29- Baby(ing) Boss

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARINI dia masuk kerja macam biasa. Yup, setelah seminggu bercuti dengan niat untuk memulihkan traumanya. Eh--bukan seminggu sebenarnya. Lebih kepada tiga hari sahaja kerana lagi empat hari tu ada tetamu tak diundang.

Hang Tuah dan Hang Jebat. Dua ekor tu.

Ataupun lebih dikenali sebagai Daim Al Waqeel dan Hyder Zafran. Menyibuk aje! Orang nak rehat-rehat tenangkan minda, boleh pula dia datang bertandang.

Tapi...

Bagi Daneen, kehadiran mereka berdua--terutama sekali Daim--tidaklah membebankan sangat. Malah semakin membuat dia... bahagia? Yes, I think that's the right term to use.

Apa-apa pun, hidup harus diteruskan!

Macam harini lah ha... Balik-balik je daripada Johor semalam, terus Daneen merehatkan badan dan terlelap. Tahu-tahu harini dah melangkah masuk ke ruangan tingkat di mana terletaknya kubikelnya dan bilik Tuan Mudanya itu.

Harini Daneen mengenakan pakaian simple sahaja. Sepasang baju kurung bercorak bunga-bungaan kecil yang tak perlu digosok. Kenapa? Sebab dia penat! Memang tak la nak gosok baju penat-penat cenggini. Lambat lagi! Gosok baju lah perkara yang paling malas untuk dia lakukan. Rambutnya pula digayakan dengan gaya sebahagian daripadanya diikat dan sebahagian lagi dibiar lepas. Bahagian yang diikat itu dihiaskan juga dengan reben putih.

Ringkas dan cantik!
+comel teramat!

Patut lah Daim pernah melarangnya untuk memakai baju kurung jika ke pejabat. Bukan kerana aturan pejabat itu; bahkan Daim tak pernah melarang para pekerjanya nak pakai pakaian apa pun, asalkan tak mencolok (ke menjolok?) mata dan tak macam gelandangan. Asbab utamanya adalah kerana Daim takut ada mata-mata gatal merenyam yang nak curi-curi pandang gadis manis miliknya ini.

Beg tangan kecilnya diletakkan ke atas meja di kubikel itu. Pakaiannya ditilik-tilik sedikit sebelum dia berjalan bersama iPadnya untuk masuk ke dalam office Daim. Sudah menjadi tugasnya untuk melaporkan segala jadual lelaki itu pada setiap pagi.

Pintu itu diketuk perlahan.

"Tuan Muda, ini saya. Boleh saya masuk?". Sopan Daneen meminta izin. Kang kalau main terjah aje kan, mahu kena campak perempuan ni daripada bangunan tinggi melangit ni.

Eh tapi, berani ke Tuan Muda Daim tu nak campak buah hati kesayangannya ni? Hehehehehe...

" Hm... ". Berkerut dahi Daneen apabila medengar hanya gumaman lemah yang keluar daripada mulut penghuni pejabat itu.

Pintu kaca itu kemudiannya ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam bilik berdinding serba kaca itu. Apabila Daneen mengangkat sahaja wajahnya, terlihat kepala Daim sudah terbaring di atas meja kerja itu berlapikkan lengannya.

Daneen pun apa lagi, panik la!

Terus dia berlari anak ke arah Daim.

"Huhh! Ya Allah, Tuan! Tuan bangun, Tuan! Jangan tinggalkan saya lagi! Gaji bulan ni belum masuk! Bangun Tuannnn!". Tangannya menggoncang-goncang lembut bahu lelaki itu.

"Im not dying yet, Miss Daneen". Lemah Daim berbicara.

Dah kalau bukan nak mati, mamat ni kenapa? Macam tak larat je. Ke...

"Im having fever". Oh, dah agak dah!

"Lah demam. Ingatkan dah eek tadi. Sorry sorry". Daneen mengeluarkan lidahnya ke tepi sambil memejam mata; gaya seperti seseorang yang sudah kehilangan nyawanya.

"Dahtu Tuan larat tak ni? Nak balik ke? Kalau nak balik, saya boleh bagitahu Hyder". Daneen menundukkan sedikit wajahnya agar dia dapat memandang mata Daim yang tertutup tu.

Haish, buka la mata tu! Orang nak tengok mata lain sebelah dia tu!

Daim menggeleng.

"Dahtu nak apa? Jap, Tuan dah sarapan ke belum ni?". Daneen memincingkan matanya memandang Daim. Bukannya dia tak kenal dengan lelaki ini. Asal demam je, BUKAN MAIN PAYAH YA AMPUN lagi nak makan. When I tell you the word 'payah', memang payah! Nak tunggu kena suap dulu agaknya.

" Belum... ".

" Okay, okay wait. Macam ni, saya pergi belikan sarapan dan ubat sekejap untuk Tuan. Lepastu saya teman Tuan makan. Then we will figure out what to do with you, okay?". Mendengar idea Daneen yang agak bernas itu, Daim turuti sahaja. Nanti kalau ikut, mahunya mak nenek tu membebel tujuh keturunan pun tak habis.

" Saya pergi jap tau. Tuan baring dulu. Kalau tak selesa, baring la dekat sofa tu okay? Saya pergi kejap je tau. Jangan pengsan!". Pekik Daneen yang sedar-sedar sudah berapa di hadapan pintu kaca bilik itu dah. Entah bila masa dia pecut.

Daim hanya mampu mengangguk kecil. Dia betul-betul tak larat. Agaknya demam sebab makan banyak sangat kut durian masa dekat Johor haritu. Mungkin la...

"Tau!".

"Ya, Cik Daneen. Now, go".

"Alright, alright". Dan Daneen pun segera keluar daripada bilik itu.

Sejurus sahaja semakin jauh bunyi tapak kaki si gadis itu, terus Daim mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor Hyder. Apabila skrin sudah menunjukkan kata 'ringing...', terus dia lekatkan telefon itu ke telinganya. Ya, dalam keadaan yang masih berbaring.

"Hello, Tuan Muda. Ada apa call ni?". Tanya Hyder. Sebab biasanya memang jarang la Daim akan menelefonnya. Biasanya dia yang telefon Daim; risau jika lelaki itu memerlukan sesuatu.

"Daneen keluar. Ikut".

"Baik, Tuan Muda". Terus sahaja Hyder bersetuju. Walaupun hanya tiga perkataan yang dituturkan oleh Daim, namun dia faham. Bahkan dia sudah terbiasa dengan perilaku Daim yang satu ini. Kalau sakit pun macam ni, tak sakit pun macam ni. So, takde apa untuk Hyder pelikkan. Memang dia dah terbiasa dah pun.

Tut!

Dan gagang ditutup. Telefon diletakkan semula ke atas meja dan matanya tertutup semula. Mahu tidur sekejap sementara menunggu cek mek molek tu pulang daripada kedai.

Info: Cek mek molek merupakan sejenis kuih sebenarnya. Tapi tiga perkataan tu yang digunakan di sini adalah untuk merujuk figura Daneen yang comel itu hehe.

🐳

BARU je selangkah Daneen memasuki semula bilik kaca--tempat Daim berkerja itu--langkahnya terhenti seketika tatkala matanya menjamah pemandangan Daim yang masih dengan kedudukan tadi bersama seorang wanita yang memakai pakaian yang cukup menyeksa mata di sampingnya.

Tipikal perampas suami orang!

Eh--Daneen, ni bukan laki kau lagi ni. Cover sikit cemburu tu.

Ehem, ehem!

Daneen mengawal kembali riak wajahnya dan berdehem dua kali. Kali kedua tu membuatkan wanita gedik di sisi si Daim itu mengangkat wajahnya.

'Cantiknya'. Pastu mula lah si Daneen tu nak insecure bila tengok perempuan cantik serupa model di hadapannya ini.

"You ni siapa?". Soal wanita itu dengan suaranya yang teramat lah menjengkelkan.

Daneen membuat keputusan untuk tidak menjawab persoalan wanita itu kerana merasakan tidak perlu. Sebaliknya, dia berjalan semakin dekat dengan meja kerja Daim itu. Sarapan yang dibeli diletakkan di atas meja itu bersama-sama dengan plastik ubat farmasi itu. Kerusi di hadapan meja itu ditarik dan dia duduk di situ.

"Eh, perempuan. I tanya-".

Bicara perempuan itu terpotong apabila Daneen mulai bersuara, ingin mengejut Daim yang sedang lena tertidur berbantalkan lengannya itu.

"Tuan, Tuan bangun. Tadi cakap nak sarapan BERTEMANKAN saya". Perkataan 'bertemankan' itu sengaja ditekan oleh Daneen membuatkan wanita di hadapannya itu membuat muka cemberut.

"Hei! Kau ni memang pekak ke?!". Pekik wanita itu secara tiba-tiba.

"Tak pekak. Just, I don't have time for idiots. And please, diam sikit ya? Tuan Daim sedang tidur ni. Tuan, bangun Tuan. Makan dulu lepastu makan ubat". Setelah puas menjeling si wanita itu, Daneen kembali mengejutkan Daim yang masih lagi sedang lena itu.

"Kerek betul. By the way, kenapa dengan baby I ni? Dia sakit ke?". Tangan wanita itu naik menyentuh-nyentuh dahi Daim membuatkan Daneen panas hati. Dah la sesuka hati nak panggil boyfriend orang 'baby-baby' bagai. Ugh! Eh--

Malas nak melayan wanita gedik itu, mata Daneen beralih kepada figura Daim yang sedang bergerak-gerak itu.

"Hey, are you awake? Tuan?".

"Daneen? Dah balik?".

"Ya, saya dah balik. Jom? Makan?".

"Hm".

Mereka berbual seolah-olah wanita gedik yang layak dipanggil Ursula itu tidak wujud di situ.

Daim lalu bangun daripada kerusinya, berjalan menghampiri Daneen dan jari telunjuk + ibu jari tangan kanannya lantas menjepit hujung lengan baju kurung Daneen untuk bergerak ke arah sofa yang berhampiran. Sudah seumpama kanak-kanak lima tahun. Daim kalau manja memang macam ni.

"Oh and, Miss. Can you please get out? Tuan Muda tengah demam sekarang ni. So, leave us alone. Saya nak kasi dia makan lepastu makan ubat sekali. Minggu depan--eh no, tahun depan datang semula ya?". Daneen yang berdiri di hadapan Daim itu membuka mulutnya kembali; menyuruh wanita itu untuk pulang terlebih dahulu.

" Apa pula nak jaga-jaga? You ni siapa?". Soal wanita itu tidak berpuas hati.

" Kenalkan, I Daneen Isabella. Pem-".

Kalini, kata-kata Daneen pula terpotong apabila Daim mencelah.

"Girlfriend aku. Lebih kepada bakal isteri sebenarnya. So Rai, get out please. I wanna spend time with my baby right now and Im sick and I don't have time for you". Lelaki itu tiba-tiba sahaja memeluk erat lengan Daneen dan meletakkan kepalanya ke atas bahu wanita itu.

Manis sangat! Auch!

Tak terkejut sangat pun Daneen dengan kata-kata Daim itu memandangkan dia tahu jejaka itu sukar dijangka orangnya. Selalu muncul dengan idea bod--

"Ish!". Wanita itu berdecak kuat sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Bagai nak pecah lantai itu, dia hentakkan kaki. Ingat ofis ni bapak dia punya ke?

Apabila bayang si Ursula a.k.a Rai itu sudah hilang daripada pandangan mereka berdua, terus Daneen berpaling dan menepis tangan Daim.

"Siapa dia tu?". Tanya Daneen sambil mengambil plastik makanan dan ubat yang berada di atas meja kerja tadi untuk diletakkan di atas meja kopi berdekatan sofa.

"Kenapa sunshine? Kau jealous ke?". Seloroh Daim. Saja mahu menguji si gadis manis.

"Sik-- ish takde masa la nak cemburu. Perasan je Tuan ni. Dah duduk sana, makan". Jari Daneen ditunding ke arah sofa di dalam bilik itu.

"Alright, sunshine".

🐳

Updated (i was at the clinic atm btw)!
Enjoy your reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro