🔱 Bab 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The King
Every king needs his queen

"Best jugak duduk sini" Tengku Juliana menggumam.Dia sedap terbaring atas comforter manakala Ayra bersila di sebelahnya.

"Kan..sunyi je,tenang."

Tengku Juliana mengangguk mengiyakan pernyataan Ayra.Dia memejam mata.Tenang.

Ayra tergelak melihat Tengku Juliana.Memang pelik perangai.Kalau orang suka bebas,dia lebih suka terkurung begini.Samalah dengan tingkahnya,orang lelaki yang kejar perempuan,ni dia yang kejar lelaki.Luar alam betul.

Ayra mengangkat muka bila terdengar derap kasut merapatinya selnya.Zahin dengan muka merah meluru masuk.

Bam!

Terhinggut Ayra mendengar pintu jel yang ditutup kuat itu.Sudahlah besi bertemu besi.

"Abang.." belum sempat Ayra berkata apa-apa,dia sudah ditarik ke dalam pelukan.Ayra terkedu.Sesaat dua terdengar esakan dari Zahin.

"Abang,kenapa ni?" Belakang Zahin digosok perlahan.Agak sesak nafasnya bila Zahin erat memeluk tubuhnya.

Tengku Juliana bangun,dia juga terdiam mendengar tangisan Zahin.

"I'm sorry.." perlahan dan sebak Zahin membisik.Pelukan bertambah erat.Dia menyembam muka di bahu Ayra.Mengambil bau gadis yang dia cintai sepenuh hatinya.

"It's okey abang.." pelik dengan perangai Zahin yang tiba-tiba.Ayra mengusap lembut rambut Zahin.Tengku Juliana bergerak perlahan keluar dari sel.Tak mahu menganggu mereka.

Ayra cuma tersenyum nipis menghantar Juliana yang sudah keluar dari situ.

"Shh.." pujuk Ayra perlahan.Tengah belakang Zahin sekejap digosok sekejap ditepuk.Belum apa-apa lagi dah kena pujuk baby besar ni menangis.

Zahin mengangkat muka.Basah mukanya dengan air mata.Ayra merenung.Apa yang membuatkan Zahin teresak begini?

"Abang whats happen?" Ayra bertanya sambil menyapu air mata Zahin.Zahin menggeleng dengan air mata yang masih mengalir.

"Kalau tak da apa,jangan nangis.Malu la baby tengok babah dia nangis." Ayra senyum.Rambut Zahin yang kusut dikemaskan lalu tangannya merangkul leher Zahin.

Zahin mencium pipi Ayra.

"Abang sayangkan Ayra dengan anak kita.Sayang percayakan abang kan?" Zahin melagakan dahi mereka.Ayra mengelip mata kemudian senyum menandakan dia percaya dengan Zahin.

"Abang ketua keluarga kita.Saya akan sokong abang!" Kata Ayra disertai dengan sengihan.Zahin turut tersenyum.

Zahin membuka kotnya lalu dilempar ke atas comforter.Tubuh Ayra diangkat lalu dibawa ke comforter.

"Beratlah sayang" komen Zahin.Ayra menampar dada Zahin."Mana ada"

Zahin duduk bersandar di dinding manakala Ayra didudukkan diribanya.Ayra bergerak sedikit menyelesakan kedudukannya.Kepala disandar ke dada Zahin.Lama tak bermanja.

"Saya ingat lagi pertama kali kita jumpa" Ayra memula bicara.Zahin turut tergelak.

"Sayang buruk masa tu" kata Zahin.Ayra menggesel kepalanya didada Zahin.

"Tapi buruk pun abang sayang" sambung Zahin.Tangannya melingkar dipinggang Ayra.Ayra menoleh memandang Zahin.

"Ye ke sayang?" Ayra mengecilkan mata,saja menduga Zahin.Zahin membalas pandangan Ayra.Hidungnya dibenam ke pipi Ayra.

"Kalau tak sayang,tak de la baby" suara Zahin gemersik.Ayra tak dapat menahan diri dari tersenyum.Terlepas sikit tawanya bila tangan Zahin menyelinap masuk ke dalam bajunya.

Hangat tapak tangan Zahin menyentuh perutnya.

"Tak sabar tunggu perut ni besar" ucap Zahin.Ayra tersengih.Dia meletakkan tangannya di atas tangan Zahin.

"Kenapa?"

"Nanti mesti sayang comel.Dah la pendek,pastu bawa perut besar.Jalan menonggek macam itik"

Ayra mencubit perlahan tangan Zahin apabila mendengar kata lelaki itu.Macam itik dia kata.

"Amboi..orang bawa anak dia,dia kata kita menonggek macam itik." Muncung Ayra.Zahin dah berkerut kening.Wajah Ayra diintai.

"Itik sexy apa.Tonggek." Zahin meletak dagunya di atas bahu Ayra.Ayra tergelak.

"Ayra ke itik sexy lagi bila tonggek?" Matanya mengerling Zahin di bahunya.Lelaki itu tersengih sikit.

"Of course you.Tu geram je tengok bontot ni" sebelah tangan meramas geram punggung Ayra.Ayra mengekek ketawa.Tangan Zahin ditarik.

"Dalam penjara pun gatal" Ayra melekapkan tangan hangat Zahin di pipinya.Kemudian dicium tapak tangan itu berkali.

"Love you baby and mommy" bisik Zahin ditelinga Ayra.Ciuman di tapak tangan Zahin terhenti.Dia menoleh memandang wajah Zahin yang dekat dengannya.

"We love you too daddy" ucap Ayra perlahan lalu bibir merah Zahin dikucup.

"Baby ucap sekali ke?" Tanya Zahin bila Ayra melepaskan kucupan wajah mereka masih lagi dekat.Tangan Ayra naik mengusap pipi Zahin lalu mengangguk kecil.

"Baby cakap dia rindu babah" Ayra berbisik.Matanya tak lepas memandang Zahin dihadapannya.Zahin gelak perlahan sehingga menampakkan gigi.

"Baby ke ibu dia rindu?" Hidungnya dilaga ke hidung Ayra.Wajah itu kelihatan malu-malu.

"Kalau ibu dia rindu?"

Makin lebar senyum Zahin.

"Kalau ibu dia rindu.." Zahin merayapkan tangannya ke belakang tubuh Ayra."..kena lepas rindu la.."

"Lepas rindu?" Ayra menggigit bibir bawahnya.Antara teruja dan malu.

"Nak tak?"

Belum sempat Ayra menjawab,bra yang dipakainya sudahpun longgar.Ayra cepat menahan dadanya.

"Abang.." bagai nak bernafas dia dengan kenakalan Zahin.

"K-kita dalam penjara" Ayra menahan Zahin yang sudah nak membaringkan dia.

"Sounds hot right?" Zahin sudah menindih tubuh kecil Ayra.

"Abang jangan ganas.Kesian baby" pesan Ayra perlahan.Dia mengangkat tangan apabila Zahin menarik bajunya keluar.Tangan disilang ke dada.

Zahin menggumpal baju Ayra lalu di letak ditepi comforter.

"I won't baby"

🔱🔱🔱

Tengku Juliana duduk memeluk kaki di balkoni.Dia merenung tubuh Riyaz yang berdiri tegak di hadapannya.

"Jadi Zahin jatuhkan hukuman bunuh untuk Ayra?"

Riyaz mengangguk.

"Kenapa awak boleh tenang?"

"Bukan saya yang dihukum mati" jawab Riyaz tak berperasaan.Tengku Juliana bangun dari kerusi.Dia menampar dada Riyaz.

"Auw!" Riyaz memegang dadanya yang ditampar Tengku Juliana.Bukan sakit pun,saja nak merai usaha gadis ini menyakitinya.

"Auw..auw..tampar sikit mengaduh.Awak tu polis tahu tak? Cubalah buat sesuatu" Tengku Juliana memarahi Riyaz.Dia mundar mandir ke kiri dan ke kanan.

Riyaz senyum sebelah melihat kegundahan Tengku Juliana.Macam dia yang nak kena hukuman bunuh.Sayang betul dia,padahal kenal Ayra tak sampai setahun.

"Zahin pun satu! Tak sayang bini ke?!" Tengku Juliana bersilang tangan.Mulutnya mengomel itu ini.Tak sesuai langsung dengan imej diva yang dibawanya sebelum ini.

"Apa pandang-pandang?!" Tengku Juliana mencerlung Riyaz yang memandangnya sambil senyum sinis.

"Tuanku takkan buat sesuatu tanpa berfikir dulu.Awak ingat senang-senang orang boleh sentuh Permaisuri" Riyaz berkata.Tengku Juliana sudah menjatuhkan tangannya.

"Maksud awak?"

"Sebab tu wanita tak boleh jadi pemimpin.Sekali marah,terus tak rasional otaknya.Suka ikut perasaan."

Tengku Juliana menjuling mata ke atas.

"Tak payah la nak kutuk-kutuk perempuan.Nanti isteri awak pun perempuan jugak.Yang tu la yang akan jaga awak,uruskan awak nanti.Dan malangnya perempuan tu saya." Selamba saja dia cakap tanpa berkias.Riyaz dah mengangkat sebelah kening.

"Saya tak kutuk.Saya cuma cerita kebenaran.Awak tak perlu risau la.Saya tahu awak risaukan Permaisuri tapi Tuanku,tu isteri dia dan anak dia pun tengah membesar dalam perut Permaisuri.Kejam la kalau dia jatuhkan hukuman bunuh padahal dia dah tahu hal sebenar."

"Tapi dia jatuhkan jugak hukuman bunuh tu---"

"Yaa..tapi tu tiga hari lagi.Dalam satu saat pun benda boleh berubah,inikan tiga hari." Tenang Riyaz berbicara.Tengku Juliana memandang tak berkelip.Kemudian dia tersenyum-senyum.

"Betul..dalam satu saat pun hati saya boleh terjatuh dekat awak.Ni kan pulak sebulan,mahu kahwin kita." Tengku Juliana sudah teruja sendiri.

Riyaz menjeling.Mula dah dia ni.

"Awak tak nak kahwin dengan saya ke?" Tengku Juliana merapati Riyaz yang dah berpusing membelakanginya.

"Tak nak"

"Alaa..awak..best tau kahwin dengan saya"

"Tak nakkk.."

"Awak nak laa.."

"Tak nak!"

🔱🔱🔱

Tengku Faris menyandar di kerusi sambil tersengih.Berita yang baru didengarnya sangat menyedapkan halwa telinganya.

Pengawal penjara yang berada dihadapannya turut tersenyum.

"Perempuan tu mengandung?"

Wow..

Tengku Faris menepuk tangan.Senangnya hati.Tiga hari lagi,bukan Ayra sahaja mati,tapi anak Zahin tak guna tu sekali.

"Kau kena jaga perempuan tu betul-betul.Jangan bagi dia terlepas.Tak sabar aku nak tengok Zahin tu sengsara."

Pengawal itu mengangguk.

"Aku tengok perempuan tu cantik" Tengku Faris menduga.Pengawal itu tersengih sambil mengangguk.

"Lawa Tengku.Body cantik"

Tengku Faris senyum sinis.

"Korang pengawal tak nak buat pesta dulu ke sebelum perempuan tu mati? Kalau boleh rogol dia depan Zahin.Bagi gila terus Zahin tu."

Ketawa kedua-keduanya bersambung dalam bilik itu.

Pengawal itu sudah senyum jahat.Dia mula membayangkan tubuh Ayra yang bakal dimilikinya.

Tengku Darius tersenyum sinis di celahan pintu.

"Not that easy dad"

1 Disember 2017


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro