Special Chapter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ABANG, bangun la...". Daneen menggoyang-goyangkan lembut badan suaminya yang sedang tertidur lena itu. Siap je solat isyak selepas makan malam tadi, terus Daim baring dan tertidur. Mungkin penat sangat ku. Maklumlah, dia baru sahaja balik daripada outstation.

" Hm...?". Daim menggerak-gerakkan sedikit badannya. Lelaki itu cuba untuk membuka mata namun masih tidak larat. Jadi, dia tutup sahaja matanya. Suara sahutan masih berbunyi.

"Abang... Nanti la abang sambung tidur. Bangun lah dulu...". Pujuk si ibu mengandung tu lagi. Haih, macam macam la perempuan ni. Entah dia nak suruh Daim buat apa entah tu.

"Ya, sunshine... Sekejap...". Ujar Daim dengan suara serak basah baru bangun tidurnya itu lalu membaiki posisinya untuk duduk bersandarkan headboard katil mereka itu.

Daim gosok-gosok sikit matanya kemudian dia berkata-kata lagi,

"Yes, baby. Why? Daneen sakit ke?".

"Daneen mengidam". Ha sudah. Payah ni. Daneen kalau dah mengidam, memang dia akan mengidam benda pelik-pelik di waktu yang pelik. Macam sekarang ni la. Mengidam makanan apa entah tu pada pukul tiga pagi.

"Sunshine mengidam apa, hm?". Daim pula hanya turutkan sahaja. Come on, dia sayang bini dia kut! Punya lah tunggu sepuluh tahun nak kahwin dengan pujaan hati, takkan dia sia-siakan momen-momen yang ada. Akan dia hargai si isteri manis.

"Daneen rasa nak makan aiskrim keladi. Tapi bukan aiskrim keladi yang dalam tub tu. Daneen nak makan yang jenis ice cream sandwich tu. Abang tahu tak?". Penat-penat Daneen bercerita, Daim ternyata sudah menutup matanya balik. Terlelap lah tu.

Geram dengan tingkah suaminya itu, jari Daneen naik mencubit bicep Daim. Tak kuat pun tapi terasa lah juga sakitnya tu.

" Ish! Abang dengar tak ni?". Daneen membuat muka cemberut.

"Come again, sunshine? Abang terlelap tadi". Kalini baru Daim buka matanya luas-luasnya. Kerana dia tahu, tak sampai beberapa saat nanti, pasti isteri manisnya itu akan merajuk. Kau tunggu ajela.

"Takpela. Daneen pergi beli sendiri". Daneen menjauhkan dirinya daripada Daim, keluar daripada selimut lalu turun daripada katil. Hoodie oversize berwarna biru milik suaminya yang tergantung di almari itu diambil lalu disarungkan ke badan.

Daim hanya tersenyum manis sambil memerhati daripada atas katil. Yela, ibu mengandung yang seorang ini comel sangat! Pagi-pagi buat dah merajuk! Dah merajuk, pakai hoodie orang pulak tu. Comel nak mampus.

Beberapa saat kemudian, Daim turun daripada katil dan membuka langkah besarnya untuk menyaingi langkah Daneen sehinggakan dia sempat menahan tangan mulus itu daripada membuka pintu bilik mereka.

"Sunshine abang nak pergi mana sorang-sorang ni, hm?". Daim tarik badan isterinya itu agar wanita itu daripada berpaling ke arahnya. Sempat tangan Daneen menahan badan tidak berbaju suaminya itu daripada terus mendekat dengannya. Pinggang Daneen pula dirangkul erat oleh kedua tangan sasa Daim. Taknak matahari dia ni pergi ke mana-mana.

"Abang tepi la. Daneen nak pergi beli aiskrim". Daneen cuba untuk menolak tubuh Daim tetapi gagal.

"Pergi beli dekat mana? Dengan siapa? Tak minta izin abang pun?".

Dum!

Soalan terakhir Daim itu sangat menusuk ke kalbu ye kengkawan kerana Daneen tahu, dia berdosa jika keluar rumah tanpa izin suaminya.

"Daneen nak minta izin abang, Daneen nak keluar beli aiskrim. Daneen mengidam". Baru lah dia minta izin tapi...

"Abang tak izinkan...". Eh? Ini pula jawapan Daim?

"Kenapa pulak? Daneen teringin sangat nak makan... Kenapa abang tak izinkan Daneen pergi beli?". Walaupun di kemalapan lampu bilik tidur itu, Daim dapat lihat tubir mata isterinya yang dipenuhi air mata itu. Tunggu masa nak jatuh aje.

Daim nak gelak pun ada. Comel sangat tengok perangai Daneen yang semakin manja semenjak mengandung ni.

" No, abang tetap nak izinkan. Tak payah nak buat muka kesian. Abang tak kesian pun dekat awak". Daim makin menyakat. Dia nak tunggu Daneen menangis dulu sebenarnya, bukan dia tak kasi pun. Malahan, dia sendiri yang akan keluar membawa isterinya membeli aiskrim nanti. Daim cuma nak tengok si manisnya menangis dulu sebab comel! ++mulut terjebik Daneen tu!

"Tapi... Daneen nak... Abang izinkan lah Daneen keluar...". Tangan Daneen naik memeluk kembali tubuh badan suaminya itu. Wajahnya disembamkan ke dada Daim. Usaha untuk memujuk.

"When I said, no. It means no, Daneen Isabella". Daim buat suara serius + pakej panggil nama penuh. Padahal dalam hati dah nak tergelak, seronok sangat menyakat bini sendiri.

Beberapa minit berlalu, Daneen sudah diam. Tiada lagi suaranya meminta izin. Tapi...

Terasa ada aliran air hangat di dada bidang tidak berbaju Daim itu. Alamak! Misi betul-betul dah berjaya ke ni? Dia ingat nak main-main je, sekali isterinya nangis betul-betul. Mampus!

"Daneen nak aiskrim keladi...".

Sob... Sob...

"Abang izinkan lah...".

Sob... Sob...

"Daneen janji, Daneen jadi isteri yang baik untuk abang. Tapi... Tapi... Bagi lah Daneen aiskrim keladi dulu...".

Makin ketat pelukan Daneen ke atas badan Daim. Aliran air matanya juga semakin banyak. Membuatkan Daim yang niatnya tadi nak bergurau sahaja, sudah bertukar cuak. Risau. Semua la. Siapa suruh kau pandai-pandai lagi bergurau macam tu? Bod--.

" Hey, are you crying sunshine?". Daim buang lengang Daneen daripada terus memeluknya untuk melihat wajah yang sudah memerah itu di dalam keadaan bilik yang malap itu.

"Daneen...".

Sob... Sob...

"Ya Allah, baby... Jangan lah nangis. Abang gurau je tadi tu. Ya, abang izinkan Daneen beli aiskrim keladi sandwich tu tapi pergi dengan abang ya?". Daim mengusap-usap bahagian tepi kepala Daneen.

"Jahatnya abang ni!".

Pap!

"Aduh!".

Terus Daneen menampar perut ber-enam pek (iykyk) Daim itu.

"Padan muka!". Daneen tayang muka cemberut dia tu.

"Abang saja je nak gurau. Comel tengok muka Daneen nak menangis tu. Geram! Rasa macam nak gigit-gigit je".

"Gigit lah kalau berani. Daneen karate abang nanti". Daneen menggempal penumbuk kecilnya.

"Daneen karate abang, abang tak dapat lah nak kasi aiskrim keladi".

"Ish, yelah yelah... Daneen tak karate. Daneen cium abang nak?". Lah, ini random sangat ni. Tapi takpe, ini lah apa yang Daim suka. HEHEHEHE... Gatal eh kau, Daim?

"Yes. I do want your kisses, baby". Aduh, manisnya! Ini kalau tak Daneen nak tergolek-golek blushing ni, mesti aku yang terlompat-lompat.

Chup!
Chup!
Chup!

Dengan serta-merta, Daneen cium pipi Daim kiri dan kanan lalu satu ciuman yang agak lama di bibir suaminya itu.

"Dah. Jom beli aiskrim". Daneen membuka pintu di hadapannya itu. Tapi Daim masih terpaku. Bibirnya disentuh-sentuh. Daim was too stunned to speak...

"Abangggg... Jom la".

"Ha, ya. Jom jom. Kejap, abang kejutkan Dhamir sekejap".

Kang kalau tinggal budak tu, menangis pulak dia nanti. Ya, Daim yang menangis. Bukan Dhamir ya? Mohon faham. Daim ni ada attachment issue yang serius dengan si kecil berambut kerinting dan ibu si kecil berambut kerinting itu.

Meanwhile...

"Zafran... Bangun lah...". Kenanga menolak-nolak lembut badan suaminya yang sedang lena tertidur itu. Juga penat kerana baru balik daripada outstation dengan si Daim tu.

"Ya, flower? Nak apa tengah-tengah pagi buta ni?". Seloroh Hyder seraya menggosok matanya lalu melihat ke arah jam dinding yang menunjukkan angka empat itu.

"Nak aiskrim keladi". Kenanga meminta. Ha sudah. Dah kenapa boleh mengidam benda sama dengan Daneen ni? Cuma waktu je berbeza.

"Lah, macam mana flower boleh terfikir nak makan aiskrim keladi ni?". Hyder tergelak kecil. Terasa lawak dengan Kenanga.

"Tadi terbangun... Kita buka WhatsApp sekejap lepastu nampak status Daneen. Dia makan aiskrim keladi dengan suami dia dekat 7 Eleven. Kita terliur lah, Zafran. Belikan untuk kita, boleh?". Kenanga meminta seraya memeluk lengan Hyder.

"Boleh, flower. Pergi lah bersiap, saya cuci muka sekejap".

"Okay! Thank you, Zafran! Kita sayang awak banyak-banyak!". Kenanga cium lengan tak bersarung Hyder tu banyak kali sambil memeluknya kemas.

"Tahu. Saya pun sayang awak banyak-banyak, flower. My flower". Hyder lalu mencium dahi Kenanga, sekilas.

Bahagia.

SIES DAH TAMAT.
BETUL-BETUL NI.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro