40- She Left

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KALAU nak dibandingkan dengan kutub utara, rasanya perjalanan pulang ke rumah Daneen ini lagi sunyi daripada kawasan berais itu. Kenanga dan Hyder di hadapan langsung tidak membuka bicara melihatkan Daim dan Daneen yang tiba-tiba mendiamkan diri setelah pulang daripada taman tema tadi. Eh, bukan Daim dan Daneen. Lebih kepada Daneen sahaja.

Daim yang duduk di sebelah gadis itu sudah tidak keruan. Dia ada buat salah ke? Kenapa gadis manisnya ini tiba-tiba sahaja mendiamkan diri? Ke sebab cotton candy tadi dah habis? Tak mungkin la...

"Sunshine, are you okay?". Tegur Daim dengan suara takut-takut. Dia takut jika Daneen tiba-tiba naik angin.

Diam. Langsung tiada respon daripada Daneen. Membuatkan Daim semakin gelisah. Selain daripada kes prank tak berakal haritu, Daneen tak pernah mendiamkan diri sampai macam ni sekali dengannya.

"Daneen?". Panggil Daim lagi. Kalini hujung jarinya menyentuh bahu kiri Daneen untuk menyuruh gadis itu berpaling ke arahnya. Tak bersuara pun tidak mengapa la. Asalkan dia boleh melihat wajah si gadis manisnya itu.

"Apa?". Menggunakan suara yang boleh dikatakan sedingin ais, Daneen bertanya kembali kepada Daim. Dia sudah cukup serabut sekarang ni. Dia mencuba untuk berdiam diri agar amarahnya tidak terlepas kepada sesiapa.

"Pandang aku sekejap, Daneen".

"Kau nak apa, Waqeel?".

Ada dua benda yang membuatkan Daim terkejut habis. Satu, kedua mata Daneen yang sudah memerah, berair, dan sembab itu. Seolah sedang ingin menangis. Untung sahaja gadis itu pandai menahan air matanya daripada jatuh. Kedua, kata ganti diri yang telah ditukar oleh Daneen.

'Aku ada buat salah ke?'. Soal jejaka itu sendiri.

"Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?".

Soalan Daim itu membuatkan Daneen menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia menjawab,

"Kau tanya aku, Waqeel? Kau patut tanya diri kau tu?! Kau tanya diri kau sendiri, apa yang kau dah buat, Waqeel? APA YANG KAU DAH BUAT?!!". Amarah yang tertahan, akhirnya terlepas juga. Membuatkan semua manusia yang ada di dalam kereta itu terpana dengan perubahan sikap Daneen secara tiba-tiba ini. Hyder dan Kenanga di hadapan malas menyampuk kerana tidak mahu ikut campur dalam urusan peribadi Daim dan Daneen itu.

"Ya Allah, aku buat apa? Kau tak bagitahu aku, macam mana aku nak tahu?". Daim meraup wajahnya menggunakan kedua-dua tangannya. Dia boleh dikatakan cukup tertekan dengan situasi sekarang ini. Dia langsung tak faham mengapa Daneen tiba-tiba sahaja memarahinya.

"FUCKING ASK YOURSELF, DAIM AL WAQEEL!". Tengking Daneen, kuat. Tersentak bahu Daim dibuatnya. Daneen tidak pernah menengkingnya sehebat itu sebelum ini. Tak pernah. Walaupun jika gadis itu sedang memarahinya sebelum ini.

Daim mengeluh berat sebelum membuka mulut,
" Stop the car, Zafran". Arah Daim dan tanpa banyak bunyi lagi, terus Hyder memberhentikan kereta itu ke bahagian tepi jalan yang sudah mahu masuk ke kawasan perumahan Permata, kawasan tempat tinggal Daneen itu.

"Aku tak tahu apa yang aku dah buat sampai kau marah aku macam ni sekali, Daneen. But I need you to let me know, sunshine. I need to know and Im so sorry in advance. I will do anything for you to forgive me". Daim kini sudah berpaling sepenuhnya ke arah Daneen.

Di sisi lain,

"Kenanga, awak pakai ni okay?". Hyder menghulurkan sebuah headphone kepada Kenanga. Lagu Taylor Swift kegemaran lelaki itu sudah pun terpasang and connected to the headphone.

"Kenapa?". Kenanga cukup keliru sekarang ni. Keliru dengan tindakan Hyder dan keliru dengan situasi yang berlaku.

"Pakai je, okay? Nanti dah habis hal diorang, saya bagitahu". Hyder menjawab persoalan Kenanga itu dengan tenang bersama sebuah senyuman manis.

"Oh, okay...". Kenanga menyambut headphone yang diberikan dan terus menyarungkan benda alah itu ke kepalanya. Menutupi kedua belah telinganya. Terus bergema muzik irama lagu Lavender Haze nyanyian Taylor Swift itu. Kenanga tidak lagi mampu untuk mendengar perbualan antara Daim dan Daneen di belakang.

Back to the first leads,

"Kalau aku sebut nama ni, aku nak kau recall semua benda yang kau dah buat". Arah Daneen kepada Daim dengan suara yang bergetar. Tangis yang ditahan meronta-ronta meminta ingin dilepaskan.

Daim hanya mengangguk.

"Ethan".

Sebut sahaja nama itu, terus situasi yang sudah sedia ada sunyi tadi menjadi semakin sunyi.

"I met him at the theme park tadi. Separuh daripada muka dia terbakar. Kaki dia tempang. Kurus kering. Muka dia ada yang berjahit. What did you do to him, Waqeel?". Tak mampu bertahan lagi, akhirnya jatuh juga air daripada kedua-dua belah mata Daneen. Mengalir di pipi gadis itu dan jatuh ke dagunya.

Daim masih lagi terdiam. Dia tak tahu macam mana nak jelaskan dekat Daneen. Sumpah, dia lakukan semua ini untuk memberi pengajaran kepada si perogol. Bukan ada niat lain. Tapi kenapa Daneen menangis macam ni sekali? Apa hubungan sebenar Daneen dengan Ethan?

"JAWAB LA WAQEEL!". Pekik Daneen kuat.

"I hit him with a baseball bat. Malam kau datang ke rumah aku lepas kau kena rogol tu, aku suruh kau cerita. Then, kau cerita. Kau sebut nama perogol kau. Ethan. Aku cari dia. Bila dah jumpa, aku pergi rumah dia. Aku pukul dia sampai dia separuh mati. Aku pukul kaki dia sampai dia tempang. Lepastu, I went to his kitchen to drink some water and when I came back, he's already gone. Aku kejar dia sampai hutan. Bila dia dah masuk dalam hutan tu... I took out my lighter and I burned the whole forest". Daim akhirnya menceritakan satu persatu kejadian yang berlaku pada malam itu.

"Aku buat semua tu untuk kau, Daneen. Aku nak trauma kau pulih. Jujur aku cakap, aku memang berniat nak bunuh Ethan mula-mula. I did all of those for y--".

"Kau pernah fikir tak akibat dia, Waqeel?!! KAU PERNAH FIKIR TAK? Kau pernah fikir tak apa yang kau buat ni akan libatkan orang lain? PERNAH TERLINTAS TAK DALAM KEPALA OTAK KAU masa kau buat semua ni?!! HA?!!". Marah Daneen lagi. Dia cukup terkejut dengan apa yang sudah dijelaskan oleh Daim walaupun dia sendiri sudah mendengar segalanya daripada Ethan di taman tema tadi.

" NO! Sebab yang ada dalam kepala aku masatu hanya kau. KAU! Aku tak mampu nak fikir benda lain lagi! Aku hanya fikirkan kau. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. KAU FAHAM TAK, DANEEN?!". Daim menekup wajahnya. Ingin sahaja dia menjerit tapi dia tidak mampu.

" Aku tak hargai usaha kau. Aku tak perlukan kau untuk tolong aku. I don't need you in my life, Waqeel. I don't need you at all. Apa yang kau dah buat ni membuatkan aku semakin benci dekat kau. Aku benci kau, Waqeel". Setelah menghamburkan kata-kata itu, Daneen langsung membuka pintu kereta itu dan keluar. Berjalan di dalam hujan untuk pulang sendiri ke rumahnya.

Daim pun apa lagi, berlari dia ke luar kereta sebelum sempat ditahan oleh Hyder. Hujan sudah la lebat gila di luar sana. Risau pula Hyder akan Tuan Mudanya itu.

"DANEEN!". Tidak menghiraukan namanya dipanggil, Daneen terus-terusan berjalan.

"DANEEN ISABELLA!". Langkahnya terhenti berselang lebih kurang satu meter sahaja daripada Daneen.

Dia memalingkan badannya ke arah lelaki itu dan mulai berkata lagi,

"Kau tahu tak siapa Ethan dengan aku, Waqeel?".

Daim diam.

"Kau tahu tak kenapa aku minta putus tiga tahun lepas sedangkan kita dah nak kahwin masatu?".

Daim terdiam lagi.

"Malam aku datang ke rumah kau tu, bukan kali pertama aku kena rogol dengan Ethan, Waqeel. It was the second time. Tiga tahun lepas, dia dah pernah buat benda terkutuk tu dekat aku. Sebab tu aku minta kau lepaskan aku. Sebab tu aku hilangkan diri daripada kau. Sebab tu aku rela korbankan masa depan aku dengan kau. Aku fikir kau akan jijik dengan orang yang macam ni. Aku fikir--".

" Aku tak pernah jijik dengan kau, Daneen! Berapa kali aku nak kena bagitahu kau benda tu?! Aku tak pernah rasa kau ni hina, jijik atau kotor. I love you with all of my heart despite seeing what you have gone through. I don't give a fuck about anything else. I JUST WANT YOU. Demi Allah, aku ikhlas cintakan kau, Daneen. Demi Allah, aku tak pernah rasa kau menjijikkan. Aku-".

Bicara Daim terhenti apabila Daneen memotong,

" Aku ada anak luar nikah dengan Ethan, Waqeel. Lelaki. Umur dia sekarang, dua tahun. Kau masih tak jijik dengan aku?". Dunia seakan terhenti apabila kata-kata itu keluar daripada mulut gadis manisnya.

" Nama dia Dhamir Anaqee. Walaupun dia anak daripada hasil yang kotor, aku sayang dia. Aku sayang dia sangat-sangat, Waqeel. Dia dunia aku. Tanpa anak aku tu, aku rasa aku dah lama bunuh diri. Aku terlalu sayangkan dia. Lebih daripada segala-galanya. Lebih daripada aku sayangkan kau. Tindakan kau pukul Ethan haritu, buatkan lelaki tu marah. Dia bersumpah yang dia akan sakitkan Dhamir. Aku tak kuat, Waqeel. Aku risau kan anak aku, Waqeel. Aku tak nak dia sakitkan Dhamir. Dhamir tu hidup aku, Waqeel". Kalini segala kesalahan diletakkan ke atas bahu Daim membuatkan lelaki itu sampaikan jatuh melutut di atas jalan raya itu. Di dalam hujan lebat itu.

"Kau mesti makin jijik dengan aku kan?". Tanya Daneen sekali lagi.

Daim diam.

"JAWAB LAH!!!". Pekik Daneen lagi.

Daim menggeleng sebelum dia mulai membuka mulutnya lagi,

"Demi Allah, aku bersumpah, aku terima kau seadanya. Aku tak pernah pandang kau sebagai perempuan yang macam tu. Instead, I see you as a strongest woman ever. I see you as the woman who love me as much as I do love her. I see you as a cute brave woman. Aku tak pernah Daneen... Aku tak pernah pandang hina dekat kau walaupun lepas apa yang kau cerita ni. Allah tahu Daneen... Allah tahu macam mana ikhlasnya aku cintakan kau. Aku tak pernah kisah tentang semua kisah silam kau. Yang aku tahu sekarang ni, aku cintakan kau. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada aku cintakan diri aku sendiri. Berapa kali lagi aku perlu yakin kan kau dengan kenyataan tu? Kenapa susah sangat kau nak percayakan aku? I have seen you at your worst and I stay. Kenapa susah sangat kau nak nampak besarnya cinta aku dekat kau Daneen? Setiap saat aku berdoa kepada Allah. Aku minta dia jodohkan aku dengan kau. Aku nak hidup sampai tua dengan kau. Aku boleh jaga anak kau, Daneen. Aku boleh jaga Dhamir. Aku tak kisah kalau dia bukan anak aku sekalipun. I will love him as much as I love you. Aku akan jadikan dia orang terpenting dalam hidup aku lepas kau, Daneen. I love you, Daneen Isabella. So much. Please stay with me. I beg you. I beg you to trust me, sunshine. Please... ".

Panjang lebar Daim mengungkap kata cintanya yang sudah kali ke berapa diungkapkan itu. Dia betul-betul mahu Daneen percaya yang dia mencintainya gadis itu setelah apa pun yang terjadi.

" Kahwin dengan aku, Daneen. I will take care of you both. Kau dan anak kau". Daim merayu. He was on his knees begging her to trust him that he loves her unconditionally. Despite hearing all of her weaknesses.

"Kau tak faham, Waqeel. Aku tak layak untuk kau. Kau layak bahagia dengan perempuan yang lebih baik".

"YOU ARE A BETTER WOMAN FOR ME!". Daim menjerit.

"Aku... Aku dah tak boleh mengandung lepasni. Dhamir tu satu-satunya anak aku. Rahim aku dah tak boleh berfungsi, Waqeel. Kalau kita kahwin, aku dah tak boleh lahirkan zuriat kau. Kau sanggup?".

"I don't care! I don't give a fuck about that, Daneen. Aku cuma mahukan kau. Aku--".

"Kau cintakan aku. Ya, aku tahu tu".

Lepas je kata-kata tu diungkapkan, kedua-dua daripada mereka terdiam.

"Tinggalkan aku, Waqeel. Jangan cari aku lagi lepasni. Assalamualaikum". Dengan berakhirnya kata-kata itu, Daneen berlalu pergi. Meninggalkan Daim sendiri di dalam hujan lebat itu.

"DANEEN!!!". Tak, Daneen tidak lagi berpaling.

Dan Daim tahu akan hal itu. Tertunduk dia, hampir menyembah jalan raya itu; menangis teresak-esak. Teruk. Hyder yang setia berdiri di dalam hujan di belakang Daim itu langsung membuka jaketnya dan diletakkan ke atas bahu lelaki itu.

Sepanjang hampir dua dekad dia mengenali Daim, Hyder tidak melihat jejaka ini menangis seteruk itu. Tangisan sewaktu dia bermimpi akan traumanya juga tidak seteruk ini.

"Daim... Kita balik dulu ya? Nanti kau sakit". Pujuk Hyder. Bajunya juga sudah basah kuyup. Tapi tidak mengapa. Dia langsung tidak kisah akan hal itu. Asalkan dia sentiasa ada bersama Tuan Mudanya. Ya, Hyder sanggup.

"Dia... Dia dah tinggalkan aku... Zafran...".

"Ya, aku tahu, Daim".

"Zafran... I lost her for good... Now... Sakitnya Zafran". Dadanya ditumbuk-tumbuk. Ya Allah, ini terlalu sakit untuk dirinya terima.

Hyder akhirnya turut duduk bersila di dalam hujan itu. Kedua tangannya dibuka lalu dia memeluk kemas badan teman baik dunia akhiratnya itu. Bahagian belakang badan Daim digosok-gosok olehnya. Hyder let Daim sobbed on his shoulder.

"Go on, Daim. Cry as hard as you want. I have the shoulder".

Sungguh. Lelaki yang bernama Hyder Zafran sanggup melakukan apa sahaja untuk Daim Al Waqeel. Baginya, Daim sudah hampir mengorbankan nyawanya untuk Hyder. Jadi, ini bukan lah apa-apa jika nak dibandingkan dengan pengorbanan Daim terhadap dirinya.

As something that was said ealier, Hyder would even take a bullet for his young master.

🐳

Updated the main climax!
Nangis tak tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro