangun. Dia berjalan perlahan keluar dari bilik kerjanya.

Keluar saja bilik dia jalan menuju ke dapur untuk meminum air dan mencari ubat.

Sampai saja di dapur, pandangan Haera mula kabur. Dia mengambil cawan yang berada di rak.

Baru saja dia nak tuangkan air tapi entah mana silapnya cawan tersebut jatuh berkecai.

PRANG!

Taehyung dan Ryuntae masing-masing keluar dari bilik mereka bila terkejut dengan bunyi kaca pecah.

"Papa bunyi apa tu?" tanya Ryuntae cemas. Dia mengikut Taehyung yang menuju ke dapur.

Terbeliak mata masing-masing dengan pandangan depan mata mereka.

Badan Haera yang terkulai lemah mereka pandang terkejut.

Taehyung segera berlari ke arah isterinya. Tubuh Haera dia peluk erat.

"Haera? hey! awak bangunlah! hey kenapa ni!" kata Taehyung cemas. Dia menepuk pipi Haera. Dia memeriksa suhu badan isterinya. Panas.

Ryun masih lagi terkejut. Dia memandang Haera dengan perasaan yang bercampur. Takut, cemas dan risau.

"P-papa d-darah.." Taehyung memandang kaki Haera. Jantungnya seakan terhenti bila ternampak darah yang mengalir dicelah peha Haera.

"Ryun amik kunci kereta papa! tolong bukakan pintu kereta untik mama palli!" arah Taehyung. Ryun mengangguk dia terus mengambil kunci kereta Taehyung.

Taehyung mencempung badan Haera. Rasa serba salah mula menggunung dihati.

Dia memandang muka pucat Haera.

"Awak mengandung ke sayang. Ya tuhan apa yang aku dah buat ni."





.T.B.C.

So macam mana special chapter kali ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro