38- Wounds

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RALIT betul Daneen menonton channel YouTube 123 Go itu. Sesekali pandangannya dikalihkan ke arah jam yang tergantung di dinding bilik bekerja itu. Angka jam tersebut menunjukkan pukul 11.30 pagi. Sudah lebih kurang sejam lebih Daim pergi meninggalkannya sendiri di ruangan ini.

Berkeroncong juga perut Daneen dibuatnya. Niatnya yang ingin makan makanan yang dibelikan oleh Daim sebentar tadi terbatal apabila dia teringatkan janji lelaki itu yang ingin menemaninya makan sebaik sahaja dia selesai bermesyuarat. Terus Daneen sandarkan balik badannya ke sofa.

Tengah duk sibuk mengeluh sebab lama sangat tunggu Daim tu, tiba-tiba ada seorang wanita masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Barangkali sudah tahu yang bos besar tiada di dalam.

And no, she wasn't Raisya.

Wanita itu merupakan staf syarikat ni yang bergaduh dengan Daneen haritu. Alah, yang pasal baju Daneen tu. Yang cakap baju Daneen ni macam nak goda Tuan Muda mereka tu. Ha, perempuan tu. Tapi kalini dia datang sendiri tanpa temannya yang seorang lagi tu.

Daneen pandang dia, dia pandang Daneen. Yang pastinya pandangan seorang itu pandangan yang terkejut manakala seorang lagi pandangan yang seolah-olah annoying dengan kehadiran si 'dia'. Guess which one which.

"Oh... Patut lah tak datang kerja. Sedap duduk melepak dalam bilik Tuan Muda rupanya". Perempuan yang Daneen percaya bernama Izara itu mulai berjalan ke arahnya dan berkata-kata. Senyuman sinis turut dihidangkan.

Malas nak melayan Izara, Daneen sambung menonton rancangan YouTube yang masih terpasang di kaca televisyen seluas entah berapa inci tu (malas nak buat research, kalau aku main letak je nanti korang cakap aku melalut pulak). Dia memang sentiasa tiada angin nak layan manusia-manusia dengki macam ni.

"Apa sebenarnya erk hubungan kau dengan Tuan Muda? Eh, Puan Besar pun tak pernah la duduk bersahaja macam ni dalam bilik Tuan Muda". Geram dengan reaksi bersahaja Daneen, Izara bertindak menolak bahu gadis di hadapannya ini dengan fail yang dia pegang.

"Aku bercakap dengan kau ni, perempuan. Tak dengar ke?". Kalini, jari telunjuknya pula yang digunakan untuk menunjal kepala Daneen. Terteleng gadis itu dibuatnya. Tapi, Daneen masih memasang riak bersahaja dan dengan selamba badaknya sempat lagi dia menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen itu untuk menukar channel YouTube.

"Hei, perempuan!".

Pap!

Okay...

Kalini dah melampau.

Izara dengan sengaja menggunakan fail yang dipegang olehnya tadi untuk menampar kuat pipi Daneen sehingga gadis itu sekali lagi terteleng ke tepi. Lebih kuat sehingga hampir sahaja dia tercium sofa yang didudukinya.

Daneen yang sudah menyirap darahnya itu bangun berdiri dan mencerlung tajam ke arah Izara.

"Daripada hari pertama kan kau tak puas hati dengan aku? Why? You got a problem with me, dumbass?". Terjungkit hujung bibir Daneen yang sudah mulai mengeluarkan darah daripada luka kecil kesan tamparan fail tadi.

"Kau panggil aku apa, perempuan?!". Pekik Izara.

"Dumbass. D.U.M.B.A.S.S. Dumbass. Atau dalam erti kata lain, si bodoh!". Siap dengan ejaan diberikan oleh Daneen. Makin berapi Izara dibuatnya. Sampai kalau logik, boleh nampak kepulan asap keluar daripada kedua lubang telinganya.

"Perempuan tak tahu malu!". Hujung kasut tumit tinggi yang tajam itu naik menyepak tulang kering kaki Daneen membuatkan gadis itu menyeringai kesakitan. Izara lalu tersenyum puas.

"You son of a bit--".

"Daneen Isabella".

Belum sempat tangan dihayunkan ke pipi Izara, namanya dipanggil oleh seseorang dengan suara yang tenang tetapi cukup tegas membuatkan dia berpaling ke arah pintu.

'Haih, kenapa la mamat ni selalu jadi knight in shining armour untuk betina ni'. Omel Daneen sendiri. Kesal! Siapa lagi kalau bukan Daim yang dimaksudkan olehnya.

"This is the second time you trynna hit my employee, Daneen".

Izara di sebelah Daim sudah tersenyum kemenangan.

"Dia yang-".

"Enough. Izara, awak keluar dulu. Im gonna have a talk with her". Terangguk-angguk Izara menerima arahan daripada Daim. Terus sahaja wanita itu keluar daripada bilik berdinding kaca itu.

Tertutup sahaja pintu kaca itu, terus Daim berpaling ke arah Daneen.

"Sunshine... Oh my god! Dia buat apa dekat kau? Aku baru tinggal sekejap, dah ada yang berani nak gaduh dengan kau eh?". Sekejap kepala acik dia lah, sekejap. Sekejap dia tu satu jam setengah. Nasib baik tak mati Daneen belasah Izara tadi.

"Eleh, tadi marah saya sangat".

"Lakonan je tu. Dia buat apa kat kau?". Soal Daim prihatin. Perwatakannya 360 darjah lain daripada yang tadi.

Tanpa banyak bunyi lagi, Daneen menghalakan jari telunjuknya ke hujung kanan bibirnya dan seluar besar gedapak itu diangkat sehingga ke betis menunjukkan lebam di atas tulang kering kaki kanannya itu.

"Ya Allah, kesiannya. Nak pergi hospital tak? Do you want me to fire her, baby?". Daim sampaikan terduduk di lantai itu kerana ingin menganalisis lebam di kaki kanan gadis kesayangannya itu.

"Mengada la sampai nak pecat bagai".

"Aku serius ni, Daneen. I won't let anyone hurt you. Ini teruk macam ni, kau nak pertahankan dia lagi ke?". Kalini Daim bertutur dengan nada yang lebih serius. Merah mukanya seolah menahan marah. Dia paling pantang jika ada yang berani menyakiti Daneen. Tengok saja lah apa yang terjadi kepada Ethan.

" Saya tak nak jadi penghasut. Tak cool la". Jujur, Daneen geram yang teramat kepada Izara tapi tak la sampai dia nak suruh Daim pecat betina tu. Kang tak makan sebulan pula! Daneen masih ada hati nurani.

"Then what do you want me to do?".

"Saya nak makan. Lapar. Lama sangat tunggu awak". Tersengih-sengih Daneen meminta. Tangannya naik menggosok perut sendiri yang daripada tadi dah macam persatuan pancaragam saja bunyinya.

"Okay, kita makan. Sebelum tu, biar aku rawat luka dengan lebam kau tu dulu".

"Baik...". Pasrah Daneen menjawab.

"Oh by the way, we kinda have matching wounds now". Daim tersenyum mengejek menunjukkan ke arah luka di hujung bibirnya dan luka yang sama di hujung bibir Daneen. Dua-dua daripada kesan tamparan.

🐳

SEKARANG dah masuk waktu makan tengahari dan Daim terlihat masih lagi tekun sedang menyemak beberapa dokumen di meja kerjanya. Manakala Daneen sekali lagi 'ditinggalkan' sendiri di sofa tidak jauh daripadanya.

Jujur cakap, gadis itu sudah mulai kebosanan. Dengan kaki yang sakit, dia tidak boleh nak merayau-rayau. Sekarang ni, Daneen betul-betul hanya mampu duduk berlepek dekat sofa tu. Rasa bosannya semakin menjadi-jadi!

"Sunshine?". Sapa Daim dengan kerutan di wajah saat dia mendengar keluhan berat terlepas daripada dua ulas bibir comel itu. Peka kan jantan ni? Padahal ruangan itu dipenuhi dengan bunyi video yang ditonton oleh Daneen di skrin televisyen itu. Namun, Daim tetap sahaja dapat mendengar keluh kesah gadis manisnya itu.

"Hm...?". Daneen sahut malas.

"Bosan ya?".

"Ya. Bosan asyik tengok tv je daripada tadi. Awak bukan layan saya pun. Sekarang dah masuk waktu makan tengahari dah pun". Dah kenapa dengarnya macam nada nak merajuk lapan keturunan je ni?

"Sorry, sunshine. Got a lot of work to do. Kau nak makan ya? Lapar?". Langsung Daim menutup fail dan mata pena yang dipegang. Fokusnya seratus peratus dialihkan kepada si gadis manis pujaan hati.

"Kalau saya jawab lapar, nanti awak cakap saya gemuk pula sebab suka makan". Hakikatnya, memang dia tengah lapar walaupun dia dah melantak Big Mac tak sampai tiga jam yang lepas. Dah kalau namanya Daneen Isabella, makan memang akan menjadi kewajiban!

"Tak cakap pun". Daim menjawab laju seraya melangkah ke arah Daneen lalu duduk di ruangan kosong sofa itu. Tepatnya di sebelah Daneen. Dengan jarak yang sudah semestinya dijaga.

"Kenapa datang sini? Pergi la sambung buat kerja awak tu".

"Merajuk, hm?". Daim merenung lembut anak mata perang itu. Cantik! Dia akui, walaupun matanya sangat unik kerana sindrom yang dihidapi namun dia sangat mengagumi warna mata biasa seperti warna mata Daneen. Biasa tetapi efeknya kepada Daim sangat luar biasa.

" Kenapa pula saya nak merajuk? Saya bukan siapa-siapa pun". Kata tak merajuk tapi semakin Daneen bercakap, semakin kedengaran nada berjauh hatinya itu.

"Kalau macam tu, mulai hari ini... Aku isytiharkan yang Daneen Isabella is my special person. I can't say the word 'girlfriend' cuz you will be mad but you are my special person. You can act freely around me and I won't judge. Nak merajuk, merajuk la nanti aku pujuk. Nak makan, aku boleh temankan. Nak mengada-ngada dengan aku, silakan. Nak aku? Without hesitation, I'm all yours. Macam mana? Okay tak?". Dah macam tawar menawar ikan di pasar ke gayanya.

"Sama aje macam takrifan untuk girlfriend".

"It is not. Kalau sama, I would reciprocate the same things but I won't and I really don't care about it. So the term 'special person' would be suitable enough for you". Entah buat kali ke berapa, kata-kata Daim berjaya melembutkan hati Daneen.

"Ke--".

"Cinta. Aku cintakan kau, Daneen. Itu lah satu-satunya sebab yang kau cari".

🐳

Updated!

By the way, I have a story.

So beberapa hari lepas, I posted something about my fictional characters dekat WhatsApp status saya... Then, ada la sorang mamat ni (pretend his name is Abu), dia macam mocked my hobby which is writing in a FOKING GROUP TAHU TAKK?!?!! okay, itu takpe lagi. But the problem is, Abu was trying so hard to diss Daim. Yes, my fictional character in this story
✨Tuan Muda Daim Al Waqeel✨
Abu ni siap sent dia punya gambar going to the gym with his barely even seen muscle saying that,
"(my name), make me one of your fictional characters la...", "delulu kan percuma"...

AND THE FACT THAT ada orang sokong dia, made my blood boiled even more 😔 but then, I chose to ignore him and hide Abu and kawan-kawan dia daripada tengok status saya. Okay then, I tried to forget about it...

BUT THEN,

Today, Abu decided to mess with me again BY MOCKING MY HOBBY ONCE AGAIN 😀
and i was like, 'he needs to stfu fr'
like, whats wrong with you?
Dah takde kerja lain ke? Then, I proceed to just ignore that dumb boy now since it will waste my precious time kalau saya gaduh dengan dia kan?
Adalah lebih baik saya update chapter untuk korang **winked

The end.

Aip, MR WAQEEL belum habis...
Short story ni je yang dah habis...

Nanti kan chapter seterusnya!
Thank you for listening to my rant <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro