51- Daneen's Old Trauma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEBULAN KEMUDIAN,

TERKELIP-KELIP Daim dan Dhamir memandang Daneen yang kelihatan agak agresif pada harini ini. Bukan agresif macam mana la, tapi Daneen kelihatan seperti nak marah dekat semua benda je. Mungkin ada yang tak kena?

Masak pagi tadi pun berkerut-kerut muka macam nak marah. Ni tengah tengok televisyen pun masih berkedut seribu dahi wanita kesayangan Daim itu. Apa dah jadi?

"Kenapa ibu tu, little sunshine?". Soal Daim kepada budak yang ada dalam dukungannya itu. Ingatkan boleh lah dapat jawapan daripada si rambut kembang itu... rupa-rupanya Dhamir hanya mengangkat bahunya. Tanda dia betul-betul tidak tahu.

"Cuba Dhamir pergi tanya".

Kalini, Dhamir menggeleng laju.

"Dahtu papa lah ni kena tanya ibu?".

Kedua-dua ibu jari kanak-kanak itu kemudiannya diangkat. Bibirnya melorek senyuman paling manis sehinggakan ternampak kedua lesung pipit comelnya itu. Eeee geram!

"Tapi papa baru balik kerja ni, takut la". Tengok, Daim pun gerun kalau dah nampak wajah Daneen yang seperti mahu makan orang aje itu. Daim balik-balik je, disambut dengan wajah itu. Telan air liut perit juga lah dia. Fikirannya daripada tadi ligat memikirkan tentang apa-apa yang dirinya ada terbuat salah.

Tapi, rasanya takde.

Mungkin....

Ha!

Daneen datang bulan!

"Jap, papa rasa... Ibu period lah... Kan?". Daim masih lagi bercakap dengan Dhamir. Kanak-kanak itu hanya mampu mengerutkan dahinya. Tidak mengerti maksud di sebalik perkataan 'period' itu.

"Takpe, takpe. Dhamir turun sekejap, pergi duduk dekat ibu. Tapi, jangan dekat sangat. Perhatikan daripada jauh je. Takut ibu melenting nanti. Papa nak pergi belikan ibu barang dia". Daim beruar-uar mahu menurunkan si kecil itu daripada dukungannya tapi Dhamir berkeras tidak mahu turun.

"Nak ikut ke?". Tanya Daim lalu Dhamir mengangguk laju.

"Sekejap, papa tanya ibu". Dhamir lalu diletakkan juga buat sementara waktu lalu Daim berjalan menghampiri isterinya yang masih kelihatan grumpy itu.

Tempat duduk di sebelah Daneen diduduki sebentar sebelum tangan kasarnya mencapai tangan Daneen yang tidak memegang apa-apa itu. Tangan Daneen satu lagi tengah memegang perutnya sendiri. Barangkali sedang menahan sakitnya period pain.

"Daneen...". Panggil Daim perlahan. Kang kalau tersalah cakap, boleh masuk tujuh kaki dalam dia hari ini.

"Hm?".

Gulp!

Garang betul!

"Abang pergi kedai sekejap ya? Dhamir ikut sekali. Nak kirim tak?".

"Erm... Nak...". Perlahan sahaja perkatan 'nak' itu disebut oleh Daneen.

"Nak apetu, sunshine?".

"Abang tolong belikan Daneen mochi ice cream boleh tak? Perisa strawberi punya. Daneen teringin sangat nak makan".

"Boleh...". Pipi wanita itu dicium sekali oleh Daim.

"Abang keluar dulu ya? Kunci pintu tu".

"Okay".

🐳

BALIK je daripada kedai, terus Daim menyuruh Dhamir untuk menonton televisyen di ruang tamu terlebih dahulu sementara dia pergi kepada isterinya untuk memberikan barang-barang dan aiskrim yang dibeli.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik mereka, daun pintu dipulas dan pintu itu ditolak sedikit agar terbuka ke dalam. Tidak terlalu luas. Hanya untuk memuatkan Daim untuk masuk sahaja.

Beberapa langkah masuk ke dalam bilik, dapat Daim lihat figura Daneen yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh di balkoni luar bilik itu. Terus lelaki itu mencapai Mr. B yang ada di atas katil dan membawa patung beruang itu bersama-sama dengan beg plastik berisikan pads, heat pads, coklat Cadbury dan aiskrim mochi; permintaan isteri manisnya.

"Da--".

Tak sempat lagi Daim nak tegur isteri dia tu, Daneen dah memotong:

"Abang pergi la sana. Daneen nak ambil angin sekejap". Daneen berkata tanpa sedikit pun berpaling ke arah Daim. Ah, sudah! Kau dah buat salah apeni Daim?

"Hey, sunshine... Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?". Lembut sahaja Daim bertanya. Sedikit demi sedikit dia berjalan semakin menghampiri isterinya itu. Ingin sahaja dia rangkul pinggang si Daneen. Dia perlukan pelukan wanita itu. Sesungguhnya.

"Jangan lah dekat...". Pinta Daneen lalu berpaling ke arah suaminya yang berada kurang daripada satu meter daripada kedudukannya itu.

Terkejut Daim tatkala melihat mata berair Daneen itu.

"Ya Allah, kenapa ni Daneen?". Risau nak mati Daim dibuatnya. Terus dia melangkah semakin mendekat dengan Daneen lalu figura itu dipeluk olehnya. Plastik dan Mr. B diletakkan ke tepi terlebih dahulu.

"Huwaaa!". Makin kuat pula tangisan Daneen dibuatnya.

"Astagfirullahalazim, kenapa ni? Ya Allah, abang ada buat salah ke? Tell me, sunshine". Daim gelabah melayan hormon isteri datang bulan; bahagian satu.

"Daneen sayang abang!". Aik?

Terdiam Daim dibuatnya. Nak gelak, takut kena marah.

"Itu je ke sebab isteri abang ni menangis?". Comel betul! Daim rasa macam nak cubit-cubit manja aje pipi Daneen saat ini. Kelakuan dan sifat isterinya yang menangis hanya kerana ingin menyatakan perasaan sayang kepada suami sendiri itu tersangat lah comel ni mata Daim.

" Ye... Sorry tau abang... Daneen buat abang risau". Daneen mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya. Alahai, handsome betul!

"Ya, takpe. Biasa lah tu, hormon tak stabil kan? Dulu pun Daneen macam tu. Abang okay je layan, kan? Sekarang apetah lagi. Bila Daneen dah jadi isteri abang ni, abang makin suka layan perangai manja Daneen". Kata-kata manis Daim itu berjaya untuk membuatkan Daneen tersenyum.

"Abang sayang Daneen tak?". Soal Daneen tiba-tiba.

"Sayang...".

"Banyak tak? Kalau banyak, banyak mana? Berapa lama abang akan sayang Daneen sebanyak tu?".

Daim ketawa kecil sebelum menjawab,

"Sunshine... I waited my whole life to be with you. My love for you is unlimited. My love for you is eternal. No words could ever tell. No ink could ever write". Kata-katanya diakhiri dengan cuitan yang diberikan ke atas hidung mancung Daneen.

"Ciee, guna ayat Daneen eh?". Daneen turut mencucuk-cucuk lengan suaminya menggunakan jari telunjuknya.

"Pinjam sekejap, tak boleh ke?".

"Bolehhh... tak kan tak boleh?".

🐳

SELEPAS menunggu Dhamir untuk lelap, Daim terus masuk ke biliknya dan merebahkan badannya di samping isteri tercinta. Daneen dah tidur sebenarnya. Mungkin period pain nya masih belum hilang atau dia dah gave up untuk menunggu Daim masuk ke bilik kerana lelaki itu membuat keputusan untuk menonton filem bersama Dhamir. Ada lah dia ajak Daneen tapi Daneen tak nak. Katanya nak rehat aje.

Badannya dimasukkan ke dalam selimut yang turut digunakan untuk menyelubungi badan Daneen yang tidur membelakanginya itu. Tangan Daim perlahan-lahan dilingkarkan ke pinggang isterinya lalu dia mulai mahu terlelap.

Tapi...

Matanya kembali terbuka saat Daim terasa pelukannya di pinggang Daneen tadi cuba dirungkai oleh tuan punya badan.

"Lepas...".

"Daneen?". Panggilnya perlahan.

"Tak nak... Lepas....". Makin lama, makin agresif pula kedua tangan Daneen itu mencuba untuk membuang tangan Daim daripada pinggangnya. Ada sampaikan dia mencangkar tangan suaminya itu membuatkan Daim mendesis perlahan dan terus meleraikan pelukannya.

"Ah!". Terkoyak juga lah kulit si sekitar tangan lelaki itu. Pedihnya bukan kepalang.

Namun, bukan itu yang Daim kisahkan tetapi isterinya. Dia risau tentang keadaan isterinya pada saat ini.

Lampu di bahagian tempat tidur Daneen dibuka dan Daim menterbalikkan tubuh wanita itu agar Daneen menghadap ke arahnya. Jelas di mata Daim, dalam kemalapan lampu itu, dahi Daneen kelihatan berpeluh-peluh dan dia seperti sedang meracau. Membuatkan Daim menjadi semakin risau.

"Daneen, bangun". Tubuh isterinya itu digoncang perlahan.

"Jangan... Tak nak...".

Mata wanita itu masih tertutup rapat.

"Wake up, sunshine...". Makin lama, makin kuat Daim menggocang tubuh Daneen. Yela kalau tidak, makin teruk Daneen meracau kalau dia tidak dibangunkan.

"Huh!!". Setelah beberapa minit cuba untuk mengejutkan wanita itu, akhirnya Daneen terbangun juga. Terbangun dalam keadaan yang penuh dengan kegelisahan serta peluh yang merenik di seraut wajahnya.

"Daneen... Kenapa ni? Mimpi ke?". Tangan Daim naik menyentuh pipi isterinya yang sedikit lembab dek kerana peluh itu. Tapi kelihatan Daneen cuba untuk menepis tangan itu.

"Hey, hey... It's okay. Ini abang. Suami Daneen. Waqeel. Your only Waqeel". Terus Daim menarik sekujur tubuh itu ke dalam dakapan hangatnya. Mencuba untuk menenangkan Daneen yang kelihatan seperti gelisah teruk itu.

Masuk sahaja ke pelukan Daim, terus kedengaran esakan kecil daripada wanita itu.

Daim faham.

Daim faham yang trauma Daneen masih lagi menghantui diri wanita itu dan Daim tidak tahu lagi bagaimana caranya ingin memujuk wanita ini selain daripada memeluknya.

"Kalau anak ayah tu menangis, Daim peluk aje dia. Selawat dekat telinga dia perlahan-lahan. Nanti dia okay lah. Dulu pernah sekali tu, kucing kesayangan dia mati, teruk juga lah dia menangis dekat ayah. Ayah sampai tak tahu nak buat apa. Ayah pun peluk dan selawat je dekat telinga dia. Terus dia tertidur...".

Tiba-tiba kata-kata Pak Isma yang satu itu terlintas di fikiran Daim. Antara pesan yang pernah diberikan oleh Pak Isma kepada Daim selepas majlis akad nikahnya pada tempoh hari.

Tapi Daim berasa rendah diri. Dia bukan lah orang yang baik sangat untuk melakukan bahkan perkara yang sekecil itu. Dia pernah minum arak, berfoya-foya dan membuat dosa-dosa yang lain. Kadangkala, seperti sekarang ini, dia terasa tidak layak untuk menenangkan isterinya dengan cara itu. Dia... Dia malu dengan diri sendiri.

Setelah berfikir beberapa kali dan mendengarkan esakan perlahan Daneen yang masih belum berhenti itu, Daim kuatkan juga dirinya untuk terus percaya yang dia sudah berubah dan mampu menjadi pemimpin yang terbaik buat isterinya.

Bahagian belakang Daneen ditepuk perlahan dan bibirnya didekatkan ke telinga Daneen. Perlahan-lahan, dia mulai berselawat. Menyebut nama-nama suci Allah.

Dan tak lama selepas itu, esakan tadi sudah terhenti.
Dengkuran halus mulai kedengaran. Membuatkan Daim mengukir senyuman halus.

"Betul lah kata ayah...".

Tindakan di luar alam sedar Daneen membuatkan dirinya membalas pelukan suaminya itu. Wajahnya disembamkan ke dada Daim. Posisi tidur kegemaran wanita itu semenjak bersuami ini. Sebab katanya bau badan Daim, secara spesifiknya; di bahagian dada lelaki itu, sangat menenangkan. Bau semula jadi seorang lelaki yang bergelar suami kepada Daneen Isabella.

"You are just like a baby. Your heart is so soft and fragile yet you still look strong on the outside. Genuinely asking, how could anyone hurt you?".

Dahi Daneen dicium sekilas.

🐳

Updated!
Thank you for 4k reads sayang-sayangku!
I love you guys sooo much <333

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro