🔱 Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
"Every king needs his queen"

24 Januari 2018

Ayra membuka mata memandang langit. Biru muda dengan awan putih yang berserakan. Tenang.

Inilah tempatnya. Taman bunga dibelakang Rumah Cahaya yang selama 5 tahun diusahakan olehnya sendiri. Sebelum ini tiada siapa peduli, hanya dibiar kosong dan bersemak samun. Disebabkan kebosanan yang melanda, terpaksalah dia menyibukkan diri mencantikkan kebun ini.

Hasilnya? Dah lebih 100 jenis bunga yang tumbuh di kebun 3 ekar ini. Ayah Fatih selalu menjenguk kebun ini. Katanya dia sangat tertarik melihat bunga-bunga unik yang Ayra tanam. Tu belum termasuk Bonda Yasmin. Di istana itu, taman bunga sebesar pekan. Tapi tetap juga dia mengunjung ke sini.

Taman ini juga tempat private Ayra. Sakit sebenarnya bila kau 'sakit' tak ada orang yang sudi mendengar. Lagipun, macam mana orang nak dengar, bercakap pun tak boleh. Ahh..kau Ayra, si katak bisu.

Oleh itu, dibawah pokok ini, bersama buku ini dan pensil kayu Faber Castell, dia menceritakan semuanya. Kadang alam juga mampu menjadi pendengar yang baik. Dan Ayra bersyukur dia yang menjumpai tempat ini terlebih dahulu.

Kalau dilihat dari Rumah Cahaya, orang takkan sedar bahawa sebenarnya rumah ini terletak di atas bukit. Duduk dibawah pokok ini, terlihat cerunan bukit dengan rumput hijau yang segar bersama anak sungai yang mengalir dibawahnya. Sangat cantik.

Dah 10 tahun berlalu, jika mengikut kiraan dia, sepatutnya Zahin dah pulang dari Switzerland setahun yang lepas. Tapi sekalipun dia belum menjenguk di sini. Hanya Ayah dan Bonda sahaja yang melawat. mereka berdua pun tak menyebut apa-apa tentang Zahin. Mungkin dia belum balik.

Mungkin.

"Ayra!"

Terus hilang lamunan Ayra. Cepat-cepat dia berlari ke Rumah Cahaya. Jam ditangan ditilik. Dah pukul 2! Alamakk..

"Ayra! Mana kau?!" Suzana turun dari tangga sambil menjerit lantang. Apabila dia melihat kelibat ku yang terkocoh-kocoh berlari segera dia menghampiri aku.

"Bodoh! Kau pergi mana?!" Terus dia menunjal kepalaku sebaik sahaja dia mendekat. Aku menunduk. Daguku dicengkam lalu didongak.

"Bila aku cakap pandang muka aku! Berapa kali aku nak pesan hah?! Tak cukup lagi bisu,nak jadi pekak pulak?!" Muka Ayra ditolak ke tepi. Terdorong dia mengikut arah tolakan itu. Tangan menggenggam sesama sendiri.

"Kau pergi naik atas, basuh semua baju! Aku ulang lagi, SEMUA! Basuh guna tangan. Kalau aku nampak kau mengelat, siap kau!" Jerkah Suzana sambil tangannya menunjal pelipis Ayra. Menangis? Dah kering sebenarnya air mata. Dia dah terlalu lali dengan hinaan.

Lalu Ayra berlalu. Baru saja beberapa tapak,tubuhnya terdorong ke depan akibat tolakan dibelakang. "Terhegeh kau ni. Buat kerja semua lambat."

Ayra mengangguk sambil mulut terkumat kamit meminta maaf.

Suzana memandang marah. Lalu sebuah tamparan hinggap dimulut. Ayra menekup cepat. Pijar dan hangat sekali bekas tamparannya.

"Kau bisu buat cara bisu. Jangan terhegeh-hegeh nak cakap." Marah Suzana sambil jari telunjuknya tepat ke muka Ayra. Gadis itu mengangguk laju dengan tangan masih menekup mulut. Sakit.

"Dah la. Tunjuk apa muka hodoh kau tu? Pergi buat kerja" Suzana menolak bahu Ayra—memaksany ke atas. Ayra mengangguk lagi lalu berjalan perlahan menaiki tangga menuju ke atas. Kakinya bawa ke laundry.

Terbuntang biji mata melihat timbunan baju didalam baldi. Bersusun baldi-baldi dengan timbunan baju yang banyak.

Allahu...

Tanpa berlengah, dia menarik satu baldi lalu dituang ke semuanya di atas tempat membasuh baju. Berkerut dahinya. Dia menutup hidung dengan belakang tangan. Hamisnya.

Bagai nak muntah bau. Baju dibasahkan dengan air. Diasingkan baju, seluar, kain dan pakaian dalam. Percayalah. Selama ni memang Ayra yang basuh pakaian dalam mereka. Sampai dah boleh kenal empunya setiap satu. Jijik pun ada kadang-kadang. What do you expect? Pakaian dalam kot.

Lengan baju disenteng. Tudung dibuka lalu di sangkut dipintu. Sedia sabun dan berus, terus Ayra memulakan kerja mencuci. Nasib hari ni dia 'cuti', tak perlulah risau dengan solat Zohor dan Asar.

Maka bermulalah hikayatnya membasuh baju orang. Sedih bukan? Agaknya beginilah nasib Ayra Zaskia sepanjang hidup. Walaupun menjadi anak angkat keluarga DiRaja, tetap tak mengubah apa-apa. Disini dia dilayan sebagai hamba. Siapa yang akan membela nasib aku?

Lama membasuh, tangannya mulai lenguh. Dia menoleh, 5 lagi baldi belum disentuh. Tak semena-mena,air mata Ayra tumpah jua. Penat, letih.

Air mata dilap dengan lengan.
Ayra kuat! Tapi tak lama sebelum mata tak henti mengeluarkan air.
Saat ini memang tak dinafikan dia seorang yang cengeng. Apa dosaku, Allah?

Selesai membasuh, semua baju Ayra jemur di belakang rumah. Lalu dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Petang,
kebanyakannya mereka berkumpul di ruangan televisyen. Ayra, dah bertahun tak menghadap televisyen. Muak. Tapi sebenarnya takut nak berkumpul bersama mereka.

Masuk ke taman bunga, sempat dia meneliti kalau-kalau ada bunganya yang rosak dan terkurang. Suzana and her gang suka sangat mencantas bunga aku. Entah apa yang tidak puas hati. Pokok besar yang rendang dengan akar-akar yang besar menjalar di bawahnya aku dekati. Punggung dia labuhkan di atas akar dan tubuh dibawa menyandar ke batang pokok. Selesa. Muat-muat saja tubuhnya diantara akar-akar ini.

Mata Ayra memandang Rumah Cahaya. Mengamati setiap bentuk dan keindahannya. Sungguh, tak banyak kenangan manisnya di sini. 15 tahun membesar disini, dia tetap hanya seorang hamba dalam rumah ini.

Tapi di dalam rumah ini, dia kenal manusia. Segala macam manusia disini. Dia kenal benci dari Suzana, dia kenal sayang dari Ayah Fatih dan Bonda Yasmin. Dia jumpa harapan dan kemudian dia kenal cita-cita.

Jujur Ayra kata, sepanjang tempoh hayatnya disini, hanya beberapa kali dia sempat tersenyum. Gelak tawa, memang jauh sekali. Cacian, hinaan menjadi makanan.

Siapa saja sanggup terima perempuan bisu.

Dia bertahan kerana dia, Putera Mahkota Muhammad Zahin Irvan. Kemudian Ayra gelak kepada diri sendiri. Kelakar dan sungguh tak boleh diterima akal. Tapi ya, ini nyata.

Pertama kali bertentang mata, dia dapat rasa ketidaksukaan lelaki itu pada kehadirannya dalam keluarga terhormat itu. Setiap kali melawat, hanya muka dingin dan kayu dihadiahkan, senyum apatah lagi.

Bercakap?

Ayra lagi rela dia senyap. Kalau dia buka mulut,hanya hinaan yang keluar. Lidah memang dari keturunan naga. Apa yang keluar sangat panas dan membakar hati.

Tapi masih teringat sentuhan lembutnya pada hidung dia. Pertama kali berjumpa di sini, di Rumah Cahaya. Seingatnya, hanya itu satu-satunya kenangan terindah. Kalau diikut dari kiraan, Ayra kira Zahin sudah berumur 27 tahun. Beza umur mereka hampir tujuh tahun.

Kisah pula aku?

Yang aku tahu, dari dulu, hati aku ada pada dia. Dia adalah igauan para gadis di kerajaan ini, pukulan bagi para uda sekalian kerajaan.

Sungguh, kadang aku juga cemburu. Kenapa lelaki itu diciptakan sebegitu indah? Tanpa sedar, aku sudah menaruh harapan kepada dia.

Tapi setiap kali melihat cermin, harapan itu terkubur sendiri tanpa perlu dikapan. Yang tinggal hanya angan-angan. Perempuan bisu yang yatim piatu, hamba kepada Rumah Cahaya. Layakkah?

Seolah aku berada di kaki gunung dan dia sudah di puncak mencecah awan.

Setidak-tidaknya di sini, di atas akar, bersama tubuh bersandar ditemani aliran sungai dibawah, haruman bunga, angin dan langit biru aku membina angan-anganku.

Mata mula terpejam, tangan dibawa melapik pipi, tubuh sudah melorot ke bawah. Sambil dilindungi dedaun yang berimbun. Aku, si hamba bermimpi menjadi permaisuri kepada Zahin, si raja.

Dan apabila kenyataan terlalu pahit.Setidak-tidaknya kita masih boleh bermimpi kan?

🔱🔱🔱

Selimut aku tarik sehingga ke kepala. Agak terganggu dengan suasana riuh di luar. Sebelah mata aku celik, memandang jam yang tergantung di dinding bilik. Ahh..Dah pukul 9 pagi. Badan rasa malas gila nak bangun. Semalam hampir pukul 3 pagi baru aku berpeluang untuk tidur. Semua ni disebabkan Suzana menyuruh aku untuk menggosok bajunya semalam.

Tiba-tiba selimut aku ditarik. Terpisat mataku dengan cahaya yang tiba-tiba menerjah. Aku lindung mataku dengan belakang tangan sambil mata aku buka sedikit melihat gerangan.

Suzana.

"Kau bangun, mandi! Mak bapak kau datang" perlahan Suzana berkata. Namun keras bahasanya. Tahu dia tidak rela. Dia mengomel panjang sambil kakinya laju meninggalkan bilikku.

Aku terkebil. Ayah Fatih dengan Bonda Yasmin datang? Tapi kalau tak silap, hari ni baru hari Selasa. Aku menjungkit bahu. Malas fikir.

Setelah mengenakan baju, aku turun tangga. Terlihat Ayah Fatih dan Bonda Yasmin sedang bermesra dengan penghuni di rumah ini. Semua mereka berwajah manis. Hipokrit semua itu. Mataku mengintai di luar rumah.

Kecewa.

Puteraku tidak juga memunculkan diri. Tak terkira besarnya angan-anganku untuk melihat dia sekali lagi duduk di kerusi panjang luar rumah sambil menyilang kaki ketika Ayah dan Bonda melawat. Tapi kali ini aku lagi teruja untuk melihat Zahin versi dewasa. Pasti lagi menggugah jiwa, bukan?

Wajah Ayah dan Bonda mengukir senyum memandang aku yang merapati. Aku senyum. Salam yang aku hulur bersambut. Lembut Bonda menarik aku duduk di sebelahnya.

Aku membalas senyuman Bonda. Lembut dia menggosok belakangku. Sambil anak matanya memandangku dia berkata "Ayra, kita balik rumah ok?"

Terkebil seketika aku, mata berkelip berkali-kali-cuba menghadam kata-kata Bonda. Balik rumah? Bukankah aku sudah berada di rumah?

"Balik rumah siapa?" Aku mengerakkan tanganku.

Bonda mengusap kepalaku. "Kita balik rumah kita."

Berkerut keningku.Aku memandang Ayah. Ayah juga senyum sambil tangannya digenggam.

"Balik rumah sekali dengan Ayah dan Bonda?"

Mataku memandang Bonda dan Ayah silih berganti. Mengharap jawapan.

Bonda membalas dengan anggukan."Ya sayang."

Terus membulat mataku. Bersinar-sinar. Benarkah? Bibirku sudah tersenyum-senyum. Adakah ini bermakna segala seksaanku disini bakal berakhir? Seorang hamba yang akan menjadi puteri?

Adakah? Adakah? Adakah aku akan..

...tinggal bersama Zahin?

Di bawah satu bumbung.

Beribu dan berbapakan orang yang sama.

Makan makanan yang sama.

"Nak tak?" Ayah di sofa sebelah bertanya.

Aku angguk teruja. Akhirnya..

Mataku terkalih kepada Suzana di sofa yang berhadapan denganku, riaknya marah-atau mungkin cemburu. Aku tak nak tahu, yang penting aku bebas.

"Bila nak balik rumah?"

"Hari ni kita balik"

Tuhan, benarkah ini bukan mimpi? Hampir saja aku menangis. Mahu saja aku sujud syukur disini, nak mengungkapkan betapa bahagianya aku saat ini.

Aku mengangkat tubuh bangun,mahu ke atas bilikku mengemas barang. Teruja.

"Eh nak pergi mana?" Bonda menghalang pergerakanku. Tangannya yang memegang pergelangan tangan aku rungkai perlahan.

"Nak kemas baju."

Tiba-tiba Ayah tergelak. Bonda juga. Termangu aku disitu. Tak ku jumpa lawak di dalam kata-kataku tadi. Bonda menarik tanganku supaya duduk.

"Tak payah kemas. Baju Ayra semua dah disediakan."

Jenuh jugak aku memahami. Semua? Maksudnya adakah sekali dengan pakaian dalamku? Kalau ya. Bagaimana dengan saiz? Aku menelan liur memikir. Kepala aku angguk perlahan.

Setelah bersalaman dengan semua penghuni di situ, aku diiringi oleh pengawal-pengawal ke dalam kereta. Kagum aku melihat kereta mewah yang berkilat bersusun di luar Rumah Cahaya. Yang paling menarik adalah lambang Kerajaan Werland di setiap plat kereta. Cantik dan berwarna keemasan.Sesuai dengan imej DiRaja yang dibawa.

Bagai rusa masuk kampung,itulah perumpaan yang sesuai untuk aku. Takut-takut aku masuk ke dalam kereta. Kusyennya sungguh empuk. Tenggelam sedikit punggungku. Mewahnya.

Ayah dan Bonda hanya tersenyum melihatku. Apabila kereta mula berjalan, aku memandang belakang. Kosong. Aku senyum namun hatiku kecewa. Tiada siapa yang kisah dengan pemergianku. Rumah Cahaya aku amati untuk kali terakhir sebelum hilang dari pandangan. Tempat ini sangat istimewa.

Kerana di tempat ini, aku berjumpa puteraku.

- 26 July, 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro