🔱 Bab 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
Every king needs his queen

Zahin membuka mata.Tak sedar langsung dia terlena di dalam pejabatnya.Dia meregangkan badannya.Terdengar bunyi letupan kecil di tengah belakangnya.

Zahin menguap.Kebil-kebil dia.Sejak bila dia tutup lampu.Zahin berpusing.Allah..

Ayra tidur meringkuk di sebelah kakinya.Cepat dia bangun dari kerusi.

"Sayang.." hampir menangis Zahin.Kasihan melihat tubuh kecil ini.Tubuh Ayra diangkat.

"Abang dah bangun..?" Dalam mamai Ayra memaut lemah leher Zahin.Matanya kuyu.Zahin mencium lama dahi Ayra.

"Sayang buat apa tidur sini?" Zahin meletakkan tubuh Ayra di atas sofa.Tangan ditahan ditepi pinggang Ayra.

"Ayra tunggu abang tak balik.Lepas tu Ayra datang sini tengok abang dah tidur.Abang nampak penat.Ayra tak sampai hati nak gerak."

Zahin mengeluh.Badan Ayra diurut.Mukanya risau.

"Sayang sakit mana-mana tak? Kenapa tak tidur sofa je?"

Ayra memegang tangan Zahin sambil menggeleng."Ayra dah biasa tidur lantai la abang.Ayra nak tidur sebelah abang"

Zahin membuka 3 teratas butang bajunya.

"Jom balik bilik" Zahin mengangkat tubuh kecil Ayra.Ayra menahan.

"Ayra boleh jalan la abang" Ayra senyum.Dia cuba bangun.Namun Zahin mengendahkan Ayra.Diangkat juga tubuh itu.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi.Macam nak mati tahu tengok sayang tidur atas lantai.Dah sebelah kaki abang"

Ayra mengangguk.Dia memeluk leher Zahin.Zahin menuju ke bilik tidur mereka dan meletakkan Ayra di atas katil.Jam baru menunjukkan 3 pagi.

"Sayang tidur dulu.Abang nak mandi." Zahin mencium dahi Ayra.

"Ayra nak mandikan.."

Zahin menggeleng."Takpe.Sayang tidur la."

Ayra memuncung sedikit kemudian senyum nipis.Bukan pernah Zahin menolak permintaannya untuk mandikan Zahin."ok"

Zahin mengambil tuala kemudian melangkah ke bilik air.Dia menutup pintu bilik air.Wajahnya dipandang di cermin.Dia menyangkut tualanya sebelum baju dibuka dan dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan.Dia meraup muka.

Rasa bersalah.

Zahin membuka pintu bilik air dan melangkah ke katil.Tubuh Ayra diangkat.Ayra yang baru mahu melelapkan mata itu terkejut.Cepat-cepat dia memaut leher Zahin.

"Mandikan abang" Zahin mencium pipi Ayra.Ayra senyum lebar lalu mengangguk laju.

Di bilik mandi,Zahin membiarkan saja tangan Ayra memanjakan tubuhnya.Ayra duduk disebelah tab mandi sambil menyabun tubuh Zahin.Bibirnya menyanyi kecil.

"Sayang.."

"Hurmm.." Ayra menjawab sambil matanya masih lagi fokus mwnyabun badan Zahin.

"Cium abang.." pinta Zahin tiba-tiba.Ayra mengangkat keningnya.Dia menekup kedua belah pipi Zahin lalu dicium bibir Zahin kuat.

Zahin senyum.

"I love you"

Ayra turut tersenyum.Hidung Zahin dicuit.

🔱🔱🔱

Riyaz memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.Tengku Juliana yang terlena di sebelahnya direnung.Perempan ni..

Tiba-tiba Riyaz mengukir senyum.Tengku Juliana ni seorang lepas laku.Apa yang hendak dibuat,dia buat tanpa fikir apa-apa.Bayangkan betapa terkejutnya muka orang di pejabat bila Tengku Juliana mengaku dia teman wanita Riyaz.

Akibatnya,terkurung wanita itu dalam bilik Riyaz.Tak dibenarkan keluar sama sekali.

Dahi Tengku Juliana dijentik kuat.

"Auch..!" Terkebil Tengku Juliana membuka mata.Tapak tangan dilekap di dahi.Dia mengerut dahi memandang Riyaz.

"Kenapa awak jentik dahi saya?" Perlahan Tengku Juliana bertanya sambil menggosok dahinya.Dia masih belum sedar sepenuhnya.Masih dalam kantuk.

"Kita dah sampai rumah aku"

Mata Tengku Juliana membulat.Dia merapat ke pintu dengan tangan menyilang di dadanya.

"B-buat apa kat rumah awak?"

Riyaz tersenyum sinis.

"Aku nak rogol kau.Cepar keluar!" Riyaz membuka pintu lalu keluar dari kereta.Tengku Juliana terkesima.Bila pintu di sebelahnya dibuka,dia terjerit.

"A-awak..awak polis.Mana boleh rogol orang?!" Tengku Juliana menjerit sambil memukul tangan Riyaz yang nak menariknya keluar.

"Siapa kata tak boleh? Polis pun ada nafsu jugak"

Tengku Juliana menggeleng.Ni bukan Riyaz,mesti dia kena sampuk dengan hantu highway.

"Riyaz,this is not you.." rayu Tengku Juliana dengan kaki yang menendang keluar.Kedua tangannya dipegang kemas oleh Riyaz.

Riyaz terkedu melihat air mata Tengku Juliana.Dia melepas pegangan.Tengku Juliana pantas mengesat air matanya.

"Cepatlah keluar.Ni rumah family saya." Riyaz melebarkan bukaan pintu.

Tengku Juliana melangkah keluar.Tangan masih mengesat air mata.Kencang jantungnya masih belum reda.Lembik lututnya.

Dia mengikut Riyaz masuk ke dalam rumah.Membisu dia di belakang Riyaz.Sempat dia memerhatikan rumah keluarga Riyaz.Dari gelap pun dia sudah nampak betapa besarnya rumah ini.Mungkin 3 tingkat.

Masuk ke ruang tamu,masih terang.Tengku Juliana memandang belakang Riyaz.Beraninya Riyaz bawa dia pulang ke rumah keluarganya pada jam 3 pagi.Dan yang paling ekstrem,berani pulak dia ikut Riyaz balik jam 3 pagi begini!

"Riyaz.."

Seorang wanita separuh abad menghampiri kami.Sopan sekali wajahnya.

"Ibu.." Riyaz menjawab sambil menyalam tangan wanita itu.Ibu Riyaz ke ni? Cantiknya.Patutlah Riyaz handsome tahap nak kunyah.

"Anak dara mana ni Riyaz?.." lembut suaranya menyapa kalbu Tengku Juliana.Dia menyalami ibu Riyaz.

"Ibu.." perghh..siap dengan panggil ibu lagi.Riyaz mengangkat kening.Ibu?

Ibu Riyaz tergelak.Muka sopan tapi pakaiannya tak berkenan sedikit.Tak terdedah tapi ketat.

"Tengku..ni ibu saya,Puan Sri Hamidah."

Tengku Juliana mengangguk kepala.

"Err..ibu.Ni Tengku Juliana,anak Tuanku Mahkota kedua Tengku Fadhil.Sepupu Tuanku Mahkota Zahin."

Terlopong Puan Sri Hamidah.Tengku Juliana cuma menunjuk cengiran.Sampai macam tu sekali Riyaz perkenalkan diri dia.

"Haah ibu.Saya girlfriend Riyaz"

Riyaz terbatuk.Tengku Juliana menghantar kenyitan.Bulat mata Puan Sri Hamidah memandang Riyaz.
Riyaz menggelang perlahan namun mendapat jelingan dari Puan Sri Hamidah.

"Eh..Tengku.Minta maaf la..Riyaz bawa balik pukul 3 pagi.Tak sempat buat apa-apa" Puan Sri Hamidah memegang tangan Tengku Juliana.

Tengky Juliana menggeleng."Panggil Juliana je ibu.Tak pe lah..saya datang ni nak jenguk ibu."

Puan Sri Hamidah mengangguk.

"Eh..meh sini ibu tunjuk bilik tidur.Muka mengantuk dah tu"Puan Sri Hamidah menarik tangan Tengku Juliana supaya mengikutnya.

"Ouh..tak boleh tidur dengan Riyaz ya? Hihihi gurau je"

Riyaz bercekak pinggang melihat perangai selamba Tengku Juliana.Sambil menaiki tangga,sempat Tengku Juliana menghadiahkan kenyitan mata kepadanya disertai dengan lambaian gemalai dia tu.

Riyaz menghela nafas.Sesak nafas duduk dengan budak ni.

🔱🔱🔱

Ayra berpaling bila terdengar suara nyanyian di belakang.Tengku Juliana masuk ke dalam rumah sambil berpusing badannya.

"Akak..seronoknyaa."

Tengku Juliana tersengih.Dia mengibas rambut banyak kali lalu menghampiri Ayra.

"Sedapnya bau..aku makan dulu ya" Tengku Juliana dah mengambil tempat.Ayra menahan.

"Eh akak.Zahin tak turun lagi la.Mana boleh makan"

Tengku Juliana buat tak dengar.Dia mengambil mee lalu dimasukkan ke dalam pinggannya.

"Alah..Zahin ada hal dengan polis tu.Kau tengok lah..sejam nanti pun dia tak turun lagi." Tengku Juliana menyuap mee ke dalam mulutnya.Sedap wehh..

Ayra duduk di sebelah Tengku Juliana.Dia perasan semenjak kebelakangan ini,Zahin agak sibuk dengan urusannya bersama polis itu.

"Urusan apa akak?"

Tengku Juliana buat-buat fikir."Pasal Dayana la kut.Entah..Riyaz pun tak cakap apa.Zahin tak bagitahu kau apa-apa ke?"

Ayra menggeleng."Tak pulak.Tak selesai lagi ke akak? Dah masuk dua minggu dah."

"Kalau selesai tak de la diorang siasat lagi.Kau ni pun.."

Ayra menahan dagunya.Bibirnya tercebik sedikit.Keluhan halus terkeluar.Tengku Juliana berhenti menyuapa.

"Kau kenapa wehh?" Tengku Juliana menyiku lengan Ayra yang menahan lagu.Ayra mengangkat kepala.Nasib tak terhantuk dagunya atas meja.

"Ayra cemburu.."

Tengku Juliana tergelak.

"Kelakar kau weh.Jealous apa? Dayana tu dah mati kut.Laki kau tu cuma nak amik tahu la.Kan Dayana tu kawan dia dulu.Tak de apalah kau."

Ayra mengangguk.Dia berpusing bila kedengaran suara lelaki di belakang.Zahin dan Riyaz sedang menuruni tangga.Ayra senyum.Tiba-tiba rindu lihat wajah Zahin.

"Bidadara-bidadara.." Tengku Juliana menongkat dagu sambil membuat muka miang melihat Zahin dan Riyaz.

"Abang.." Ayra menarik kerusi Zahin.Sempat Zahin mengucup dahi Ayra sebelum duduk.Tengku Juliana tersengih.Dia menepuk kerusi di sebelahnya kepada Riyaz.

Riyaz,mahu tak mahu dia teraksa duduk bersebelahan dengan Tengku Juliana.

"Weh..Juli.Makan dah?" Zahin menegur apabila melihat bekas pinggan dihadapan Tengku Juliana.

"Aku lapar doh..walaupun dah makan nasi lemak rumah orang tu." Jari Tengku Juliana menyucuk paha Riyaz di bawah meja.Riyaz mengetap rahangnya.Tangan Tengku Juliana digenggam untuk menghentikan perlakuan Tengku Juliana.Namun lain pulak responnya,Temgku Juliana mengeratkan lagi genggaman.

Zahin mengangkat kening sambil tergelak.Nakal sungguh.

"So,have a breakfast" Zahin menjemput.Dia perasan Ayra yang senyap menghadap makanan.

"Sayang..are you okay?" Zahin menggenggam tangan Ayra.Peluh,sejuk.

"Abang..saya nak muntah" Ayra menjawab dengan bibir pucat.Peluh mula merenik di hidung dan pelipis.

"Jom jom" Zahin memimpin tangan Ayra.Tapi bila melihat keadaan Ayra yang lemah,terpaksa dia mencempung tubuh kecil Ayra.

Belum sempat sampai,Ayra dah termuntah di dada Zahin.

"Bluerrkk"

Terketar Ayra meminta maaf.Muntahnya sedaya ditahan.

"It's okey sayang.Kalau tak tahan muntah je"

Tengku Juliana menongkat kepala melihat adegan yang kelam kabut itu.Dia tersengih.

"Haih..diorang dah nak dapat anak.."

Riyaz berpaling melihat Tengku Juliana bila nadanya seolah tergantung.Tengku Juliana memandang Riyaz.

"Kita bila lagi?" Lalu dia mengenyit mata.Riyaz tak dapat tidak,dia terpaksa menjentik dahi gadis ini.Cakap main lepas!

"Aww.." Tengku Juliana memegang dahi lalu menghentak kaki.Sakit lah gila! Tangan dah macam besi.

"Cakap bukan-bukan lagi"

25 November 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro