32- 2007

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ATAS bawah, atas bawah Hyder melirik figura yang sedang duduk bersahaja di sofa itu. Tak la, kalau datang melawat rumah orang untuk lepak-lepak sejam dua takpela. Ini dah empat jam! Dah malam dah pun! Yang Daim tak balik-balik lagi ni apa pasal?

"Kau memang taknak balik eh?". Dah habis sopan dah soalan yang diajukan oleh Hyder tu. Punya lah taknak bunyi macam menghalau sangat. Kenyataan, memang dia nak halau pun Tuan Mudanya ini.

"Aku tidur sini la malam ni". Bertih jagung yang entah daripada mana diambilnya itu, disuakan ke mulut sejurus selepas Daim menyatakan hasratnya itu.

"Eh, mana boleh! Amboi kau, rumah punya lah banyak. Dekat sini jugak kau nak tidur eh?". Hyder bercekak pinggang.

"Satu malam je, Hyder. Aku malas nak balik. Nanti mesti si Raisya tu ada lagi dekat rumah mama. Pastu kalau aku balik rumah aku, nanti kalau dia sekeluarga datang macam mana?". Macam-macam alasan yang ditaburkan oleh Daim semata-mata tidak mahu pulang.

"Tidur la dekat cottage house kau tu. Takde orang tahu location rumah tu selain aku, kau dan Daneen kan? Ha, okay lah tu".

Mendengar sahaja cadangan Hyder itu, terus Daim mengalihkan fokusnya kepada lelaki di sebelahnya itu. Riak wajahnya terlihat seperti berada dalam kesedihan? Atau kerisauan? Entah, emosi Daim ni memang agak sukar untuk dijangka.

"Kau tahu kan aku tak boleh".

Hyder mengeluh perlahan sebelum berkata, "Semua sebab Daneen ke? Kalau kau balik dekat rumah tu, semua kenangan kau dengan dia will flash in front of your eyes? Macam tu?".

Daim mengangguk.

"Daim... Aku bukan apa lah kan. Well, I might be wrong tapi rasa lah kan, you gotta let all of that go away. You gotta let her go away. Aku nak kau sedar yang dia sendiri dah beberapa kali tolak kau. Kau kena berhenti berharap, Daim. Ini untuk kebaikan kau juga. Let go of all of the memories. Kau kena move on". Bahu Daim ditepuk beberapa kali oleh Hyder. Dia hanya inginkan yang terbaik untuk sahabatnya ini.

"Haih...". Buat seketika, Daim termenung jauh. Rancangan di televisyen langsung tidak dihiraukan. Fikirannya melayang, memikirkan kata-kata Hyder tadi. Ada juga betul nya... Kan?

"Takpela, Daim. Memandangkan kau ni kawan baik aku dan aku taknak kau potong gaji aku... Kau tidur jela sini. Tapi bilik, kau kemas sendiri. Aku mengantuk. Aku nak tidur sekarang". Hyder bangun daripada sofa selepas merampas mangkuk bertih jagung yang sudah kosong daripada tangan Daim. Niatnya ingin membawa bekas itu ke dapur. Nak harapkan Daim? Heh, nanti dia tinggal je dekat situ. Buat sesedap rasa.

"Serius lah ni?". Bersinar-sinar mata Daim; penuh harapan.

"Ya... Pergi lah. Bilik sebelah bilik aku tu".

"Thanks, Zafran". Daim tersenyum nipis kepada Hyder. Dia bersyukur kerana dikurniai rakan sebaik Hyder. Walaupun kadang-kadang tu seorang Hyder Zafran boleh jadi annoying nak mampus!

"Hm. Jangan tidur lewat sangat or you will hear some sinful sound daripada jiran aku". Hyder melorek senyum sinis sebelum berlalu ke dapur; meninggalkan Daim terpinga-pinga di situ.

'Pebende mamat tu maksudkan?'. Pelik juga Daim. 'Sinful sound'? Apa maksud Hyder? Kawasan rumah dia ni kawasan berdosa ke? Astagfirullahalazim!

🐳

2007

"ARGH!!!".

Balik je daripada sekolah, dia terdengar jeritan nyaring itu datang daripada bilik sahabat hidup dan matinya. Dia tahu apa yang mengundang jeritan itu. Lantas sahaja beg sekolah dihempas ke lantai dan pisau poket dikeluarkan daripada beg itu.

Dengan pisau itu, dia berlari ke arah bilik sahabatnya dan menyaksikan sebuah pemandangan yang sangat menyakitkan.

Di hadapannya terlantar sahabatnya secara melentang dengan luka yang amat besar; bermula daripada tepi lehernya sehingga ke bahagian pinggang kanak-kanak lelaki itu. Crossing his back.

Di tepi sahabatnya itu pula berdiri seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an dengan memegang pisau yang masih dibasahi dengan darah segar sahabatnya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"WHAT DID YOU DO TO HIM?!!!". Jeritnya kuat.

"Nothing. Just teaching him some lesson. You don't have to intefere Waqeel, this is between me and my son!". Marah lelaki tua itu. Dia paling pantang jika budak ini masuk campur urusannya dengan anak kandungnya ini.

"Get out before I call the police!". Jeritnya buat kali kedua. Hanya untuk meningkatkan kemarahan si lelaki tua.

"Shut up!!! You better shut the fuck up Waqeel before I treat you the same". Lelaki tua itu memberi amaran. Baginya, budak ini merupakan anak tak kenang budi! Sudah la dia terpaksa menjaga budak ini bersama-sama dengan anaknya sendiri selama empat tahun setelah isterinya meninggal! Bila dah besar ni, tak reti bahasa nak hormat orang!

"Try me".

"You little bitch! Come here!!!".

Belum sempat 'dia' melarikan diri, kolar baju sekolahnya terlebih dahulu dicengkam kuat oleh lelaki tua itu.

"Lepaskan aku lah bodoh!". Pekiknya kuat. Berharap agar lelaki itu akan melepaskannya. Namun hampa. Bukannya mahu dilepaskan, sebaliknya lelaki tua itu mengoyakkan baju sekolahnya secara kasar membuatkan badan 'dia' terdedah.

"You ask me for this, Waqeel. Since you are his so called twin, Im gonna torture you the same way as he got". Tubuh 'dia' ditelentangkan oleh lelaki tua itu. Pisau ditunding ke arah badan sahabat 'dia' yang sedang berlumuran darah itu.

"Serve your right, Waqeel!".

Pisau diangkat dan perlahan-lahan lelaki itu mengukir ukiran yang sama seperti sahabat 'dia' terima. Sebuah luka panjang bermula daripada leher sehingga ke pinggangnya ditoreh oleh lelaki tua itu. Membuatkan kanak-kanak yang baru sahaja berusia 12 tahun itu meraung kesakitan.

"ARGHHH!! LET ME GO! ARGHHHHH!!!". Raungan yang disertai bersama tangisan.

Namun, tidak juga lelaki tua itu berhenti. Malahan dia masih meneruskan kerja kejamnya itu.

"Sakit... Stop... Waqeel sakit....". Dia merayu.

Tidak direspon. Hanya gelak tawa jahat kedengaran.

"Waqeel taknak... Sakit...".

"SHUT UP!!!".

Cak!

Bahagian tepi pinggang kanak-kanak 12 tahun itu ditikam sekali...

"ARGHH!!".

Daim terbangun daripada tidurnya. Seluruh badannya yang tidak berbaju itu berpeluh-peluh. Suhu badannya juga kembali meningkat.

Mimpi.

Ya, mimpi itu datang lagi.

Dia perlukan seseorang untuk menenangkannya.

"Zafran... Zaf...". Lemah suara lelaki itu memanggil. Terketar-ketar. Tangannya berpeluh. Wajahnya pucat lesi.

"Arghh! Zafran! Zaf!!!". Tangannya naik menekup kedua telinganya. Jeritan nama 'Zafran' itu semakin kuat bergema. Sampailah...

Dush!

Pintu bilik itu dibuka daripada luar hanya untuk memunculkan Hyder. Hyder dengan riak wajah yang penuh dengan kerisauan.

" Daim! Daim, kau okay tak ni?". Hyder segera menghampiri lelaki itu lalu duduk di birai katilnya.

"Zaf... Zaf aku mimpi...". Seluruh badan Daim menggigil membuatkan Hyder segera memeluk lelaki itu. Dia tahu apa yang Daim mimpikan.

"It's okay, it's okay. Aku dekat sini Daim. Kawan kau dekat sini. Aku ada, Daim". Belakang badan lelaki itu ditepuk perlahan-lahan. Hanya dia. Ya, hanya Hyder sahaja yang tahu bagaimana untuk menenangkan lelaki ini daripada mimpi yang sering menganggunya semenjak 16 tahun yang lalu.

Hanya Hyder dan...

"Zafran... I need her, Zafran. I need her".

... Daneen Isabella.

Ya, walaupun perempuan itu tidak tahu menahu sedikitpun tentang kisah silam Daim... tapi dia mampu. Hanya dengan wujud di sisi Daim, gadis itu mampu mengubati segala kisah kelam di jiwa lelaki itu.

"Okay, okay. We will get her. Tapi-".

"Sekarang! Aku perlukan dia sekarang, Zafran!". Daim menjerit.

"Ya, kau tunggu sini. Aku pergi telefon dia". Kata Hyder lalu berjalan pergi meninggalkan Daim untuk membuat panggilan telefon kepada Daneen. Lelaki itu memerlukan Daneen. Hyder tahu akan hal itu.

Sempat dia menoleh ke arah Daim buat kesekian kalinya sebelum menggumam,

"Maafkan aku, Daim. Maafkan aku".

🐳

Feels like we have matching wounds but
mine's still black and bruise and
yours is perfectly fine...

Lirik ni sangat perfect untuk digunakan bagi mendeskripsikan chapter ni.
Lirik ni daripada lagu 'The Exit' by Conan Gray.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro