1- Cantik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BARU je sampai dekat depan pejabat ni, bulu roma Daneen sudah menegak semuanya. Seram sejuk pula dirinya terasa untuk masuk ke dalam bangunan ni. Macam mana kalau Daim halau nanti? Macam mana kalau Daim tak suka dia ada dekat sini? Macam mana kalau Daim benci dia?

Ya, semua kerisauannya tertumpu kepada Daim.

Lelaki itu susah dijangka dan tersangat lah menjengkelkan. Macam mana kalau dia ubah fikiran nanti lepastu halau Daneen keluar? Sumpah malu! Taknak, taknak!

Daneen menghembuskan nafasnya perlahan sebelum berjalan melangkah ke dalam bangunan pencakar langit itu dan terus menuju ke meja receptionist.

"Hi, saya-".

"Cik Daneen?". Tanpa sempat Daneen memperkenalkan diri, Ilia yang sedang berdiri di tepi receptionist syarikat itu, memotong. Seolah-olah memang dia sudah kenal dan sedang menunggu kedatangan Daneen.

"Ya, saya".

"Selamat datang ke Infinity LInes Holdings. Saya Ilia, pembantu peribadi Tuan Daim buat sementara waktu. Saya akan assist awak untuk harini". Ilia tersenyum manis seraya menghulurkan tangannya kepada Daneen yang masih terpinga-pinga itu. Lambat-lambat, dia sambut juga tangan Ilia itu. Bukan niatnya untuk berlaku sombong, cuma dia masih terkejut.

"Jom, saya bawa pergi jumpa Tuan Daim dulu". Oh no! Daneen taknak lalui fasa ni! Tak boleh ke kalau dia berkerja tanpa perlu melihat wajah beku mendatar tu? Eeee benci la!

"O-okay". Sampai tergagap Daneen dibuatnya kerana terlalu gementar.

"Jangan takut, Cik Daneen. Tuan Daim tu baik orangnya walaupun beku sikit. Sekarang ni, dia tengah tunggu cik. Katanya tak sabar nak jumpa PA baru dia ni". Ilia memulakan perbualan mesranya seraya membawa Daneen untuk berjumpa dengan majikannya itu. Part 'beku' tu, dia perlahankan sedikit suara dia.

'Ceh, tak sabar konon. Kau nak kenakan aku kan sebenarnya?'. Daneen berdecak sambil memutarkan bebola matanya tatkala Ilia tidak melihat.

"Oh...". Lepas je 'oh' tu, Daneen melepaskan tawa paling awkward di abad ini. Tak pernah dibuat orang untuk ketawa sejanggal itu. Nampak sangat berlakonnya!

"Bilik Tuan Daim ada dekat tingkat 10. Dekat situ hanya ada bilik dia dan kubikel yang agak besar untuk PA. Tak lain dan tak bukan, awak la orangnya tu. Lepastu kalau nak naik turun bangunan ni, awak kena guna lif biasa tau. Kalau awak bersama Tuan Daim, baru awak boleh naik lif VIP. Setakat ni faham, Cik Daneen? Maaf la kalau saya bercakap terlalu laju takpun terlalu banyak. Saya ni orang yang mudah excited sebenarnya".

Ilia dan Daneen bersama-sama melangkah masuk ke dalam lif itu lalu butang bernombor 10 ditekan oleh Ilia.

"Eh, takpe takpe. Saya faham je Cik Ilia".

"Hehe... Okay, lagi ape erk... Ha!". Seolah-olah ada mentol bercahaya yang muncul di atas kepalanya.

"Tuan Daim tak suka kopi. Dia hanya minum teh. Pelik kan?".

"Yup. Tak pernah lagi jumpa orang tak suka kopi". Tipu. Ini adalah suatu penipuan. Daim adalah bekas teman lelakinya. Jadi, secara teknikalnya dia memang sudah pernah menemui orang yang tak suka kopi. Kan?

"Kan kan? Saya pun kadang-kadang tak faham dengan dia tu. Lagi complicated daripada perempuan!".

Ting!

Tiba-tiba lif terhenti di lantai ketujuh dan pintu besi itu terbuka memunculkan...

"Eh, tuan?". Tegur Ilia sejurus sahaja Daim melangkah masuk ke dalam lif itu bersama mereka berdua.

"Ya, saya. Kenapa macam terkejut sangat je?".

"Kenapa tuan naik lif ni?". Ilia menekan butang untuk menahan pintu lif itu daripada tertutup. Mana tahu kalau-kalau tuannya ini nak keluar balik kan? Takut dia tersalah lif ke apa.

"Saya lupa password lif VIP tu".

Daneen yang mengecil di salah satu sudut lif itu menundukkan kepalanya. Jantungnya berdebar hebat. Kepalanya langsung tidak diangkat. Dia takut! Tapi dalam masa yang sama, dia curious. Bagaimanakah rupa bentuk wajah lelaki itu setelah tiga tahun tidak bertemu? Makin buruk atau makin helok?

Dan dia berharap sangat agar Ilia tidak meninggalkannya sendir--

"Kalau macam tu, saya keluar dulu la Tuan Daim. Cik Daneen, ni Tuan Daim. Awak ikut dia ke pejabat ya? Saya ada urgent matter". Tanpa menunggu balasan daripada Daneen, terus Ilia menekan butang untuk menutup pintu lif itu dan berlalu pergi. Meninggalkan Daneen dan Daim berdua di dalam kotak besi itu.

Diam.

Biarpun takde cengkerik dalam pejabat ni, tapi Daneen seolah olah boleh mendengar bunyi yang dihasilkan oleh unggas itu. Betapa senyap sunyi nya situasi mereka sekarang.

"It's nice to meet you again, Daneen". Daim memecahkan kesunyian.

"Well, it's not nice for me". Balas Daneen dengan penuh keyakinan. Bila aje gadis ini tidak confidence?

"We will see about that". Daim tersenyum sinis.

Ting!

Dan pintu lif pun terbuka di tingkat 10.

🐳

"ADA apa-apa yang awak nak tanya saya Daneen? Ada apa-apa yang awak tak faham?". Daim duduk bersandar di kerusinya seraya melonggarkan tali leher. Seharian dia perlu menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh wanita di hadapannya ini sepanjang bekerja dengan dia.

" Kenapa awak terima saya bekerja dengan awak?". Daneen meruncingkan matanya, memandang Daim. Masih lagi tidak puas hati.

"Awak hantar resume, saya terima. Susah sangat ke nak faham?". Eh eh, nak sindir-sindir orang pulak. Ada yang aku hempuk nanti kang!

"Nope. Tapi awak lupa ke saya ni siapa? Kalau lupa, biar saya ingatkan. Dear Tuan Daim Al Waqeel, saya ni bekas teman wanita anda. Anda tak rasa pelik ke apabila teman wanita anda bekerja untuk anda? Jadi pembantu peribadi pulak tu". Kalini, Daneen pula yang duduk bersandar di kerusinya sambil mengeluh perlahan.

"Tak pernah lupa. Cik Daneen memang bekas teman wanita saya tapi saya berjanji I won't bring any unprofessional matter in our workplace. Awak hanya perlu bekerja sahaja. Tak susah kan, Cik Daneen?". Ya Allah, soalan dia tu membuatkan Daneen rasa ingin meletup sahaja. Geram betul!

" Ye ye je". Ujar Daneen perlahan, tidak percaya.

"Im a man with my words". Eh dia dengar ke? Mampus!

"Awak boleh keluar, kemas meja awak tu. Nanti pukul satu, awak teman saya keluar makan. Ada meeting dengan client". Baru sahaja Daneen nak membantah, perbuatannya itu terhenti tatkala mendengar perkataan 'client' itu. Fuh, nasib baik. Ingatkan si Daim tu nak mungkir janji tadi.

Daneen mengangguk.

"Answer with your pretty little mouth". Suara Daim kedengaran tegas.

Daneen tahu, Daim tu orangnya paling pantang kalau dia tanya, tak jawab. Ataupun kalau lelaki itu tanya sebarang soalan, hanya dijawab dengan anggukkan. Ya, Daim memang tak suka dengan kelakuan itu. Sebab tu la Daneen sengaja ingin memancing kemarahannya. Itu ialah sifat asli Daneen. Suka membuat Daim marah dengan perangai suka menguji kesabarannya itu.

"Tuan panggil saya 'cantik'? Terima kasih la. Saya memang cantik pun". Daneen senyum mengejek sambil berdiri daripada kerusinya.

Terdiam Daim dibuatnya.

"Takpela, saya keluar dulu Tuan Daim. Nanti nak apa-apa, tekan je interkom tu tau. Bye!". Tangannya melambai mesra ke arah Daim sebelum dia berlari anak keluar dari bilik berdinding kaca itu.

Sesaat selepas bayangan Daneen hilang daripada pandangannya, Daim tersenyum kecil.

" You are. And you never change either. That hyper childish act of you still there and I miss it everyday".

🐳

Chapter I for today!
Sorry lambat hehe...
Enjoy reading, semua!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro