18- Sekali Lagi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?

🐳

KUNCI dimasukkan ke dalam soket mangga itu untuk mengunci pagar rumahnya. Yela, taknak kasi perompak masuk lah katakan. Walaupun tiada banyak sangat pun barang berharga dalam rumah sewa mereka bertiga ini.

Harini, Daneen berhajat untuk pergi kerja sendiri dan tidak menumpang Syeeqa ataupun Adira ataupun Hyder; seperti selalunya. Meskipun sudah ditegah habis-habisan oleh mereka bertiga itu (lagi-lagi Hyder), Daneen tetap juga berdegil dengan alasan dia tidak mahu lagi menyusahkan mana-mana pihak. Dia nak pergi kerja, orang lain pulak kena kalut. Tak best lah macam tu kan?

Setelah mengunci pagar yang memisahkan dirinya antara dunia luar dengan halaman rumahnya tu, Daneen membuat keputusan untuk berjalan kaki bersendirian ke arah stesen bas terdekat yang ada di kawasan perumahan itu.

Oh ya!

Hyder juga telah dilarang oleh Daneen untuk memberitahu Daim tenang hal ini. Gadis itu sudah warning Hyder awal-awal. Katanya kalau dia bagitahu juga, Daneen tak nak kawan dengan dia lagi dah. Macam budak-budak kan? Memang pun!

Hampir lima minit berjalan sambil mengomel sendirian dek kerana lapar, Daneen akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju.

Gulp!

Air liurnya seakan tersekat di kerongkong apabila melihat keadaan kawasan stesen bas kecil yang agak tidak terjaga itu. Terdapat beberapa tanaman liar yang menjalar di tiang tempat duduk yang ada di situ. Besinya juga sudah berkarat. Lantai stesen menunggu bas itu juga sudah remuk.

Tiba-tiba Daneen menyesal lah pula tidak mendengar cakap Hyder, Syeeqa dan Adira tadi.

'Takpe, Daneen. Jangan takut!'.

Daneen mengenggam tangannya dan melangkah dengan berani ke arah stesen bas itu.

Gadis itu memilih untuk hanya berdiri di kawasan sekitar stesen itu kerana tidak mahu mengotorkan bajunya dengan melabuhkan punggung ke atas tempat duduk yang agak kotor itu.

Tik, tok...
Tik, tok...
Tik, tok...

Betapa sunyinya kawasan itu sampaikan Daneen dapat mendengar bunyi jam tangannya yang berdetak membuatkan hatinya semakin gusar. Dah la dia sorang-sorang dekat sini. Sunyi sepi pulak tu.

"Aku telefon Hyder jela". Akhirnya, dia membuat kata putus. Namun, baru sahaja dia ingin mengeluarkan telefonnya... Satu suara yang amat amat dikenalinya menyapa gegendang telinga.

"Chill baby. I boleh hantar you". Lelaki itu bersuara.

Dengan sekelip mata, Daneen yang selalunya berani itu bertukar menjadi penakut. Sudah hilang dirinya yang badass itu apabila suara itu berkumandang di telinga. Suara lelaki itu.

Lelaki yang memulakan segala traumanya.

Ethan.

"Jangan dekat dengan aku". Daneen memberi amaran keras. Dia benci lelaki ini! Lelaki ini telah menghancurkan hidupnya dan dia tidak akan pernah sesekali melupakan fakta itu!

"Kenapa? You takut ke?". Ethan berjalan semakin dekat dengan Daneen sehingga gadis itu dapat mencium aroma minyak wangi lelakinya yang kuat menusuk ke dalam hidung itu.

Tangan kanan Ethan bermain-main dengan juntaian rambut Daneen manakala tangan kirinya diletakkan di bahagian belakang.

"Jangan sentuh aku!". Daneen menepis kasar tangan jijik itu. Ya, dia jijik dengan Ethan. Jijik dengan semua yang Ethan miliki.

"You jangan berkasar dengan I, baby. Because Im pretty sure I left something in you that day. Macam mana dia sekarang? Sihat? Dia kenal tak I?".

Daneen menjeling tajam Ethan sebelum membalas, "Dia tak perlu kenal lelaki jijik macam kau".

"Aww, baby. Im his father, remember?". Pipi Daneen dicium sekali oleh Ethan. Dengan penuh jijiknya, Daneen mengelap kasar kawasan yang dicium dengan lengan bajunya sehingga tertanggal foundation yang dipakai olehnya.

"A boy as innoncent as he is, tak layak ada ayah sejijik kau! Aku takkan pernah kenalkan dia dengan kau! Kau takkan pernah jumpa dia. Never!".

"Sebab you nak jadikan Daim bapak dia?".

Soalan itu berjaya membuatkan Daneen terdiam seribu bahasa.

"Baby, I rasa kan... Kalau jantan tu tahu kau ada anak luar nikah dengan lelaki lain, DIA TAKKAN PANDANG KAU PUN LA! Aku pasti, dia jijik dengan perempuan jalang macam kau ni!". Kuat Ethan menengking Daneen membuatkan bahu gadis itu terhinjut sekali.

"Now, make a choice. Samaada kau nak ikut aku dengan rela hati atau aku paksa kau, hm?". Bibirnya didekatkan dengan telinga Daneen.

"Aku dah taknak jadi hamba kau! Lepaskan aku daripada seksaan kau!".

"Sorry, baby. Thats not the answer I wanna hear". Dengan serta-merta, Ethan mengeluarkan tangan kirinya daripada bahagian belakang dan menekup mulut gadis di hadapannya itu dengan sehelai kain yang sudah dicampurkan bahan kimia yang boleh membuatkan gadis itu pengsan.

Meronta-ronta Daneen dibuatnya.

"Satu...".
"Dua...".
"Tiga...".

Habis sahaja kiraan Ethan itu, terus badan Daneen jatuh longlai ke dalam dakapan lelaki kejam itu.

"Im gonna have you so recklessly tonight since I miss you, baby". Bibir Daneen yang sudah tidak sedarkan diri itu dicium sekilas sebelum badannya dibawa masuk ke dalam kereta Ethan.

🐳

LELAKI itu turun daripada tangga rumahnya dan terus menuju ke dapur. Niatnya ingin memasak mi segera kerana dia boleh dikategorikan sebagai lelaki tak waras harini kerana pembantu peribadi kesayangannya tiba-tiba sahaja tidak hadir pada hari ini tanpa sebarang notis.

Ada la juga dia bertanya kepada Hyder dan Hyder terpaksa membocorkan rahsia dengan mengatakan bahawa Daneen tidak mahu Hyder mengambilnya untuk pergi bekerja pada harini. Sebab: Tak nak menyusahkan orang. Jadi, Hyder biarkan sahaja la walaupun sudah berpuluh kali memujuk. Tak tahu pula yang wanita tu sebenarnya tak nak datang kerja harini.

Daim pula tidak berniat untuk menelefon Daneen dengan menyangkakan yang perempuan itu mempunyai hal kecemasan atau hal peribadi. Dia tahu betapa sensitifnya Daneen jikalau hal peribadinya diambil tahu oleh orang lain. Lagi-lagi, si Daim ni ha. Namun, ada la lelaki itu meninggalkannya pesanan ringkas yang bertanyakan sebab wanita itu tidak hadir bekerja. Pesanan itu dibaca sahaja tanpa dibalas. Mungkin betul lah kut Daneen ada hal peribadi.

"Arh, malas lah fikir!". Desis Daim seraya tangannya mencapai sepaket mi segera berperisa kari daripada dalam kabinet dapur rumahnya itu.

Buat pengetahuan semua, Daim mempunyai sebuah rumah banglo dua tingkat yang dibelinya beberapa tahun lepas. Niatnya ingin menjadikan kediaman ini sebagai dream house mereka berdua apabila sudah berkahwin nanti kerana Daneen sering menyatakan hasratnya untuk tinggal di sebuah rumah yang simple tetapi selesa dan tak terlalu mewah. Rumah yang mempunyai konsep cottage core dan agak jauh daripada kejiranan yang lainnya. Tapi...

... seperti yang kita tahu, hubungan mereka terputus di tengah jalan. Maka, terpaksa lah Daim tinggal di sini seorang diri. Kadang-kadang, ada juga Hyder datang melepak tapi tak sampai dia bermalam kerana Hyder juga mempunyai rumah (dan rumah keduanya iaitu rumah Puan Rohaini). Jadi, takkan lah nak kena sediakan sebuah lagi bilik untuk mamat ni kan? Daim tak kisah pun tapi Hyder yang taknak.

Paket mi segera itu dibuka sebelum Daim mengisi periuk seramiknya dengan beberapa mililiter air. Periuk itu diletakkan di atas dapur yang sudah dibuka apinya dan mi segera dimasukkan ke dalamnya bersama perencah kari yang tersedia. Sebiji telur juga dipecahkan ke dalam periuk itu.

"People say instant noodle is the best reliever...". Daim mengeluh kecil.

Sungguh dia sedang merisaukan Daneen sekarang ini tapi dia juga tidak mahu menganggu privasi gadis itu. So, makan maggi jela jawabnya...

Sementara menunggu mi segera itu untuk masak, kabinet yang berada di sebelah kabinet mi segera itu tadi dibuka pintunya.

Sekali lagi Daim mengeluh...

Di dalam kabinet itu terkandung beberapa botol minuman beralkohol dan beberapa paket rokok. Kabinet tu seumpama kabinet yang mampu mengumpan api kemarahan Daneen. Semua benda yang dia larang untuk dikonsumsi oleh Daim, ada di dalam situ.

Tap!

Cepat-cepat Daim menutup semula pintu kabinet itu.

"Tak boleh, Waqeel. Tak boleh". Daim menggeleng-gelengkan kepalanya.

Lelaki itu kemudiannya duduk bersandar pada kitchen island yang ada di situ sambil merenung api dapur yang sedang memasak makanannya itu. Sambil merenung tu sambil dia berfikir tentang masa lalunya. Masa di mana dia bahagia bersama Daneen.

"Aku masih tak faham kenapa kau nak putus". Ujarnya sendiri.

Setiap hari.

Setiap hari Daim menuturkan persoalan itu kepada dirinya sendiri. Dia tidak pernah tahu mengapa Daneen membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka yang padanya baik-baik sahaja tiga tahun lepas.

Nak kata dia curang?
Hell no! Dia sayang Daneen separuh mati. Mati hidup balik pun memang mustahil untuk dia cintakan orang lain selain daripada Daneen Isabella.

Nak kata Daneen yang curang?
Nope. She's a good girl. Ke mana dia nak pergi, dia akan bagitahu Daim kerana dia berasa selamat bersama lelaki itu. Dia mahu lelaki itu menjadi orang pertama yang datang kepadanya jika dia memerlukan sesuatu.

They loved each other so much but where's the wrong?

"Haih...". Daim mengeluh buat kali ke seribu setengah pada hari itu.

Ting! Ting! Ting!
Ting! Ting! Ting!
Ting! Ting! Ting!

Lamunannya terhenti apabila kedengaran loceng rumahnya ditekan tanpa henti oleh seseorang daripada luar. Seolah-olah seseorang itu ingin masuk secara cepat-cepat ke dalam rumah Daim.

"Siapa pulak tu?". Daim keliru.

Yela, mana taknya... Yang tahu alamat rumah ini hanya dia, Hyder dan Daneen sahaja. Keluarga Daim pun tak tahu tentang rumah ini. Mereka menyangkakan yang Daim tinggal di penthouse.

Api dapur gas dipadamkan dan Daim berjalan ke arah pintu utama rumahnya.

Kunci dipulas dan pintu dibuka.

And that's when he felt like dying.

Di hadapannya terlihat seorang gadis yang hanya memakai sehelai baju T lusuh yang dipenuhi darah di bahagian bawahnya. Cuaca di luar yang agak dingin pada ketika ini membuatkan gadis itu menggigil kesejukan.

Wajah gadis itu sudah tidak serupa wajah lagi apabila ianya dipenuhi dengan luka dan lebam di sekitarnya. Bibirnya yang terkoyak menyebabkan gadis itu sukar untuk membuka sebarang kata.

Gadis itu juga sudah terbaring di atas lantai sejuk itu; tidak sedarkan diri.

Gadis itu ialah Daneen.

🐳

Here's the first conflict, guys!
Sorry tau update lambat sikit hehe :D
Hope you guys enjoy reading this chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro