🔱 Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
"Every king needs his queen"

Aku senyap saja memerhatikan bonda yang tengah rancak berbual dengan Dayana.Ayah pun turut serta.Kadang-kadang tawa mereka menghiasai bilik ini.Bonda dan ayah kelihatan senang dengan Dayana.Walaupun dia agak seksi,tapi dia pandai ambil hati kedua orang tua itu.

Zahin pula?

Sedap je dia tidur di kerusi sebelah katil aku.Mukanya disembam penuh ke tepi katil.Tanganku perlahan menyentuh rambutnya.Lembut.

Apa lagi yang harus aku lakukan?

Mungkin tak senang dengan sentuhan aku di rambutnya,Zahin bergerak sedikit.Aku menarik tangan menyorok di bawah selimut.Zahin berpaling mukanya menghadap aku.Aku senyum kecil.Dia masih tak sedar.

Wajahnya tenang.Tak seperti selalu,bengis.

Aku mencuit sedikit hidungnya seperti yang dia buat dekat aku.Pointed sangat hidung.Lama jari telunjukku bermain di situ sebelum turun menyentuh bibirnya.

Satu hari nanti,boleh ke mimpiku jadi nyata.Sehingga ke tahap ini,aku masih terusan berharap.Mustahilkah keajaiban berlaku nanti? Bolehkah takdir untuk sekali saja berpihak kepadaku? Dia semangatku.Hilang dia matilah aku.

Sibuk mengelamun,jariku terasa sakit.Aku tersedar.Zahin sedang menggigit jariku sambil matanya memandang tepat ke arahku.Kepalanya masih lagi tak diangkat.

Aku tak bergerak.Mataku tetap memandangkan matanya.Tenggelam dalam tatapannya.Zahin melepaskan jariku.Dicium hujung jariku.Aku lemas.Lemas dalam rasa ini.Hatiku penuh,sesak.Zahin menggenggam tanganku lalu dicium penuh.Air mataku tumpah.

Berikan satu lagi keajaiban sepertimana aku terselamat dalam kemalangan 15 tahun lepas.Aku tak tahu.Yang pasti,aku terlalu cintakan Zahin.

"Kau nangis kenapa?" Aku sentak.Zahin memandangku.Jariku dipandang.Elok saja di atas ribaku.Aku memandang Zahin lagi.Dia memandang pelik sambil menyilang tangan di atas kerusi.

Cepat-cepat aku mengesat air mata.Jauhnya berangan.

Aku menggeleng.

"Sedih ya nak tinggal aku?" Zahin bertongkat tangan sambil memandang aku.Aku mencebik.Kaki yang terjuntai aku goyang perlahan.

Hari ni aku dah dibenarkan keluar.Memandangkan ayah dan bonda dah pun jumpa Dayana,Dayana tak jadi pulang ke Werland.Lagipun dia doktor.Sibuk sangat dan bonda,ayah juga faham.

Tu tak la sedih sangat.Yang paling sedih..AKU TERPAKSA TINGGAL DEKAT SINI! Tak nak! Tapi disebabkan Dr.Daniel tu kata pembedahan aku dah boleh dibuat secepat mungkin,jadi ayah cadangkan pembedahan dibuat minggu depan.Hari ni dah Jumaat,dua hari lagi masuk minggu depan.

Mendengar kata ayah terus teruk muncung aku.Dayana mengajak tinggal bersamanya dan dipersetujui oleh ayah dan bonda.Bonda setuju sangat memandangkan Dayana tu doktor.Boleh la dia tengokkan aku.

"Dayana tolong la tengokkan Ayra ya? Dia ja satu-satunya anak perempuan bonda." Aku menoleh melihat bonda,ayah dan Dayana yang menuju ke arah kami.

"Ya bonda.Dayana jaga dia betul-betul.Macam adik Dayana sendiri" lepas tu mereka sama tergelak.Memang adik pun.Adik ipar.

Aku senyum kepada bonda yang menghampiri aku.Kepalaku diusap."Bonda tinggal Ayra dulu ya.Ayra jaga diri baik-baik." Aku mengangguk.

Selepas itu,kami ke hotel untuk mengambil barang dan check out.Dayana membawa kami ke rumahnya.Beg aku ditempatkan ke bilik sebelah bilik Dayana.

Besar juga biliknya,tapi tak la sebesar bilik dalam istana.Cantik dengan susunan perabot yang agak ringkas dan moden.Zahin dan ayah bonda di bilik tamu.Mereka menginap di sini sebelum bertolak pagi esok.

"Malam ni nak makan apa?" Kami di ruang tamu mendongak memandang Dayana yang sedang menghampiri kami.Dia mengambil tempat di sebelah Zahin.

"Kami ikut Dayana je nak buat apa"

Dayana tersengih."Jangan macam tu ayah.Bukan senang Tuanku dengan Permaisuri nak datang rumah saya yang kecil ni.Kena cemarkan duli." Dayana cuba bergurau.Ayah dan bonda tergelak.Aku senyum saja.

"Esh..tak lama lagi kamu pun dah masuk keluarga kami.Buat biasa-biasa ja" Ayah membalas.

"Zahin nak makan ayam masak merah yang ada kacang hijau" ucap Zahin tiba-tiba.Semua memandang pelik."tapi Zahin nak Ayra yang masak." Sambungnya.Aku membulat mata.

"Ya..boleh jugak.Kita tak rasa lagi masakan Ayra" bonda terus setuju.Ayah mengangguk.Dayana bertepuk tangan."Betul jugak tu"

Aku memandang Zahin.Dia cuma tersenyum lebar.Ingat aku tak pandai masak ke? Dekat rumah Cahaya aku yang selalu masak tau!

Anggukanku mendapat sorakan semua."Yeay!"

"Jom la kita keluar beli barang.Zahin dan ayah bonda boleh la rehat dulu.Dayana pergi beli dengan Ayra.Sementara tu boleh la dapatkan chemistry " Bonda mengangguk.

"Aku ikut!" Zahin.Tak pernah dia tak kalah.Dayana membuat muka."Yela yela.You tengok ja nanti.Jangan nak membebel" Ayah gelak ja dengar ayat selamba Dayana kepada Zahin.

"Ye la..mana tau kau buat apa-apa ke kat adik I"

"Eleh..tak da maknanya"

Petangnya aku mengikut Dayana dan Zahin membeli barang.Banyak juga dugaannya.Aku seperti mengikut newly married beli barang untuk rumah baru mereka.Aku palingkan saja wajahku bila Zahin mencuri pegang tangan Dayana.Dayana pula membalas balik.

Sepanjang membeli barang,aku biarkan saja Dayana dan Zahin yang memilih.Malas aku nak ganggu love bird tu.Sakit hati tahu tak?! Seolah macam aku tak wujud dekat situ.

"Ambil yang ni la"

"Tak boleh you,ni dah lebam dah.Tengok ni"

"Ikut you la!"

"Thank you baby"

Dan banyak lagi perkataan-perkataan sweet yang memahitkan.

"Ayra senyap je" Dayana menoleh menegur aku yang forever alone di belakang.Zahin turut menoleh.Pegangan mereka masih kuat.Zahin tak ucapkan kata keramat tu ke?

"Saya tak tahu nak cakap apa"

Dayana mengerut kening lalu memandang Zahin.

Zahin menatapku."Dia kata dia jealous tengok kita macam ni"

"Oh" Dayana kelihatan serba salah."Sorry la kalau tak selesa.Jom kita pergi makan-makan lepas ni" Dayana melepas tangan Zahin lalu memegang tanganku.Zahin dibiar ditepi.

Sewaktu aku melintasi Zahin,aku memandangnya keliru.Zahin pula hanya senyap.Seribu satu soalan menerpa di benak.

🔱🔱🔱

Zahin POV

"Banyaknya barang" gumam bonda sewaktu membelek barang yang diletak di atas meja dapur.Ayra sengih saja dari tadi.

"Ni semua Ayra nak masak la?"

Ayra mengangguk lagi.Dayana tergelak."Kita dera dia sikit malam ni"

Ayra mencebik bibir.Geram pula aku tengok.Dia mengeluarkan barang dari beg kertas.Lembut saja tingkahnya tika itu.Macam dara pingitan.

Aku senyum sendiri.

"Meh akak tolong sikit" Dayana menghampiri Ayra.Aku menghalang Dayana."Biarkan dia.Dia kan kena masak malam ni." Aku memandang Ayra.Melihat tiada reaksi darinya aku menambah " lagipun kalau tangan you tu kena pisau ke apa tak ke susah tu." Aku cuba menunjukkan rasa prihatinku kepada Dayana.Padahal aku lagi risau melihat Ayra yang sedang memotong itu.

Muka Dayana serba salah."Err..Ayra ok ke buat sorang-sorang?"

Aku mencerlung ke arah Ayra,dia hanya mengangguk sambil menunduk.

Senyap saja kami memerhati Ayra.Ayah dan bonda sudah lama meminta diri.Tinggal aku dan Dayana di meja dapur itu.Ayra tak lepas langsung dari pandanganku.Lincah sekali dia ke hulu ke hilir memasak.

Siap saja Dayana membantu dia meriaskan makanan."Wow..sedapnya bau" Teruja Dayana memuji.Sedap sangat bau.Tambah pula dengan air tangan Ayra,lagi teruja aku nak merasa.Ekpresi muka aku kekalkan,tak nak nampak teruja sangat.

Kemudian muncul pula Ayra dengan puding pelam yang telah dipotong petak.Bila masa dia buat ni? Tak perasan pulak.

"Wow..puding lagi" Dayana teruja benar.Dia mencucuk satu puding lalu disua ke mulutku.Aku membuka mulut.Manis.Manis macam Ayra.

"You..nak jugak" Dayana meminta sambil membuka mulutnya.Aku senyum lalu membawa satu puding ke mulutnya pula.Dia tersenyum girang lalu dicium pipiku sepintas.

Aku mengerling dengan ekor mata ke arah Ayra.Dia menghadap sinki sambil tangan digenggam ke tepi sinki.Bulu matanya terkedip-kedip.Kau cemburu ke Ayra?

Malamnya,semua sangat teruja melihat makanan yang di sediakan Ayra."Boleh jadi isteri orang dah ni Ayra" usikan bonda nyata tak mengundang tawa dari aku.

Sepatutnya kerusi aku di tepi Ayra,tapi sengaja aku mengalih duduk di tepi Dayana.Kerusi di tepi Ayra dibiarkan kosong.Ayra pula dengan muka merahnya mengambil tempat di kerusi aku tadi.

Ayra mencedok nasi kepada semua.Sampai saja di pingganku,aku melarang."Aku nak Dayana yang bubuh" Terkebil saja dia memandang lalu dia menyerahkan kepada Dayana.Aku lihat saja dia yang menunduk sambil menghampiri kerusinya.

Semua lauk aku hendak Dayana yang cendukkan untuk aku.Suka aku melihat muka keruh Ayra.Sekurangnya aku tahu dia cemburu.

Kau cintakan aku kan,Ayra?

"Sedapnya Ayra" bonda memuji.Aku cuma mengiya dalam hati.Kalah chef dekat istana.Sedap sungguh.

"Ha Zahin,sedap kan?" Ayah cuba menduga aku.Aku meletak sudu di atas pinggan."Pedas sangat.Sakit perut aku.Sedap lagi Dayana masak" aku terus berlalu meninggalkan meja makan.Sempat mataku singgah ke arah Ayra,dia menunduk.

Aku terus berlalu ke bilik air.Masuk ke bilik air,aku menumbuk sinki.Wajahku di cermin diperhati.Kau gila Zahin.Sanggup kau sakitkan hati budak tu.

Aku memejam mata.Aku cukup yakin Ayra cintakan aku.Tapi aku tak faham dengan tingkahnya.Kadang-kadang muka menunjukkan dia cemburu.Kadang-kadang muka dia seolah tak ada apa berlaku.Gembira benar dia dengan Dayana.Langsung tak cemburukan perempuan itu.

Selama ini aku tunggu saja Ayra meluahkan kepada aku.Tapi hasilnya..tak ada hasil.Bahkan aku sehingga hampir berkahwin tak lama lagi,dia membisukan perasaannya.

Rasaku bila aku mengumumkan perkahwinanku dia akan melarang aku berkahwin kerana dia cintakan aku.Tapi Ayra masih Ayra.Hanya tahu mengikut.Terima tanpa membantah langsung.

Hingga sekarang pun dia masih mendiamkan diri.Aku pasti dia sukakan aku.Dan sengaja aku bermesra dengan Dayana untuk melihat riaknya.Jelas sekali cemburu tapi dia..tetap orang yang sama.Ayra si bisu.Bisu dari segalanya.

Tolonglah luahkan.Walaupun dari tulisan mahupun isyarat.Aku mengerti.

Lama juga aku di dalam tandas.Sejam kemudian aku keluar.Aku lihat Ayra di atas kerusi sambil termenung.Dihadapannya ada sepotong puding yang agak besar.Aku berlalu tanpa menghiraukannya.

Langkahku terhenti bila tangan kecil Ayra memegang lenganku.Aku memandang tajam."Kau nak apa? Tak cukup buat aku sakit perut?"

Ayra bangun dari kerusi."Saya minta maaf buat awak sakit perut."

Tiba-tiba saja aku marahkan gadis ini.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab dia baik sangat.

Dia mengambil puding tadi lalu dihulur di hadapan muka aku.Aku mengetap rahang.

"Apa ni?"

Dia meletak kembali pinggan tersebut."Ni puding pelam.Perut awak mesti pedih lagi.Makan ni sejuk sikit."

Aku memandang puding itu.

"Puding ni saya dan Kak Yana yang buat.Tapi Kak Yana yang paling banyak tolong,jadi rasanya sama macam Kak Yana buat.Saya tolong sikit-sikit je"

Menjuling mata ke atas.Lagi-lagi Dayana.Aku tak faham betul dengan perempuan ni.Dia tak cemburu ke?!

Pinggan puding di atas tangannya aku tepis.

Prang!

Ayra terkejut.Dia terundur belakang sedikit.

"Kau..." aku menunjuk ke arahnya "..boleh pergi mampos!"

Aku berlalu ke bilik.Sampai di pintu bilik aku berhenti.Dadaku berombak naik.Lalu aku berpusing kembali menuju ke dapur.

Ayra sedang mencangkung mengutip serpihan kaca dengan air mata berjuraian.Bahunya terhinggut.Esakkannya kedengaran.Sumpah aku kasihan melihatnya sekarang.

Aku mendekati laju.Dia mengundur sedikit berfikir aku mahu memukul dia.Wajahnya takut.Aku terus mendukung tubuh genitnya."Kau ikut aku"

Ayra aku dukung ke bilik aku.Ruang tamu sudah gelap.Nasib tak ada siapa yang terjaga akibat pinggan yang terjatuh tadi.

Tubuh Ayra aku lempar ke atas katil sebelum aku bergerak menutup pintu.Baru saja berpusing,Ayra sudah menerpa hendak membuka pintu.Aku menahan tubuh.

Wajah Ayra yang memang basah tadi semakin lencun dengan air mata yang semakin melebat.Dia berjaya keluar dari peganganku.

Aku mencapai tangannya yang tengah membuka pintu lalu aku tarik ke pelukan.Aku memegang kejap pinggang dan kepala Ayra agar lekat kepada tubuhku.Ayra meronta kuat.

"Diam Ayra.Dengar dulu apa aku nak cakap" Ayra semakin menolak dadaku.Aku kuatkan lagi pegangan,makin menarik dia kuat ke pelukan.Ayra meronta teruk,bahuku digigit kuat.Dadaku dicengkam.Aku mengetap rahang menahan sakit.

"Aku cintakan kau!"

Aku jerit kuat di tepi telinganya.Ayra terhenti.Tubuhnya yang semakin mengendur itu aku tarik lagi rapat.Tepi kepalanya aku pegang kejap.Aku mendekatkan bibirku di cuping telinganya dibalik tudung.

"Say you love me too." Suaraku merayu."...say it once and i will stop.I'll stop the marriage"

To be continued..

---9 September 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro