35- Soft Spot

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TIDAK sudah-sudah Daim menangis dalam solatnya. Meminta ampun kepada Allah Yang Maha Esa tentang apa yang sudah berlaku di dalam kereta tadi.

Sungguh, dia berasa begitu berdosa sekali. Jikalau saja dia mengelak tadi. Jikalau lah dia menolak Daneen daripada terus mencium dadanya tadi, tanda merah ini tidak akan wujud. Namun, dia tumpas. Daim tumpas dalam kemelut itu. Nasib baik nafsu lelakinya tidak memaksa dia untuk terus melukai wanita kesayangannya itu. Seteruk mana pun dia mahukan Daneen kembali, dia TIDAK AKAN PERNAH menodai gadis itu.

Doa panjang lebar dipanjatkan kepada Allah agar Dia boleh mengampunkan dosa Daim yang satu ini. Terasa amat berat di hati lelaki itu dengan dosanya yang satu ini. Terasa terbeban dengan dosa yang satu ini.

"Amin yarabbal alamin...". Kedua telapak tangannya disapukan ke muka. Air matanya juga dikesat menggunakan hujung lengan baju kurta putihnya itu.

Daim turun daripada sejadah dan melipatkan kain itu menjadi lipatan kecil untuk disangkut semula ke tempatnya dengan mudah.

Sedang dia berjalan ke arah tempat menyangkut sejadah itu, terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Seolah-olah ada seseorang di luar ruangan itu. Mungkin sahaja Hyder atau Puan Rohaini atau...

... Daneen.

Tok, tok, tok!

"Daim...". Oh, itu suara Puan Rohaini.

"Ya ma?". Daim bersuara di sebalik pintu itu. Masih kedengaran bunyi esakannya yang entah bila nak sudah itu. Betapa dia terasa besarnya dosanya dengan Allah pada saat ini. Sampaikan lencun lengan baju kurtanya itu.

"Daneen dah bangun. Pergi tengok dia sekejap, sayang. Dia nak jumpa kamu tu". Bicara Puan Rohaini lembut. Niatnya ingin menghantar makanan kepada Daneen yang sudah tersedar itu tadi, tapi gadis itu meminta untuk Puan Rohaini memanggil Daim.

"Baik, ma. Nanti Daim pergi".

"Hm, okay lah kalau macam tu. Mama turun dulu ya? Nak hidang makan malam. Nanti suruh Daneen habiskan makanan dia tu, lepastu kamu turun makan". Sempat lagi Puan Rohaini meninggalkan pesanan sebelum berlalu pergi apabila tiada respon yang diberikan oleh anak terunanya itu.

Daim ternyata hanya mengangguk kecil sebelum sejadah yang dipegang akhirnya disangkut dan kakinya dihayun ke arah pintu utama biliknya itu.

Daun pintu dipulas dan pintu dikuak untuk dirinya terus melangkah pergi ke kamar sebelah. Lebih tepat lagi, bilik di mana Daneen dibawa masuk olehnya sebaik sahaja sampai ke rumah pada petang tadi.

Pintu bilik sebelah itu diketuk sebelum ditolak sedikit apabila melihatkan yang ianya sudah terkuak ke dalam. Sudah terbuka. Barangkali kerana mamanya sudahpun masuk ke dalam bilik berdinding kelabu itu sebentar tadi.

Krek...

Bunyi tolakan pintu itu membuatkan lamunan Daneen yang sedang duduk di birai katil itu terhenti. Pandangannya serta-merta beralih kepada figura yang berdiri di hadapan pintu yang sudah terbuka luas itu.

Kedua-dua daripada mereka berdiam diri sebentar sebelum Daneen bertindak untuk berjalan laju ke arah figura yang masih berdiri tanpa riak di hadapan muka itu.

Sampai sahaja di hadapan Daim, mata heterocromia cantik milik lelaki itu ditenung tajam oleh Daneen. Dan tanpa boleh diagak oleh sesiapa pun, tangan gadis itu diangkat tinggi dan dengan kelajuan yang maksima, dia menampar pipi Daim. Sehingga terteleng lelaki itu ke tepi. Tak cukup dengan itu, dada lelaki itu juga ditumbuk-tumbuk kuat sehingga tergerak badan Daim seinci ke belakang. Butang kurta lelaki itu dibuka tapi kalini dengan penuh amarah. Bukan lagi godaan.

Dan Daneen terpaku...

Gadis itu terpaku apabila melihat tiga tanda merah yang ada di dada bidang lelaki di hadapannya itu. Tiga tanda merah yang jelas. Dan dia tahu, itu ialah angkaranya.

"KENAPA WAQEEL!?!! KENAPA KAU TAK HALANG AKU?!!!". Suara Daneen berbunyi buat kali pertamanya pada saat itu sambil tangannya menumbuk lagi dada Daim. Hampir sahaja Daim terdorong ke lantai disebabkan hal itu. Namun, dia kuatkan kekudanya. Dia tahan. Dia biarkan Daneen melepaskan amarahnya. Biar lah gadis itu puas.

"KENAPA WAQEEL, KENAPA??!!". Jerit Daneen kuat. Sudah tidak kisah dengan fakta yang dia sedang berada di rumah keluarga Daim.

"Kenapa....??". Tumbukan terakhir diberikan ke dada Daim sebelum akhirnya gadis itu jatuh melurut ke lantai. Kepalanya ditundukkan dan dia mengalirkan tangis yang teramat menyedihkan pada saat itu membuatkan Daim mencuba sedaya upaya untuk turut tidak mengalirkan air mata.

"Daneen...". Nama gadis kesayangannya itu diseru lalu dia turut duduk melutut di hadapan Daneen.

"Jangan macam ni...". Daim tahu, Daneen sedang meletakkan seratus peratus kesalahan ke atas bahunya sendiri. Padahal ini bukan lah salahnya sepenuhnya.

"Kau tak jijik ke dengan perbuatan aku, Waqeel?". Tanya Daneen sambil menangis teresak-esak.

"Kau tak jijik ke dengan aku, Waqeel?". Soalan kedua. Masih lagi sunyi, tidak dijawab oleh Daim kerana lelaki itu tahu yang Daneen sudah mengerti apa jawapan kepada semua soalan itu. Dia...

"Tak cukup dengan aku yang kotor ni, aku nak kotorkan orang lain pulak? Kau tak rasa aku ni menghinakan ke, Waqeel?". Daneen ketawa besar di permulaan ayatnya namun dalam hatinya, dia remuk. Betapa dia membenci perbuatan yang telah dilakukan olehnya kepada Daim di dalam kereta ini. Serasa dirinya layak dipanggil pelacur.

Daneen jijik dengan diri sendiri.

Tapi lelaki itu...

... tidak pernah menganggap Daneen sebegitu rupa. Dia memandang gadis itu sebagai seorang gadis yang ceria, girlboss, keras kepala dan tak pernah menyerah. Segala jenis perkataan 'jijik', 'hina' dan 'kotor' itu tidak pernah terlintas sedikit pun di fikiran Daim untuk mendeskripsi seorang gadis bernama Daneen Isabella itu.

"JAWAB LAH WAQEEL!". Tengking Daneen, kuat. Air matanya semakin laju jatuh ke pipi. Dia sangkakan bahawa Daim aku memarahinya sejurus selepas itu, namun lelaki itu tersenyum manis. Manis semanisnya.

"Kau makan ya, sunshine? Aku nak turun makan dengan yang lain. Kalau kau rasa nak turun juga, panggil aku. Aku temankan. Hm?". Lembut selembut baldu bicara Daim. Matanya yang masih memerah itu memandang penuh kasih iris milik Daneen. Hendak saja tangannya naik membelai rambut lurus itu namun cukup la dosa yang dia lakukan siang tadi.

Terpaku Daneen.

Dia terkesima dengan begitu lembutnya layanan Daim terhadap perempuan jijik sepertinya ini. And suddenly she realised, how pure his love towards her. She realised that he loves her more than how she loves herself.

"Aku turun dulu, ya?". Daim tersenyum buat kali terakhir sebelum menuruni tangga yang betul-betul terletak di hadapan bilik Daneen itu.

🐳

DI sebalik dinding yang memisahkan dapur kering dan dapur basah di rumah milik keluarga Puan Rohaini itu, Daneen dapat melihat figura jejaka yang dia sakiti tadi sedang duduk di sebuah kerusi berhampiran kitchen island itu.

Berhadapan dengan Daim ada secawan mug yang mungkin sahaja mengandungi teh; kerana Daneen tahu yang Daim tidak gemar minum sebarang kopi... dan ada juga sebuah kotak berwarna putih yang dipercayai first aid kit.

Serta-merta rasa bersalah hinggap di hati Daneen. Kuat sangat ke dia tampar Daim tadi? Terluka kah wajah kacak lelaki itu?

Kerana berasa ingin tahu dan risau yang amat sangat, Daneen keluar daripada tempat persembunyiannya dan berjalan menghampiri lelaki itu. Dia berdehem kecil untuk menyedarkan Daim yang dia sedang berdiri tepat di belakang lelaki itu.

"Sunshine? Buat apa belum tidur ni? Dah pukul 2 pagi ni". Tegur Daim. Kapas kecil yang dipegang diletakkan ke atas kitchen island di hadapannya. Kerusi dipusingkan untuk menghadap tepat dan lebih selesa ke arah si gadis manis kesayangannya.

"Saya... Saya nak minta maaf". Perlahan sahaja tutur katanya.

"Why? What did you do wrong?". Daneen terasa seperti mahu menghamburkan semula tangisnya apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut Daim itu.

"Kalau sebab dalam kereta tadi, it's my fault too. Aku tak cuba halang kau langsung. Kalau sebab ni...". Jari telunjuknya ditunding ke arah luka yang teramat kecil di hujung bibirnya. Hasil daripada tamparan keras yang diberikan oleh Daneen tadi.

"Aku tak ambil hati pun. Aku faham, kau tengah marah. You're devastated. Ya, aku faham tu. Aku pun kalau tengah marah selalu juga belasah Hyder. Sama lah konsepnya tu. Jadi jangan risau, aku tak marahkan kau pun kalau sebab ni. Sikit je ni". Daim mengenyitkan mata kanannya.

"Erm... Nak saya ubatkan tak?". Terkulat-kulat Daneen bertanya. Matanya jatuh pada dada Daim yang sedikit terdedah menampakkan kesan love bite yang masih memerah itu. Nampak macam luka pun ada.

"Bibir ni? Bibir ni dah okay la. Aku dah ubatkan sendiri tadi". Tenang Daim menjawab. Kotak putih di hadapannya hampir sahaja ditutup tetapi tak sempat apabila Daneen menahan. Kerusi di hadapan Daim ditarik dan gadis itu mengambil tempat di situ.

"Bukan bibir...".

"Dahtu?".

"Tu". Lurus jari Daneen menunjukkan ke arah dada Daim.

"Oh ni?".

Daneen mengangguk seraya berkata, "I promise, this time I won't touch you. Saya cuma nak ubatkan sebab saya rasa bersalah yang teramat sangat. Boleh?".

Lambat-lambat, Daim mengangguk juga.

Perlahan-lahan Daneen menyapukan sedikit ubat krim ke cotton bud yang dipegang menggunakan jarinya lalu krim itu diratakan ke tiga 'luka' yang ada di dada lelaki di hadapannya itu. Jarak mereka kekal jauh. Cotton bud itu pun dipegang oleh Daneen di takat yang paling hujung. Punya lah tak nak tersentuh kulit Daim.

"Sakit tak?". Soal Daneen. Kesian pula dia dekat Daim ni. Siang tadi kena 'gigit', malam kena tampar dan tumbuk pula. Kebiruan juga la bahagian yang ditumbuk itu.

"Tak. Dah biasa sparring dengan Hyder. Don't worry, sunshine. Wipe your tears, please".

Daneen sendiri tidak sedar yang dia sedang menangis. Mungkin menangis kerana terlalu kesiankan Daim agaknya. Haih, cengeng betul. Celah mana girlboss nya?

"Ehem, ehem!". Bunyi deheman itu membuatkan kedua-dua daripada mereka berpaling ke arah pintu masuk dapur.

"Bertuah punya Daim Al Waqeel! Nak sweet sweet pun, jangan lah depan aku!". Dilane mencebik geram. Sudah seminit dia berdiri di situ tanpa disedari oleh mereka berdua.

"Kau sibuk kenapa?". Soal Daim kepada adiknya itu.

"Tak sibuk, saja je tegur. Ni bila korang nak kahwin? Kalau kira-kira, dah lapan tahun couple kan?". Dilane berjalan ke arah peti sejuk untuk mengambil air minumannya.

"Kau belum tahu ke Lane?". Daim bertanya lagi.

"Tahu apa? Tarikh perkahwinan korang? Memang lah belum dah kau belum bagita--".

"We broke up three years ago". Kata-kata Dilane dipotong oleh Daim membuatkan tersembur habis air oren yang belum sempat masuk ke esofagus Dilane itu. Terkejut mak!

Dan Daim sudah agak, mesti macam ni punya reaksi adiknya yangs seorang ini. Kenapa? Sebab Dilane ni duduk luar negara; belajar, jadi mungkin dia tidak tahu menahu tentang status hubungan abangnya dan bakal kakak ipar tak jadinya ini.

"Wey! What?! Why???". Dilane tidak berpuas hati. Masakan dia terlambat TIGA TAHUN untuk mengetahui hal ini? Tak adil betul!

Daim sekadar mengangkat bahu sebagai jawapan. Benar. Dia juga masih keliru dengan punca perpisahannya dengan Daneen. Sampai sekarang...

🐳

Updated!

Introducing, watak baru kita.... *drum roll 🥁*...
✨Dilane Al Waleed✨ iaitu adik kepada si Daim ni ha.
Cara sebutan nama dia boleh jadi:
'Dai-len' atau 'Di-lan'.
Mana-mana pun takpe, semua boleh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro